Tuesday, October 23, 2012

Rangka Karangan Soalan Percubaan Negeri-negeri




 
1.     Kepentingan sukan

Ø  Menyihatkan tubuh badan dan mengekalkan kesihatan
Ø  Memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
Ø  Mengurangkan masalah sosial
Ø  Meningkatkan imej dan mengharumkan nama negara
Ø  Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
Ø  Merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Ø  Memupuk semangat sepasukan dan saling bekerjasama untuk mencapai kejayaan.


2.     Dalam usaha menggalak dan mencungkil potensi murid dalan bidang sukan, KPM  telah memperkenalkan Dasar l Murid l Sukan untuk dilaksanakan di semua  sekolah. Sehubungan dgn itu,  anda ingin menulis rencana untuk diterbitkan dalam majalah sekolah bertajuk “Faedah-faedah Pelaksanaan Dasar l  Murid l Sukan di Sekolah”.
Tulis recana itu selengkapnya

Ø  keterlibatan semua murid dalam aktiviti sukan
Ø  mencungkil dan mengasah bakat serta potensi murid
Ø  melahirkan murid yang cergas dan cerdas
Ø  memupuk semangat setiakawan, perpaduan dan kesukanan
Ø  sebagai satu prasyarat kemasukan ke IPT
Ø  melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
Ø  Mengurangkan masalah sosial dalam kalangan pelajar



 3.     Kerajaan mewajibkan program 1Murid 1Sukan di setiap sekolah.
Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah.

Ø  memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Ø  menyihatkan badan
Ø  memupuk nilai-nilai murni
Ø  menjadi pasukan pelapis kepada atlet negara.
Ø  memupuk semangat juang yang tinggi.
Ø  Mencungkil dan mengasah bakat serta potensi murid
Ø  Melahirkan murid yang cergas fizikal dan cerdas minda.


4.     Kebaikan menyertai kegiatan  sukan lasak. 
 (Mendaki gunung – Berkayak – Berbasikal)

Ø  Dpat mendisiplinkan diri
Ø  menggalakkan persaingan sihat
Ø  mengukuhkan nilai kerjasama
Ø  membina ketahanan minda
Ø  Mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah
Ø  Melahirkan remaja yang  cergas
Ø  Mencari kenalan baru


5.     Langkah-langkah memajukan sukan di Malaysia

Ø  Juru latih yang berwibawa
Ø  Kemudahan sukan yang lengkap / sempurna
Ø  Pemakanan seimbang / penjagaan kesihatan yang baik
Ø  Ganjaran yang menarik / berpatutan
Ø  Latihan yang sistematik dan berterusan.
Ø  Penyediaan pasukan pelapis dan berpotensi
Ø  Menyertai pertandingan di dalam dan luar negara untuk menimba  pengelaman.



6.     Minat bersukan dalam kalangan remaja hari ini semakin berkurangan .
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja

1.     Peranan pihak swasta
·         Sebagai penaja/pemberi biasiswa/dermasiswa

2.     Peranan ibu bapa
·         Memberi galakan
·         Melibatkan diri dalam aktiviti sukan bersama anak-anak
·         Membelikan anak-anak peralatan sukan.

3.     Peranan kerajaan
·         Dasar 1M1S
·         Menyediakan kemudahan asas sukan.
·         Membina sekolah sukan
·         Menyediakan jurulatih bertauliah di sekolah-sekolah

4.     Peranan media massa
·         Publisiti 
·         Iklan

5.     Peranan sekolah
·         Mengadakan latihan / pertandingan di peringkat sekolah
·         Memberi pengiktirafan / penghargaan

 


1.     Kempen galakan membaca dijalankan saban tahun masih gagal untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup masarakat di negara ini.
Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga  untuk  memupuk amalan tersebut.

Ø  Keluarga menjadi contoh
Ø  Keluarga membaca bersama-sama
Ø  Keluarga menceritakan bahan yang dibaca
Ø  Keluarga mengunjungi pameran buku
Ø  Adik-beradik dewasa menjadi suri teladan kepada adik-adik yang lain
Ø  Ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang sesuai

2.     Manfaat Membaca
Ø  Negara bertambah maju
Ø  Berjaya dalam akademik
Ø  Meningkatkan kepakaran
Ø  Meningkatkan pengetahuan

3.     Ibu bapa merupakan pendorong utama dalam membudaya amalan membaca dalam kalangan anak-anak.
Jelaskan usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan amalan membaca menjadi budaya dalam kalangan keluarg mereka.

Ø  Membelikan  bahan bacaan yang menarik kepada anak-anak
Ø  Menjadi contoh / suri  teladan kepada anak-anak
Ø  Meluangkan masa untuk membaca dengan anak-anak
Ø  Menceritakan sinopsis cerita / bahan bacaan yang dibaca kepada ank-anak
Ø  Memberikan ganjaran kepada anak-anak yang membaca
Ø  Membawa anak-anak mengunjungi pameran buku


 

 
1.     Kepentingan perpaduan kaum

Ø  Mewujudkan masyarakat yang  harmoni
Ø  Memajukan ekonomi negara
Ø  Menarik kedatangan pelancong
Ø  Meningkatkan imej Negara
Ø  Menjadikan negara lebih stabil dan aman
Ø  Berkongsi kekayaan negara untuk kepentingan bersama
Ø  Membolehkan rakyat hidup dalam suasana selesa dan muhibbah


2.     Semangat kejiranan belakangan ini semakin kurang diamalkan.  Hal ini disebabkan oleh kesibukan bekerja walaupun jiran tetangga merupakan orang yang penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Huraikan langkah-langkah yang boleh diambi lbagi memastikan amalan hidup berjiran terus terpelihara dalam kalangan masyarakat moden hari ini.

Ø  Mengadakan rumah terbuka
Ø  Mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat – gotong royong,
Ø  Mengadakan hari keluarga / sukan
Ø  Mengunjungi jiran tetangga yang ditimpa musibah
Ø  Menggalakkan anak-anak berbaik-baik dengan jiran tetangga
Ø  Menjadi contoh kepada anak-anak dalam  adab hidup berjiran


3.     Suatu ketika dahulu semangat kejiranan menjadi sebahagian daripada budaya hidup dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita,  tetapi kini amalan murni ini semakin terhakis.
Bincangkan.

Terhakis kerana :
Ø  Masyarakat yang mementingkan material – sibuk dengan kerja
Ø  Masyarakat yang bersikap mementingkan diri sendiri – enau dalam belukar – jangan menjaga tepi kain orang
Ø  Struktur rumah yang menghalang hubungan kejiranan
Ø  Perkembangan sistem komunikasi
Ø  Luputnya amalan gotong royong dalam kehidupan bermasyarakat
Ø  Taraf hidup masyarakat yang semakin meningkat


4.     Malaysia adalah antara destinasi pelancongan yang popular dalam kaalngan masyarakat tempatan dan antarabangsa. Jelaskan faedah-faedah sektor pelancongan kepada negara kita.

Ø  Meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara
Ø  Membuka peluang pekerjaan / mengatasi masalah pengangguran
Ø  Membuka peluang perniagaan kepada penduduk tempatan
Ø  Pengaliran masuk mata wang asing
Ø  Pemangkin pembangunan negara
Ø  Menggalakkan pembinaan infrastruktur
Ø  Memperkenalkan kebudayaan Malaysia ke luar negara




No comments:

Post a Comment