Wednesday, June 19, 2013

Usaha-Usaha Menjaga Keselamatan Kawasan Kediaman Daripada Ancaman Jenayah




Sejak akhir-akhir ini, media massa sering memaparkan berita tentang pelbagai kegiatan jenayah yang berlaku di seluruh negara. Berleluasanya kegiatan ini sudah tentu akan menimbulkan kegelisahan atau kebimbangan dan secara tidak langsung mencetuskan rasa tidak tenteram dalam masyarakat. Antara kegiatan jenayah yang sering dilaporkan ialah rompakan, pecah rumah, penculikan, ragut dan bunuh. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di kawasan bandar malah melibatkan kawasan kampong.  

Menjaga keselamatan diri dan juga keselamatan kawasan kediaman merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua pihak. Sikap saling membantu, bekerjasama dan keprihatinan akan dapat mewujudkan satu komuniti yang seia sekata dan dapat hidup dalam suasana aman dan harmon. Setiap penduduk perlulah memastikan rumah mereka dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti gril, kamera litar tertutup (cctv), loceng amaran dan sebagainya. Sebelum  meninggalkan rumah, setiap penduduk perlu memastkan pintu rumah dan pintu pagar telah dikunci dengan rapi. Jika hal ini dilakukan, pastilah kediaman kita akan selamat daripada ancaman jenayah.

 Selain itu, pihak berkuasa iaitu pihak polis perlulah melakukan rondaan secara berkala disemua kawasan kediaman terutamanya di kawasan yang berisiko berlakunya kejadian jenayah. Rondaan perlu dilakukan lebih kerap pada waktu penduduk sedang bekerja dan juga pada waktu malam. Pemantauan yang berterusan ini akan menutup ruang dan peluang kepada penjenayah untuk melakukan perbuatan tidak bermoral mereka. Sikap sudah terhantuk baru terngadah amatlah dikesali. Janganlah bila sudah berlaku kejadian jenayah, barulah kita mahu bertindak.

 Di samping itu, penduduk perlu menggerakkan pasukan rukun tetangga bagi mengawasi kawasan kediaman mereka. Permuafakatan yang jitu dalam kalangan penduduk sudah pasti dapat mengelakkan kawasan kediaman mereka daripada ancaman jenayah. Penduduk perlu menyediakan jadual waktu bertugas untuk melakukan rondaan bagi mengawasi seluruh kawasan kediaman mereka. Sikap saling membantu bagai aur dengan tebing akan mendatangkan kesan positif kepada semua masyarakat. Jika hal ini dapat dilakukan dengan sempurna, sudah pasti ancaman jenayah dapat dibanteras.

Peranan jiran tetangga juga penting dalam usaha untuk menjadikan kawasan kediaman bebas daripada ancaman jenayah. Sikap jujur, amanah dan bertanggungjawab harus ada dalam jiwa semua jiran. Jika kita hendak pergi bercuti, kita boleh meninggalkan kunci rumah kepada jiran tetangga untuk mereka membantu mengawasi dan menjaga rumah kita. Jika ini dapat direalisasikan, sudah pasti rumah kita akan selamat.

             Daripada huraian di atas, sudah terang lagi bersuluh, semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan kawasan kediaman selamat. Sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis dalam jiwa masyarakat. Menjaga keselamatan kediaman kita perlu diberi keutamaan. Keselamatan kawasan kediaman akan memastikan kehidupan kita sekeluarga juga akan selama

18 comments:

  1. Terima kasih untuk bahan ini :)

    ReplyDelete
  2. sangat membantu....

    ReplyDelete
  3. gud thx keep it up..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Selama ke selamat? perenggan last.

    ReplyDelete
  6. terima kasih info yang membantu

    ReplyDelete
  7. wadduh thanks banyak ya aku lagi buntu mencarinyaa. thanks ya gais bantuin guwe

    ReplyDelete
  8. thanks it is very helpful

    ReplyDelete
  9. hurm bolehlah....:D

    ReplyDelete
  10. I like it as it is helping so much

    ReplyDelete
  11. Karangan yang mantap Dan memberi ikhtibar kepada semua penduduk...
    Do it more! You can help there to take a note from a robber :D

    ReplyDelete
  12. Karangan yang superb. Thank you so much.

    ReplyDelete