Remaja hari ini berdepan
dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keinginan ibu bapa dan guru untuk
menjadi pelajar yang cemerlang. Stres yang dihadapi telah menyebabkan ada
remaja yang mengambil tindakan yang tidak sesuai.
Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda
lakukan untuk menangani stres.
Pendahuluan : ‘Lulus cemerlang dengan 10A+’,
‘Pergi Tuisyen’, ‘Masuk Kelas Qiraati atau belajar berenang’, dan ‘Masuk Summer
Camp’ adalah antara ungkapan yang sudah basah di mulut para ibu bapa.
Sebaliknya, ungkapan yang sama pula sudah menjadi mangli dan alergi kepada
anak-anak. Antara anak-anak dan ibu bapa, malah guru juga kadang-kadang sudah
tidak sealiran sekalipun berada dalam laras matlamat yang sama. Keinginan yang
melampau dan impian tinggi menggunung oleh ibu bapa telah meninggalkan kesan
fobia dan trauma dalam kalangan anak-anak. Mujurlah bagi yang berupaya, mereka
dapat memenuhi hasrat ibu bapa, sebaliknya kepada yang kurang timbullah
pelbagai kesan stres dan kemurungan. Bagi diri saya, isu ini ibarat ditelan
mati bapa diluah mati emak kerana hakikatnya semua adalah penting. Oleh itu,
saya memerlukan beberapa strategi yang berhemat untuk mengimbangi kedua-duanya.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Bersedia lebih awal – menjadikan agenda belajar mengatasi segala
yang lain – cuba menuruti ikon-ikon cemerlang sebagai sumber rujukan
Isi 2 : Bawa berbincang dengan ibu bapa dan guru – jelaskan keupayaan
sebenar kepada mereka – dapatkan bimbingan dan motivasi
Isi 3 : Mesti jelas matlamat dan hala tuju – cita-cita hendaklah diukur
kepada minat dan kemampuan diri
Isi 4 : Bertemu guru-guru kaunseling – mereka mempunyai kelayakan untuk
membuat konsultasi – kemukakan segala masalah yang terbuku di hati
Isi 5 : Banyak berdoa dan bermuhasabah diri – tidak melupai Tuhan yang
sentiasa memberikan taufiq dan hidayah-Nya.
Kesimpulan : Memetik kata-kata dalam pepatah
Arab, bahawa setiap penyakit ada ubatnya, jelas menunjukkan kita tidak boleh
tenggelam punca dalam menangani sebarang masalah. Kita wajar berlapang dada dan
dingin kepala untuk mencari langkah penyelesaian. Kebijaksanaan bukan terletak
kepada jumlah A yang dikutip tetapi bijaksana dalam menguruskan diri umpama,
sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan.
No comments:
Post a Comment