Monday, July 1, 2013

Analisis KOMSAS



SENARAI SEMAK KARYA PEMAHAMAN PROSA –  Soalan 2(b & c)
 

Genre
Antologi
Judul Karya
SPM
Soalan KOMSAS yang diuji
Cerpen
Harga Remaja
Ibu dan Ceper
 
 
Memori Seorang Tua
 
 
Israk
 
 
Pemain Catur
 
 
Mellisa
 
 
Biarkan Samudera
 
 
Dirgahayu Bahasaku
Pahlawan Buntung
 
 
Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong
SPMU 2012
Nilai murni
Idola
 
 
Penanggungan
 
 
Hutan Rimba
SPM N 2012
Nilai Kemanusiaan
Tambar Amanat
 
 
Drama
Harga Remaja
Gelanggang Tuk Wali
 
 
Forum Remaja 2020
 
 
Cempaka Berdarah
SPMN 2011
Nilai murni
Dirgahayu Bahasaku
Tiang Cengal Dinding Sayung
 
 
1400
 
 
Dato’ Onn
SPMU 2013
Latar Masyarakat
Prosa Tradisional
Harga Remaja
Pelayaran Yang Penuh Peristiwa
 
 
Merah Silu
SPMN 2012
Reaksi Rj Ahmad
Hikayat Indera Nata
 
 
Hikayat Khoja Maimun
SPMU 2013
Kelebihan Bayan
Dirgahayu Bahasaku
Hikayat Langlang Buana
 
 
Hikayat Siak
SPMU 2012
Menguji Pusaka Meningkabau
Dua Geliga Hikmat
SPMN 2011
Keistimewaan Gembala Hikmat
Hikayat Opu Daeng Menambun
 
 

Jadual A

SENARAI SEMAK KARYA PEMAHAMAN PUISI – Soalan 2 (d)

Genre
Antologi
Judul Karya
SPM
Soalan KOMSAS yang diuji
Puisi Tradisional
Harga Remaja
Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran)
 
 
Syair Definisi Orang Berakal
SPMU 2013
Pengajaran
Syair Siti Sianah
 
 
Gurindam 12 Fasal Yang Keenam
 
 
Seloka Emak Si Randang
 
 
Dirgahayu Bahasaku
Pantun Enam Kerat
SPMN 2011
Pengajaran
Pantun Lapan Kerat
 
 
Syair Makna Riak
 
 
Syair Pemberontakan Patani
 
 
Gurindam Tonggak Dua Belas
 
 
Seloka Si Luncai
 
 
Puisi Moden
Harga Remaja
Harga Remaja
 
 
Di Perpustakaan
 
 
Mengintai Ruang Insaf
 
 
Mahsuri
 
 
Adat Sezaman
SPMU 2012
Persoalan
Tiba Waktunya
 
 
Dirgahayu Bahasaku
Dirgahayu Bahasaku
 
 
Kecek – (V)
 
 
Bangkitlah
SPMN 2012
Pengajaran
Pasar Perasaan
 
 
Di Bawah Langit Yang Sama
 
 
Arkitek Kota
 
 

Jadual B

Sumbangan Ibu Bapa untuk Kemajuan Sekolah




Anjakan kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menetapkan bahawa penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam pendidikan perlu diperluas untuk menjayakan pembangunan pendidikan di Malaysia. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa peranan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam pendidikan adalah amat besar. Hal ini kerana pendidikan atau lebih khusus lagi pembelajaran tidak berlaku dalam lingkungan sekolah sahaja apatah lagi di dalam sekolah dan bilik darjah.
 
Pendidikan dan pembelajaran dalam abad ke-21 ini berlaku di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, dengan apa cara sekalipun melalui apa-apa sahaja perantaraan atau media dan alat bantu yang berbagai-bagai. Justeru, sistem sekolah yang selalunya dikaitkan dengan kepimpinan dan pengurusan sekolah, kurikulum, pedagogi, jadual waktu dan pentaksiran yang formal dan one-off sifatnya telah berubah kepada sistem pembelajaran (learning system) yang lebih luas cakupan maknanya.

Sistem pembelajaran dalam pendidikan abad ke-21 menuntut penglibatan pelbagai pihak di luar lingkungan sekolah tanpa mengetepikan atau mengurangkan peranan sekolah dan guru. Penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta menjadi pelengkap, penguat dan pencepat (accelerator) kepada kemajuan pendidikan sesebuah negara.

Kajian menunjukkan ibu bapa yang mengambil berat tentang pembelajaran anak di sekolah dan di rumah adalah ibu bapa kepada anak-anak yang berjaya dalam pendidikan berbanding ibu bapa yang mengambil berat akan pembelajaran anak di rumah sahaja apatah lagi yang tidak mengambil berat langsung pembelajaran anak di rumah atau di sekolah. Kajian ini mendapati ibu bapa yang sering kali datang ke sekolah untuk tujuan yang berkaitan dengan kemajuan pelajaran anak adalah ibu bapa yang anaknya berjaya.

Hal ini demikian kerana kejayaan anak-anak dalam pembelajaran memadai dengan motivasi. Jika hanya dengan motivasi, terutama intrinsiks (dalaman), pun anak-anak boleh berjaya apatah lagi jika ditambah dengan sokongan moral, spiritual, fizikal dan kewangan orang lain terutama ibu bapa.

 

Terdapat banyak perbezaan antara pembelajaran di sekolah dan di rumah. Antaranya, di sekolah pembelajaran terkongkong oleh jadual waktu, subjek dipelajari, masa, perkara yang hendak dipelajari dan media pembelajaran. Di rumah pembelajaran boleh berlaku hampir tiada batasan atau kongkongan seperti dinyatakan. Namun hal tersebut bergantung kepada apa dan bagaimana sumbangan ibu bapa yang boleh menjamin atau menyokong perkara tersebut berlaku.



Tidak dinafikan bahawa selama ini telah banyak sumbangan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta terhadap keberkesanan sekolah. Melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) banyak sumbangan telah diberikan. Namun, banyak lagi yang boleh diteroka tanpa banyak mengubah peruntukan dalam perlembagaan PIBG dan Akta Pendidikan 1996. Sedikit sahaja penyesuaian struktur PIBG perlu dibuat iaitu penubuhan Biro ICT untuk pengutipan data tentang penglibatan ibu bapa kepada keberkesanan sekolah dan Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) atau Parent Support Group dalam PIBG.



Di kebanyakan negara maju KSIB menjadi wadah yang sangat berkesan membantu sekolah berubah kepada sekolah pada masa hadapan (the school of future) yang telah wujud pada hari ini. Antara ciri-ciri sekolah sedemikian ialah tumpuan atau pusat perhatian semua aktiviti adalah pembelajaran murid manakala tumpuan kepimpinan sekolah adalah kepimpinan instruksional. Sekolah ini memanfaatkan sepenuhnya ICT dalam pembelajaran dan pengurusan sekolah. Sekolah pada masa hadapan atau sekolah abad ke-21 juga memberi penekanan kepada kemenjadian atau outcome murid.


Oleh sebab itulah PPPM 2013-2025 direka bentuk sedemikian rupa untuk memastikan aspirasi murid dan aspirasi sistem tercapai melalui sebelas anjakan yang mana satu daripadanya iaitu yang kesembilan adalah mengenai penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam pembelajaran anak-anak. Dalam tulisan ini saya hanya menyentuh tentang penglibatan ibu bapa. Penglibatan komuniti dan sektor swasta yang tidak kurang penting dan banyaknya akan disentuh dalam tulisan yang lain.
Sumber : http : //drjamiladimin.wordpress.com