Tuesday, December 11, 2012

Karangan Terlalu Bombastik Mengundang Padah



Dimana silapnya.

Lihat dan perhatikan :

Contoh Jawapan Calon (Pendahuluan).

Dalam era pasca perindustrian dan pasca modenisasi dewasa ini serta menelusuri  isu aktiviti Hari Kebangsaan semakin hangat diperkatakan melalui corong-corong radio, laman sesawang, di dada-dada akhbar dan paparan skrin televisyen. Perkara yang berkaitan dengan aktiviti Hari Kebangsaan turut menjadi buah mulut pemanis bicara dan perbincangan setiap lapisan masyarakat majmuk di seluruh pelosok dunia yang mendambarkan keamanan. Hal ini juga turut mendapat perhatian para pemimpin negara yang lunak bersuara dan diimplementasikan serta dibincangkan di kedai-kedai kopi, di pasar-pasar malam bahkan di Dewan Parlimen. Perdana Menteri Malaysia juga menegaskan bahawa isu yang dibincangkan ini perlu diberi perhatian supaya tidak mendatangkan kesulitan pada masa akan datang. Oleh itu, aktiviti-aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan negara kita akan dikaji dengan ironinya, teliti dan mendalam sehingga ke akar umbi supaya memberi impak yang positif kepada seluruh masyarakat 1 Malaysia.


Isu :
Hari Kebangsaan.

Fokus Soalan :
Aktiviti-aktiviti  yang sesuai diadakan di sekolah.

Komen :
1. Program ini hanya melibatkan aktiviti diperingkat sekolah dan tidak logik jika diperkatakan sehingga ke seluruh dunia.
2. Fokus soalan hanya tentang aktiviti sempena hari kebangsaan di sekolah dan tidak perlu ada istilah dikaji dengan teliti hingga ke akar umbi. Jika melibatkan isu yang besar tentang masalah pencemaran, punca kemalangan jalan raya atau masalah pendatang asing -  ayat ini mungkin sesuai.
3. Istilah pasca perindustrian dan pasca modenisasi kurang bersesuaian dengan isu Hari Kebangsaan.
4. Penggunaan istilah yang tidak bertepatan dengan situasi atau ayat.
5. Ayat menjadi tidak gramatis dan tidak jelas.

Mohon komen seterusnya dari penulis-penulis blog yang lain.

1 comment:

  1. Salam ziarah...pelajar sedemikian terikut-ikut dengan guru tuisyen mereka.Di sekolah saya juga ada golongan ini...selalu dinasihati tetapi masih buat kesalahan kerana mereka kagum dengan guru tuisyen nya.di sekolah, cikgu tak ajar sebegitu

    ReplyDelete