Tuesday, October 23, 2012


RANGKA JAWAPAN BAHASA MELAYU
BERDASARKAN SOALAN PERCUBAAN SPM 2012

Dipetik dan diedit daripada blog bmspm

PENDIDIKAN

1.        Cara-cara menyayangi sekolah

Ø  Tidak merosakkan harta benda sekolah
ü  menyemai sikap menyayangi harta benda sekolah
ü  menghargai prasarana yang disediakan
ü  kempen antivandalisme

Ø  Mematuhi Peraturan-peraturan sekolah
ü  memberi fokus semasa pembelajaran dan pengajaran, menyempurnakan kerja sekolah serta
ü  mematuhi arahan guru
ü  menjaga imej dan penampilan diri
ü  tidak ponteng sekolah dan kelas-hadir dan pulang menepati masa
ü  menghormati guru, rakan-rakan dan warga sekolah

Ø  Menjaga nama baik sekolah
Ø  mematuhi disiplin sekolah
Ø  mempertingkat pencapaian  dalam akademik/peperiksaan
Ø  bersama menggerakaktifkan aktiviti kokurikulum
Ø  berusaha bersungguh-sungguh untuk menang dalam setiap acara pertandingan yang disertai


 2.     Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu,  jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar.

Ø  Memudahkan dalam penguasaan ilmu
Ø  Dapat berhubung dan berkomunikasi dengan masyarakat dunia
Ø  Senang mendapat pekerjaan
Ø  Seiring dengan tuntutan globalisasi
Ø  Dapat bertutur dengan masyarakat dan memahami budaya mereka
Ø  Boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan tempat


3.     Konsep Sekolah Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang menyayangi dalam kalangan guru dan murid. Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru.

Ø  Membantu guru dalam pelbagai urusan berkaitan sekolah.
Ø  Menghadiahkan kejayaan dalam peperiksaan
Ø  Mendoakan kesejahteraan guru
Ø  Meraikan hari-hari yang bermakna dalam kehidupan guru
Ø  Menziarahi guru ketika sakit atau hari raya
Ø  Mendengar nasihat dan menghormati guru
Ø  Bercakap dengan suara yang lemah lembut dan sopan


4.     Sekolah anda berhasarat untuk melahirkan “Sekolah Cemerlang Bertaraf Dunia”
Selaku ketua pelajar,  anda dikehendaki mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak  sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akakdemik, kokuriklum,  sahsiah dan persekitaran fizikal.

Akademik
ü  Menggiatkan kelas tambahan untuk murid peperiksaan awam
ü  Mengadakan program khas untuk murid bukan kelas awam
ü  Memperbanyak bengkel dan pendedahan teknik menjawab soalan

Kokurikulum
ü  Mewujudkan pasukan elit dalam beberapa jenis sukan
ü  Melibatkan diri dalam pelbagai program daerah
ü  Konsisten dalam latihan dan kem untuk ahli sukan sekolah
ü  Menyediakan juru latih yang berkebolehan dan mahir dalam aktiviti yang dirancang

Persekitaran sekolah
ü  Mengadakan pertandingan keceriaan sekolah – ganjaran yang lumayan – denda kepada kelas yang kotor
ü  Gotong royong peringkat sekolah dan kelas
ü  Memperuntukkan kos untuk keceriaan kelas

 Sahsiah
ü  Kem kepimpinan dan jati diri
ü  Anugerah tokoh murid


5.     Melanjutkan pelajaran ke IPT setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia merupakan idaman setiap remaja.
Jelaskan cirri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.

Ø  Universiti terkemuka / berrtaraf dunia
Ø  Terletak di luar negara / dalam negara
Ø  Mempunyai bidang pengajian yang diminati
Ø  Sistem pengajian / pendidikan yang yang menarik
Ø  Prasarana terkini dan kondusif
Ø  Kemudahan pangangkutan dan penginapan
Ø  Pensyarah yang hebat


1.     Remaja memberikan sumbgan penting untuk mengharumkan nama sekolah.  Sebagai remaja jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.

Ø  Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan
Ø  Mencipta kemenagan dalam pelbagai pertandingan yang disertai
Ø  Sentiasa berakhlak mulia dan menjauhkan diri daripada masalah sosial
Ø  Menjadi pelajar contoh bagi semua pelajar
Ø  Menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah



ALAM SEKITAR
  
1.          Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam usaha menggalakkan anak-anak mementingkan keindahan alam sekitar.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar.

Ø  ibu bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula
Ø  ibu bapa menunjukkan teladan yang baik dalam program kitar semula
Ø  ibu bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah
Ø  ibu bapa mendidik anak-anak agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak menggunakan plastik.
Ø  Ibu bapa mengajak anak-anak melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong
Ø  Ibu bapa menyediakan bekas buangan kitar semua yang sesuai.


  
2.     Kebersihan sangat penting dalam kehidupan. 
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar sentiasa mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.

Ø  ibu bapa menggalakkan anak-anak mengitar semula
Ø  ibu bapa menunjukkan teladan yang baik
Ø  ibu bapa menetapkan jadual waktu membersihkan rumah
Ø  ibu bapa mendidik anak-anak agar menyahut kempen kerajaan seperti tidak menggunakan plastik.
Ø  Ibu bapa menyediakan tong sampah di rumah
Ø  Ibu bapa mengajak anak-anak menceriakan persekitaran rumah dengan tumbuhan hijau


4.     Isu kebersihan terutamanya di kawasan sekolah perlu diberi perhatian yang serius. Sebagai pelajar yang prihatin,  kemukakan langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.

Ø  Menyertai gotong royong di sekolah
Ø  Menyediakan dan mematuhi jadual bertugas di dalam kelas
Ø  Mengajak rakan-rakan menyertai kempen kebersihan
Ø  Mencadangkan kepada pihak sekolah memperbanyak aktiviti kebersihan
Ø  Mengajurkan pertandingan kebersihan kelas
Ø  Membuang sampah di dalam tong sampah
Ø  Menjaga kawasan taman angkat  - persatuan
Ø  Menasihati rakan-rakan yang cenderung mengotorkan persekitaran sekolah
Ø  Mengelakkan terlibat dalam salah laku yang mencemarkan alam sekitar di sekolah

5.     Langkah mengelakkan kejadian tanah runtuh

Ø  Pembangunan di lereng bukit yang terkawal
Ø  Pembinaan taman perumahan di lereng bukit mesti mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Ø  Sistem perparitan yang terancang
Ø  Pembinaan parit / longkang yang sesuai dan sempurna
Ø  Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat
Ø  Mengenakan hukuman yang maksimum kepada pemaju perumahan yang tidak mengikut garis panduan  /  pembalakan haram.
Ø  Pemantauan secara berterusan oleh pihak berwajib – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Ø  Pembukaan kawasan pertanian secara terancang
Ø  Pembinaan benteng konkrit
Ø  Kempen ‘Cintai Alam Sekitar’.

 




1.     Kehidupan berkeluarga merupakan keperluan setiap individu.
Berikan pendapat anda tentang keluarga yang diimpikan.

Ø  Mempunyai bilangan ahli keluarga yang banyak
Ø  Ahli keluarga yang sihat
Ø  Ahli keluarga yang berpendidikan agama
Ø  Ahli keluarga yang cemerlang dalam akademik
Ø  Ahli keluarga yang sayang- menyayangi/saling memahami/saling menghormati
Ø  Ahli keluarga yang sentiasa melakukan aktiviti bersama
Ø  Ahli keluarga yang tidak terlibat dengan gejala sosial
Ø  Ahli keluarga yang kaya

2.     Banyak pendapat mengatakan bahawa masalah sosial dalam kalangan remaja berkaitan dengan kerunuahan institusi keluarga.
Jelaskan peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini.

Ø  Merapatkan hubungan kekeluargaan – melakukan aktiviti bersma-sama – melancong
Ø  Memulihkan hubungan kekeluargaan akibat perbalahan – elak penceraian
Ø  Berkongsi maklumat dan pandangan  tentang sesuatu isu – saling menghormati – saling menghargai pandangan orang lain
Ø  Merancang aktiviti yang berfaedah bersama-sama – elak anak terjebak dalam aktiviti negatif – kurang kes salah laku
Ø  Menjadi suri teladan – contoh kepada anak-anak – nilai murni – budi bahasa
Ø  Bertindak tegas terhadap anak – perbetulkan kesalahan anak walaupun kecil sebagai pengajaran.
Ø  Memantau pergerakan anak-anak / pergaulan anak-anak di luar rumah.


3.     Pengukuhan institusi keluarga merupakan tunjang utama dapat  membina keluarga bahagia
Huraikan peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.

Ø  Ibu  bapa sebagai suri teladan
Ø  Ibu bapa menyediakan kediaman yang selamat
Ø  Persekitaran tempat tinggal yang bersih dan ceria
Ø  Ibu bapa menyediakan makanan berkhasiat dan seimbang
Ø  Cakna/prihatin terhadap tahap kesihatan ahli keluarga
Ø  Anak-anak yang bersahsiah terpuji
Ø  peranan keluarga terdekat seperti adik-beradik, nenek, datuk dan saudara-mara



4.     Kempen galakan membaca dijalankan saban tahun masih gagal untuk menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup masyarakat di negara ini.
Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga  untuk  memupuk amalan tersebut.

Ø  Keluarga menjadi contoh dalam program membaca
Ø  Keluarga membaca bersama-sama
Ø  Keluarga menceritakan bahan yang dibaca
Ø  Keluarga membawa anak-anak mengunjungi pameran buku
Ø  Adik-beradik dewasa menjadi suri teladan kepada adik-adik yang lain
Ø  Ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang sesuai
Ø  Ibu bapa menyediakan ruang pembacaan yang kondusif di rumah.
Ø  Ibu bapa memperuntukkan perbelanjaan untuk membeli bahan bacaan.

5.     Sikap sesetengah ibu bapa yang memanjakan anak-anak sering membawa pelbagai kesan terhadap tingkah laku anak-anak pada masa ini.  Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.

Ø  Anak-anak tidak mampu hidup berdikari – keperluan diri diurus oleh ibu bapa – tidak mahu hidup susah – tidak sanggup menghadapi cabaran – malas berusaha -  mudah menyerah kalah apabila ditimpa musibah
Ø  Anak-anak sukar mengendalikan emosi mereka – gagal hadapi tekanan – bertindak mengikut perasaan – boleh mencederakan diri sendiri dan orang lain – tidak boleh menerima hakikat apabila ditimpa kegagalan
Ø  Anak-anak tidak mempunyai jati diri yang kukuh – tidak ada pendirian – gagal menepis pujukan dan rayuan rakan sebaya atau kekasih – berlaku pergaulan bebas dan penzinaan – anak luar nikah – pembuangan bayi
Ø  Anak-anak berani untuk terlibat dalam masalah sosial – ibu bapa terlalu mengikut kata anak – tidak menerima hakikat bahawa anak mereka nakal – menyalahkan orang lain atas masalh yang dlakukan oleh anak sendiri - terlalu yakin dengan alasan anak-anak – disogokkan dengan wang ringgit dann kemewahan material – anak lupa diri – terlibat dalam salah laku
Ø  Anak-anak sukar untuk membina kehidupan berkeluarga yang cemerlang kerana masih bergantung harap dengan keluarga apabila mereka sudah berkahwin.
Ø   

6.     Ibu bapa mempunyai jasa yang sungguh besar kepada setiap orang anaknya. Sebagai balasan, setiap orang anak mesti membuat kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa.
Bincangkan usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.

Ø  Mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa
Ø  Sentiasa bermanis muka dengan ibu bapa
Ø  Meninggalkan / tidak melakukan perkara-perkara yang tidak disukai ibu bapa
Ø  Menziarahi ibu bapa di kampung
Ø  Memberikan bantuan yang diperlukan oleh ibu bapa
Ø  Membawa ibu bapa melancong
7.     Bapa ialah suri teladan kepimpinan dalam sesebuah rumahtangga terutama kepada anak-anak lelaki.  Pandangan ini selaras dengan salah satu matlamat pendidikan negara,  iaitu memperkasakan pelajar lelaki.
Huraikan sifat-sifat kepimpinan yang perlu diasuh oleh ibu bapa kepada anak-anak lelaki mereka sebagai pemimpin keluarga.

Ø  Mengasuh anak-anak tentang ilmu keagamaan
Ø  Mendidik anak-anak agar berani dan bijak membuat keputusan
Ø  Mendidik anak-anak agar bertanggungjawab menjaga keluarga
Ø  Mengasuh anak-anak agar menghargai masa
Ø  Mengasuh anak-anak agar menghormati orang lain
Ø  Bersikap rasional dalam sesuatu tindakan
Ø  Memberikan didikan agama yang mantap dan kukuh dalam diri anak-anak supaya bertindak berdasarkan hukum agama.


8.     Kejayaan anak-anak berkait rapat dengan keprihatinan ibu bapa.  Ulaskan pernyataan tersebut.

            Keprihatinan ibu bapa menentukan kejayaan anak-anak:
Ø  Memberikan kasih sayang secukupnya
Ø  Memantau perkembangan pembelajaran anak-anak
Ø  Menyediakan keperluan asas
Ø  Memberikan pendidikan dunia dan akhirat
Ø  Mengawal pergaulan anak-anak
Ø  Meluangkan masa bersama-sama mereka
Ø  Mendidik mereka agar pandai mengurus masa
Ø  Membentuk akhlak mereka


9.     Keprihatinan dan kasih sayang ibu bapa penting dalam menentukan kejayaan hidup anak-anak.  Anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan berdasarkan pernyataan tersebut.
Tulis rencana itu selengkapnya.

Ø  Memperuntukkan masa yang berkualiti untuk bersama-sama keluarga
Ø  Prihatin dalam mendengar dan membantu anak-anak menyelesaikan masalah
Ø  Mengambil berat tentang pendidikan anak-anak
Ø  Mengatasi masalah stres dalam kalangan anak-anak
Ø  Melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama keluarga
Ø  Memantau pergaulan anak-anak dan memastikan anak-anak selalu berada bersama keluarga.
Ø  Tidak membebankan anak-anak dengan kerja rumah yang tidak bersesuaian.
Ø  Memenuhi keperluan dan kehendak anak-anak secara terkawal.



10.  Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anak berjaya dalam kehidupan.  Bincangkan usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastikan harapan mereka itu tercapai.

Ø  Gigih dan berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Ø  Mendapat didikan agama cukup dan sempurna
Ø  Bergaul dengan orang-orang yang berilmu dan baik
Ø  Tidak terlibat dalam gejala sosial
Ø  Menghormati orang yang lebih tua terutama ibu bapa dan guru
Ø  Sentiasa menerima teguran dan nasihat
Ø  Tidak terlalu mengikut emosi dan darah muda.
Ø  Menjaga maruah keluarga dan tidak menconteng arang ke muka ibu bapa.

No comments:

Post a Comment