Tajuk Perbincangan Kumpulan 1 :
Tingkatan 5 Sains 2 – SMK Sijangkang Jaya.
Rasuah perosak utama
masyarakat dan negara.
Bincangkan kesan-kesan rasuah kepada Negara.
Dalam era modenisasi kini, isu
rasuah kepada negara kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau di skrin
televisyen. Isu rasuah kepada negara ini juga turut menjadi bualan pelbagai
lapisan masyarakat sama ada di warung-warung, di stesen-stesen bas malah turut
mendapat perhatian oleh pemimpin-pemimpin masyarakat. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh semua anggota
masyarakat dan tindakan yang sewajarnya harus dicari untuk merungkaikan
kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Kesan-kesan rasuah kepada negara ini,
akan saya jelaskan dalam huraian saya yang berikutnya.
Perbincangan mengenai rasuah adalah
sangat penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan
sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah,tiada sesiapa akan dapat
mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa
depan kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional
yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan awam terhadap cerdik
pandai negara kita.
Selain itu, pemerintahan menjadi lemah
kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintahan kehilangan hasil atau
tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai
terhadap sesuatu yang telah ditentukan,maka pemberian rasuah telah menggantikan
wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh
segelintir pemberi rasuah .
Kesan yang paling besar daripada gejala
rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi
kucar-kacir.Akhirnya,ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan
ekonomi,pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga
boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara seperti yang
berlaku di filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden marcos
dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak dibendung
Seterusnya,rasuah juga menyebabkan
tumpuan pelaburan dan pembangunan tidak seimbang dan saksama,iaitu jika
berlakunya rasuah dan penyelewengan,maka ia akan mewujudkan golongan masyarakat
yang terpaksa menanggung kesan buruknya.Tumpuan pembangunan dan pelaburan
berpusu ke sektor tertentu sahaja. Ketidakseimbangan ini wujud bukan kerana
sektor ini mempunyai permintaan dan keuntungan yang timggi tetepi kerana
rasuah. Maka berlakulah pertumbuhan ekonomi yang berat sebelah dan
sektor-sektor lain yang tidak ada peluang untuk melakukan rasuah, maka ia tidak
diperkembangkan
Akhir sekali,kesan rasuah kepada
negara ialah menyebabkan pengaliran wang ke luar negara. Mengumpul dan
menyimpan wang rasuah di dalam negara dirasakan tidak selamat oleh
penerima-penerima rasuah kerana ia boleh dikesan oleh pihak berkuasa dan
merampasnya. Oleh yang demikian,wang rasuah yang merupakan wang negara disimpan
di bank-bank luar negara. Ini bermakna negara akan kehilangan pertukaran wang
asing dan modal.
Daripada penjelasan yang saya utarakan
di atas,ternyatalah rasuah perlu ditangani secara bijaksana. Peribahasa ada
berbunyi hendak seribu daya,tidak hendak seribu dalih. Oleh itu,semua pihak
perlulah seia sekata dan sederap melangkah dalam memahami isu ini. Sikap saling
menunding jari bukanlah jalan penyelesaian yang konkrit dapat dilaksanakan dan
secara tidak langsung masyarakat yang cemerlang dan gemilang dapat dilahirkan.
Mereka yang terlibat dalam isu rasuah harus bertindak secara proaktif demi
untuk kebaikan bersama
terima kasih atas perkongsian maklumat ini....sgt bermanfaat :')
ReplyDeleteTerima kasih! Sngt membantu🌺
ReplyDeleteTerima kasih! Sngt membantu
ReplyDeleteTerima kasih! Sngt membantu
ReplyDelete