Amalan berjimat cermat amat penting
dalam menghadapi krisis ekonomi hari ini.
Berikan pendapat anda tentang peranan
keluarga dalam memupuk amalan berjimat cermat.
pendahuluan : Semua pihak telah maklum, bahawa
sejak tahun 2008 hingga 2011 merupakan tempoh getir. Kegetiran tersebut berpunca
daripada suasana ekonomi dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga minyak,
perubahan suhu dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan telah menimbulkan
pelbagai krisis ekonomi. Hingga ke hari ini suasana ekonomi dunia masih dalam
suasana yang tidak menentu. Banjir besar yang melanda negara-negara pengeluar
pertanian seperti Australia, India, dan Cina amat menakutkan kita. Walaupun
Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun amaran seperti itu perlu diambil
serius agar dapat menyediakan payung sebelum hujan. Bagi mendepani keadaan
darurat seperti itu, setiap keluarga haruslah bijak memainkan peranan dalam
memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anggotanya.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Amalan berjimat cermat hendaklah dimulakan di rumah – menanamkan
asas berjimat cermat dalam segala perkara yang bermula dari dalam ceruk dapur
sendiri – cermat tentang urusan harian, makan minum, dan perkara-perkara asas
Isi 2 : Ibu bapa hendaklah mendominasikan amalan hidup bersederhana –
merancang perbelanjaan mengikut kemampuan – tidak terlalu boros semata-mata
tunduk kepada kehendak nafsu (peribahasa air perabung akan menitis melalui
cucur atap = perangai tidak baik ibu bapa ditiru anak-anak)
Isi 3 : Merancang masa depan dengan mengutamakan tabiat menabung – strategi
bertindak sebelum datang sesuatu bencana (peribahasa ingat sementara belum
kena, jimat sementara belum habis)
Isi 4 : Menyediakan pelan bertindak bajet keluarga – sistem bajet yang
yang dipatuhi – keutamaan diberikan kepada urusan-urusan yang lebih penting
dahulu (peribahasa; hendak kaya berdikit-dikit, hendak papa bertabur urai)
Isi 5 : Bijak menggunakan hemah dan akal daripada dikuasai nafsu –
memiliki daya pertimbangan terhadap sesuatu perkara dengan berasaskan minda –
keputusan tidak dibuat berdasarkan keinginan dan runtunan nafsu – mengelak
sikap suka berlumba (peribahasa gajah berak besar pelanduk pun nak berak besar
juga).
Kesimpulan : Tuntasnya, dalam urusan berjimat
cermat kita wajar berpegang kepada falsafah bahawa, “Seseorang yang bijak
menguruskan perbelanjaan tidak bergantung kepada berapakah pendapatan seseorang
itu, sebaliknya bergantung kepada berapa banyakkah yang seseorang itu boleh
menyimpan?”. Oleh itu, berjimat cermatlah sebelum kita berhadapan dengan
bankrup.
No comments:
Post a Comment