TEKS PIDATO:
Terima kasih saudara pengemudi majlis ;
Dengarkan ya :
Wakil Rakyat Berpakaian penuh bergaya
Untuk Memantau Bahagian dan Kawasan
Indah Bunyinya Pidato Saya
Rukun Negara Penjamin Generasi Berwawasan
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Keilmuan;
Yang Arif dan berpaksikan kebenaran,
barisan panel hakim,
Yang Setia dengan jam randiknya, saudari
penjaga masa,
Yang dikasihi barisan pemidato dan
Hadirin warga dewan yang budiman.
Penghayatan Rukun Negara Penjamin Generasi
Berwawasan – begitulah tajuk pidato saya pada pagi ini. Sebelum bahtera pidato
saya layarkan, izinkan saya untuk merungkaikan frasa frasa penting dalam tajuk
pidato yang akan saya sampaikan.
PENGHAYATAN BERMAKSUD PERIHAL MEMAHAMI DAN
MERASAI
RUKUN NEGARA PULA IALAH FALSAFAH ATAU
IDEOLOGI NEGARA MALAYSIA
GENERASI BERWAWASAN MEMBAWA ERTI PEWARIS
BANGSA YANG MEMPUNYAI PANDANGAN JAUH DAN MATLAMAT YANG JELAS
Nah, sudah terang lagi bersuluh – Dengan
menghayati Rukun Negara mampu melahirkan rakyat yang sayang akan Negara dan mempunyai
pandangan yang jauh untuk menjadikan Negara kita terkenal di seantero dunia.
Selaku warganegara, kita
seharusnya memahami, menghayati dan mengimplementasikan Rukun Negara dalam
kehidupan kita. Mungkin perkara ini dianggap remeh oleh sebilangan kita, tetapi
kita mesti sedar yang Rukun Negara inilah yang akan membentuk nilai peribadi
yang tinggi dalam diri warganegara Malaysia terutamanya untuk melahirkan rakyat
yang cinta akan Negara dan berusaha memajukan Negara ini ..
Hadirin warga dewan;
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Ingatkah kita tentang Ikrar rukun Negara ?
Maka kami rakyat Malaysia, berikrar, akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami, untuk mencapai cita-cita tersebut, berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut;
· Kepercayaan kepada Tuhan
· Kesetiaan kepada Raja dan Negara
· Keluhuran Perlembagaan
· Kedaulatan Undang-undang
· Kesopanan dan Kesusilaan

Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. Generasi yang tidak mempunyai kerpercayaan agama akan runtuh akhlaknya dan rosak matlamat hidup kerana mereka akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama mereka. Jelas terbukti, agama mengajak kita melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukkan. Pepatah ada mengatakan Hilang Agama, Hilanglah Panduan Hidup Kita.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Generasi yang taat setia kepada raja dan Negara akan senantiasa menghormati pemimpin dan akan melakukan perkara-perkara yang tidak menderhaka kepada pemimpin mereka. Sikap ini akan mewujudkan sebuah Negara yang aman, makmur, bahagia dan sejahtera. Generasi yang tidak setia ibarat Anak Ayam Kehilangan Ibu dan akan bertempiaran dengan hala tuju yang tidak pasti.
Warga Dewan Yang Budiman,

Menyelusuri prinsip rukun
Negara yang ketiga iaitu Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak social rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat. Generasi yang memahami prinsip ini akan sentiasa menjunjung aspirasi Negara dan memahami hak dan kebebasan yang mereka miliki dan akan sentiasa mempertahankan kontrak sosial yang telah dirangka dan dipersetujui sejak dahulu lagi.
Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan. Generasi masa kini harus memahami prinsip dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kedaulatan undang-undang yang dijunjung akan menjamin kehidupan yang adil dan saksama sekaligus akan mewujudkan masyarakat yang hidup dalam suasana aman dan selamat.

Kita hayati prinsip rukun
Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. Generasi yang bersopan santun akan menjadikan diri mereka lebih bermaruah dan dihormati bukan sahaja dalam Negara, kita malah oleh seluruh dunia. Menghayati kesopanan dan kesusilaan menjadikan kita generasi yang tahu menjaga kehormatan diri dan mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah social yang boleh mencemarkan nama diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan agama.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama2 memastikan Rukun Negara ini dihayati dan difahami serta di ikuti agar kemakmuran yang di capai sekarang dapat kita kekalkan.. jgnlah kita hancurkan Negara kita hanya disebabkan oleh sebilangan kecil manusia yang berkepentingan. Saya mohon mengundur diri dan terimalah salam Perjuangan…
(Teks ini disampaikan oleh Nurin Balqis dari SMK Sijangkang Jaya dalam Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Kuala Langat)