Friday, September 14, 2012

Karangan Dimensi Keluarga




Perkongsian Ilmu dari Blog Cikgu Ishak's (Tidak diizinkan untuk di photostate dengan tujuan komersial)

Keharmonian dalam rumah tangga dapat diwujudkan daripada sikap yang baik dalam kalangan anak-anak.

Bincangkan sikap yang perlu ada kepada anak-anak bagi melahirkan sebuah keluarga yang harmoni

DIMENSI :    KELUARGA
ISU :            KELUARGA HARMONI
TEMA :                   KELUARGA HARMONI DARIPADA  SIKAP ANAK-ANAK YANG BAIK
FOKUS :       CARA-CARA MENJADI ANAK YANG BAIK
MOD SOALAN :  HARMONI @ sentimental.

ISI-ISI UTAMA (IU)

  1. Anak-anak yang mulia budi pekerti dan bermoral tinggi
  2. Anak-anak yang bersikap ringan tulang
  3. Anak-anak yang patuh kepada perintah agama dan taat kepada ibu bapa
  4. Anak-anak yang bersedia mengambil tanggungjawab
  5. Anak-anak yang saling bertoleransi

Keluarga bahagia adalah menjadi impian semua orang. Matlamat “Rumahku Syurgaku” menjadi hasrat semua keluarga. Mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni memanglah lunak dan muluk, namun tidak semudah seperti yang dihasratkan. Realitinya, banyak institusi keluarga yang kecundang dan terbentur ditelan gelombang. Oleh itu, selain ibu bapa, anak-anak turut berperanan untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga.  Oleh yang demikian, bagi merealisasikan matlamat keluarga yang harmoni, anak-anak haruslah bersikap positif dan turut memainkan peranan agar keluarga yang dibina menjadi keluarga progresif, harmoni, dan sejahtera.

Prakarsa yang paling prima ialah anak-anak hendaklah menjadi seorang insan yang patuh kepada agama dan taat kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana sikap tersebut amat dituntut sama ada di sisi agama mahu pun budaya. Oleh itu, jadilah anak-anak penawar hati dan pelunak perasaan kepada ibu dan ayah. Hormati dan taatilah ibu bapa kerana kesejahteraan dunia dan akhirat adalah atas redha ibu bapa. Apabila ibu bapa dipatuhi manakala perintah Tuhan ditaati nescaya lahirlah insan sempurna sama ada peribadi mahupun nurani . Sesungguhnya, inilah watak yang menjadi resepi lengkap untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga selaras dengan slogan “Rumahku Syurgaku”.

Selain itu, anak-anak yang baik adalah yang mulia budi perkerti dan bermoral tinggi. Budi pekerti dan moral sentiasa menjadi pakaian peribadi. Elok pekerti nescaya terserlah nilai insani. Sewajarnya, anak-anak haruslah mencerminkan diri dengan akhlak dan sopan santun, bak kata Imam al Ghazali, “Hendak mengenal diri  lihatlah pada cermin, hendak mengenal peribadi bercerminlah pada wajah”. Oleh itu, hiasilah diri dengan kelembutan hati dan kesederhanaan sikap sebagai penyuluh pekerti kita. Hormatilah setiap ahli keluarga dengan yang tua dihormati, manakala yang muda disayangi. Seandainya, karekter seperti ini kekal diperkasakan, insya-Allah lahirlah sebuah keluarga yang harmoni, ibarat di air yang bening terpancar bayang yang jernih.

Sikap ringan tulang dan keletah yang ada pada sesetengah anak merupakan kriteria yang amat baik untuk membentuk keluarga yang harmoni. Anak-anak seperti ini tidak pernah berkira sama ada tenaga mahupun penat lelah dalam memberi khidmat kepada keluarga. Mereka mudah mesra dan cepat peka terhadap segala kerenah dalam keluarga. Ketiadaan mereka di rumah amat dirasa oleh semua ahli keluarga. Malahan ada ketika wujud salah faham apabila anak-anak seperti ini dianggap anak emas pula. Sepatutnya inilah sikap yang wajar ditunjukkan oleh anak-anak sebagai tanda membalas budi ibu bapa di samping mengikat hubungan mawaddah dengan ahli keluarga yang lain. Sebagai anak, ingatlah akan kelahiran kita ke dunia adalah atas limpahan darah, peluh dan air mata seorang ibu. Dengan hal yang demikian, balasi ibu bapa dengan sikap ringan tulang demi sebuah keluarga yang harmoni dan prihatin.

Resam hidup, patah tumbuh hilang berganti. Sampai waktu ibu bapa akan berlalu pergi, justeru anak-anak pula yang mengambil giliran. Memahami situasi hukum alam itu, anak-anak wajar bersedia untuk mengambil tanggungjawab. Tanggungjawab seperti menjaga rumah tangga, menghubungkan silaturahim dengan adik beradik dan menjaga maruah serta nama keluarga amatlah dituntut oleh mana-mana masyarakat pun. Seandainya, nilai-nilai murni ini boleh diperkasakan sudah pasti keharmonian dalam rumah tangga akan terbentuk. Anak-anak seyogia perlu berpandangan jauh kerana segala sikap mereka menjadi cermin kepada ibu bapa kerana mengenal batang (perdu) lihatlah pada daunnya. Janganlah terjadi seperti segelintir anak-anak yang lupa diri ibarat buah melayang jauh, tampuk dilupakan. Oleh itu, sebagai anak yang baik bersedialah untuk mengambil tanggungjawab untuk mengharmonikan keluarga.

Bertolak ansur dan saling memahami menjadi sebahagian resepi untuk melahirkan sebuah keluarga yang harmoni. Oleh hal yang demikian, dalam kalangan anak-anak wujudkan sikap saling bertoleransi supaya keluarga lebih aman dan tenteram. Daripada sikap bertoleransi akan lahirlah perasaan saling menyayangi dan saling menghargai antara satu sama lain. Tiada masalah salah faham dan salah anggap kononnya ada yang lebih istimewa dan ada pula yang terpinggir. Sesama adik-beradik jalinan hormat dan kasih ibarat isi dengan kuku. Sebarang perbuatan yang boleh menyakiti darah daging sendiri tidak lebih daripada cubit peha kiri peha kanan pun sakit juga. Seandainya wujud salah faham pun, carilah jalan penyelesaian kerana perselisihan dalam kalangan adik-beradik ibarat air dicencang tidak akan putus. Oleh itu, setiap ahli keluarga bertanggungjawab untuk menjaga dan memupuk institusi yang tertua dalam sejarah manusia ini agar terus subur dengan sifat kasih sayang, harmoni dan penuh mawaddah.

Sesungguhnya, keluarga yang harmoni menjadi teras kepada masyarakat yang dinamik. Sikap penyayang ibu bapa dan dan tingkah laku yang positif dalam kalangan anak-anak menjadi wadah utama untuk membina keluarga yang harmoni. Oleh itu, sebagai anak, berilah sumbangan yang terbaik agar keluarga memperoleh kebahagiaan. Ingatlah pada pesanan, “Keluarga bahagia penjana kecemerlangan ummah”.


Tip mengarang soalan dimensi keluarga;

Ø      Lingkungan isi dan idea hendaklah berkisarkan fakta keluarga seperti ibu bapa, anak-anak dan ahli keluarga yang terdekat.
Ø      Pastikan kehendak soalan sama ada memberi fokus kepada fungsi ibu bapa atau fungsi anak-anak
Ø      Laras bahasa dan mod mengarang hendaklah dalam bahasa yang sederhana dan harmoni.
Ø      Masukkan lebih dari 3 peribahasa agar sesuai dengan budaya Melayu yang meletakkan keluarga sebagai sangat istimewa dan banyak peribahasa yang berkaitan dengannya.

Ungkapan Menarik




Cuba hayati nasihat Pak Hamka dalam pantun kiasannya;

Sekupang penambat hati
Setahil pembeli ketaya
Sekali terlencong budi
Seumur hidup orang tak percaya


Jenis-jenis ungkapan indah/menarik


        Peribahasa
        Seloka
        Pantun
        Bahasa Kiasan
        Kata-kata pujangga (filosof)
        Hadis Nabi
        Ayat al-Quran dan banyak lagi……….

Teknik Pemakaian Langsung

        Contoh : Dalam hal mendidik akhlak dan tingkah laku anak-anak, perihal sikap dan perwatakan ibu bapa adalah penting untuk diteladani anak-anak kerana menjernih air di muara hendaklah bermula di hulunya.

Panduan > Teknik ini adalah cara yang paling mudah diguna pakai kerana hadir serentak dalam ayat yang sama. Walau bagaimanapun, hanya unsur-unsur seperti peribahasa, perumpamaan, pepatah dan bidalan sahaja yang sesuai menggunakan teknik ini. Kata-kata hikmat atau maksud daripada ayat al Quran dan hadith hendaklah dipetik dalam bentuk membuat kod.

TEKNIK PERBANDINGAN

Contoh : Apabila menyelesaikan sesuatu masalah yang rumit, carilah jalan penyelesaian dengan cara yang paling bijaksana agar kerumitannya dapat diselesaikan tetapi dengan tidak mengorbankan segala prinsip dan tanggungjawab. Tindakan tersebut bak kata/ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan terserak.

ATAU

Ibarat orang mementung ular, ular dipentung biar mati, kayu pementung jangan patah, dan tanah datar jangan lembang.

Panduan > Apabila menggunakan teknik ini, pelajar hendaklah membuat kenyataan lengkap tentang fakta atau data terlebih dahulu. Ungkapan menarik digunakan hanya sebagai peneguh atau penyokong sahaja


TEKNIK KOD :

1. Kod Hadapan

Dalam sepotong Hadis Nabi yang bermaksud, “Jagalah usia mudamu sebelum datang kepadamu usia tua”. Demikianlah ungkapan yang membawa maksud, usia muda atau remaja amat berharga dan usia tersebut perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Panduan > Kod hadapan biasanya tepat digunakan untuk membuka laluan kepada sesuatu idea yang baru. Maksudnya, perlu ditulis apabila hendak memulakan perenggan yang baharu.


2. Kod Belakang

Nilai tamadun sesuatu bangsa itu dianggap amat berharga seperti kata-kata Aristotle,
“UKURAN TAMADUN SESUATU BANGSA BUKAN TERLETAK KEPADA KESUBURAN TANAHNYA TETAPI KEPADA DARJAT BANGSANYA YANG MERDEKA”.

Panduan > Secara lazim, penggunaan kod belakang sudah serasi diguna pakai apabila hendak memperlengkap hujah atau menyantuni perenggan agar lebih kemas.

Panduan Umum > Para pelajar hendaklah ambil perhatian, sebarang penggunaan ungkapan menarik hendaklah benar-benar boleh menyokong kenyataan tersebut. Oleh itu, sumber yang dipilih hendaklah mendukungi maksud yang tepat atau hampir tepat dengan isi, fakta atau hujah yang hendak disampaikan. Kegagalan memahami maksud sama ada secara tersirat mahupun falsafahnya boleh menyebabkan pelajar menggunakannnya secara salah.


Dipetik dan diubahsuai dari Blog Cikgu Ishak's

Monday, September 10, 2012

Menganalisis Ayat

Nyatakan pola bagi ayat-ayat berikut sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif, atau Frasa Nama (FN+FA) , atau Frasa Nama +Frasa Sendi Nama (FN + FS).

1) Ruang dapur itu masih belum berkemas.

2) Kami ke Zoo Negara esok.

3) Samsiah memang rajin

4) Encik Salman ke Kuala Lumpuur.

5) Datok seorang peceramaah berpengalaman.

6) Izzah memang rajin

Frasa


FRASA . (Dipetik dari Blog Tatabahasa STPM)
Frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar ataupun sederetan perkataan. Contohnya:
Buku tebal itu / sudah hilang.
Inti frasa
Binaan Frasa
Terbahagi kepada 4 jenis:
·         Frasa Nama (FN)
·         Frasa Kerja (FK)
·         Frasa Adjektif (FA)
·         Frasa Sendi Nama (FS)
Frasa Nama
Boleh terletak pada bahagian subjek atau predikat. Kata nama adalah sebagai kata intinya dan boleh hadir dengan penerang atau tidak. Binaan FN boleh terdiri daripada:
·         Inti + Penerang
o    Inti + Penerang Nama
Contoh: askar Melayubudak perempuangelang kakibilik mesyuarat
·          
o    Inti + Penerang Bukan Nama
Contoh: seekor burungkasut baharurumah di kampung
·         Inti + Inti
Contoh: datuk nenekkampung halamanpinggan mangkukteruna dara


Frasa Kerja
Berfungsi sebagai predikat. Kata kerja sebagai kata intinya. Bersifat transitif (dengan objek) dan tak transitif (tanpa objek).
·         Objek yang menjadi penyambut langsung dipanggil objek tepat (objek yang pertama).
·         Objek yang menjadi penyambut tak langsung dipanggil objek sipi (objek yang kedua).

·         FK Tanpa Objek
·         FK tanpa objek dengan keterangan (boleh digugurkan)
Contoh: Datuk sedang mandi (di sungai itu)
Emak sudah pergi (ke pasar)
·         FK tanpa objek dengan keterangan yang (tidak boleh dgugurkan)
Contoh: Ali berada di dalam rumahnya
Sarimah menjadi penyanyi
·         FK Dengan Objek
·         FK dengan satu objek
Contoh: Saya menjawab surat itu
Penumpang itu menaiki feri
·         FK dengan dua objek
Contoh: Tuhan mengurniakan rahmat kepada makhluk-Nya
Kakak memasak makanan untuk kami


Frasa Adjektif
Kata adjektif sebagai kata intinya. Berfungsi sebagai:
·         FA sebagai predikat
Contoh: Suara penyanyi itu merdu
Warna bajunya kemerah-merahan
·         FA sebagai unsur keterangan (KK)
Contoh: Mereka pulang segera
Kereta bergerak terlalu laju
·         FA sebagai penerang KN dalam predikat
Contoh: Nasi lemak masakan popular
Usman Awanag Pensyair Agung
Mempunyai unsur penguat yang terbahagi kepada 3 jenis:
·         Penguat Hadapan : palingterlalu
Contoh: Suasana di stesen bas itu terlalu bising
·         Penguat Belakang : sekalibenarnian
Contoh: Buah durian yang dipamerkan itu besar sekali
·         Penguat Bebas : amatsungguh
Contoh: Tentera kita sungguh berani / Tentera kita berani
sungguh


Frasa Sendi Nama
Tidak ada kata inti. Terdiri daripada satu kata sendi nama dan diikuti FN. Antara binaan FS:
·         Sendi Nama + Frasa Nama
Contoh: ke sekolah rendah
daripada kayu jati
·         Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama
Contoh: ke luar jendela
dari dalam hatinya
·         Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Ayat Komplemen
Contoh: ke dalam medan pertempuran untuk mempertahankan negara
·         Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama + Frasa Keterangan
Contoh: di atas pangkuan ibu setiap malam
ke utara Semenanjung Malaysia pada tahun hadapan


Nota Tambahan
Frasa Nama  
Ingat, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau atau beberapa perkataan.
Jika terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama.
Contoh:
Bas awam
Basikal adik
Basikal Raleigh
Contoh di atas, inti frasa ialah bas dan basikal.
Kata yang menyusul ialah penerang frasa.

Rumus Frasa Nama (FN)
Kata yang diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hukum Diterangkan - Menerangkan. Contohnya - pisang goreng
Sungguhpun begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal.
 Perhatikan contoh-contoh kekecualian berikut:
Frasa Nama
Nota
Penerang
Inti
Perdana
Menteri
Penerang nama jawatan
Tuan
Ahmad
Penerang gelaran/panggilan
Timbalan
Menteri Pelancongan
Penerang nama jawatan

Frasa Nama

Nota

Bilangan
Penjodoh bilangan
inti
Lapan
bilah
pedang
Penerang kata bilangan dan penjodoh bilangan
Semua
-
murid
Penerang kata bilangan
Enam
ekor
buaya
Kata bilangan dan penjodoh bilangan

Selain susunan unsur mengikut hukum D-M, penerang adjektif yang menerangkan inti frasa hendaklah hadir sesudah inti frasa dn diikuti oleh penerang lain dan diakhiri oleh penentu belakang.
Contoh:
Inti
Penerang Adjektif
Penerang Kata Nama/Frasa Nama
Penentu belakang
Kereta
berkilat
ayah
itu

Frasa Kerja (FK)
1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya.
2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif.
4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja)

Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:
Frasa kerja
Frasa Kerja Transitif
Frasa Kerja Tak Transitif
( i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Frasa kerja tak transitif berpelengap
(i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan)
Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
(ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
( kata bantu) + kata kerja + pelengkap + (penerang) + keterangan
tanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada.

contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Subjek
Predikat
Nota
Frasa Nama
Frasa kerja
Kata bantu
Kata kerja
Keterangan
Lelaki itu
sedang
makan
di atas meja.
maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang.
Cikgu
masih
menulis
di papan hitam.
bayi itu
sedang
merangkak
dengan laju.
Jamal
akan
datang
esok
Khatib
sedang
berkhutbah
di surau

contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap
Subjek
Predikat
Nota
Frasa nama
Frasa kerja
Kata bantu
Kata kerja
pelengkap
Penerang
keterangan
Mereka
akan
pulang
ke rumah
secepat mungkin
dalam minggu ini
pelengkap frasa sendi nama
Ahmad
ingin
menjadi
penyanyi
yang terkenal
di negara ini
pelengkap kata nama
Saya

tinggal
di Klang


Pelengkap frasa sendi nama

Frasa Adjektif
Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat.
Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN.
Contoh:
Subjek
Predikat
Nota
Penguat hadapan
Kata Adjektif
Penguat Belakang
Ahli Gusti itu
sungguh
handal


Ali
sangat
pandai


Awak

hebat
betul


Frasa sendi nama
Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama.
Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu
Oleh kerana sifatnya eksosentrik,  ia hanya wujud bersama frasa nama.
Contoh:
Subjek
Predikat
Frasa sendi nama
Kata bantu
Kata sendi nama
Kata arah
Frasa nama
Alias

dari
arah selatan
Tanjung Malim
Rombongan sekolah
akan
ke

Menara Kuala Lumpur
Kedai Pak Abu

di
depan
masjid