Sunday, November 13, 2011

Komsas - Novel



Beberapa Aspek Kajian Dalam Novel Papa dan Interlok :
Berikan contoh bagi setiap aspek yang dinyatakan di bawah.

a. Peristiwa yang menggambarkan nilai murni dalam novel.
* Nilai bertanggungjawab
* Nilai kasih sayang
* Taat setia
* Keprihatinan
* Kerajinan
* Ketabahan
* Berdikari

b. Latar masyarakat dalam novel.
Novel Papa :
* Masyarakat yang berpendidikan.
* Masyarakat penyayang.
* Masyarakat yang prihatin.
* Masyarakat yang terjebak dalam aktiviti tidak sihat.
* Masyarakat yang bertanggungjawab.

Novel Interlok.
* Masyarakat yang rajin.
* Masyarakat yang tidak berpendidikan.
* Masyarakat yang suka membuat fitnah.
* Masyarakat yang masih mempercayai kepercayaan kepada bomoh.
* Masyarakat yang berdikari.
* Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
* Masyarakat yang sanggup berhijrah.
* Masayarakat yang bersatu padu.
* Masyarakat yang masih mempercayai kepada bomoh.
* Masyarakat yang mengamalkan ajaran Islam.
* Masyarakat yang bekerjasama

c. Persoalan dalam novel.
Novel Interlok:
* Sikap manusia yang sanggup menindas orang lain.
* Kesediaan berhijrah untuk mencari rezeki.
* Tolong menolong tanpa mengira kaum.
* Perjuangan untuk membebaskan negara daripada penjajah.

Novel Papa :
* Pengorbaban seorang isteri kepada suami.
* Kesediaan anak tidak sah taraf meneruskan kehidupan.
* Masalah dalam hidup berpoligami.
* Kegigihan dalam menuntut ilmu.
* Pengorbanan suami yang tiada batasannya.

d. Nyatakan Teknik Plot :
* Pemerian.
* Dialog
* Monolog
* Imbas Kembali
* Imbas Muka
* Saspens.
* Kejutan

e. Nyatak 2 perwatakan watak utama yang boleh dijadikan teladan dalam 2 novel yang dikaji.

Novel Papa:
Watak Utama ialah Intan Julia - seorang pelajar perempuan yang gigih menuntut ilmu. Beliau sangat menyayangi kedua ibu bapanya. Tidak mementingkan status dalam persahabatan - Hidup berdikari.

Teladan : Sebagai seorang pelajar kita patut menjadikan Ju sebagai suri teladan untuk menuntut ilmu sehingga berjaya ke menara gading.

Novel Interlok:
Watak Utama dalam bab 1 ialah Seman. Beliau merupakan anak yang sangat menyayangi kedua Ibu dan bapanya. Beliau tidak mempunyai pelajaran dan tidak tahu membaca dan menulis. Beliau seorang yang rajin bekerja untuk membantu keluarganya.

Teladan : Kita wajib mematuhi perintah ibu bapa seupaya kehidupan kita lebih diberkati oleh Allah. Kita juga wajib menghargai jasa ibu bapa kita.

1 comment:

  1. Assalamualaikum.
    Cikgu. Saya Hanya Menggenali Cikgu Melalui Blog Ini Dan Saya Mendapati Bahawa Blog Ini Memberi Pelbagai Tips Bagi Meringgankan Beban Saya Untuk Mengulang Kaji. Saya Hanya Mampu Membalas Kebaikkan Cikgu Dengan Menghadiahkan Sekalung Doa Sahaja. Terima Kasih Cikgu.

    ReplyDelete