Friday, September 17, 2010

Amanat Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Selangor




Mesyuarat Agung Majlis Guru Cemerlang Negeri Selangor.

1.1 Pengarah mengucapakan terima kasih kehadiran yang ramai Guru Cemerlang negeri Selangor pada kali ini.

1.2 Beliau menegaskan guru sebagai modal insan yang penting dan tenaga pakar yang arif dalam bidang masing-masing ketika menjalankan tugas agar dapat menjamin kecemerlangan sesebuah sekolah.

1.3 Beliau menyorotkan kembali sejarah kemunculan GC bermula sebelum 1994, apabila berlaku sesuatu kenaikan pangkat maka jawatan sebenarnya sebagai tenaga pengajar terpaksa ditinggalkan. Oleh itu dengan adanya pemilihan GC ini maka guru-guru ini tidak perlulah meninggalkan bidang tugas masing-masing sebaliknya dikekalkan sebagai tenaga pengajar dengan kenaikan pangkat sehingga ke peringkat JUSA C begitulah pengiktirafan kerajaan kepada GC.

1.4 Dengan pengiktirafan ini maka semua GC perlu terima hakikat dan terus berusaha untuk ke arah kecemerlangan dan tunjukkan kemampuan dan kecemerlangan dalam terma GC.

1.5 GC mesti ada aura dan perlu ada kemahiran yang tinggi dalam bidang masing-masing selain menjadi pakar rujuk dan berkongsi dengan guru-guru yang lain. Beliau menegaskan lagi, kemahiran GC hendaklah kepada’guru’ supaya kemahiran itu dapat diturunkan kepada murid pula. Dari itu GC tidaklah perlu keluar selalu sebaliknya memastikan kerja yang kita lakukan itu berkesan dan lebih bermakna.

1.6 Beliau juga berharap GC perlu tingkatkan ilmu dengan banyakkan membaca terutama isu-isu semasa yang berkaitan dengan pendidikan dan dasar-dasar kerajaan seperi NKRA, sub NKRA, KPI dan sebagainya. Hal ini demikian setiap guru mestilah dapat mencemerlangan setiap murid di sekolah masing-masing kerana Gred Purata (GP) menjadi kayu ukur prestasi dan cemerlangnya sesebuah sekolah. Dari itu GC perlu membimbing rakan-rakan yang lain agar usaha untuk menghasilkn SBP lebih mudah dijalankan.

1.7 Beliau menyatakan pihak kementeriaan telah cuba mengadakan SIP iaitu memprogramkan sekolah kepada cemerlang, baik, memuaskan dan berpotensi gagal. Di Selangor terdapat 7 buah sekolah berada di zon bahaya( berpotensi gagal ) di mana GP ialah 7. Manakala peringkat SPM 2009 Negeri Selangor GP 5.17.

1.8 Beliau menyarankan pihak sekolah mengambil beberapa subjek kepada pelajar yang lemah bukannya 10 subjek yang dianggapkan membebankan pelajar lemah. Berikan subjek yang mana pelajar syarat untuk pelajar menyambungkan pelajaran ada.

1.9 Selain itu setiap sekolah perlu laksanakan DOA – Diciplen of action iaitu memantau prestasi murid kita sendiri dengan latihan-latihan yang diberi, ujian peperiksaan dengan ini guru dapat melihat mana-mana ruang yang diperlu di baiki kepada guru. Malah setiap buah sekolah perlu ada kolaberasi dengan ibu bapa, PIBG dan masyarakat setempat

1.10 Akhirnya, beliau berharap GC Selangor dapat melaksanakan tugasan yang diberikan sebagai amanah dan tanggungjawab bersama. Janganlah ada yang berpuak-puak dalam persatuan sebaliknya hendaklah berfikir untuk memajukan kecemerlangan. Dengan lafaz bismillah ri rahman ri rahim. Saya merasmikan mesyuarat Agung kali ke -5.

No comments:

Post a Comment