Rakan sebaya memainkan peranan penting
dalam kehidupan seseorang remaja.
Sebagai seorang remaja, jelaskan
ciri-ciri rakan sebaya yang menjadi pilihan anda.
Pendahuluan : Dipetik daripada kata-kata dalam
sepotong Hadith Nabi SAW yang bermaksud, “Pilihlah rakan yang betul. Sekiranya
kamu bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi nescaya bauan kasturinya
akan terkena kepada kamu. Tetapi, apabila kamu bersahabat dengan seorang tukang
besi nescaya bau tengik besi akan terpalit juga kepada dirimu. Demikianlah
betapa pentingnya pengaruh rakan dalam kehidupan kita. Sebagai remaja dalam
alaf baru ini saya tidak boleh lari daripada bersahabat kerana sahabat menjadi
resepi utama untuk menentukan arah tuju kita. Walau bagaimanapun, sebagai
remaja yang berwawasan, saya harus bijak memilih rakan kerana rakan ketawa
beramai-ramai, tetapi rakan menangis seorang diri. Banyak ciri rakan yang baik
harus saya telitikan agar rakan tidak menjadi lawan pada hari kemudian.
Isi-isi penting :
Isi 1 : Rakan sebaya yang memiliki iman dan taqwa (takwa) terhadap Tuhan
maha pencipta – orang bertakwa ialah orang yang baik – memiliki wawasan dunia
dan akhirat
Isi 2 : Rakan sebaya yang bijak dan pintar – boleh membantu saya
terutama dalam menyelesaikan masalah dalam pelajaran (peribahasa, meminta pada
yang ada bertanya pada yang tahu)
Isi 3 : Rakan sebaya yang berakhlak mulia – memiliki nilai-nilai
peribadi yang luhur – sentiasa berfikiran terbuka dan banyak membimbing kita ke
jalan yang benar
Isi 4 : Rakan sebaya yang sealiran – memiliki minat dan cita-cita yang
sama – dapat saling bertukar fikiran tentang cita-cita dan masa depan
(peribahasa,berlapik seketiduran, sebantak sekalang hulu = sangt akrab seia
sekata)
Isi 5 : Rakan sebaya yang berprinsip dan teguh jati diri
- tidak mudah terjebak ke dalam angkara yang memudaratkan – ampuh
bertahan daripada segala anasir yang tidak baik (peribahasa, ampuh bak ikan di
laut walaupun sepanjang hayat badannya tetap tidak masin)
Kesimpulan : Sesungguhnya, setiap insan yang
berjaya sentiasa didorong oleh minat dan keinginan untuk memperoleh kejayaan yang
cemerlang. Antara elemen kecemerlangan ialah bermotivasi, beriman, berilmu dan
memperoleh rakan pembimbing yang baik. Oleh itu, saya akan berusaha untuk
memilih rakan-rakan yang memiliki ciri-ciri insan terpilih.
No comments:
Post a Comment