Sebagai
seorang pelajar yang bertanggungjawab jelaskan peranan anda dalam memupuk budaya penyayang di
sekolah.
Sejak tiga dekad belakangan ini, sering
didengari kenyataan yang menyebut, bahawa orang Melayu sebagai bangsa Asia yang
sangat tinggi nilai hormat dan bersopan santun. Malah nilai itulah yang telah
mengangkat imej Malaysia untuk dikenali di seantero alam. Namun, selepas
dilanda pelbagai arus perubahan dan ancaman globalisasi yang semakin pantas,
nilai-nilai murni itu semakin memupus dalam budaya dan tradisi masyarakat
Melayu. Kini dalam pola masyarakat majmuk, masyarakat Malaysia kelihatan
komplek. Tiada lagi nilai sopan santun dan hilang budaya hormat dan berkasih
sayang. Hukum sesiapa yang kuat dia menang, yang cepat dia dapat, dan yang
megah dia gagah sedikit demi secara sedikit membentuk pola baru imej bangsa
Malaysia pada abad milenium ini. Oleh itu, sebagai anak muda saya perlu
menghayati semula nilai-nilai murni masyarakat agar budaya hormat dapat
dinobatkan semula.
Isi-isi penting :
Isi 1 : saya perlu menjadi pelajar yang proaktif
dalam mengamalkan akhlak yang terpuji – mempamerkan
sikap dan tingkah laku yang baik – tutur kata penuh dengan sopan-santun - disenangi rakan dan para guru
Isi 2 : menjadi pelajar yang mudah
didekati – ular yang menyusur akr tidak akan hilang bisanya - sikap yang sedikit sama dicecah dan yang banyak sama dilapah - senang berkawan, cepat mesra, peramah dan
menghormati rakan – menjadi pelajar yang luhur budi bahasa serta patuh kerpada
perintah Tuhan
Isi 3 : mengamalkan prinsip dan identiti
diri/jati diri – mempunyai prinsip dalam hidup. - bertindak dengan rasional dan matang - menolak ajakan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan masa depan - tidak mudah terikut-ikut
dengan perangai buruk rakan – tegas dan berani kerana benar
Isi 4 : belajar secara istiqamah – menjadi
pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, –mempunyai jadual belajar yang terancang dan sistematik - mengikuti proses pembelajaran dengan penuh minat dan teliti - ikhlas membantu rakan untuk sama-sama berjaya dalam
akademik
Isi 5 : penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum – kokurikulum mampu melahirkan modal insan yang unggul dan cemerlang - proses bergaul dengan
rakan-rakan secara sihat – menyumbang kejayaan kepada sekolah – mengangkat imej
sekolah agar tersohor di persada negara
Kesimpulan : Hidup pokok
berbuah, hidup manusia berjasa ialah ungkapan peribahasa yang mendorong
seseorang itu agar beriltizam untuk menyumbangkan khidmat dan jasa. Budaya
penyayang seandainya dipupuk dan dibaja boleh memberi natijah kepada lahirnya
masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin. Oleh hal yang demikian, saya
sangat teruja untuk berada di tengah-tengah khalayak bagi meuar-uarkan idea
yang baik ini agar terbentuk juga masyarakat yang berbudaya, beretika serta
penyayang. Sesungguhnya, inilah Malaysia yang menjadi harapan kita menjelang
dekad yang akan datang.
Diubahsuai dari blog ckg Ishak
No comments:
Post a Comment