Saturday, January 26, 2013

Novel papa ; Watak dan Perwatakan




WATAK DAN PERWATAKAN


   

A)    INTAN JULIA

Dia merupakan anak kepada Jeffri dan Intan Maliana. Kawan kepada Rasylan. Belajar di Sekolah Seri Gading dan kemudiannya melanjutkanpelajaran di UIA. Dia dilahirkan tidak cukup bulan dan saiznya hanya sebesar anak kucing. Dari segi perwatakan, Intan Julia digambarkan sebagai seorang yang tekun dan rajin belajarsehingga  menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Rasylan pernah memujinya dengan mengatakan Intan Julia seorang yang pintar dalam pelajaran. Dia rajin mengulangkaji di rumah sehingga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dengan keputusan itu dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Malah semasa belajar di UIA, Intan Julia belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dia juga berbincang tentang pelajaran bersama Rasylan. Dia yakin berjaya setiap kali peperiksaan semester yang dilaluinya.

Intan Julia juga digambarkan oleh pengarang sebagai seorang yangpenyayang kepada ibu dan bapanya. Dia amat sayang dan tertekan setelah ibunya Intan Maliana koma selepas bersalin. Intan Julia merasakan mereka tidak dapat ditukar ganti. Disebabkan perasaan sayang yang mendapam kepada ibunya dia menghalang bapanya berkahwin lagi semasa ibunya koma. Malah Intan Julia pernah menuduh bapanya curang kepada ibunya sehingga dia ditempeleng oleh bapanya. Tuduhan itu dilemparkan apabila mendapati bapanya ingin berkahwin lagi. Dia juga sayang kepada bapanya kerana bapanya seorang yang bertanggungjawab terhadap ibunya Intan Maliana dan dirinya sendiri. Dia tidak mahu kehilangan bapanya. Oleh sebab itu juga dia kemudiannya memberikan keizinan untuk bapanya berkahwin lagi.                              

Pengarang novel ini juga menggambarkan Intan Julia sebagai seorang yang berfikiran positif. Hal ini dapat diperhatikan melalui tindakannya berkawan dengan Rasylan. Bapanya melarang dia berhubung dengan Rasylan dengan alasan bahawa Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Namun Intan Julia tetap dengan pendapatnya bahawa apa yang terjadi kepada Rasylan adalah bukan kehendak Rasylan sendiri. Intan Julia tidak peduli walaupun dimarahi oleh bapanya apabila masih keluar dengan Rasylan. Intan Julia juga berfikiran positif terhadap En. Muaz al-Khalibi. Dia menasihati Rasylan agar memberikan peluang kepada En. Muaz al-Khalibi untuk menebus kesalahannya yang lalu.

Selan daripada perwatakan di atas, pembaca juga mendapat gambaran bahawa Intan Julia merupakan seorang yang keras hati. Dalam hal ini, dia tidak membenarkan bapanya berkahwin lain. Walaupun telah dinasihati oleh Rasylan agar membenarkan bapanya berkahwin, Intan Julia tetap dengan pendiriannya. Demikian juga setelah bapanya berkahwin dengan Aisyah. Intan Julia tetap tidak mudah untuk menerima dan mempercayai Asiyah sebagaimana yang telah dipesan oleh ibunya Intan Maliana. Intan Julia juga telah berselisih fahan dengan Rasylan. Semasa Rasylan menghubunginya ketika dia berada di rumah, dia tidak mahu menjawab penggilan itu kerana masih marah dan kecewa dengan Rasylan. Namun atas desakan bapanya, dia bercakap dengan Rasylan.


B)     JEFFRI

Jeffri merupakan ayah kepada Intan Julia. Suami kepada Intan Maliana. Majikan dan sepupu kepada Mak Cik Noraini yang merupakan pembantu rumahnya. Dia merupakan seorang pensyarah di Kolej Iktisas. Sebelum menjadi pensyarah, dia juga seorang guru yang mengajar di Sekolah Seri Gading. Dari segi perwatakan, Jeffri merupakan seorang yang penyayang kepada isteri dan anaknya. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Dia sentiasa berkepit dengan Intan Maliana sehingga menyebabkan Intan Julia rasa meluat dan cemburu. Oleh kerana sayang kepada isterinya juga membuatkan dia tidak sanggup untuk berkahwin lagi apabila disarankan oleh Mak Cik Noraini. Walaupun isterinya koma, tetapi dia mengatakan isterinya masih hidup dan tidak sanggup menduakan isterinya.  Dia menunggu isterinya sedang selama beberapa tahun sehinggalah dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Aisyah. Jeffri amat marah kepada anaknya Intan Julia apabila Intan Julia menuduhnya curang kepada isterinya apabila dia berkeinginan untuk berkahwin lagi.

Selain daripada itu, Jeffri juga digambarkan sebagai seorang yangbertanggungjawab terhadap keluarga. Jeffri memberikan sepenuh kasih sayang kepada isterinya Intan Maliana menjadikan hubungan dan rumahtangga mereka bahagia. Dia telah memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA.

Pembaca juga mendapat gambaran bahawa Jeffri merupakan seorang suami yang setia kepada isterinya. Jeffri sentiasa bersama dengan Intan Maliana dalam setiap keadaan sehingga menimbulkan rasa cemburu dan meluat pada diri anaknya Intan Julia. Intan Julia pernah mencabarnya supaya memikat Aisyah. Namun dia tidak mahu hubungannya dengan Intan Maliana terganggu dan menyebabkan Intan Maliana kecewa. Jeffri juga tidak menerima cadangan Mak Cik Noraini supaya dia berklahwin lagi mengenangkan isterinya Intan Maliana koma dan tidak tahu bila dia akan sedar. Malah Ferri telah menunggu Intan Maliana yang sedang koma selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Dalam hubungannya dengan Rasylan, Jeffri digambarkanmempunyai fikiran yang negatif dan memandang terhadap anak luar nikah. Dia telah mengetahui latar belakang Rasylan yang merupakananak luar nikah. Rasylan telah dijaga di rumah kemajikan masyarakat. Jeffri berpendapat bahawa anaknya Intan Julia tidak layak untuk berkawan dengan Rasylan memandangkan Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Semasa Rasylan datang ke rumahnya,  Jeffri telah bertanya Rasylan dengan nada sinis. Kata-kata Jeffri telah membuatkan Rasylan terasa hati. Jeffri mengungkitkan kisah lama Rasylan yang dijaga di rumah kebajikan masyarakat. Raslan mengatakan kepada Intan Julia kemudiannya bahawa Jeffri sombong.




C)    RASYLAN

Rasylan merupakan anak luar nikah hasil hubungan antara En. Muaz al-Khalibi dengan soerang wanita warga Indonesia. Ibunya telah meninggalkan dia di tepi longkang dengan niat supaya dia mati. Dia dijaga di rumah kebajikan masyarakat sebelum diambil oleh Datuk Muhaimin untuk dijadikan anak angkat. Merupakan kasan kepada Intan Julia setelah dia berpindah ke Sekolah Seri Gading. Dia juga mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan melanjutkan pelajaran di pusat Matrikulasi UIA.

Dari segi perwatakan, Rasylan digambarkan sebagai seorang yangberdikari kerana dia sedar tentang keadaan dirinya. Semasa di Sekolah Seri Gading, Rasylan. Dia meluahkan rasa cemburu terhadap Intan Julia yang dihantar oleh bapa ke sekolah sedangkan dia terpaksa berulang alik sendirian. Semasa mendaftar di pusat Matrikulasi UIA juga Rasylan telah melakukan sagala urusan pendaftaran dirinya seorang diri. Bapa angkatnya tidak dapat datang untuk menemani kerana menguruskan hal anaknya yang lain.

Dalam hubungannya dengan En. Muaz al-Khalibi, Rasylan digambarkan sebagai seorang yang berpendirian tegas. Dia mengikut permintaan En. Muaz supaya melakukan ujian DNA. Namun walaupun keputusannya menyatakan dia sememangnya anak En. Muaz,dia tidak mahu menerima En. Muaz sebagai ayahnya. Walaupun Intan Julia telah menasihatinya agar memberikan peluang kepada En. Muaz untuk menebus kesalahannya yang lalu, Rasylan tetap dengan keputusannya. Malah Rasylan tidak berganjak dengan keputusannya walaupun dia diberi tawaran yang banyak oleh En. Muaz.

Rasylan juga seorang yang setia dalam perhubungan. Dia berhubung rapat dengan Intan Julia sejak di Sekolah Seri Gading. Demi perhubungannya dengan Intan Julia, Rasylan sanggup datang dan berjumpa dengan bapa Intan Julia apabila dicabar oleh bapa Intan Julia iaitu Jeffri. Walaupun bapa Intan Julia tidak menyukai dirinya, hubungan itu tetap diteruskannya setelah dia berada di UIA. Dia selalu bersama Intan Julia untuk merbincang dan mengulangkaji pelajaran. Dia juga selalu menemani Intan Julia keluar seeprti ke kedai buku atau ketika makan dan minum. Rasylan tetap setia kepada Intan Julia walaupun ada pelajar perempuan lain yang cuba mendakatinya.

1 comment: