SET
1
4
: Novel
(15 markah )
Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel berikut:
(i) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Renyah karya Gunawan mahmood
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Kembara Amira karya Amer Hamzah l. Kadir
(vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(viii) Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
(a) Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman.
Nyatakan
tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang telah anda baca.
(7 markah)
(b) Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel
yang
telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.
(8
markah)
Conton Jawapan
Soalan (a)
Soalan (a)
Novel
Konserto Terakhir menggambarkan beberapa latar masyarakat dengan jelas sebagai
salah satu unsur penting dalam penyampaian cerita. Antara gambaran latar
masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah gambaran masyarakat yang sombong dan mementingkan
darjat. Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal
dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat di sekolah rendah.
Beliau sering menghina Hilmi dan kerap mencari jalan agar Hilmi dapat keluar
dari rumahnya. Dia juga menghalang Hayati daripada merapati Hilmi. Azizah juga
tidak mahu menerima Hilmi pada awalnya kerana Hilmi hanya seorang tukang kebun.
Selain
daripada itu, novel ini juga menggambarkan masyarakat yang rajin dan tekun. Hilmi rajin mengusahakan taman di
rumah Datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada
rakan-rakan Datin Salmah. Dia juga rajin mengusahakan kebun di rumah itu
sehingga sayur-sayurannya berbuah lebat. Hilmi juga tekun dalam usahanya
mempelajari muzik daripada Encik Bakar sehingga berjaya menjadi seorang pemuzik
terkenal. Demikian juga dengan Encik baker yang rajin dan tekun mengajar Hilmi
hingga berjaya menjadi seorang pemuzik terkenal.
Watak Datuk Johari dan Encik Bakar dalam novel ini
menggambarkan masyarakat yang baik hati. Datuk Johari sanggup
membenarkan Hilmi tinggal di rumahnya. Pada masa yang sama, beliau turut member
pekerjaan kepada Hilmi sebagai tukang kebun di rumahnya. Datuk Johari juga
berusaha menghalang Hilmi daripada dihalau oleh Datin Salmah apabila Hilmi
merosakkan piano dengan tidak sengaja. Encik Bakar pula sanggup mengajar Hilmi
bermain alat muzik dan memberi dorongan kepada Hilmi sehingga Hilmi
berjaya menjadi seorang pemuzik yang terkenal.
Conton Jawapan
Soalan (a)
PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!)
Salah satu unsur penting dalam sesebuah novel ialah latar. Jika sesebuah novel itu menceritakan kisah masyarakat, sudah sememangnya latar masyarakat dalam novel itu lebih jelas. Demikian juga dengan novel PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!). Ia memaparkan beberapa latar masyarakat dengan jelas sebagai salah satu unsur penting dalam penyampaian cerita.
Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat pelajar dalam novel ini. Intan Julia belajar di tingkatan empat dan lima di Sekolah Seri Gading iaitu tempat ibunya mengajar. Semasa di tingkatan lima, Rasylan telah berpindah ke sekolah itu dan mereka berkenalan. Mereka telah menyambung pelajaran dan menjadi seorang siswa dan siswi setelah mendaftar di pusat Matrikulasi UIA. Mereka berjaya melanjutkan pelajaran di situ setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Mereka belajar di situ selama beberapa tahun sehingga ke kampus induk UIA. Sepanjang belajar di situ, mereka sering berjumpa untuk berbincang tentang pelajaran dan masalah masing-masing.
Dari sudut kemasyarakatan pula, novel ini menggambarkan beberapa ciri masyarakatnya. Antara lain ialah gambaran masyarakat yang penyayang. Watak utama iaitu Intan Julia sebagai anak amat sayang kepada ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Hubungan mereka intim setiap masa sehingga Intan Julia berasa cemburu dan meluat melihat gelagat mereka. Dia tidak sanggup untuk berkahwin lagi apabila disarankan oleh Mak Cik Noraini walaupun isterinya sedang koma. Jeffri juga amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan Julian merupakan anak tunggalnya. Dia mengambil berat tentang pelajaran Intan Julia. Malah pada saat dia ingin ke majlis akad nikahnya, Jeffri sanggup membatalkan pernikahan itu jika Intan Julia tidak membenarkannya.
Latar masyarakat lain yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Jeffri memberikan sepenuh kasih sayang kepada isterinya Intan Maliana menjadikan hubungan dan rumahtangga mereka bahagia. Dia telah memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA.

Contoh Jawapan
Soalan (b)
Konserto TerakhirSoalan (b)
Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Ia didasari oleh rentetan beberapa peristiwa yang penting. Dalam novel Konserto Terakhir, klimaks bermula apabila Keretakan rumahtangga Hilmi dengan Azizah tidak dapat diselamatkan lagi. Usaha Encik Bakar tidak berhasil. Azizah terlalu cemburu terhadap Hilmi. Malah Azizah mengajar anaknya memanggil Hilmi dengan panggilan “bapa jahat”. Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang telah digubah khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati. Kemuncak daripada konflik itu Azizah telah meninggalkan Hilmi. Tragedi yang menimpanya menyebabkan dia mencipta sebuah lagu yang diberi tajuk “Cinta dan Tangis”. Lagu “Cinta dan Tangis” menjadi inspirasi kepadanya untuk menggubah lagu-lagu lain dan menulis sendiri sari katanya.
Peristiwa
seterusnya ialah peristiwa yang berlaku di Dewan Tunku Canselor. Hilmi
tidak kelihatan. Ketua Pengarah itu tidak puas hati lalu pergi ke rumah Hilmi.
Mereka mendapat tahu daripada seorang pemuda Cina bahawa Hilmi sakit dan
dimasukkan ke hospital. Hilmi dalam bahaya dan berada di unit rawatan rapi
( ICU ). Doktor juga telah memberitahu bahawa nyawa Hilmi terancam dan dia
tidak mungkin dapat memimpin Orkes Perdana. Ketua Pengarah telah mengarahkan
Borhan supaya mencari pengganti Hilmi. Tiba-tiba muncul Hayati, wanita yang
ingin menonton pertunjukan tersebut. Dia ingin menggantkan tempat Hilmi. Ketua
pengarah membenarkan Hayati memimpin Orkes Perdana tersebut.
Setelah
pertunjukan selesai Hayati bergegas ke hospital, begitu juga Datuk Johari dan
Datin Salmah apabila mengetahui perkhabaran tersebut. Di hospital, Datuk Johari
telah bertemu dengan abang sepupunya iaitu bapa Hilmi yang baru sampai dari
kampung. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta
Hakim, anak Hilmi. Abang sepupunya itu kemudian menceritakan kepada Datuk
Johari dan Datin Salmah bahawa Hilmi selalu memuji kebaikan pak cik dan mak
ciknya itu. Akhirnya abang sepupunya iaitu Karim akhirnya membongkar rahsia
bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari.
Contoh Jawapan
Soalan (b)
PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!)
Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.
Peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!) berlaku pada bab 18 apabila Intan Julia pulang ke rumah dari asrama. Dia sampai ke rumah dalam keadaan diam sehingga bapanya dan Mak Cik Noraini tidak menyedari kepulangannya. Niatnya hanya untuk memeranjatkan Mak Cik Noraini dan membuatkan Mak Cik Noraini melatah. Semasa dia menuju ke dapur, dia terdengar perbualan Mak Cik Noraini dengan bapanya. Mak Cik Noraini menyarankan bapanya berkahwin lagi. Walaupun bapanya risau tentang Intan Julia yang mungkin tidak dapat menerima, Mak Cik Noraini berpendapat Intan Julia akan memahami dan dapat menerimanya suatu hari nanti.
Intan Julia terus naik dan masuk ke biliknya. Dia berdoa sambil menangis agar apa yang didengarnya sebentar tadi tidak akan menjadi kenyataan. Dia tidak rela bapanya mencari pengganti ibunya. Dia turun semula ke tingkat bawah dan mendapati bapanya yang membaca majalah yang mengandungi artikel tentang poligami. Intan Julia tidak menyenangi perbuatan bapanya itu, tambahan pula apabila mengingatkan hubungan bapanya dengan Aisyah. Intan Julia sudah tidak tahan lagi menanggung rasa marah terhadap sikap bapanya.
Intan Julia terus terang menyatakan tujuan bapanya membaca artikel tentang poligami kerana bapanya ingin berkahwin lagi. Intan Julia dengan jelas menyuarakan perasaan tidak senang hati dengan hubungan bapanya dengan Aisyah. Seterusnya dia mengatakan bahawa bapanya telah tidak setia dengan ibunya. Malah Intan Julia menuduh bapanya curang. Kata-kata itu menyebabkan bapanya marah dan Intan Julia ditempeleng. Intan Julia kecewa dengan tindakan bapanya dan pulangke asrama pada awal pagi keesokan harinya. Dia hanya berada di asrama dan tidak pulang selama beberapa minggu.