Tuesday, September 17, 2013

Ungkapan Menarik Untuk Dimanfaatkan

UNGKAPAN MENARIK DAN BERMAKNA DALAM PENULISAN





Ungkapan menarik dalam penulisan atau sesebuah karangan itu bukanlah hanya terikat berdasarkan penggunaan peribahasa dan ungkapan indah yang telah biasa digunakan. Kelangsungan penghasilan ungkapan menarik ada kalanya tercipta oleh penulis secara semula jadi. Hal ini disebabkan penguasaan si penulis dalam penghasilan tanggapan, pemikiran dan merumus secara kritis dan seterusnya membina pegangan dan unsur ketegasan dalam susunan kata-kata. Ungkapan menarik merupakan kelogikan pemikiran mengucapkan makna melalui ayat yang mudah difahami dan diakui oleh pembaca, ataupun pendengarnya. Sesuatu falsafah misalnya, hasil susunan ayat-ayat indah yang menggarapkan pemikiran si pemikir melalui ujikaji, uji selidik dan rumus-rumus tertentu sehingga menghasil ungkapan yang tersusun indah dan memberi sesuatu nilai...

Berkesinambungan mauduk yang dibincangkan, di sini dipetik beberapa mutiara kata, kata-kata hikmah daripada laman-laman web dan blog yang dilawati... semoga ungkapan yang terdapat dalam catatan ini akan membuatkan kita berfikir akan kebenaran dan logiknya... dan seterusnya menggunakan ilmu dan pengetahuan secara bermanafaat, terutama kepada mereka yang akan menghadapi peperiksaan.

Ikuti catatan yang seterusnya ini...

"1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yangg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalamkehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam dimalam yang amat kelam. Ia wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukankebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ia digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat. 22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang agar insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebiskegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yangdiimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yangmengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat BerbandingDunia.

36) Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :Kepada kawan - KesetiaanKepada musuh - KemaafanKepada ketua - KhidmatKepada yang muda - Contoh terbaikKepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatanKepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosimerupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidupseperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Makaberlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yangmenentukan,Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yangditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat ygtelah dicari"

47) "Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjamandan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapikita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apayang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semulake pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

******************************************************************************
Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.

Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.

Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’

Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.

Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu.
Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama.
Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat.
Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat.
Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat.
Anggotamu menyerumu berbuat dosa.
Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya.
Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya.
Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan).
Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya.
Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

Sayidina Abu Bakar berkata: Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara:
– Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir.
– Syukur perhiasan kepada nikmat
– Sabar perhiasan kepada bala
– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan.
– Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu.
– Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.
– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan.
– Khusyuk perhiasan kepada sembahyang.

Sesungguhnya hamba itu apabila datang ujub dengan sesuatu dari perhiasan dunia nescaya Allah memurkainyahingga dia menceraikan perhiasan itu.

Moga-moga aku jadi pokok kayu dicantas kemudian dimakan.

Dia berkata kepada para Sahabat: Sesungguhnya aku telah mengendalikan urusan kamu, tetapi bukanlah aku ini orang yang paling baik di kalangan kamu maka tolonglah aku, kalau aku berlaku lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng betulkan aku.

SAYIDINA UMAR AL KHATTAB
1. Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:
– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.

2. Jika tidaklah kerana takut dihisab sesungguhnya aku perintahkan kamu membawa seekor kambing untuk dipanggang di depan pembakar roti ini.

3. Siapa takut kepada Allah SWT, nescaya marahnya tidakdapat dilihat. Dan siapa takutkan Allah, kehendaknya akan ditunaikan.

4. Wahai Tuhan, jangan Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di tanganku.

5. Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”

C. SAYIDINA USMAN IBNU AFFAN R.A.
Mari kita lihat pula kata-kata hikmah daripada khalifah ketiga, Sayidina Usman Ibnu Affan r.a. Di antaranya:
1. Aku mendapat kemanisan ibadah dalam empat perkara:
a. Sewaktu menunaikan apa yang difardhukan Allah.
b. Meninggalkan apa-apa yang Allah haramkan.
c. Ketika menyeru kepada kebaikan.
d. Ketika mencegah kemungkaran dan menjaga diri daripada membuat perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah.

2. Katanya lagi: Empat perkara yang pada zahirnya fadhilat dan pada batinnya wajib:
a. Bergaul dengan orang soleh itu fadhilat, mengikut amalan mereka itu wajib.
b. Membaca Al Quran itu fadhilat, beramal dengannya itu wajib.
c. Menziarahi kubur itu fadhilat, bersedia untuknya itu wajib.
d. Menziarahi orang sakit itu fadhilat, menunaikan wasiat itu wajib.

3. Pesanannya: Antara tanda-tanda ‘arifin itu ialah:
a. Hatinya berserta takut dan harap.
b. Lidahnya bertahmid dan memuji Allah.
c. Matanya berserta malu melihat perkara yang dilarang dan banyak menangis. d. Kehendaknya bersih dari cinta dunia dan bertujuan menuntut keredhaan Allah.


D. SAYIDINA ALI ABU TALIB K.W.
Khalifah keempat, Sayidina Ali k.w. berkata:
1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka. Adab itu sebaik-baik sifat. Taqwa itu sebaik-baik bekalan. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.

2. Siapa yang tinggalkan dunia, dikasihi oleh Allah. Siapa yang tinggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Siapa tinggalkan tamak, dikasihi oleh orang-orang Islam.

3. Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah, sunnah Rasul dan sunnah wali-Nya, maka tiadalah apa-apa kebaikan padanya. Ditanya orang pada Sayidina Ali k.w., “Apakah sunnah Allah?” Sayidina Ali menjawab, “Menyembunyikan rahsia (misalnya menutup aib orang lain).” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah Rasulullah?” ayidina Ali berkata, “Berlemah lembut dengan sesama manusia.” Ditanya lagi, “Apakah pula sunnah wali-Nya?” Sayidina Ali menjawab, “(Sabar dalam) menanggung penderitaan.”

4. Susah sekali melakukan kebaikan pada empat tempat: – Memberi maaf ketika marah.– Bersedekah ketika kesempitan.– Menjauhi perkara haram ketika seorang diri. – Berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong.

5. Memadai aku merasa mulia bahawa Engkau Tuhan bagiku dan memadailah aku merasa bangga bahawa aku menjadi hamba-Mu. Engkau yang aku cintai maka berilah aku taufik (agar dapat melakukan perkara-perkara yang Engkau cintai).

6. Hendaklah kamu lebih mengambil berat bagi diterima amalamal kamu daripada beramal. Sesungguhnya sangat besar nilainya amalan yang disertai taqwa dan betapa lagi kalau amalan itu diterima.

7. Janganlah mengharap seorang hamba itu melainkan Tuhannya dan janganlah dia takut melainkan dosanya.

8. Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian.

9. Dasar kekafiran itu dikelilingi oleh empat tiang iaitu kasar hati, buta fikiran, lalai dan prasangka.

10. Orang berhati kasar akan menghina kebenaran, menunjukkan kejahatan dan mengutuk orang-orang pandai.

11. Buta hati akan lupa zikrullah.

12. Orang yang syak wasangka akan tertipu oleh angan-angan. Sampai masanya dia ditimpa kecewa dan sesal tidak berhujung kerana diperlihatkan Allah hal-hal yang selama ini tidak dikiranya.

Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.

Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.

Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.

Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.

Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.

Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.

Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.

Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.

Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.

Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.

Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.

Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.

Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.

Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.

Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.

Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.

Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.

Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.

Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.

Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.

Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.

Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.

Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.

Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.

Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.

Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.

Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.

Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.
Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.

Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.

Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.

Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.

Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.

Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.

Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.

Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.
Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)


Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle)

Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle)

Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam – (Budiman)

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras – (Hamka)
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya – (Hamka)

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)

Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati – (Imam Al-Ghazali)

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)

Dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi – (Hamka)

Kata Hukama, ” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan” – (Hamka)

Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati – (Hamka)

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu – (Hamka)

Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya – (Maksud hadis)

***********************************************************************************
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

“Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”

Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.

Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.

Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.

Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk


***************************************************************************



Hayatilah kata-kata hikmah ini:

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Perlunya kita kemaskan semangat perpaduan dan saling membantu, kerana di situ letaknya titik kekuatan.

Sebatang lidi mudah dipatahkan, tapi tidak segenggam lidi.

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Dalam setiap laku dan pekerjaan, perlunya ada kesabaran. Tanpanya, mudah sahaja kita putus semangat di tengah jalan. Ketekunan pula membawa diri lebih hampir dengan kejayaan yang ingin dicapai.

Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.
Setiap yang dilahirkan di dunia ini mempunyai peluang masing-masing untuk memilih ruang hidup mereka. Setiap daripada kita tidak pernah tahu apakah yang akan kita lalui sepanjang hidup, sama ada suatu kesenangan atau kepayahan.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Ada ilmu, curah-curahkanla. Tidak akan rugi sedikit kalau ilmu itu dicurahkan. Bukan seperti harta dunia.

Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair.

Hayat manusia pendek sahaja. Nikmatilah hidup dengan panduan yang telah diberikan. Kita ada dua khazanah yang tidak ternilai iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Kita hidup mesti ENJOY, bukannya enjoy!

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

SATU hadir sebelum DUA dan TIGA hadir selepas itu…

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
Hmm… tapi senangkah mencari yang sebutir itu? Atau menjadi yang sebutir itu?

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
Ada sesiapa nak jelaskan?

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.

Berani gagal! Tiada kehidupan tanpa risiko, kerana risiko adalah kehidupan kita.
*************************************************************************************
SAIDINA ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:

Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;

Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;

Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula atau;
Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.


SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.


SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

Hatinya selalu berniat suci.

Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.

Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).

Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.

Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.


SAIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:

Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’.

Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.

Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’.

Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.

Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.

Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya,
maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara’, sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati.

**********************************************************************************

PROF.DR HAMKA,
"Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba.
Datang tidak menentu masa.
Datang tidak menentu ketika.
Datang pada saat kita kesempitan atau kesusahan.
Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana,
Rebutlah peluag yang besar itu kerana peluang itu boleh berlalu dengan tiba-tiba.
Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu....."

Dengar dulu sesuatu pertanyaan...diam sebentar sambil engkau bertanya dahulu soalan itu pada hatimu.(yang sentiasa ingatkan ALLAH)
Jika ada jawapan lafazkan dalam hati mu
Jika tiada jawapan; dalam hati mu....syukur dan terimalah.
Jika baik jawapannya sampaikan jawapan itu.
Jika buruk jawapan itu, isytigfar banyak-banyak.
Ada soalan yang kita tak tahu tapi kita pura-pura tahu.
Jangan lah kita menjadi seorang pendusta.
Pendusta pada manusia yang akan bersambung talian hingga kepada AL-KHALID

***************************************************
Sesungguhnya jika rindu itu dirasai, rindulah pada seseorang yang merindui syahid dijalanNya.

Jika rindu seseorang…moga lebih bertambah kekuatan untuk menyintai Allah…

Jangan biarkan rindu melampaui batas hingga lupa pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaNya…

*****

Kebahagiaan itu diibaratkan seperti sebatang pohon yang rendang, tempat tumbuhnya adalah jiwa dan perasaan kemanusiaan, ketakwaan kepada Allah adalah merupakan air, udara dan cahaya yang membantu pertumbuhannya
(Yusuf al-Qardawi)

Thursday, September 12, 2013

Peranan Pelbagai Pihak untuk Memupuk Tabiat Membaca



 
 
“Membaca itu jambatan ilmu,” merupakan satu kata-kata hikmat yang jelas menunjukkan kepentingan amalan membaca dalam hidup kita. Kendatipun begitu, kata-kata hikmat ini sering dipandang enteng oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia terutamanya para remaja yang akan menjadi pemimpin negara pada suatu masa kelak. Masyarakat Malaysia sering kali menganggap bahawa amalan membaca itu bukan sekadar untuk lulus peperiksaan semata-mata tetapi juga untuk mengetahui keadaan semasa, meluaskan ilmu pengetahuan dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, setiap pihak haruslah melaksanakan obligasi masing-masing untuk memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia

Ibu bapa merupakan insan yang memainkan peranan signifikan untuk memupuk tabiat suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut Confucius, “ keluarga merupakan unit asas pembentukan masyarakat”. Kata-kata ini jelas menunjukkan pembentukan peribadi seseorang individu bermula daripada keluarga dan keluarga itu pula lahir dengan sepasang ibu bapa. Dalam hal ini, sebagai insane yang paling penting, ibu bapa perlulah menjadi entity mithali yang terbaik bagi anak-anak. Ibu bapa mestilah menunjukkan uswah terbaik dengan mengamalkan amalan membaca di hadapan anak-anak. Hal ini demikian kerana, apabila ibu bapa hanya menasihati anak-anak supaya membaca tetapi mereka sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik, pasti anak-anak akan mempersoalkan sebab mereka perlu membaca, sedangkan ibu bapa mereka tidak perlu membaca. Oleh hal yang demikian, sebagai insan yang terdekat dengan anak-anak, ibu bapa perlulah mengamalkan amalan membaca di hadapan anak-anak sama ada membaca akhbar, buku ilmiah, novel dan sebagainya. Dengan adanya contoh yang baik di hadapan anak-anak, barulah ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya membaca pada saat itu, anak-anak tidak akan mempersoalkan lagi sebab mereka perlu membaca, seperti cogan kata, “ kepimpinan melalui teladan.”

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlulah membelanjakan sedikit daripada wang pendapatan mereka untuk membeli bahan bacaan untuk anak-anak. Ibu bapa seharusnya tidak kedekut dalam membelanjakan sebahagian daripada wang pendapatan mereka untuk membeli bahan bacaan kerana mereka perlu sedar bahawa yang dibelanjakan oleh mereka itu tidak sia-sia dan bakal menjadi sesuatu yang berguna untuk anak-anak mereka sebagai peneraju masa hadapan, seperti kata-kata seorang tokoh, “ masa hadapan itu dibeli oleh masa sekarang.” Apabila ibu bapa sudi membelanjakan sebahagian daripada wang mereka untuk membeli bahan bacaan untuk anak-anak, pasti anak-anak akan lebih mudah mendapatkan bahan bacaan dan tidak perlu ke mana-mana untuk mendapatkan bahan bacaan sekali gus meningkatkan minat membaca dalam diri anak-anak. Seiring dengan itu, selain sebuah keluarga ini dapat membentuk sebahagian masyarakat, apabila anak-anak kecil ini keluar dari rumah mereka dan membaca di hadapan masyarakat lain, pasti masyarakat lain akan mencontohi perbuatan anak-anak kecil ini sebagai orang yang lebih dewasa, pasti mereka akan berasa malu terhadap anak-anak kecil ini. Hal ini demikian kerana, apabila masyarakat yang lebih dewasa melakukan kerja yang sia-sia, dalam mengisi waktu lapang mereka, pasti akan terdetik dalam sukma mereka, sedangkan anak kecil ini lebih menghargai masa dengan memenuhkan masa lapang mereka dengan membaca, mengapa mereka yang lebih berilmu dan berpengalaman tidak melakukan hal yang yang sama. Dengan itu, secara implisit, tabiat suka membaca dalam diri masyarakat Malaysia dapat dipupuk.

Selain itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, pihak kerajaan bolehlah mengadakan kempen-kempen yang menggalakkan amalan membaca. Pihak kerajaan seharusnya menggunakan sebahagian daripada pendapatan negara untuk memupuk minat membaca dalam diri masyarakat Malaysia. Bagi golongan miskin pula, dalam menjayakan kempen memupuk budaya membaca ini, pihak kerajaan bolehlah membantu warga miskin ini dengan memberikan buku-buku percuma kepada mereka. Dengan adanya buku-buku mahupun bahan-bahan bacaan yang percuma, pasti kempen ini dapat dijayakan oleh seluruh rakyat Malaysia kerana tidak timbul lagi masalah ketiadaaan bahan bacaan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pihak kerajaan juga seharusnya tidak memandang enteng terhadap usaha mengadakan kempen untuk memupuk minat membaca dalam diri masyarakat kerana dengan adanya usaha yang bersungguh-sungguh dan beristiqamah oleh pihak kerajaan, pasti matlamat kudsi kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang minat membaca dapat diwujudkan. Pihak kerajaan seharusnya tidak takut akan kegagalan usaha mereka ini, seperti kata-kata Phytagoras, “ kegagalan bukanlah bererti kemusnahan tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai lanjakan untuk mencapai kejayaan”. Oleh itu, wajarlah pihak kerajaan mengadakan kempen untuk memupuk minat membaca dalam diri masyarakat kerana “ belum cuba, belum tahu.”

Media massa juga berperanan penting untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Media massa seperti televisyen, internet, radio dan sebagainya penting dalam menghebahkan kepada masyarakat tentang kepentingan tabiat membaca. Dalam hal ini, pihak-pihak yang terlibat seperti penerbit stesen televisyen haruslah mengadakan satu dokumentasi yang memaparkan kepentingan membaca dalam kehidupan dan menayangkannya di televisyen. Dengan ini, masyarakat yang cetek ilmu tentang kepentingan membaca akan lebih tahu mengapa membaca itu penting dalam kehidupan mereka. Drama pendek yang berkaitan dengan kepentingan membaca juga boleh dipertontonkan di televisyen kerana mesej yang disampaikan oleh drama-drama yang ditayangkan di televisyen akan meresap dengan lebih mudah dalam jiwa masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana, jiwa masyarakat selalunya lebih tertarik dengan dunia hiburan. Jadi, sebagai pihak media massa yang prihatin, mereka seharusnya lebih kreatif dalam melaksanakan usaha untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia agar Malaysia terus maju seiring dengan arus globalisasi.

Pihak sekolah juga menggalas tanggungjawab untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, guru merupakan insan terpenting yang berperanan memupuk minat membaca dalam diri pelajar. Sebagai guru yang penyayang dan ingin pelajarnya berjaya, pasti guru-guru sedar akan kepentingaan membaca dalam kehidupan. Guru-guru di sekolah seharusnya bekerjasama dalam mengadakan pertandingan bagi memupuk minat membaca dalam diri pelajar. “melentur buluh biarlah dari rebungnya,” jelas menunjukkan dalam usaha membentuk peribadi seseorang, kita perlulah membentuknya sejak dari kecil lagi. Guru-guru tadika mahupun guru-guru sekolah rendah memikul tanggungjawab yang paling penting untuk menerapkan minat membaca dalam kalangan pelajar sekolah kerana pada saat ini, pelajar-pelajar ibarat kain putih yang belum dicorakkan. Pada ketika ini, pelajar-pelajar masih belum dapat membezakan antara baik dan buruk mahupun dosa dan pahala. Oleh itu, apabila guru-guru mengadakan pertandingan seperti pertandingan membaca paling banyak dan memberikan hadiah berupa wang tunai dan bahan bacaan kepada para pemenang,pasti pelajar-pelajar tersebut tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil bahagian sekali gus mereka akan selalu membaca. Mungkin pada mulanya, pelajar-pelajar ini membaca kerana ingin memenangi pertandingan tetapi pasti lama-kelamaan minat membaca akan timbul dalam diri mereka. Oleh hal yang demikian, guru-guru haruslah menjalankan peranan mereka untuk memupuk minat membaca dalam diri pelajar sekali gus membentuk masyarakat Malaysia yang minat membaca.

Tidak kurang juga, syarikat-syarikat seperti Karangkraf, PtsOne dan sebagainya perlulah menjalankan peranan dengan mengeluarkan bahan bacaan yang sesuai untuk semua peringkat umur agar masyarakat Malaysia mempunyai lebih banyak pilihan dalam memilih bahan bacaan yang sesuai dengan umur mereka. Dengan adanya kepelbagaian bahan bacaan, pasti masyarakat Malaysia akan menjadi lebih tertarik untuk membaca. Oleh itu, sebagai syarikat swasta yang prihatin dengan keadaan rakyat Malaysia, mereka haruslah menjalankan peranan mereka dengan bersungguh-sungguh.

Akhirulkalam, semua pihak haruslah berganding bahu untuk memupuk minat membaca dalam diri masyarakat dan tidak melepaskan tanggungjawab itu kepada pihak kerajaan semata-mata kerana “ muafakat membawa berkat.” Semua pihak haruslah bersikap, “ bagai aur dengan tebing” dalam menjayakan usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia pula, kita seharusnya turut mempunyai inisiatif dalam mengubah diri bagi memupuk minat membaca dlam diri kita sendiri kerana “ di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Janganlah kita terlalu mengharapkan pihak lain dalam membentuk peribadi kita kerana segala-galanya yang berlaku adalah pilihan kita sendiri.

AUNEE AZRINA ZULKIFLI (5SC1)

Kepentingan Riadah dan Rekreasi Kepada Masyarakat






Manfaat Aktiviti Riadah dan Rekraesi


Pada era globalisasi ini, masyarakat seakan terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi lantas sering mengabaikan amalan gaya hidup sihat terutamanya amalan beriadah atau rekreasi. Hal ini demikian kerana mereka terlalu memandang enteng kepentingan aktiviti rekreasi. Tanpa mereka sedari, sebenarnya terdapat varia kepentingan rekreasi kepada masyarakat.
 
Antara maslahat rekreasi kepada masyarakat adalah mampu mengeratkan hubungan sama ada hubungan dengan komuniti setempat mahupun dengan ahli keluarga sendiri. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti rekreasi, individu akan bertegur sapa dengan individu lain di sekelilingnya, lantas mengeratkan hubungan silaturahim. Contohnya, melalui amalan rekreasi, kita dapat berbual mesra dengan jiran tetangga. Jelaslah bahawa, rekreasi mampu mengeratkan hubungan antara individu dengan individu lain.

Selain itu, aktiviti rekreasi juga mampu memberi ketenangan jiwa kepada anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana melalui aktiviti riadah, masyarakat dapat menghayati keindahan alam sekitar yang saujana mata memandang. Contohnya, melalui aktiviti senaman seperti berjoging, masyarakat akan dapat menghirup dan menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang segar, seterusnya mampu memberi kedamaian jiwa. Oleh hal yang demikian, aktiviti rekreasi dilihat mampu menjadi landasan utama masyarakat bagi melapangkan fikiran.

Di samping itu, amalan rekreasi amat signifikan bagi menyihatkan badan. Amalan yang menyihatkan seperti berjoging, berkhemah mahupun sukan ekstrem seperti aktiviti terjunan udara mampu meningkatkan kadar kecergasan dan mengelakkan pelbagai penyakit koronari. Contohnya, melalui aktiviti terutamanya sukan ekstrem yang menjadi kegilaan pemuda pemudi, anggota masyarakat dapat meningkatkan kadar metabolisme yang baik untuk tubuh. Sudah terang lagi bersuluh, amalan rekreasi mampu menyihatkan badan bagi menjayakan visi Malaysia Cergas.

Akhir sekali, aktiviti rekreasi mampu menggalakkan pertukaran idea atau buah fikiran dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, pertukaran idea yang bernas mampu mematangkan tahap pemikiran masyarakat. Misalnya, melalui diskusi ringkas dalam kalangan masyarakat, semangat individualisme dapat dihapuskan dan semangat perpaduan yang ampuh dapat dilakar. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa rekreasi mampu merangsang pertukaran idea dan mencegah sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Kesimpulannya, aktiviti rekreasi dan riadah mempunyai banyak kepentingan tertentu yang dapat dimanfaatkan oleh setiap anggota masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita perlulah mengutamakan dan mengamalkan aktiviti riadah dalam kehidupan seharian kerana sesungguhnya, minda yang cerdas terletak pada badan yang cergas

Kepentingan Semangat Kejiranan:




 
 
SEMANGAT KEJIRANAN YANG UTUH.
 
 
Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat seikat bak sirih serumpun bak serai. Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Namun ada lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan bahawa semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis ibarat hidup segan mati tak mahu. Banyak kempen dan usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk merapatkan kembali hubungan dalam kalangan jiran kerana semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat.
 
Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat . Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.
Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Tuntasnya, semangat kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana memudahkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada rakyat. Slogan Negara Maju Rakyat Sihat menunjukkan apabila rakyat hidup dalam keadaan sihat sejahtera maka pelbagai rancangan pembangunan dapat diatur, dirancang dan dilaksanakan secara lancar tanpa sebarang kekangan. Jika masyarakat dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan dan perpaduan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat di sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu anggota masyarakat dalam suatu kawasan kejiranan menikmati pelbagai kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup bersatu padu seia sekata . Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan gemilang. Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara . Melalui hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat diimplimentasikan. Sebagai contoh, mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta. Datuk Azhar Bin Mansor merupakan contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat Malaysia membolehkan beliau melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan jalur gemilang dengan penuh kejayaan. Hal Ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia membolehkan mereka melakukan sesuatu hal dan perkara yang amat hebat bagi melaonjakkan Malaysia di persada antarabangsa.
Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum juga penting sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke negara ini banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan seperti Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.
Intihanya, semangat kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.
 
(Perkongsian Maklumat  :  Blog Pn Noraini Ismail)

Ciri ciri Remaja Berilmu

 
 
“Jika kita ingin melihat dunia pada masa hadapan, lihatlah pemuda-pemudinya yang hidup pada hari ini”. Demikianlah pepatah Arab yang mengetengahkan betapa besarnya peranan remaja pada masa ini. Adakah remaja pada hari ini hebat-hebat belaka sehingga dipertanggungjawabkan sedemikian? Sejauh manakah ilmu seseorang remaja itu untuk mendominasi masa hadapan yang cemerlang, gemilang dan terbilang? Di sinilah terletaknya martabat ilmu yang sangat tinggi nilainya untuk dimiliki oleh seseorang remaja. Namun, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menjadi remaja yang berilmu?

Pertama, remaja tersebut hendaklah mempunyai kerajinan yang tinggi agar tidak alpa dalam kehidupan materialistik masa ini. Kerajinan yang dimaksudkan ialah kerajinan yang menjurus kepada ketekunan remaja tersebut untuk mengulang kaji pelajaran, membuat latihan kendiri, dan menyiapkan kerja sekolah yang telah dibekalkan oleh guru mereka. Ketelitian dan kesabaran dalam menyelesaikan tugasan yang diberi perlu dititikberatkan supaya seseorang itu dapat melatih diri untuk menulis jawapan yang betul dan padat. Latihan secara berperingkat-peringkat perlu dipantau oleh ibu bapa atau guru-guru mereka secara aktif.

Seterusnya, seseorang remaja perlulah bijak mengurus masa dalam kehidupan sehariannya memandangkan masa itu emas. Bagi mengendalikan pengurusan masa yang terkawal, remaja tersebut digalakkan untuk mewujudkan jadual hariannya untuk belajar tetapi masih fleksibel untuk dirinya melakukan perkara lain. Jadual hariannya mestilah merangkumi setiap mata pelajaran yang dipelajarinya dan dibahagikan masa secara adil, bak kata peribahasa, seduit dibelah tujuh. Aktiviti riadah juga signifikan untuk mereka merehatkan minda daripada kekusutan yang dialami sekiranya balajar secara berterusan. Mereka bolehlah melakukan aktiviti senggang seperti berjoging, mendengar muzik, berbasikal dan sebagainya.

Selain itu, untuk menjadi remaja berilmu, individu tersebut hendaklah memiliki disiplin yang cemerlang kerana disiplinlah yang membentuk jati diri seseorang. Patuhilah peraturan-peraturan sama ada di sekolah, di rumah dan sebagainya. Remaja yang bedisiplin dapat mengawal tingkah lakunya dengan baik tanpa teguran daripada mana-mana pihak. Contohnya ialah dating awal ke sekolah, mematuhi peraturan sekolah, tidak merosakkan harta-benda sekolah, dan tidak melakukan jenayah. Maka, remaja itu harus berwaspada dengan keadaan di sekitarnya dan tidak mudah dipengaruhi. Jati diri yang kental sentiasa mengatakan ‘tidak’ kepada sesuatu perkara yang negatif.

Dari perspektif yang lain pula, sikap merendah diri juga perlu untuk menjadi remaja yang berilmu. Jadilah seperti padi yang semakin berisi, semakin tunduk dan bukanlah lalang yang semakin berisi, semakin tegak. Elakkanlah sikap membangga diri dengan ilmu yang kita miliki. Kita sepatutnya merendah diri dengan bertanya kepada guru tentang apa yang tidak difahami sepenuhnya. Dengan ini, kita dapat mengetahui dengan selanjutnya mengenai sesuatu perkara. Bukankah semakin bertambah ilmu kita?

Langkah seterusnya untuk menjadi remaja yang berilmu ialah seseorang itu perlulah menjadikan dirinya sebagai ulat buku. Pelbagai bahan bacaan boleh didapati dewasa ini melalui pelbagai sumber termasuklah pusat sumber, melayari internet, dan juga daripada kedai-kedai buku seluruh negara yang banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Remaja seharusnya mengambil langkah bijak dengan membaca bahan-bahan ilmiah dan bukan sahaja majalah hiburan serta komik. Cukuplah sekadar sebuah buku setiap hari. Jika berkesempatan, tambahlah bahan bacaan ilmiah supaya akal kita sentiasa berkembang dengan input-input baru daripada bahan yang telah dibaca.

Wawasan hidup juga amat penting untuk menjadi remaja yang berilmu. Seorang remaja yang berwawasan akan bersungguh-sungguh untuk mengejar hala tuju yang diimpikan. Setiap perkara yang diidam mesti diikuti dengan usaha yang secukupnya kerana yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang. Misalnya, jika remaja tersebut bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang ahli astronomi, mereka perlulah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menggapai wawasan hidupnya. Sudah terang lagi bersuluh bahawa, tanpa ilmu siapalah kita untuk mengejar angan-angan sedemikian. Janganlah kita menjadi seperti Mat Jenin yang hanya tahu berangan-angan kosong.

Kesimpulannya, pelbagai perkara boleh dilaksanakan untuk menjadi remaja yang berilmu. Remaja yang bijak mengambil kesempatan pasti menjadi remaja yang berilmu. Setiap perkara yang dihajati haruslah diiringi dengan usaha yang proaktif selain berdoa kepada Tuhan bagi mencapai hajat kita. Remaja dewasa ini perlulah menggunakan ruang dan peluang yang ada di depan mata dengan sebaik mungkin kerana pisang tidak berbuah dua kali. Dengan ilmu, remaja mampu menggegarkan dunia ini dengan pelbagai transformasi positif bagi membina pembangunan dan kemajuan yang utuh lagi kukuh jika acuannya juga mantap dan kental.
 
Nur Anisa Atirah bt Fadzil
5SC1
(Hasil Blog Pn Noraini Ismail)
 

Thursday, August 29, 2013

Kepentingan Kebudayaan Tradisional

Kini, warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.
     Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.
     Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “Selamat Deepavali” keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.
     Salah satu tarikan pelancongan ialah budaya kita. Sebenarnya, keindahan pantai, landskap dan hutan Malaysia juga dapat ditemukan di kebanyakan tempat, misalnya di Indonesia dan di Negara Thai. Yang unik ialah budaya tradisional kita, misalnya persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yang tinggal bersama-sama kita dikampung untuk merasai kehidupan kita. Tidak kurang pula yang merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya penting untuk mengembangkan pelancongan.
     Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.
        Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti dan dilihat sepanjang masa.
        Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan. Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya ! tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas pantun clan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak kenaI maka tak cinta”.
        Di samping itu, pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di Malaysia haruslah digalakkan. Kini pengaruh media massa menyebabkan budaya tradisional kita kian dilupai. Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kita dengan lebih kerap dan meluas. Misalnya, pameran kebudayaan tradisional boleh diadakan
melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak media massa juga digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita Harian, yang merencanakan sudut budaya tentang masakan, pakaian, hiasan, kepercayaan, petua kesihatan, dan sebagainya, harus dipuji. Sudut budaya juga boleh dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti “Malaysia Hari lni” dan “Selamat Pagi Malaysia”.
        Janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak pepatah yang berbunyi “biar mati anak,jangan mati adat”. Oleh itu, usaha memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.

Monday, August 19, 2013

Sikap Mementingkan Diri Sendiri Dalam Masyarakat

PERIBAHASA ‘SEPERTI ENAU DALAM BELUKAR MELEPASKAN PUCUK MASING-MASING’ DALAM KONTEKS MASYARAKAT PADA HARI INI.

“Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”, peribahasa ini merujuk pada masyarakat yang tidak semuafakat dalam perbincangan dan hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja. Begitulah sikap masyarakat yang ada di negara ini pada masa ini. Peribahasa ini jelas menunjukkan keadaan dan masalah yang dihadapi oleh pelbagai pihak, terutamanya ketika berkomunikasi, bermesyuarat atau mengadakan perbincangan. Sikap keji yang hanya mementingkan diri sendiri ini seharusnya dielakkan dan dibuang daripada diri setiap insan. Sesungguhnya, sikap ini bukannya membawa faedah tetapi membawa padah.

Pada zaman globalisasi ini, jumlah keluarga bahagia di negara ini kian merosot. Berdasarkan kajian yang dibuat, statistik kes penceraian di Malaysia sudah mencecah 3000 kes setahun. Gejala ini merupakan masalah yang semakin kronik dan perlu diambil tindakan yang sewajarnya. Menurut kajian yang dilakukan oleh Professor Charles E.Comb dari Universiti Nottingham di England, masalah-masalah keluarga ini kebanyakannya berpunca daripada tingkah laku dan sikap ahli keluarga yang tidak memainkan peranan masing-masing. Mereka tidak saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain dan mempunyai pendapat yang berbeza tentang kehidupan yang diingini dan tidak boleh bertolak ansur untuk mencapai matlamat mereka. Peribahasa “seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” jelas terpapar dalam sikap ahli keluarga masyarakat zaman ini.

Selain itu, peribahasa ini juga boleh dibuktikan dengan peranan rakyat dalam mengendalikan keputusan atau memilih kerajaan mereka sendiri. Sebagai contoh, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar telah jelas menyatakan dan memberi amaran kepada sesiapa yang mengambil, memburu atau membunuh hidupan liar sama ada flora atau fauna. Tindakan ini bukan sahaja untuk manfaat hidupan liar yang kian pupus, tetapi untuk kebaikan rakyat negara juga. Pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti hidupan liar di Malaysia dapat menjamin keseimbangan ekosistem dan keindahan paranoma alam semula jadinya untuk generasi akan datnag. Amaran yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi sahaja kerana sehingga kini, masih berlaku perburuan dan pembunuhan hidupan liar yang boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem pada masa ini. Kedegilan dan ketidakperikemanusiaan rakyat inilah yang akan membinasakan kehidupan mereka sendiri. Mereka beranggapan bahawa hasil tangkapan hidupan liar dapat memberikan keuntungan yang lumayan tetapi mereka tidak berpandangan jauh dan tidak berfikir tentang kesan-kesan tindakan mereka itu. Jelaslah betapa bezanya pendapat pihak kerajaan yang mementingkan kesejahteraan rakyat dengan pendapat rakyat yang hanya memikirkan kebahagiaan diri sendiri.

Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Malysia berasaskan demokrasi iaitu pemilihan wakil oleh rakyat melalui pilihan raya. Sistem demokrasi ini amat berguna dalam membentuk perpaduan rakyat dan menjamin keamanan negara. Namun begitu, sesetengah masyarakat tidak boleh menerima pemimpin yang bukan dipilih oleh mereka. Kebanyakannya bertindak mengikut perasaan dan emosi untuk meluahkan perasaan dan ketidakpuasan mereka kepada pihak kerajaan. Tingkah laku ini boleh membawa kepada pergaduhan atau pergolakan rakyat dan secara tidak langsung, keamanan dan perpaduan negara terjejas, bak kata peribahasa Albert Einstine, “membina reputasi yang baik mengambil masa 10 tahun tetapi untuk mencemarkannya mengambil masa lima minit sahaja”. Peribahasa ini menunjukkan usaha-usaha pihak kerajaan selama ini seperti mengira bulu di badan kambing biri-biri sahaja kerana semuanya sia-sia belaka akibat masyarakat yang tidak semuafakat.
Kita bicara pula dari sudut perpaduan, perpaduan rakyat negara ini merupakan hasil dari penyatuan dan kesefahaman rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat majmuk seperti Melayu, Cina dan India. Rakyat negara ini hidup bersatu-padu dan saling berkompromi antara satu sama lain.
 

Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing masih terdapat dalam diri segelintir masyarakat tetapi mereka dapat menyelesaikannya melalui perbincangan untuk menjaga kesejahteraan rakyat yang berlainan bangsa, budaya dan agama. Walaupun begitu, persaudaraan erat yang utuh ini diancam pada tahun 2008. Pergaduhan besar telah berlaku di kawasan pedalaman Pahang antara orang Melayu dan orang India kerana perbezaan pendapat, ajaran dan moral. Masyarakat yang menetap di sekitar kawasan itu berasa bimbang dan gelisah serta takut untuk keluar rumah akibat pergaduhan tersebut. Mujurlah pihak polis dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka dengan tenang dan diplomatik. Sikap masyarakat yang ditunjukkan terbukti membawa bahaya dan padah kepada masyarakat itu sendiri. Oleh itu, peribahasa ‘seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’ sebaik-baiknya diluputkan daripada kamus hidup diri masing-masing.

Kita hidup dalam sebuah masyarakat ‘ibarat aur dengan tebing’. Hidup yang sering membantu ‘sedikit tanda ada, banyak tanda ingat’. Budaya dan adat resam merupakan teras penglahiran yang membentuk identiti sesebuah masyarakat. Oleh hal yang demikian, setiap kaum hendaklah memahami selok-belok kehidupan kaum lain terutama dalam pengamalan budaya, agama dan adat resam mereka. Dengan memahami selok-belok kehidupan kaum lain, maka barulah wujudnya hubungan toleransi dan saling menghormati. Menyedari kepentingan menghormati adat resam dan budaya setiap kaum, kerajaan telah melancarkan sambutan rumah terbuka dan menggalakkan budaya kunjung-mengunjung. Hal ini jelas menunjukkan tindakan kerajaan yang berpendapat bahawa permuafakatan dan perpaduan rakyat menjadi tunggak utama dalam kemajuan Negara dari segi ekonomi, politik dan social. Demi mencapai matlamat negara, peribahasa ‘seperti enaudalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’ seharusnya dielakkan dan dijauhi oleh setiap lapisan masyarakat. Sebagai sebuah Negara bermasyarakat majmuk, kita perlulah mengambil masalah perpecahan rakyat dengan serius dan tidak sambil lewa kerana mungkin kelak kita juga akan rugi akibat perspektif buruk masyarakat di negara Malaysia yang hanya mementingkan diri sendiri dan enggan menerima pertolongan atau bantuan orang lain.

Intihanya, demi keamanan dan kesejahteraan rakyat sejagat, pihak berkuasa dan berwajib perlu mengambil tindakan-tindakan yang konkrit untuk menyediakan payung sebelum hujan. Setiap insan juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan pertelingkahan dan pergaduhan tidak berlaku sesama sendiri seperti yang berlaku pada tahun 1996 kerana masyarakat pada masa itu mempunyai perbezaan pendapat yang tidak boleh diselesaikan secara aman dan tenang. Masyarakat yang sejahtera dan kondusif merupakan masyarakat yang bersatu padu, saling menghormati dan memahami serta berfikiran positif dan bersangka baik antara satu sama lain. Sudah banyak kali diperdengarkan, rakyat merupakan tulang belakang dan akar negara. Oleh itu, setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing untuk membolehkan negara duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang lain. Menurut Nabi Muhammad s.a.w, “Kejayaan berdakwah berpandukan perbincangan yang baik”. Hadis ini membuktikan bahawa sebarang masalah yang dihadapi tentu boleh diselesaikan jika kedua-dua pihak duduk berbincang dan bertukar pendapat dengan fikiran yang terbuka dan rasional.