PERIBAHASA ‘SEPERTI ENAU DALAM BELUKAR MELEPASKAN PUCUK MASING-MASING’ DALAM
KONTEKS MASYARAKAT PADA HARI INI.
“Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”, peribahasa ini merujuk pada masyarakat yang tidak semuafakat dalam perbincangan dan hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja. Begitulah sikap masyarakat yang ada di negara ini pada masa ini. Peribahasa ini jelas menunjukkan keadaan dan masalah yang dihadapi oleh pelbagai pihak, terutamanya ketika berkomunikasi, bermesyuarat atau mengadakan perbincangan. Sikap keji yang hanya mementingkan diri sendiri ini seharusnya dielakkan dan dibuang daripada diri setiap insan. Sesungguhnya, sikap ini bukannya membawa faedah tetapi membawa padah.

Pada zaman globalisasi ini, jumlah keluarga bahagia di negara ini kian merosot. Berdasarkan kajian yang dibuat, statistik kes penceraian di Malaysia sudah mencecah 3000 kes setahun. Gejala ini merupakan masalah yang semakin kronik dan perlu diambil tindakan yang sewajarnya. Menurut kajian yang dilakukan oleh Professor Charles E.Comb dari Universiti Nottingham di England, masalah-masalah keluarga ini kebanyakannya berpunca daripada tingkah laku dan sikap ahli keluarga yang tidak memainkan peranan masing-masing. Mereka tidak saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain dan mempunyai pendapat yang berbeza tentang kehidupan yang diingini dan tidak boleh bertolak ansur untuk mencapai matlamat mereka. Peribahasa “seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing” jelas terpapar dalam sikap ahli keluarga masyarakat zaman ini.
Selain itu, peribahasa ini juga boleh dibuktikan dengan peranan rakyat dalam mengendalikan keputusan atau memilih kerajaan mereka sendiri. Sebagai contoh, Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar telah jelas menyatakan dan memberi amaran kepada sesiapa yang mengambil, memburu atau membunuh hidupan liar sama ada flora atau fauna. Tindakan ini bukan sahaja untuk manfaat hidupan liar yang kian pupus, tetapi untuk kebaikan rakyat negara juga. Pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti hidupan liar di Malaysia dapat menjamin keseimbangan ekosistem dan keindahan paranoma alam semula jadinya untuk generasi akan datnag. Amaran yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi sahaja kerana sehingga kini, masih berlaku perburuan dan pembunuhan hidupan liar yang boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem pada masa ini. Kedegilan dan ketidakperikemanusiaan rakyat inilah yang akan membinasakan kehidupan mereka sendiri. Mereka beranggapan bahawa hasil tangkapan hidupan liar dapat memberikan keuntungan yang lumayan tetapi mereka tidak berpandangan jauh dan tidak berfikir tentang kesan-kesan tindakan mereka itu. Jelaslah betapa bezanya pendapat pihak kerajaan yang mementingkan kesejahteraan rakyat dengan pendapat rakyat yang hanya memikirkan kebahagiaan diri sendiri.
Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Malysia berasaskan demokrasi iaitu pemilihan wakil oleh rakyat melalui pilihan raya. Sistem demokrasi ini amat berguna dalam membentuk perpaduan rakyat dan menjamin keamanan negara. Namun begitu, sesetengah masyarakat tidak boleh menerima pemimpin yang bukan dipilih oleh mereka. Kebanyakannya bertindak mengikut perasaan dan emosi untuk meluahkan perasaan dan ketidakpuasan mereka kepada pihak kerajaan. Tingkah laku ini boleh membawa kepada pergaduhan atau pergolakan rakyat dan secara tidak langsung, keamanan dan perpaduan negara terjejas, bak kata peribahasa Albert Einstine, “membina reputasi yang baik mengambil masa 10 tahun tetapi untuk mencemarkannya mengambil masa lima minit sahaja”. Peribahasa ini menunjukkan usaha-usaha pihak kerajaan selama ini seperti mengira bulu di badan kambing biri-biri sahaja kerana semuanya sia-sia belaka akibat masyarakat yang tidak semuafakat.
Kita bicara pula dari sudut perpaduan, perpaduan rakyat negara ini merupakan hasil dari penyatuan dan kesefahaman rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat majmuk seperti Melayu, Cina dan India. Rakyat negara ini hidup bersatu-padu dan saling berkompromi antara satu sama lain.
Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing masih terdapat dalam diri segelintir masyarakat tetapi
mereka dapat menyelesaikannya melalui perbincangan untuk menjaga kesejahteraan
rakyat yang berlainan bangsa, budaya dan agama. Walaupun begitu, persaudaraan
erat yang utuh ini diancam pada tahun 2008. Pergaduhan besar telah berlaku di
kawasan pedalaman Pahang antara orang Melayu dan orang India kerana perbezaan
pendapat, ajaran dan moral. Masyarakat yang menetap di sekitar kawasan itu
berasa bimbang dan gelisah serta takut untuk keluar rumah akibat pergaduhan
tersebut. Mujurlah pihak polis dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
mereka dengan tenang dan diplomatik. Sikap masyarakat yang ditunjukkan terbukti
membawa bahaya dan padah kepada masyarakat itu sendiri. Oleh itu, peribahasa
‘seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’ sebaik-baiknya
diluputkan daripada kamus hidup diri masing-masing.
Kita hidup dalam sebuah masyarakat ‘ibarat aur dengan tebing’. Hidup yang sering membantu ‘sedikit tanda ada, banyak tanda ingat’. Budaya dan adat resam merupakan teras penglahiran yang membentuk identiti sesebuah masyarakat. Oleh hal yang demikian, setiap kaum hendaklah memahami selok-belok kehidupan kaum lain terutama dalam pengamalan budaya, agama dan adat resam mereka. Dengan memahami selok-belok kehidupan kaum lain, maka barulah wujudnya hubungan toleransi dan saling menghormati. Menyedari kepentingan menghormati adat resam dan budaya setiap kaum, kerajaan telah melancarkan sambutan rumah terbuka dan menggalakkan budaya kunjung-mengunjung. Hal ini jelas menunjukkan tindakan kerajaan yang berpendapat bahawa permuafakatan dan perpaduan rakyat menjadi tunggak utama dalam kemajuan Negara dari segi ekonomi, politik dan social. Demi mencapai matlamat negara, peribahasa ‘seperti enaudalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’ seharusnya dielakkan dan dijauhi oleh setiap lapisan masyarakat. Sebagai sebuah Negara bermasyarakat majmuk, kita perlulah mengambil masalah perpecahan rakyat dengan serius dan tidak sambil lewa kerana mungkin kelak kita juga akan rugi akibat perspektif buruk masyarakat di negara Malaysia yang hanya mementingkan diri sendiri dan enggan menerima pertolongan atau bantuan orang lain.
Intihanya, demi keamanan dan kesejahteraan rakyat sejagat, pihak berkuasa dan berwajib perlu mengambil tindakan-tindakan yang konkrit untuk menyediakan payung sebelum hujan. Setiap insan juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan pertelingkahan dan pergaduhan tidak berlaku sesama sendiri seperti yang berlaku pada tahun 1996 kerana masyarakat pada masa itu mempunyai perbezaan pendapat yang tidak boleh diselesaikan secara aman dan tenang. Masyarakat yang sejahtera dan kondusif merupakan masyarakat yang bersatu padu, saling menghormati dan memahami serta berfikiran positif dan bersangka baik antara satu sama lain. Sudah banyak kali diperdengarkan, rakyat merupakan tulang belakang dan akar negara. Oleh itu, setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing untuk membolehkan negara duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang lain. Menurut Nabi Muhammad s.a.w, “Kejayaan berdakwah berpandukan perbincangan yang baik”. Hadis ini membuktikan bahawa sebarang masalah yang dihadapi tentu boleh diselesaikan jika kedua-dua pihak duduk berbincang dan bertukar pendapat dengan fikiran yang terbuka dan rasional.

isi kurang menarik...tingkatkan usaha
ReplyDelete