Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi faktor penentu
kejayaan seseorang pelajar setelah mereka meninggalkan institusi pendidikan
formal.
Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh
seeorang pelajar sebagai pelengkap untuk memasuki alam pekerjaan.
Pendahuluan : Di Malaysia, memasuki alam
pekerjaan adalah menjadi destinasi akhir kepada kebanyakan pelajar. Sama ada di
peringkat sijil, diploma atau ijazah mereka sudah mencongak-congak akan peluang
pekerjaan yang bakal diceburi. Walau bagaimanapun, dalam persaingan untuk
memasuki pasaran pekerjaan, kelulusan akademik sahaja belum tentu menjanjikan
seseorang itu boleh menjawat jawatan yang dicita-citakan. Sebaliknya, individu
yang memiliki pelbagai kemahiran di samping akademik yang baik sudah pasti
dapat memenuhi kriteria yang diperlukan oleh para majikan. Justeru, seseorang
pelajar itu wajarlah memperlengkapkan dirinya dengan pelbagai kemahiran yang
diperlukan sebelum melamar sebarang pekerjaan.
Isi 1 : Memiliki kemahiran dalam
berkomunikasi - petah berbicara, matang mengeluarkan hujah dan
pendapat, dan berani berhadapan dengan pelbagai peringkat klien - berinteraksi
dalam gaya yang sopan
Isi 2 : Kemahiran menguasai pelbagai bahasa - mampu
berinteraksi dengan pelbagai lapisan dan peringkat - menguasai bahasa-bahasa
penting di dunia seperti bahasa Inggeris, Mandarin, Perancis, Arab, Jepun, dan
banyak lagi - berpeluang meneroka pelbagai peluang dengan pendapatan lebih
lumayan di seberang laut
Isi 3 : Kemahiran teknologi - penting selaras dengan
kemajuan teknologi global - hala tuju negara menjadi negara maju yang dipacu
oleh sektor perindustrian – teknologi pembuatan, kejuruteraan, dan penciptaan -
memiliki aset utama untuk mencari peluang dalam pelbagai sektor – (pembuatan,
pemesinan, perkakasan, dan operasi)
Isi 4 : Kemahiran dalam ICT – selaras dengan kemajuan
teknologi langit terbuka - mempercepat proses penyebaran dan pemerolehan
maklumat melalui rangkaian internet dan laman web - boleh bersaing dalam
gelanggang maklumat yang menguasai gaya hidup moden (peribahasa tidak boleh
hidup seperti katak di bawah tempurung)
Isi 5 : Kemahiran dalam penampilan dan penyesuaian diri
- penampilan fizikal, gaya bersosial, mengawal emosi, dan matang berfikir -
meyakinkan orang lain terhadap keupayaan diri - mudah diterima dalam kelompok
Isi 6 : Kemahiran-kemahiran seni istimewa - seni suara,
seni muzik, memasak, ketukangan, hiasan, dan dekorasi - sebagai aset tambahan
untuk lebih berdaya saing
Kesimpulan : Tuah ayam nampak di kaki, tuah
manusia tiada sesiapapun yang tahu mengajari kita agar berusaha mencipta tuah.
Oleh yang demikian, penampilan diri dengan pelbagai kemahiran merupakan tuah
yang boleh dicipta demi mencapai kejayaan peribadi seperti yang diidam-idamkan.
Hello mate ggreat blog post
ReplyDelete