Thursday, July 8, 2010

Peribahasa : Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri

Samsudin merupakan seorang pelajar yang rajin. Dia selalu membaca buku. Malah seringkali mengadakan ulang kaji dan perbincangan dengan rakan-rakan di rumah mahupun di perpustakaan. Baginya perbincangan tentang pelajaran dapat membantu dirinya berjaya dalam pelajaran. Oleh sebab usahanya yang gigih, dia telah berjaya mendapat keputusan yang sangat cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Tiga bulan selepas itu, dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran di Manchester University, England. ilia mengambil jurusan perubatan kerana baginya jurusan ini begitu mencabar sekali walaupun pembelajarannya begitu sukar. Setelah beliau lulus dengan cemerlang beliau telah diambil bekerja oleh pihak Hospital King Kolej di Manchester.

Samsudin menetap di Pangsapuri Edinburg Park bersama-sama dengan rakannya yang bernama Micheal Sogurd. Rakannya ini berbangsa Irish. Dia juga bekerja sebagai doktor di hospital yang sama. Setiap hari Samsudin akan bangun untuk pergi bekerja pada pukul 6.00 pagi sebaliknya rakannya pula pada pukul 7.30 pagi. Makanan kegemarannya ialah mi goreng tetapi rakannya pula ialah burger. Setiap kali Micheal ke dapur, dia akan memasak makanan kegemarannya. Ini menyebabkan Samsudin mulai rasa jemu. Samsudin lebih mengemari makanan masakan Melayu kerana baginya masakan Melayu lebih enak dan sedap. Ini kerana di dalam masakan Melayu terdapat cili dan rempah-ratus yang menambah selera. Tetapi masakan Inggeris sebaliknya. Mereka lebih banyak menggunakan sos cili dan sup-sup yang ringkas. Samsudin sangat merindui masakan Melayu. Setiap hari dia cuba untuk menyediakan menu masakan Melayu tetapi gagal. Hal ini kerana di Manchester tiada rempah-ratus seperti di Malaysia.

Pada bulan Januari, Samsudin bersama rakan-rakannya seperti Sogurd, Elvin, dan Hasler akan bersiar-siar di kota Manchester. Pada bulan ini juga dia tidak dapat bergerak jauh kerana musim salji. Ketika ini suhu terlalu sejuk sehingga menjangkau -5 darjah selsius. Samsudin terpaksa memakai 4 lapis pakaian sejuk. Ini bagi mengelakkan badan kita terlalu sejuk seterusnya boleh membawa kematian. Di England, ketika musim sejuk ada sahaja orang yang akan mati. Ini kerana di rumah mereka tidak mempunyai pemanas bagi memanaskan suhu badan mereka. Malah pada tahun lepas sahaja seramai 120 orang telah meninggal dunia akibat cuaca yang terlalu sejuk. Kebanyakannya adalah orang daTi Asia dan yang selebihnya penduduk England sendiri. Samsudin mulai berasa hogan. Ini kerana dia tidak dapat berjalan ke mana-mana. Waktu musim salji kebanyakan daripada penduduk di England tidak akan ke mana-mana. Bagi penduduk yang kaya mereka akan melancong ke luar negara terutama ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Thailand, dan Indonesia. Manakala bagi mereka yang miskin pula, mereka akan menghabiskan musim sejuk ini di dalam rumah bersama keluarga. Musim sejuk melanda di Bini selama tiga bulan. Oleh itu Samsudin merasai bahawa musim sejuk amat membosankan.

Ketika inilah Samsudin mulai teringat akan kampung halamannya di Masai, Johor. Di Malaysia, cuacanya sama sahaja sepanjang tahun. Tidak ada musim sejuk dan tidak ada musim panas. Tetapi di Eropah, kebanyakan negara mengalami empat musim iaitu musim dingin, luruh, bunga, dan panas. Samsudin sering menceritakan keadaan cuaca di Malaysia kepada rakan-rakannya termasuklah Sogurd. Malah rakannya itu amat tertarik untuk datang melawat ke Malaysia. Ini kerana dia tidak pernah mengalami keadaan cuaca yang panas sepanjang tahun.

Selain daripada itu budaya masyarakat Inggeris di England ini amat berbeza dengan masyarakat Malaysia. Mereka lebih suka tinggal di kawasan pedalaman. Justeru mereka akan membina rumah yang jauh daripada bandar. Bagi masyarakat Inggeris rumah yang jauh daripada bandar lebih tenang dan tidak bising. Ini kerana sikap mereka yang lebih suka bersendirian dan tidak terlalu bercampur gaul dengan jiran-jiran yang lain. Bagi Samsudin cara begini bertentangan dengan nilai ketimuran yang diamalkannya. Ini kerana sebagai manusia yang tinggal dalam satu masyarakat, kita seharusnya bertegur sapa dan tolong- menolong antara satu sama lain. Seterusnya ia akan mewujudkan masyarakat yang bertolak ansur. Oleh itu, Samsudin berpendapat cara hidup di Malaysia adalah lebih sempurna.

Walaupun Samsudin memperoleh gaji yang lumayan di Manchester tetapi hatinya tetap merindui kampung halamannya. Dia juga amat merindui ibu bapanya di kampung. Malah gurauannya bersama datuk dan nenek mengingatnya kepada peristiwa semasa kecil. Dia juga sering teringatkan kali dan sungai ketika dia masih kecil kerana di situlah dia selalu bermain.

Selepas sebelas bulan bekerja di England, Samsudin telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya. Dia ingin bekerja di Malaysia. Malah, dia ingin menaburkan khidmatnya kepada anak Malaysia. Akhirnya beberapa hari berikutnya Samsudin pulang ke kampung halamannya dan bertemu kembali dengan anggota keluarganya. Dia berazam untuk terus sahaja tinggal di kampung. Baginya tinggal di Malaysia adalah lebih baik daripada tinggal di negara orang.

No comments:

Post a Comment