Friday, September 18, 2015

Ciri-ciri Rakan Sebaya Berkualiti


Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja.

Sebagai seorang remaja, jelaskan ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi pilihan anda.

Pendahuluan : Dipetik daripada kata-kata dalam sepotong Hadith Nabi SAW yang bermaksud, “Pilihlah rakan yang betul. Sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi nescaya bauan kasturinya akan terkena kepada kamu. Tetapi, apabila kamu bersahabat dengan seorang tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit juga kepada dirimu. Demikianlah betapa pentingnya pengaruh rakan dalam kehidupan kita. Sebagai remaja dalam alaf baru ini saya tidak boleh lari daripada bersahabat kerana sahabat menjadi resepi utama untuk menentukan arah tuju kita. Walau bagaimanapun, sebagai remaja yang berwawasan, saya harus bijak memilih rakan kerana rakan ketawa beramai-ramai, tetapi rakan menangis seorang diri. Banyak ciri rakan yang baik harus saya telitikan agar rakan tidak menjadi lawan pada hari kemudian.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Rakan sebaya yang memiliki iman dan taqwa (takwa) terhadap Tuhan maha pencipta – orang bertakwa ialah orang yang baik – memiliki wawasan dunia dan akhirat

Isi 2 : Rakan sebaya yang bijak dan pintar – boleh membantu saya terutama dalam menyelesaikan masalah dalam pelajaran (peribahasa, meminta pada yang ada bertanya pada yang tahu)

Isi 3 : Rakan sebaya yang berakhlak mulia – memiliki nilai-nilai peribadi yang luhur – sentiasa berfikiran terbuka dan banyak membimbing kita ke jalan yang benar

Isi 4 : Rakan sebaya yang sealiran – memiliki minat dan cita-cita yang sama – dapat saling bertukar fikiran tentang cita-cita dan masa depan (peribahasa,berlapik seketiduran, sebantak sekalang hulu = sangt akrab seia sekata)

Isi 5 : Rakan sebaya yang berprinsip dan teguh jati diri -  tidak mudah terjebak ke dalam angkara yang memudaratkan – ampuh bertahan daripada segala anasir yang tidak baik (peribahasa, ampuh bak ikan di laut walaupun sepanjang hayat badannya tetap tidak masin)

Kesimpulan : Sesungguhnya, setiap insan yang berjaya sentiasa didorong oleh minat dan keinginan untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Antara elemen kecemerlangan ialah bermotivasi, beriman, berilmu dan memperoleh rakan pembimbing yang baik. Oleh itu, saya akan berusaha untuk memilih rakan-rakan yang memiliki ciri-ciri insan terpilih.


Sunday, September 6, 2015

Perkongsian Ilmu di Kuala Selangor

Ceramah Teknik Menjawab SPM 2015

Dewan Senohong, Restoran D' Coral,  Jalan Bagan Pasir Penambang, Kuala Selangor
pada 6 September 2015.



Pelajar boleh melihat bahan perkongsian tadi di slide share saya

www.slideshare.net/ckgdin

Saturday, September 5, 2015

Kupasan Gurindam Tonggak 12


GURINDAM TONGGAK DUA BELAS

Hendak pandai menghargai masa,

Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,

Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,

Usah berduka bermuram durja.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,

Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalan,

Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,

Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan,

Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajipan menjalan tugas,

Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,

Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,

Perkara susah menjadi senang.

Peningkatan bakat diberi sokongan,

Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,

Kembangkan bakat semoga aktif.

Soalan berdasarkan petikan

(i)    Sebagai pekerja dalam sesebuah organisasi, seseorang perlulah memiliki dan mengamalkan beberapa sifat baik. Berdasarkan gurindam nyatakan sifat-sifat tersebut. [3M]

Sifat baik seorang pekerja :

         menghargai masa

-       tekun dan gigih bekerja

-       tidak membazir

-       teliti / adil dan saksama

-       sabar / tenang

-       tunjukkan kebolehan ikut kemampuan


ii) Apakah nasihat penyair kepada mereka yang berbakat? [3M]

-    memberikan tunjuk ajar kepada orang lain

-    meningkatkan bakat yang ada supaya lebih maju

-    jangan bersikap sombong dengan bakat yang ada

iii) Berdasarkan gurindam tersebut, nyatakan tiga ciri penting untuk melahirkan pekerja cemerlang. [3M]

-    bijak menghargai masa

-    gigih ketika menjalankan tugas yang diamanahkan

-    mempunyai perasaan gembira ketika bekerja

iv) Apakah kebaikan nilai kesabaran dalam gurindam tersebut? [2M]

-    fikiran menjadi tenang

-    pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah

-    keputusan yang dibuat tidak mengikut perasaan

Soalan berdasarkan maksud

(i)         Berikan maksud ‘perkara susah menjadi senang’. [2M]
-  sesuatu hal/ masalah / kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah

(ii) Berikan maksud rangkap pertama “Gurindam Tonggak Dua Belas”. [2M]

Maksud rangkap pertama - masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-
   baiknya dan jangan membazirkan masa

(iii) Berikan maksud rangkai kata 'baik buruk dijadikan sempadan'. [2M]
-  perkara yang elok atau tidak menyenangkan perlu dijadikan panduan hidup.

(iv)  Berikan maksud ‘Pengaruh kepimpinan melalui teladan, baik buruk jadikan sempadan’. [2M]
- Maksud - Seseorang pemimpin menjadi teladan kepada orang lain, setiap kejadian dapat dijadikan panduan hidup

(v) Apakah maksud baris  jangan dinanti esok lusa’?. [2M]
- Maksud - usah / tidak bertangguh

(vi) Apakah maksud ‘ketelusan hati jadi bekalan’? [2M]
- Maksud - kejujuran sebagai amalan hidup

Soalan berdasarkan pendapat (KBAT)

(I) Pada pandangan anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang pekerja untuk mendapat nikmat keseronokan bekerja? [3M]

- Cara-cara untuk mendapat nikmat keseronokan bekerja:
- menanam minat kepada kerja / tugas
- menganggap kerja sebagai ibadat
- bergaul dengan semua orang / tidak sombong
- sentiasa jujur dan ikhlas

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita dilarang menangguh-nangguhkan pekerjaan yang telah diamanahkan kepada kita? [3M]

- untuk mengelakkan berlakunya kerugian
-  agar kerja yang dilakukan tidak bertimbun / tidak menjadi beban / dapat diselesaikan dengan segera
agar tidak membazirkan masa
- kita tidak tahu apakah yang berlaku pada masa hadapan yang menghalang kita untuk bekerja.
- untuk menghindari sifat tidak bertanggung jawab / tidak berdisiplin dalam pekerjaan / tidak
  mematuhi waktu bekerja @ peraturan kerja
-  untuk menghindari sifat pemalas
- untuk mengelakkan bekerja pada saat akhir yang akan menjejaskan kualiti kerja / produktiviti

(iii) Sekiranya anda merupakan seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan yang anda harap dapat diteladani oleh rakyat bawahan? [3M]

- Ciri-ciri kepimpinan yang dapat diteladani oleh rakyat:
- bersikap amanah dalam menjalankan tugas 
- cekap dalam menjalankan tugas 
- berilmu tinggi 
- berakhlak baik/ mulia 
- mempunyai wawasan dan matlamat yang jelas 
- memimpin ke arah kebaikan sejagat 
- berintegriti dan berlaku adil 
- tidak mementingkan diri sendiri 
- bertanggungjawab kepada orang yang dipimpin 
- tidak egois dan sombong 
- bertimbangrasa

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai masa?

Kita perlu menghargai masa kerana masa yang lepas tidak akan berulang lagi. Kita perlu menghargai masa agar kita tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan. Dengan menghargai masa, kita dapat menyiapkan kerja kita dengan lebih sempurna.

(iv) Sekiranya anda merupakan seorang pemimpin, apakah ciri-ciri kepimpinan yang anda harap dapat diteladani oleh rakyat bawahan?

- bersikap amanah dalam menjalankan tugas;
- bertindak adil dalam mengambil sesuatu tindakan;
- cekap dalam menjalankan tugas.

(v) Mengapakah bakat yang ada harus dikembangkan?

- agar kebolehan diri dapat dikenal pasti;
- dapat menjadi haluan kepada kerjaya masa hadapan;
- untuk menunjukkan potensi diri agar dapat dinilai oleh orang lain.

(vi) Berikan pandangan anda tentang cara-cara untuk menjadi insan yang cemerlang.

- melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan;
- sentiasa berfikiran positif;
- bijak dalam mengambil sesuatu tindakan.

(vi) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bergembira semasa bekerja?

- agar tidak mengalami tekanan perasaan atau stres;
- supaya waktu bekerja berlalu dengan cepat;
- dapat menghasilkan kerja yang berkualiti.

(vii) Sikap berjimat cermat perlu ada pada seseorang pekerja. Jelaskan.

- untuk mengelakkan berlakunya amalan membazir;
- barangan yang dibeli haruslah mengikut keperluan;
- wang yang dijimatkan dapat digunakan pada masa depan;
- dapat memaksimumkan keuntungan syarikat atau jabatan.

(viii) Pada pendapat anda, apakah kesan buruk amalan suka menangguhkan kerja?

- akan hilang kepercayaan orang ramai atau pelanggan;
- kerja tidak dapat disiapkan mengikut jadual;
- akan menimbulkan masalah kepada orang ramai.

(ix) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersikap sabar dalam menjalankan tugas? [3M]

Sebab-sebab:
- hasil kerja lebih berkualiti

- tidak melakukan sebarang kesilapan
- tidak membazir masa / tenaga

(x) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu perlu mempunyai keperibadian mulia dalam kehidupan. Berikan tiga sebab. [3M]

Sebab-sebab:
- sentiasa mengamalkan nilai baik
- dihormati / dipandang mulia
- jujur / amanah dalam menjalankan tugas
- mendapat keberkatan hidup

(xi) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang dapat dijadikan teladan oleh orang bawahannya. [3M]

Ciri-ciri:
- tidak sombong
- sedia mendengar pendapat orang lain / berfikiran terbuka
- bekerja bersama-sama pegawai bawahan
- menjaga/ mengambil berat kebajikan pekerja
- bijak menyelesaikan masalah


Soalan berdasarkan aspek KOMSAS

(i) Nyatakan tiga pengajaran yang boleh diambil daripada Gurindam Tonggak Dua Belas. [3M]

Pengajaran daripada gurindam:

-  Kita hendaklah bijak menguruskan masa. Contoh: tidak bersikap suka menangguhkan kerja
-  Kita hendaklah tekun dan gigih melaksanakan tugas. Contoh: melakukan kerja yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya
- Kita hendaklah bijaksana dalam membuat keputusan. Contoh: tidak terburu-buru dalam tindakan dan sentiasa berbincang atau bermesyuarat.

(ii) Huraikan dua nilai murni dalam gurindam. [4M]

-    Kesederhanaan – mengamalkan sifat sederhana dalam kehidupan
-    Kebijaksanaan – bertindak dengan bijaksana
-    Ketelusan – peribadi yang baik dijadikan amalan
-    Baik hati – sentiasa bertimbang rasa dan bersimpati

(iii)  Nyatakan bentuk gurindam di atas. [4M]

Bentuk gurindam:
-    Puisi terikat/ tidak bebas 
-    Mempunyai 12 rangkap 
-    Setiap rangkap mengandungi 2 baris 
-    Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris 
-    Suku kata antara 9 hingga 15 suku kata. Contohnya: Ja/ngan di/nan/ti e/sok lu/sa iaitu 9 suku kata dan Ke/bi/jak/sa/na/an ber/he/mat per/lu di/u/ta/ma iaitu 15 suku kata sebaris
-    Rima akhir aa. Contohnya : Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif

(iv) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam puisi tersebut. [4M]

Persoalan;
- persoalan menghargai / menepati masa dalam menjalankan tugas - Contoh: tidak bersikap suka menangguhkan kerja
- persoalan kegigihan bekerja demi mencapai kejayaan - Contoh: melakukan kerja yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya
- persoalan kebijaksanaan dalam membuat keputusan - Contoh: tidak terburu-buru dalam tindakan dan sentiasa berbincang atau bermesyuarat

Diambil dari blog cikgu Anneylza