Tuesday, October 23, 2012


RANGKA JAWAPAN BAHASA MELAYU
BERDASARKAN SOALAN PERCUBAAN SPM 2012

Bahagian 2 :
 PELANCONGAN

1.     Semasa cuti persekolahan yang lalu,  anda berpeluang mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke suatu tempat menarik.
Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada lawatan sambil belajar tersebut.

Ø  Dapat mengeratkan hubungan persahabatan dengan rakan-rakan.
Ø  Dapat menambahkan pengalaman baru.
Ø  Dapat mengurangkan stres.
Ø  Dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang baharu
Ø  Dapat mengukuhkan ilmu yang dipelajari di dalam kelas.
Ø  Dapat melihat perkembangan dan pembangunan negara.


 2.     Faedah melawat tempat bersejarah

Ø    Meluaskan pengetahuan dan pengalaman tentang sejarah tempatan
Ø    Menghargai jasa dan pengorbanan seseorang tokoh pejuang tanah air.
Ø    Menimbulkan semangat cinta akan negara.
Ø    Kesedaran tentang kezalimana penjajah menindas penduduk tempatan.
Ø    Melihat dengan lebih jelas warisan sejarah yang masih tinggal.
Ø    Menyelusuri kepayahan pejuang dalam mempertahankan negara.


3.     Faktor yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik

Ø  Keadaan pantai yang bersih dan indah – pantai yang memutih dan bersih – udara yang nyaman – pelbagai aktiviti laut boleh dijalankan – banyak tempat menarik dan bersejarah – bangunan tinggalan sejarah di Melaka dan Langkawi - pencakar langit yang disegani – KLCC – Menara Petronas di Bandar Raya Kuala Lumpur.
Ø  Pelbagai kemudahan awam disediakan – kemudahan pengangkutan – rangkaian jalan raya yang baik – para pelancong mudah bergerak dan selesa – LRT, komuter, monorel, sistem telekomunikasi.
Ø  Terkenal dengan kepelbagaian budaya masyarakat yang berbilang bangsa dan agama – pelbagai perayaan disambut – menggamit para pelancong luar datang ke Malaysia kerana kekayaan budaya di negara ini.
Ø  Hutan semulajadi yang masih belum tercemar – melihat keindahan flora dan fauna dalam habitat asal – Taman Negara di Pahang, Taman Negara di Sarawak.
Ø  Kestabilan politik dan keamanan negara – keselamatan pelancong terjamin – pelancong bebas bergerak untuk menikmati keindahan negara Malaysia.
Ø  Sikap rakyat Malaysia yang ramah tamah dan beretika – menghormati pelancong yang datang dan tidak menimbulkan permasalahan kepada mereka – membantu pelancong asing yang memerlukan bantuan.





4.     Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara.  Anda ingin menulis rencana tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk memajukan industri  pelancongan.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.

Ø  Kerajaan mengadakan promosi di dalam dan luar negara.
Ø  Kerajaan dan pihak swasta menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap – sistem pengangkutan, sistem perhubungan, kemudahan penginapan.
Ø  Kerajaan – mempopularkan seni warisan pelbagai etnik dan budaya untuk dipersembahkan kepada para pelancong.
Ø  Masyarakat menyambut kehadiran pelancong dengan bersopan, berbudi bahasa dan ramah tamah -
Ø  Masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar – pelancong akan berasa nyaman dan selesa.
Ø  Swasta - agensi pelancongan mengadakan pakej yang menarik.
Ø  Jaminan keselamatan – menyediakan polis pelancong, kenderaan yang selamat untuk kemudahan pelancong.
Ø  Menjaga kestabilan politik dan keamanan – tidak berlakunya huru hara atau pergaduhan yang boleh menimbulkan ketakutan kepada para pelancong.


5.     Industri pelancongan  membawa banyak faedah kepada pertumbuhan ekonomi negara.  Jelaskan kebaikan-kebaikan industri pelancongan kepada negara.

Ø  Meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara
Ø  Membuka peluang pekerjaan / mengatasi masalah pengangguran
Ø  Membuka peluang perniagaan kepada penduduk tempatan
Ø  Pengaliran masuk mata wang asing
Ø  Pemangkin pembangunan negara
Ø  Menggalakkan pembinaan infrastruktur
Ø  Memperkenalkan kebudayaan Malaysia ke luar negara

6.     Industri pelancongan  merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin menulis rencana berkaitan peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan. Tulis rencana tersebut selengkapnya.

Ø  kerajaan mengadakan promosi
Ø  kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap
Ø  masyarakat menyambut pelancong dengan bersopan
Ø  masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar.
Ø  agensi pelancongan mengadakan pakej yang menarik.








7.     Malaysia merupakan sebuah Negara yang berpotensi untuk maju dalam sektor pelancongan.  Sehubungan itu,  anda ingin menulis sebuah rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan.  Tajuk rencana tersebut ialah “ Usaha-usaha untuk Memajukan Sektor Pelancongan  Negara”
Tulis rencana itu selengkapnya.

Ø  Kerajaan mengadakan promosi di dalam dan luar negara.
Ø  Kerajaan dan pihak swasta menyediakan kemudahan infrastruktur yang lengkap – sistem pengangkutan, sistem perhubungan, kemudahan penginapan.
Ø  Kerajaan – mempopularkan seni warisan pelbagai etnik dan budaya untuk dipersembahkan kepada para pelancong.
Ø  Masyarakat menyambut kehadiran pelancong dengan bersopan, berbudi bahasa dan ramah tamah -
Ø  Masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar – pelancong akan berasa nyaman dan selesa.
Ø  Swasta - agensi pelancongan mengadakan pakej yang menarik.
Ø  Jaminan keselamatan – menyediakan polis pelancong, kenderaan yang selamat untuk kemudahan pelancong.
Ø  Menjaga kestabilan politik dan keamanan – tidak berlakunya huru hara atau pergaduhan yang boleh menimbulkan ketakutan kepada para pelancong.



PENDIDIKAN

1.        Cara-cara menyayangi sekolah

Ø  Tidak merosakkan harta benda sekolah
ü  menyemai sikap menyayangi harta benda sekolah
ü  menghargai prasarana yang disediakan
ü  kempen antivandalisme

Ø  Mematuhi Peraturan-peraturan sekolah
ü  memberi fokus semasa pembelajaran dan pengajaran, menyempurnakan kerja sekolah serta
ü  mematuhi arahan guru
ü  menjaga imej dan penampilan diri
ü  tidak ponteng sekolah dan kelas-hadir dan pulang menepati masa
ü  menghormati guru, rakan-rakan dan warga sekolah

Ø  Menjaga nama baik sekolah
Ø  mematuhi disiplin sekolah
Ø  mempertingkat pencapaian  dalam akademik/peperiksaan
Ø  bersama menggerakaktifkan aktiviti kokurikulum
Ø  berusaha bersungguh-sungguh untuk menang dalam setiap acara pertandingan yang disertai



2.     Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu,  jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar.

Ø  Memudahkan dalam penguasaan ilmu
Ø  Dapat berhubung dan berkomunikasi dengan masyarakat dunia
Ø  Senang mendapat pekerjaan
Ø  Seiring dengan tuntutan globalisasi
Ø  Dapat bertutur dengan masyarakat dan memahami budaya mereka
Ø  Boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan tempat


3.     Konsep Sekolah Penyayang berteraskan budaya kemesraan dan sayang menyayangi dalam kalangan guru dan murid. Jelaskan cara-cara anda menghargai jasa guru.

Ø  Membantu guru dalam pelbagai urusan berkaitan sekolah.
Ø  Menghadiahkan kejayaan dalam peperiksaan
Ø  Mendoakan kesejahteraan guru
Ø  Meraikan hari-hari yang bermakna dalam kehidupan guru
Ø  Menziarahi guru ketika sakit atau hari raya
Ø  Mendengar nasihat dan menghormati guru
Ø  Bercakap dengan suara yang lemah lembut dan sopan


4.     Sekolah anda berhasarat untuk melahirkan “Sekolah Cemerlang Bertaraf Dunia”
Selaku ketua pelajar,  anda dikehendaki mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak  sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akakdemik, kokuriklum,  sahsiah dan persekitaran fizikal.

Akademik
ü  Menggiatkan kelas tambahan untuk murid peperiksaan awam
ü  Mengadakan program khas untuk murid bukan kelas awam
ü  Memperbanyak bengkel dan pendedahan teknik menjawab soalan

Kokurikulum
ü  Mewujudkan pasukan elit dalam beberapa jenis sukan
ü  Melibatkan diri dalam pelbagai program daerah
ü  Konsisten dalam latihan dan kem untuk ahli sukan sekolah
ü  Menyediakan juru latih yang berkebolehan dan mahir dalam aktiviti yang dirancang

Persekitaran sekolah
ü  Mengadakan pertandingan keceriaan sekolah – ganjaran yang lumayan – denda kepada kelas yang kotor
ü  Gotong royong peringkat sekolah dan kelas
ü  Memperuntukkan kos untuk keceriaan kelas



Sahsiah
ü  Kem kepimpinan dan jati diri
ü  Anugerah tokoh murid


5.     Melanjutkan pelajaran ke IPT setelah menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia merupakan idaman setiap remaja.
Jelaskan cirri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda.

Ø  Universiti terkemuka / berrtaraf dunia
Ø  Terletak di luar negara / dalam negara
Ø  Mempunyai bidang pengajian yang diminati
Ø  Sistem pengajian / pendidikan yang yang menarik
Ø  Prasarana terkini dan kondusif
Ø  Kemudahan pangangkutan dan penginapan
Ø  Pensyarah yang hebat


1.     Remaja memberikan sumbgan penting untuk mengharumkan nama sekolah.  Sebagai remaja jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.

Ø  Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan
Ø  Mencipta kemenagan dalam pelbagai pertandingan yang disertai
Ø  Sentiasa berakhlak mulia dan menjauhkan diri daripada masalah sosial
Ø  Menjadi pelajar contoh bagi semua pelajar
Ø  Menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah




BERDASARKAN SOALAN PERCUBAAN SPM 2012
(Dipetik dan diubahsuai daripada blog bmspm.

Bahagian 1 : 
REMAJA

1.     Setiap remaja perlu mempersiapkan diri untuk menjayakan  wawasan pada tahun 2020. Jelaskan peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan negara tersebut.
Peranan yang perlu dimainkan oleh remaja

Ø  Belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam bidang pelajaran- pelajaran dapat melahirkan remaja yang berdaya saing - belajar dalam pelbagai lapangan
Ø  Belajar pelbagai kemahiran- melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian yang menawarkan kursus-kursus kemahiran – Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Negara, Institut Kemahiran Mara dan sebagainya..
Ø  Bersiap sedia dengan ilmu kepimpinan – menjadi pemimpin yang berwibawa - memastikan Negara terus berkembang dengan pesat - menghadiri seminar motivasi dan belajar kepimpinan di sekolah - menjadi ketua dalam kegiatan kurikulum dan kokurikulum.
Ø  Mempelajari sejarah Negara – menanamkan semangat cinta akan Negara dalam diri – mengetahui liku-liku perjuangan tokoh-tokoh yang memerdekakan Negara ini menghargai perjuangan mereka-berusaha agar penjajahan tidak berulang lagi.
Ø  Mempelajari ilmu agama- menjadi banteng diri - dapat menjauhi gejala yang tidak baik – terlibat dengan penagihan dadah – bangkai bernyawa – musuh negara-boleh menjejaskan nama baik negara.

2.     Remaja kini  berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha memenuhi keingingan ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang.  Tekanan yang dihadapi telah menyebabkan ada segelintir remaja mengambil tindakan yang tidak sesuai. Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan  untuk menangani tekanan.

Ø  Melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan riadah
Ø  Berkongsi masalah dengan ibu bapa / rakan-rakan
Ø  Melancong bersama keluarga dan rakan-rakan
Ø  Berjumpa dengan kaunselor / orang berkenaan sekiranya mempunyai
masalah
Ø  Melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan
Ø  Berfikiran positif
Ø  Menghadiri majlis-majlis keagamaan


3.     Anda telah menyertai Program motivasi yang telah diarjurkan oleh pihak sekolah.  Pelbagai aktiviti diadakan.  Jelaskan bagaimana program tersebut telah menimbulkan kesedaran dalam diri anda untuk terus  berjaya.

Ø  membentuk sahsiah diri supaya lebih berdisiplin
Ø  motivasi untuk belajar lebih  bersungguh-sungguh
Ø  pengurusan masa yang sistematik
Ø  membentuk ketahanan fizikal dan mental
Ø  mengasah bakat kepemimpinan
Ø  menambahkan ilmu pengetahuan


4.     Nilai murni yang harus diamalkan oleh remaja :

Ø  Menghormati ibu bapa
Ø  Keperihatinan terhadap warga tua
Ø  Tanggungjwb membantu guru
Ø  Menjaga maruah diri dan keluarga.
Ø  Mengamalkan sikap bersopan santun
Ø  Mematuhi peraturan dan undang-undang negara.


 5.     Remaja bersahsiah mulia mampu membangunkan sesebuah negara. Oleh sebab itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah murni anak-anak mereka.
Bincangkan.

Peranan ibu untuk membentuk sahsiah murni :
Ø  Memperuntukan masa berkualiti bersama anak-anak
Ø  Menekankan kecemerlangan dalam akademik
Ø  Penghayatan terhadap ilmu agama
Ø  Menyelami perasaan atau masalah yang dialami anak-anak
Ø  Memenuhi keperluan anak-anak secara terkawal
Ø  Mengenali rakan anak-anak masing-masing
Ø  Mengamalkan akitiviti secara bersama – berekreasi, makan, solat.
Ø  Memberikan kasih sayang yang seimbang kepada semua anak-anak


6.     Remaja memberikan sumbangan penting untuk mengharumkan nama sekolah.  Sebagai remaja jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.

Ø  Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan
Ø  Mencipta kemenangan dalam pelbagai pertandingan yang disertai
Ø  Sentiasa berakhlak mulia dan menjauhkan diri daripada masalah sosial
Ø  Menjadi pelajar contoh bagi semua pelajar
Ø  Menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah
Ø  Berdisiplin dan menjaga nama baik sekolah ketika mengikuti aktiviti luar.
Ø  Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan di luar sekolah.


7.     Kebanyakan anak hari ini berdepan dengan pelbagi masalah.  Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah  “Peranan Keluarga Dalam Membantu Anak-anak Mengatasi Masalah”.  Tulis rencana itu selengkapnya.

Ø  Memberikan kasih sayang yang saksama dan tidak berbelah bahagi
Ø  Meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak
Ø  Keluarga mengawasi perilaku anak-anak ketika berada di luar rumah.
Ø  Melengkapkan anak-anak dengan ilmu agama
Ø  Menyediakan kemudahan dan keperluan asas yang sesuai di rumah
Ø  Sentiasa peka dengan masalah yang anak-anak hadapi
Ø  Bersikap sedia mendengar dan bertolak ansur
Ø  Bercakap dan berbincang dalam suasana lemah lembut


8.     Kepentingan semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.
Ø  Sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah dengan adanya kerjasama.
Ø  Menerapkan nilai kerjasama dan toleransi dalam diri pelajar
Ø  Mengeratkan hubungan antara rakan sebaya.
Ø  Dapat berkongsi idea dan pengetahuan untuk kecemerlangan bersama.
Ø  Menjadikan sesuatu program yang dirancang lebih berkesan dan menarik melalui kesepakatan yang dipersetujui bersama.
Ø  Membentuk satu pasukan yang mantap dan diyakini oleh semua pihak.

  
9.     Ciri-ciri remaja berwawasan ;
Ø  melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek
Ø  menanamkan sifat tidak jemu dalam menimba ilmu pengetahuan
Ø  berusaha bersungguh-sungguh supaya dapat bersaing secara sihat antara satu sama lain
Ø  generasi muda sekarang perlulah mempunyai sifat keterbukaan
Ø  generasi muda untuk menyiapkan diri dengan kemahiran dan skil-skil yang kontemporari
Ø  Mempunyai daya kepimpinan untuk mewarisi kepimpinan negara.
Ø  Bersikap matang dan rasional dalam memperkatakan sesuatu isu / polemik.
Ø  Bersikap berani dan bertanggungjawab dalam menunaikan amanah dalam pekerjaan.


Tuesday, October 9, 2012

ISU TELEFON BIMBIT : BANYAK IMPLIKASI NEGATIF


ISU PENDIDIKAN :
KESAN BURUK TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH.

Oleh : Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom

NAMPAKNYA isu sama ada murid boleh atau tidak membawa telefon bimbit ke sekolah timbul semula. Kali ini persoalan itu dibangkitkan di Dewan Parlimen pada 3 Oktober lalu. Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng ingin tahu sama ada Kementerian Pelajaran membenarkan murid membawa telefon bimbit ke sekolah serta kesan sampingan sekiranya dasar itu dilaksanakan.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyatakan satu sesi perbincangan meja bulat telah diadakan pada 25 Ogos lalu melibatkan pihak berkepentingan antaranya pengetua, guru dan ibu bapa membincangkan keperluan serta cadangan berkaitan penggunaan peralatan komunikasi itu oleh murid.

‘Kementerian Pelajaran sedang meneliti secara menyeluruh pendapat serta pandangan masyarakat termasuk tokoh akademik, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), guru, ibu bapa dan murid sebelum satu keputusan muktamad diumumkan,’ demikian dijelaskan beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Teck Meng itu.

Soalan itu mungkin ada kaitan dengan usul yang dikemukakan oleh pihak kementerian pada Julai lepas membenarkan murid membawa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah bermula pada tahun depan. Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut akan mengundang lebih banyak masalah selain menjejaskan pembelajaran murid.

Sesungguhnya isu telefon bimbit ini dinyatakan dengan jelas melalui Surat Pekeliling Iktisas Bil. 11/2005 Garis Panduan Penggunaan Telefon Bimbit Oleh Murid Sekolah dan Surat Pekeliling Iktisas Bil. 2/2009 Penguatkuasaan Larangan Membawa Dan Mengguna Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah.

Kedua-dua Pekeliling ini tidak membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah bertujuan mendidik murid menggunakan alat tersebut dengan cara yang betul dan larangan ini hanya berkuatkuasa dalam kawasan sekolah.

Penggunaan alat itu tanpa kawalan boleh mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu boleh mendatangkan pelbagai masalah disiplin seperti kecurian, pergaduhan serta penyebaran bahan maklumat yang boleh mempengaruhi perlakuan negatif dalam kalangan murid.

Membawa dan menggunakan telefon bimbit adalah melanggar peraturan dan boleh diambil tindakan disiplin dengan hukuman amaran bertulis dan dilarang menggunakan kemudahan sekolah atau mengambil bahagian dalam program atau aktiviti sekolah untuk satu tempoh tertentu.

Terdapat dua pandangan berhubung isu telefon bimbit ini. Pihak yang menyokong akan menggunakan premis era perkembangan dunia teknologi dan peredaran zaman moden. Bagi mereka penggunaan alat elektronik ini adalah suatu keperluan dan elok dilihat secara positif serta menekankan aspek kebaikan yang boleh didapati melaluinya. Dalam zaman IT ini kecanggihan alat telekomunikasi memang banyak keperluannya, bergantung kepada kebijaksanaan dan bagaimana alat itu digunakan dalam usaha meningkatkan kebolehan dan keupayaan murid.

Telefon bimbit masa kini begitu canggih di mana penggunaannya boleh berfungsi sebagai sebuah komputer. Mempunyai kemudahan Internet dan boleh menyimpan beribu-ribu maklumat yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Oleh itu sekiranya digunakan dengan cara yang betul, dapat membantu murid mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan cepat dan berkesan. Dalam hal ini kerjasama dan bimbingan guru sangat diperlukan supaya penggunaan alat tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Telefon bimbit juga boleh digunakan sebagai alat penghubung yang mudah dan cepat. Murid dapat menghubungi ibu bapa apabila diperlukan seperti memaklumkan perubahan waktu balik sekolah atau makluman perubahan oleh ibu bapa sendiri. Ia juga boleh digunakan semasa kecemasan. Misalnya, boleh menghubungi segera guru atau ibu bapa jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti kejadian buli, peras ugut atau culik.

Namun demikian di pihak satu lagi adalah pandangan sebaliknya. Menurut mereka jika dibenarkan akan menimbulkan jurang perbezaan antara murid yang berada dengan yang tidak mampu. Sudah tentu murid yang datang dari keluarga yang berpendapatan tinggi dan menengah atas tiada masalah menyediakan alat itu untuk anak mereka. Tetapi murid daripada keluarga berpendapatan rendah telefon bimbit adalah suatu peralatan mewah.

Suasana ini boleh melebarkan jurang dan rasa rendah diri bagi mereka yang tidak mampu. Matlamat sekolah sebagai tempat untuk mendidik dan membangunkan diri murid yang datang dari pelbagai latar belakang akan terjejas.

Membawa telefon bimbit ke sekolah boleh menimbulkan masalah lain seperti kecurian dan pergaduhan. Bagi murid yang tidak memiliki alat itu mungkin akan mengambil kesempatan untuk mencuri telefon bimbit rakan mereka. Kejadian ini akan membawa kepada suasana tegang apabila timbul rasa syak wasangka dan tuduh menuduh akhirnya boleh mengakibatkan pergaduhan.

Proses pengajaran dan pembelajaran boleh terganggu apabila murid sibuk menggunakan telefon bimbit mereka. Tumpuan murid akan terjejas dan tidak dapat mengikuti pengajaran guru sepenuhnya. Lebih malang murid lain yang tidak memiliki telefon akan turut terganggu. Ada kalanya alat ini boleh digunakan sebagai kamera video yang dapat merakam termasuk sesuatu yang lucah atau berbentuk negatif. Dikhuatiri juga akan menimbulkan perbuatan meniru dalam ujian dan peperiksaan kerana sesuatu cacatan dan maklumat boleh disimpan dan dilihat pada bila-bila masa.

Jika dibenarkan murid membawa alat itu ke sekolah maka tugas guru akan bertambah. Sudah tentu guru akan ditugaskan mengawal dan memantau penggunaannya agar tidak disalahguna. Cuba bayangkan jika terdapat seribu orang murid di sekolah itu dan semuanya membawa telefon bimbit sudah tentu sedikit sebanyak akan mengganggu ketenangan dan ketenteraman sekolah.

Keputusan muktamad Kementerian Pelajaran sentiasa dinantikan sama ada kekal mematuhi arahan Surat Pekeliling sedia ada atau membuat perubahan sebaliknya. Atau opsyen ketiga dengan membenarkannya secara terhad maksudnya hanya kepada murid yang lebih senior. Sama-sama kita tunggu.

PENULIS ialah Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad.

Sumber : http : //www.utusan.com.my/

ISU BAHASA KITA :


PELITA YANG MENERANGI ALAM :

SASTERA Islam menurut pandangan Muhammad Qutb adalah karya-karya indah yang membawa pengkarya dan pembacanya mendekati Maha Pencipta. Sebaliknya, sastera jahiliah bersifat melalaikan dan tidak selaras dengan wahyuNya iaitu al-Quran dan sunnah. Islam amat mementingkan aktiviti kesusasteraan sebagaimana penurunan wahyu pertama yang berbunyi 'Iqra'. Ia menggambarkan bahawa proses ilmu bermula dengan pembacaan karya-karya yang baik serta membina keperibadian diri dan rohani. Justeru, kesusasteraan Islam membentangkan qudwah kepada manusia untuk mengenal Pencipta, mengeratkan hubungan sesama manusia dan mencintai alam sekelilingnya.

Sebelum kedatangan Islam, aktiviti sastera telah berlangsung dengan baik dalam kalangan masyarakat Arab. Kabilah-kabilah Arab sering mendendangkan puisi dan syair di Pasar Ukaz yang terletak berhampiran Kota Mekah. Puisi digunakan untuk melawan kabilah-kabilah lawan serta menaikkan dan menjatuhkan sesuatu puak. Seseorang yang mahir dalam puisi dianggap tokoh dalam masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. Mereka adalah penghibur, seniman, wartawan, sejarawan dan jurucakap bagi kabilahnya. Para penyair juga menikmati status kehidupan yang baik sekiranya puisi-puisi dendangannya digemari oleh ketua-ketua kabilah. Namun, selepas kedatangan Islam, para penyair ini telah dicabar untuk menghasilkan puisi dan syair yang bertepatan dengan fitrah manusia. Malahan, Islam turut membezakan para penyair yang baik dengan para penyair yang menyesatkan manusia daripada kebenaran.

FirmanNya dalam Surah Asy-Syua'ra ayat 224-227 yang bermaksud: " Ahli-ahli penyair sentiasa menjadi ikutan orang-orang yang bodoh. Tidaklah engkau lihat bahawa mereka itu berlebihan pada tiap lembah (perkataan). Sungguh mereka mengatakan apa yang tidak mereka lakukan kecuali orang-orang (para penyair) yang beriman dan beramal soleh serta banyak mengingati Allah dan mereka beroleh kemenangan setelah teraniaya.".

Ketika penyebaran agama Islam dihalangi kaum musyrikin dan munafik, Nabi Muhammad SAW menggunakan khidmat para penyair Muslim seperti Abdullah bin Rawahah dan Hasan bin Tsabit untuk melantunkan syair-syair yang mengesakan Tuhan, mendedahkan keburukan syirik dan maksiat serta meninggikan martabat insani. Tugas para penyair ini sama pentingnya dengan tugas pahlawan-pahlawan Islam yang berjuang di medan perang.

Medan HSKU bagi sastera Islam

Kini, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) berusia 26 tahun. Melalui saluran akhbar Mingguan Malaysia serta majalah-majalah terbitan Kumpulan Utusan, para pengkarya daripada genre puisi, cerpen, novel dan rencana sastera terus mengerahkan nadi kreativiti mereka. Pengiktirafan anugerah HSKU menjadi kekuatan dan sumbu motivasi kepada para penulis menghasilkan karya-karya yang indah dan berkualiti.

Dalam tempoh yang panjang itu, HSKU telah melahirkan para penulis yang prolifik menyampaikan dakwah Islam. Walaupun di kalangan mereka telah menghuni alam abadi, tetapi roh karyanya terus hidup dan menerangi masyarakat. Nama Haji Ali Haji Ahmad (Allaryarham Pak Nora), Allahyarham Azizi Hj Abdullah dan Allahyarham Gunawan Mahmood adalah antara penerima HSKU yang giat menerapkan nilai Islam dalam karya-karya mereka.

Harus diingatkan, karya-karya yang terpilih memenangi HSKU terutama cerpen dan novel remaja adalah teks sastera yang dapat membina keperibadian generasi muda. Selain bergelut dengan persoalan peribadi, kekeluargaan dan emosi yang dianggap klise, golongan ini perlu diangkat sebagai watak utama yang mendepani cabaran global dan penyelesai masalah massa. Inilah kandungan sastera Islam yang perlu dimuatkan para penulis dan ternyata, saban HSKU, akan muncullah karya-karya unggul bercitra Islam. Novel 1515 dan 1515H (Kombat) karya Faisal Tehrani yang memenangi hadiah utama kategori novel remaja tahun 2002 dan 2003 adalah percubaan pertama penulis memaknakan jihad fisabilillah lewat karya HSKU. Sebelumnya, novel-novel HSKU yang bernuansa Islam sering menerobos ruang kasih-sayang, persaudaraan, kekeluargaan, persoalan hijrah, perjuangan bangsa, ekonomi dan pendidikan Islam. Tema begini wujud dalam Novel Panas Salju karya Talib Samat, Tanah Ini karya Gunawan Mahmood, Titian Rindu karya Abu Hassan Morad, Pia karya Hartini Hamzah dan Sekolah Hidup karya Hasidah Disan.

Kecenderungan meneroka dunia Islam global yang melangkaui batas geografi turut merancakkan karya-karya HSKU. Misalnya, Novel Natasya karya Abu Hassan Morad menjengah kehidupan Muslim di negara Bosnia Hezergovina. Penulis yang sama juga menggarapkan watak-watak Melayu yang merumpuni Kota Madinah dan Australia melalui Novel Cinta Madinah dan Julia. Latar negara timur tengah turut dimuatkan dalam Novel Sesegar Nailafor dan Rona Bosphorus karya Zaid Akhtar. Penerokaan dunia luar ini memberikan pesona pengetahuan kepada para pembaca. Ia dapat menjelaskan bahawa dunia Islam bersifat universal dan tidak dimiliki orang-orang Melayu secara eksklusif.

Dalam genre cerpen dan puisi HSKU, sastera Islam menjadi nafas yang mendominasi tubuh karya. Sejak tahun 1990-an, selaras dengan perkembangan Islam di Malaysia, para penulis mengambil saran agama sebagai solusi permasalahan semasa. Malahan, agama tidak lagi dianggap alternatif penyelesaian masalah sebaliknya sebagai satu keperluan dan asas pembinaan peribadi masyarakat dalam abad ini. Misalnya, Antologi Fort Margherita menyerlahkan nilai sastera Islam dalam setiap cerpen remaja yang memenangi HSKU 2009.

Dakwah bukan paksaan

Karya sastera Islam seharusnya melalui proses alamiah yang tidak menekan para pembacanya untuk menganut seruan pengkarya secara drastik. Menelusuri sirah Nabi Muhammad SAW, baginda telah berdakwah selama 23 tahun bermula pada umur 40 tahun. Sejak kecil dan remaja, baginda SAW telah dikenali sebagai pemuda al-amin yang jujur, berakhlak mulia, lemah-lembut dan disenangi manusia. Justeru, apabila Nabi Muhammad SAW menyebarkan dakwahnya, sebahagian masyarakat Mekah menerima kerana yakin dengan peribadi baginda SAW. Walau bagaimanapun, kaum musyrikin Mekah menolak seruan Islam akibat kesombongan diri. Ini termasuklah bapa saudara baginda yang bernama Abu Talib. Kaedah yang digunakan Nabi Muhammad SAW adalah berterusan menyampaikan dakwah secara berhikmah dan bijaksana tanpa unsur paksaan walaupun kebenarannya jelas. Peranan ini perlu dipakaikan kepada setiap pengkarya Islam. Mereka tidak boleh berasa 'tamak' dan tergesa-gesa menumpahkan ilmu kepada pembaca.

Medan HSKU melahirkan novel-novel yang baik dan berkualiti untuk santapan minda pembaca. Hasil penilaian yang ketat, hanya yang terbaik akan dijelmakan sebagai naskhah pemenang. Tentunya, karya-karya yang menerapkan nilai Islam sama ada secara langsung atau bijaksana, akan terpilih sebagai naskhah yang wajar dimiliki kita. Novel Advencer Si Peniup Ney dan Detektif Indigo karya Faisal Tehrani serta Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar antara novel remaja Islam terbaik yang melalui salur HSKU. Novel-novel ini menggalurkan dakwah dengan cara tidak langsung dan bijaksana serta signifikan dengan fenomena generasi muda.

Rencam kerosakan dan jenayah di seluruh dunia mengembalikan kita ke zaman sebelum kedatangan Islam. Kuasa Rom dan Parsi yang gagah hampir runtuh dek kebuasan hawa nafsu masyarakatnya. Di Semenanjung Tanah Arab, sikap asobiyah dan jahil menyelimuti masyarakat Arab menyebabkan mereka jauh dari ketamadunan ilmu pengetahuan. Sinar Islam telah menyembuhkan kegelapan bermula di Kota Mekah dan Madinah seterusnya bertebaran di seluruh pelosok dunia. Sebahagian peranan ini dipikul oleh karyawan, sasterawan, dan para penyair Muslim.

Barangkali HSKU seperti satu pelita di celah pelita-pelita yang lain, namun selagi ia tidak terpadam, golongan sasterawan Muslim perlu memastikan ia terus bernyala dan menerangi masyarakat. Ya, melalui tulisan yang ampuh mendakap insani mereka.

Sumber : http : //www.utusan.com.my/