Bukan soalan ramalan tetapi latihan pengukuhan menjelang peperiksaan. Berdasarkan soalan-soalan percubaan negeri-negeri. ANALISIS SOALAN TATABAHASA |
|
NEGERI | 3 (b ) |
KELANTAN | Cakap pindah kepada cakap ajuk |
TERENGGANU | Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut dan nyatakan jenisnya |
PAHANG | Tukarkan ayat susunan biasa di bawah kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. |
JOHOR | Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah |
SELANGOR | Ayat songsang kepada ayat susunan biasa |
NEGERI SEMBILAN | Tukar cakap ajuk kepada cakap pindah |
MELAKA | Tukarkan ayat di bawah ini kepada ayat songsang tanpa mengubah maksud asal ayat tersebut |
PERAK | Tukar cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya |
KEDAH | Pisahkan ayat majmuk menjadi dua ayat tunggal |
PERLIS | Ayat aktif kepada ayat pasif |
SARAWAK(Kuching) | Tulis petikan di bawah dalam bentuk cakap pindah |
YIK | Bina ayat tanya dengan kata tanya yang betul |
PULAU PINANG | Menukarkan ayat biasa menjadi ayat susunan songsang |
MRSM | Ayat pasif kepada ayat aktif |
LABUAN | Tukar ayat-ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat-ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya |
Skor BH | Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Nyatakan sama ada ayat tersebut ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah |
Times | Tentukan jenis ayat perintah – larangan, suruhan, permintaan, silaan |
SBP | Cakap ajuk kepada cakap pindah |
Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Sunday, October 28, 2012
Ramalan Kemahiran Berbahasa 2012
Saturday, October 27, 2012
Latihan Soalan Novel 2012 -
Sila cari jawapan bagi soalan yang diberikan. Rujuk mana-mana buku bagi mendapatkan jawapan yang tepat atau adakan perbincangan dengan rakan-rakan. ANALISIS SOALAN NOVEL |
||
NEGERI | 4(a) – 7 markah | 4(b) – 8 markah |
KELANTAN | Dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan ketabahan watak dalam menghadapi dugaan | Huraikan latar masyarakat dalam dua buah novel |
TERENGGANU | Huraikan dua nilai tanggungjawab dalam novel | Satu latar masyarakat dalam dua buah novel |
PAHANG | Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan nilai keberanian yang terdapat dalam novel tersebut. | Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan satu persamaan teknik plot yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut |
JOHOR | Huraikan dua latar tempat bagi sebuah novel yang telah anda pelajari. | Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga nilai kemanusiaan daripada novel tersebut. |
SELANGOR | Huraikan dua latar tempat beserta peristiwa | Dua teknik plot dalam sebuah novel |
NEGERI SEMBILAN | Kesesuaian pemilihan judulsesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan novel tersebut. Buktikan | Berdasarkan sebuah novel, huraikan tiga latar masyarakat |
MELAKA | Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan temayang terdapat dalam novel tersebut. | Jelaskan satu nilai ketabahanyang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji. |
PERAK | Cabaran yang dihadapi oleh watak utama | Berdasarkan dua buah novel, satupengajaran |
KEDAH | Peleraian cerita (plot) | pengajaran |
PERLIS | Huraikan tema sebuah novel | Berdasarkan dua buah novel, satulatar tempat |
SARAWAK | Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan beberapaperistiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut. | Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama menangani satu konflikyang dihadapi dalam setiap novel |
Kuching | ||
YIK | Dua konflik yang dihadapi olehwatak utama dan cara watak menyelesaikannya | Berdasarkan dua buah novel huraikan peristiwa yang memaparkan kasih sayang |
PULAU PINANG | Dua contoh situasi yang menunjukkan hubungan kekeluargaan yang erat | Berdasarkan dua buah novel huraikan peristiwa mnunjukkan nilai kerjasama dalam novel: |
MRSM | Jelaskan tema beserta huraian peristiwa | Berdasarkan dua buah novel. Huraikan satu perwatakan watak sampingan |
LABUAN | Latar tempat yang terdapat dalam sebuah novel menjadikan cerita lebih realistik. Nyatakan tiga latar tempat dan kaitkan dengan peristiwa penting yang terdapat dalam novel yang anda kaji. | Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satuperistiwa yang memaparkan nilai bertanggungjawab dalam setiap novel |
Skor BH | Dua peristiwa yang menggambarkannilai kasih sayang | Berdasarkan sebuah novel, huraikanlatar masyarakat |
Times | Dua latar masyarakat yang mendatangkan keinsafan | Teknik penceritaan dalam dua buah novel |
SBP | Pilih dua peristiwa menarik dan nyatakan sebab peristiwa itu menarik perhatian anda | Berdasarkan dua buah novel, huraikan satu latar masyarakat |
Kepentingan SPM dalam hidup
Mengisi Waktu Cuti Sekolah :
Cuti sekolah sering ditunggu oleh setiap pelajar. Cuti sekolah juga dianggap sebagai hari untuk menyimpan beg dan merehatkan minda para pelajar. Adalah sesuatu yang amat malang, jika pelajar beranggapan bahawa cuti sekolah merupakan hari untuk mereka berbulan madu dan melupakan proses pembelajaran. Cuti sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori seperti cuti hujung minggu, cuti penggal persekolahan dan juga cuti awam. Mengapa pelajar perlu bercuti? Apakah program yang boleh dirancang sewaktu cuti ? Semua persoalan itu akan saya huraikan dalam coretan seterusnya.
Dalam suasana bahang SPM kian membara, pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM sudah pastinya resah gelisah. Namun jika masih ada yang mampu tidur lena dan dibuai mimpi indah, saya pasti mereka tidak sedikitpun memikirkan tentang kepentingan peperiksaan SPM. Bagi mereka, lulus atau gagal, cemerlang atau kecundang tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Orang seperti ini hanya akan mengeluh dan berperasaan, apabila mereka ingin memohon pekerjaan kelak. Ketika itu barulah timbul kesedaran dalam diri mereka tentang "maha pentingnya" sijil SPM dan kredit dalam bahasa Melayu.
Saban tahun, apabila bekas-bekas pelajar hadir ke sekolah selepas 3 atau 4 tahun meninggalkan alam persekolahan, mereka akan berjumpa dengan guru-guru dan menimbulkan kekesalan dalam diri kerana alpa dan leka ketika mengambil peperiksaan SPM yang lalu. Betapa susahnya mereka meneruskan kehidupan hanya berbekalkan pengalaman atau cakap-cakap tanpa sijil SPM yang sewajarnya. Kekesalan ketika itu, ibarat nasi sudah menjadi bubur. Mereka cuba memperbaiki kehidupan dengan mengambil kertas Julai, tetapi rata-rata daripada kalangan mereka tidak mampu memperolehi keputusan yang baik. Terdetik di hati mereka, rupanya mengambil peperiksaan sewaktu di alam persekolahan adalah peluang yang perlu direbut dengan sebaik mungkin.
Dalam mengira detik waktu yang masih berbaki, sewajarnya calon-calon SPM 2012, mengisi waktu dengan sebaik mungkin. Penuhilah detik waktu ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang dapat membantu emosi, rohani dan intelek untuk bersedia menghadapi peperiksaan. Namun, jangan abaikan kesihatan anda. Pastikan keperluan fisiologi dipenuhi, kerana kita tidak mahu dalam saat-saat intelek sudah bersedia, kesihatan kita terganggu. Kita tidak mahu timbul ketidakselesaan ketika menjawab soalan-soalan peperiksaan.
Akhir kata, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM buat semua calon SPM 2012. Buatlah yang terbaik untuk masa depan yang lebih gemuilang.
Dalam suasana bahang SPM kian membara, pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM sudah pastinya resah gelisah. Namun jika masih ada yang mampu tidur lena dan dibuai mimpi indah, saya pasti mereka tidak sedikitpun memikirkan tentang kepentingan peperiksaan SPM. Bagi mereka, lulus atau gagal, cemerlang atau kecundang tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Orang seperti ini hanya akan mengeluh dan berperasaan, apabila mereka ingin memohon pekerjaan kelak. Ketika itu barulah timbul kesedaran dalam diri mereka tentang "maha pentingnya" sijil SPM dan kredit dalam bahasa Melayu.
Saban tahun, apabila bekas-bekas pelajar hadir ke sekolah selepas 3 atau 4 tahun meninggalkan alam persekolahan, mereka akan berjumpa dengan guru-guru dan menimbulkan kekesalan dalam diri kerana alpa dan leka ketika mengambil peperiksaan SPM yang lalu. Betapa susahnya mereka meneruskan kehidupan hanya berbekalkan pengalaman atau cakap-cakap tanpa sijil SPM yang sewajarnya. Kekesalan ketika itu, ibarat nasi sudah menjadi bubur. Mereka cuba memperbaiki kehidupan dengan mengambil kertas Julai, tetapi rata-rata daripada kalangan mereka tidak mampu memperolehi keputusan yang baik. Terdetik di hati mereka, rupanya mengambil peperiksaan sewaktu di alam persekolahan adalah peluang yang perlu direbut dengan sebaik mungkin.
Dalam mengira detik waktu yang masih berbaki, sewajarnya calon-calon SPM 2012, mengisi waktu dengan sebaik mungkin. Penuhilah detik waktu ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang dapat membantu emosi, rohani dan intelek untuk bersedia menghadapi peperiksaan. Namun, jangan abaikan kesihatan anda. Pastikan keperluan fisiologi dipenuhi, kerana kita tidak mahu dalam saat-saat intelek sudah bersedia, kesihatan kita terganggu. Kita tidak mahu timbul ketidakselesaan ketika menjawab soalan-soalan peperiksaan.
Akhir kata, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM buat semua calon SPM 2012. Buatlah yang terbaik untuk masa depan yang lebih gemuilang.
Tuesday, October 23, 2012
RANGKA JAWAPAN BAHASA MELAYU
BERDASARKAN SOALAN PERCUBAAN SPM 2012
Dipetik dan diedit daripada blog bmspm
PENDIDIKAN
1.
Cara-cara menyayangi sekolah
Ø Tidak merosakkan harta benda sekolah
ü
menyemai sikap menyayangi harta benda sekolah
ü
menghargai prasarana yang disediakan
ü
kempen antivandalisme
Ø Mematuhi Peraturan-peraturan sekolah
ü memberi fokus semasa pembelajaran
dan pengajaran, menyempurnakan kerja sekolah serta
ü mematuhi arahan guru
ü menjaga imej dan penampilan diri
ü tidak ponteng sekolah dan
kelas-hadir dan pulang menepati masa
ü menghormati guru, rakan-rakan dan
warga sekolah
Ø Menjaga nama baik sekolah
Ø mematuhi disiplin sekolah
Ø mempertingkat pencapaian
dalam akademik/peperiksaan
Ø bersama menggerakaktifkan aktiviti
kokurikulum
Ø berusaha bersungguh-sungguh untuk
menang dalam setiap acara pertandingan yang disertai
2. Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan komunikasi
antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing
dalam kalangan pelajar.
Ø Memudahkan dalam penguasaan ilmu
Ø Dapat berhubung dan berkomunikasi dengan
masyarakat dunia
Ø Senang mendapat pekerjaan
Ø Seiring dengan tuntutan
globalisasi
Ø Dapat bertutur dengan masyarakat
dan memahami budaya mereka
Ø Boleh menyesuaikan diri dalam
pelbagai keadaan dan tempat
3. Konsep
Sekolah Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang menyayangi dalam
kalangan guru dan murid. Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru.
Ø Membantu guru dalam pelbagai
urusan berkaitan sekolah.
Ø Menghadiahkan kejayaan dalam
peperiksaan
Ø Mendoakan kesejahteraan guru
Ø Meraikan hari-hari yang bermakna
dalam kehidupan guru
Ø Menziarahi guru ketika sakit atau
hari raya
Ø Mendengar nasihat dan menghormati
guru
Ø Bercakap dengan suara yang lemah
lembut dan sopan
4. Sekolah
anda berhasarat untuk melahirkan “Sekolah Cemerlang Bertaraf Dunia”
Selaku ketua
pelajar, anda dikehendaki mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil
oleh pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang
akakdemik, kokuriklum, sahsiah dan persekitaran fizikal.
Akademik
ü Menggiatkan kelas tambahan untuk
murid peperiksaan awam
ü Mengadakan program khas untuk
murid bukan kelas awam
ü Memperbanyak bengkel dan
pendedahan teknik menjawab soalan
Kokurikulum
ü Mewujudkan pasukan elit dalam
beberapa jenis sukan
ü Melibatkan diri dalam pelbagai
program daerah
ü Konsisten dalam latihan dan kem untuk
ahli sukan sekolah
ü Menyediakan juru latih yang
berkebolehan dan mahir dalam aktiviti yang dirancang
Persekitaran
sekolah
ü Mengadakan pertandingan keceriaan
sekolah – ganjaran yang lumayan – denda kepada kelas yang kotor
ü Gotong royong peringkat sekolah
dan kelas
ü Memperuntukkan kos untuk keceriaan
kelas
Sahsiah
ü Kem kepimpinan dan jati diri
ü Anugerah tokoh murid
5. Melanjutkan pelajaran ke
IPT setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia merupakan idaman setiap remaja.
Jelaskan cirri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi
idaman anda.
Ø
Universiti terkemuka / berrtaraf dunia
Ø
Terletak di luar negara / dalam negara
Ø
Mempunyai bidang pengajian yang diminati
Ø
Sistem pengajian / pendidikan yang yang menarik
Ø
Prasarana terkini dan kondusif
Ø
Kemudahan pangangkutan dan penginapan
Ø
Pensyarah yang hebat
1. Remaja memberikan sumbgan
penting untuk mengharumkan nama sekolah. Sebagai remaja jelaskan
cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.
Ø
Mencapai kejayaan yang
cemerlang dalam peperiksaan
Ø
Mencipta kemenagan dalam
pelbagai pertandingan yang disertai
Ø
Sentiasa berakhlak mulia
dan menjauhkan diri daripada masalah sosial
Ø
Menjadi pelajar contoh bagi
semua pelajar
Ø
Menjaga kebersihan dan
keceriaan persekitaran sekolah
ALAM SEKITAR
1. Ibu bapa memainkan peranan yang penting
dalam usaha menggalakkan anak-anak mementingkan keindahan alam sekitar.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh
dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam
sekitar.
Ø
ibu bapa menggalakkan
anak-anak mengitar semula
Ø
ibu bapa menunjukkan
teladan yang baik dalam program kitar semula
Ø
ibu bapa menetapkan jadual
waktu membersihkan rumah
Ø
ibu bapa mendidik anak-anak
agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak menggunakan plastik.
Ø
Ibu bapa mengajak anak-anak
melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong
Ø
Ibu bapa menyediakan bekas
buangan kitar semua yang sesuai.
2. Kebersihan
sangat penting dalam kehidupan.
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh
ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar sentiasa mementingkan kebersihan dalam
kehidupan seharian.
Ø ibu
bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula
Ø ibu
bapa menunjukkan teladan yang baik
Ø ibu
bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah
Ø ibu
bapa mendidik anak-anak agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak menggunakan
plastik.
Ø Ibu
bapa menyediakan tong sampah di rumah
Ø Ibu
bapa mengajak anak-anak menceriakan persekitaran rumah dengan tumbuhan hijau
4. Isu
kebersihan terutamanya di kawasan sekolah perlu diberi perhatian yang serius. Sebagai
pelajar yang prihatin, kemukakan langkah-langkah yang akan anda lakukan
untuk memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.
Ø Menyertai
gotong royong di sekolah
Ø Menyediakan
dan mematuhi jadual bertugas di dalam kelas
Ø Mengajak
rakan-rakan menyertai kempen kebersihan
Ø Mencadangkan
kepada pihak sekolah memperbanyak aktiviti kebersihan
Ø Mengajurkan
pertandingan kebersihan kelas
Ø Membuang
sampah di dalam tong sampah
Ø Menjaga
kawasan taman angkat - persatuan
Ø Menasihati
rakan-rakan yang cenderung mengotorkan persekitaran sekolah
Ø Mengelakkan
terlibat dalam salah laku yang mencemarkan alam sekitar di sekolah
5. Langkah
mengelakkan kejadian tanah runtuh
Ø Pembangunan
di lereng bukit yang terkawal
Ø Pembinaan
taman perumahan di lereng bukit mesti mendapat kelulusan daripada Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT).
Ø Sistem
perparitan yang terancang
Ø Pembinaan
parit / longkang yang sesuai dan sempurna
Ø Penguatkuasaan
undang-undang yang lebih ketat
Ø Mengenakan
hukuman yang maksimum kepada pemaju perumahan yang tidak mengikut garis
panduan / pembalakan haram.
Ø Pemantauan
secara berterusan oleh pihak berwajib – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Ø Pembukaan
kawasan pertanian secara terancang
Ø Pembinaan
benteng konkrit
Ø Kempen
‘Cintai Alam Sekitar’.
1. Kehidupan berkeluarga
merupakan keperluan setiap individu.
Berikan pendapat anda tentang keluarga yang diimpikan.
Ø Mempunyai bilangan ahli keluarga
yang banyak
Ø Ahli keluarga yang sihat
Ø Ahli keluarga yang berpendidikan
agama
Ø Ahli keluarga yang cemerlang dalam
akademik
Ø Ahli keluarga yang sayang-
menyayangi/saling memahami/saling menghormati
Ø Ahli keluarga yang sentiasa
melakukan aktiviti bersama
Ø Ahli keluarga yang tidak terlibat
dengan gejala sosial
Ø Ahli keluarga yang kaya
2. Banyak pendapat
mengatakan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja berkaitan dengan
kerunuahan institusi keluarga.
Jelaskan peranan keluarga bagi menangani masalah sosial
dalam kalangan remaja pada masa ini.
Ø Merapatkan hubungan kekeluargaan –
melakukan aktiviti bersma-sama – melancong
Ø Memulihkan hubungan kekeluargaan
akibat perbalahan – elak penceraian
Ø Berkongsi maklumat dan
pandangan tentang sesuatu isu – saling menghormati – saling menghargai
pandangan orang lain
Ø Merancang aktiviti yang berfaedah
bersama-sama – elak anak terjebak dalam aktiviti negatif – kurang kes salah
laku
Ø Menjadi suri teladan – contoh
kepada anak-anak – nilai murni – budi bahasa
Ø Bertindak tegas terhadap anak –
perbetulkan kesalahan anak walaupun kecil sebagai pengajaran.
Ø Memantau pergerakan anak-anak /
pergaulan anak-anak di luar rumah.
3. Pengukuhan institusi
keluarga merupakan tunjang utama dapat membina keluarga bahagia
Huraikan peranan ahli keluarga dalam merealisasikan
institusi keluarga bahagia.
Ø Ibu bapa sebagai suri
teladan
Ø Ibu bapa menyediakan kediaman yang
selamat
Ø Persekitaran tempat tinggal yang
bersih dan ceria
Ø Ibu bapa menyediakan makanan
berkhasiat dan seimbang
Ø Cakna/prihatin terhadap tahap
kesihatan ahli keluarga
Ø Anak-anak yang bersahsiah terpuji
Ø peranan keluarga terdekat seperti
adik-beradik, nenek, datuk dan saudara-mara
4. Kempen galakan membaca
dijalankan saban tahun masih gagal untuk menjadikan budaya membaca sebagai
amalan hidup masyarakat di negara ini.
Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga
untuk memupuk amalan tersebut.
Ø Keluarga menjadi contoh dalam
program membaca
Ø Keluarga membaca bersama-sama
Ø Keluarga menceritakan bahan yang
dibaca
Ø Keluarga membawa anak-anak mengunjungi
pameran buku
Ø Adik-beradik dewasa menjadi suri teladan
kepada adik-adik yang lain
Ø Ibu bapa menyediakan bahan bacaan
yang sesuai
Ø Ibu bapa menyediakan ruang
pembacaan yang kondusif di rumah.
Ø Ibu bapa memperuntukkan
perbelanjaan untuk membeli bahan bacaan.
5. Sikap
sesetengah ibu bapa yang memanjakan anak-anak sering membawa pelbagai kesan
terhadap tingkah laku anak-anak pada masa ini. Berikan pendapat anda
tentang pernyataan tersebut.
Ø Anak-anak tidak mampu hidup
berdikari – keperluan diri diurus oleh ibu bapa – tidak mahu hidup susah –
tidak sanggup menghadapi cabaran – malas berusaha - mudah menyerah kalah
apabila ditimpa musibah
Ø Anak-anak sukar mengendalikan
emosi mereka – gagal hadapi tekanan – bertindak mengikut perasaan – boleh
mencederakan diri sendiri dan orang lain – tidak boleh menerima hakikat apabila
ditimpa kegagalan
Ø Anak-anak tidak mempunyai jati
diri yang kukuh – tidak ada pendirian – gagal menepis pujukan dan rayuan rakan
sebaya atau kekasih – berlaku pergaulan bebas dan penzinaan – anak luar nikah –
pembuangan bayi
Ø Anak-anak berani untuk terlibat
dalam masalah sosial – ibu bapa terlalu mengikut kata anak – tidak menerima
hakikat bahawa anak mereka nakal – menyalahkan orang lain atas masalh yang
dlakukan oleh anak sendiri - terlalu yakin dengan alasan anak-anak – disogokkan
dengan wang ringgit dann kemewahan material – anak lupa diri – terlibat dalam
salah laku
Ø Anak-anak sukar untuk membina
kehidupan berkeluarga yang cemerlang kerana masih bergantung harap dengan
keluarga apabila mereka sudah berkahwin.
Ø
6. Ibu
bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai
balasan, setiap orang anak mesti membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.
Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak
yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.
Ø Mematuhi kata-kata dan nasihat ibu
bapa
Ø Sentiasa bermanis muka dengan ibu
bapa
Ø Meninggalkan / tidak melakukan
perkara-perkara yang tidak disukai ibu bapa
Ø Menziarahi ibu bapa di kampung
Ø Memberikan bantuan yang diperlukan
oleh ibu bapa
Ø Membawa ibu bapa melancong
7. Bapa
ialah suri teladan kepimpinan dalam sesebuah rumahtangga terutama kepada
anak-anak lelaki. Pandangan ini selaras dengan salah satu matlamat
pendidikan negara, iaitu memperkasakan pelajar lelaki.
Huraikan
sifat-sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anak-anak lelaki
mereka sebagai pemimpin keluarga.
Ø Mengasuh anak-anak tentang ilmu
keagamaan
Ø Mendidik anak-anak agar berani dan
bijak membuat keputusan
Ø Mendidik anak-anak agar
bertanggungjawab menjaga keluarga
Ø Mengasuh anak-anak agar menghargai
masa
Ø Mengasuh anak-anak agar
menghormati orang lain
Ø Bersikap rasional dalam sesuatu
tindakan
Ø Memberikan didikan agama yang
mantap dan kukuh dalam diri anak-anak supaya bertindak berdasarkan hukum agama.
8. Kejayaan
anak-anak berkait rapat dengan keprihatinan ibu bapa. Ulaskan pernyataan
tersebut.
Keprihatinan ibu bapa menentukan
kejayaan anak-anak:
Ø Memberikan kasih sayang secukupnya
Ø Memantau perkembangan pembelajaran anak-anak
Ø Menyediakan keperluan asas
Ø Memberikan pendidikan dunia dan
akhirat
Ø Mengawal pergaulan anak-anak
Ø Meluangkan masa bersama-sama
mereka
Ø Mendidik mereka agar pandai
mengurus masa
Ø Membentuk akhlak mereka
9. Keprihatinan
dan kasih sayang ibu bapa penting dalam menentukan kejayaan hidup
anak-anak. Anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar
tempatan berdasarkan pernyataan tersebut.
Tulis rencana itu selengkapnya.
Ø Memperuntukkan masa yang
berkualiti untuk bersama-sama keluarga
Ø
Prihatin dalam mendengar dan membantu anak-anak
menyelesaikan masalah
Ø
Mengambil berat tentang pendidikan anak-anak
Ø
Mengatasi masalah stres dalam kalangan anak-anak
Ø
Melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama keluarga
Ø
Memantau pergaulan anak-anak dan memastikan anak-anak
selalu berada bersama keluarga.
Ø
Tidak membebankan anak-anak dengan kerja rumah yang tidak
bersesuaian.
Ø
Memenuhi keperluan dan kehendak anak-anak secara
terkawal.
10. Setiap
ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan. Bincangkan
usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastikan harapan mereka itu
tercapai.
Ø Gigih dan berusaha untuk mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Ø Mendapat didikan agama cukup dan
sempurna
Ø Bergaul dengan orang-orang yang
berilmu dan baik
Ø Tidak terlibat dalam gejala sosial
Ø Menghormati orang yang lebih tua
terutama ibu bapa dan guru
Ø Sentiasa menerima teguran dan
nasihat
Ø Tidak terlalu mengikut emosi dan
darah muda.
Ø Menjaga maruah keluarga dan tidak menconteng arang ke
muka ibu bapa.
Subscribe to:
Posts (Atom)