|
ANALISIS SOALAN KARANGAN BAHAN
RANGSANGAN 2005-2012(NOV)
|
|
|
TAHUN
|
TEMA
|
|
2005(N)
|
Gejala vandalisme
|
|
2006(J)
|
Sijil Pelajaran Malaysia
|
|
2006(N)
|
Semangat patriotik, PLKN dan tokoh yang
berjasa
|
|
2007(J)
|
Aktiviti masa lapang
|
|
2007(N)
|
Tanggungjawab menjaga kebersihan
|
|
2008(J)
|
Kegiatan dalam bidang pertanian
|
|
2008(N)
|
Punca-punca pencemaran sungai
|
|
2009(J)
|
Bantuan kepada mangsa banjir
|
|
2009(N)
|
Aktiviti badan beruniform serta faedah-faedahnya
|
|
2010(J)
|
Punca pencemaran udara
|
|
2010(N)
|
Grafik penjagaan kesihatan - Cara-cara
menjalani kehidupan yang sihat
|
|
2011(J)
|
Kepentingan pengangkutan awam
|
|
2011(N)
|
Faedah belajar secara berkumpulan
|
|
2012(J)
|
Faedah menggunakan perpustakaan
|
|
2012(N)
|
Aktiviti sambutan Hari Kebangsaan di
sekolah
|
Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Monday, April 29, 2013
Analisis Soalan Karangan (1103 /1) - Bahagian A
Membina Ayat daripada Kata yang Berbeza Maknanya tetapi Hampir Sama Bunyinya
Dipetik dari blog - Perkongsian Ilmu
Morfologi ( Membina Ayat )
Kata berbeza makna tetapi hampir sama bunyinya.
1. hemat - Pada hemat saya, mesyuarat hari ini
amat perlu ditangguhkan dahulu.
....hemah - pelajar itu memiliki hemah yang terpuji.
2. kerangka - Kerangka bangunan itu hampir siap dibina dengan menggunakan kayu.
....rangka - Mereka menemui rangka manusia di tepi sungai itu.
3. perap - "Jangan perap daging ayam itu terlalu lama", kata ibu kepadaku.
....perah - "Tolong perah kain basah itu sebelum dijemur", kata emak kepada kakak.
4. melarik - Saya melarik buluh itu dengan pisau supaya licin dan kemas.
....melirik - Gadis itu melirik sambil tersenyum kepada Encik Santosh.
5. mentaksir - Pegawai itu mentaksir pendapatannya pada setiap tahun.
....mentafsir - Saya cuba mentafsir kata-kata yang diucapkan kepada saya tadi.
6. menjurus - Soalan itu menjurus pada soalan bentuk pilihan.
....menjirus - Hayati menjirus badannya dengan air untuk menghilangkan panas.
7. mengubah - Lin Cheng Heng mengubah meja itu ke belakang kelas.
....menggubah - Ajila Ajijul menggubah lagu untuk ibunya yang tersayang.
8. menghembuskan - Yow Weng Fei menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam.
....menghemburkan - Pemuda itu menghemburkan kata-kata kesat kepada pemandu bas.
9. menatap - Hamreesh menatap muka gurunya yang bengis itu.
....meratap - Jibon meratap dengan sedih apabila bapanya meninggal dunia.
10. meraung - Hak Le meraung kesakitan apabila kakinya tersepak batu.
......melaung - Mathew melaung dengan kuat sambil memanggil nama Jibon.
11. menyumpah - Peter menyumpah pelajar yang suka berludah di atas lantai itu.
......menyampah - Cikgu menyampah melihat pelajar yang suka berbual di dalam kelas.
12. rencam - Dia melakukan tugas-tugas rencam di pejabat pada setiap hari.
......rencah - Suka duka merupakan rencah kehidupan manusia di muka bumi ini.
13. diharap - Santoshlah yang diharap mewakili sekolah dalam acara badminton.
......digarap - Puisi itu digarap dengan penuh teliti dan kreatif.
14. laksana - Mukanya berseri-seri laksana bunga mawar yang sedang berkembang.
......laksamana - Hang Tuah menjadi laksamana semasa pemerintahan Sultan Muzaffar.
15. sering - Peter sering ponteng sekolah kerana berkunjung ke kafe siber.
......seiring - Tong Mang Kok berlari seiring dengan pelumba dari Johor itu.
16. menghidap - Yow Weng Fei menghidap selesema H1N1 sejak minggu lepas.
......menghadap - Dia menghadap ke tingkap sambil memerhatikan burung berkicau.
17. secocok - Pasangan pengantin baru itu sungguh secocok.
......secucuk - Santosh makan secucuk sate yang dibelinya di kedai Pak Mat.
18. sasaran - Tendangan penalti pemain Mancister itu menepati sasaran.
......sesaran - Proses mampatan akan menghasilkan sesaran pada lapisan bumi.
19. tergolong - Malaysia tergolong dalam kumpulan negara sedang membangun.
......tergulung - Semasa saya tiba, tikar getah itu masih tergulung dengan rapi.
20. sepadan - Pasangan kekasih di atas kerusi itu amat sepadan.
......sempadan - Sungai Muar menjadi sempadan di antara Johor dengan Melaka.
21. persatuan - "Kamu mesti menghadiri aktiviti persatuan pada petang ini", katanya.
......penyatuan - Penyatuan masyarakat hanya akan terbentuk jika ada sikap menghormati.
22. menembuk - Cik Mat menembuk kertas itu dengan menggunakan jarum.
......menembok - Pihak sekolah akan menembok kawasan tepi sekolah dengan tembok batu.
23. sembang - "Buat kerja kamu dan jangan sembang sahaja", kata Encik Kulasingam.
......sumbang - "Suara nyanyian kamu tadi amat sumbang sekali", kata pengadil itu.
24. menyeluruh - Kemajuan di kampung ini akan dilaksanakan secara menyeluruh.
......menyeloroh - Sikapnya yang suka menyeloroh membuat kami tidak kering gusi.
25. belot - "Kami telah menangkap mereka yang belot itu", kata ketua tentera itu.
......belut - Pak Kasim berjaya menangkap tiga ekor belut di tepi sungai tersebut.
26. mengindahkan - Pihak kerajaan telah mengindahkan kawasan bandar bagi menarik
pelancong.
......mengendahkan - Yow Meng Thoi tidak mengendahkan nasihat yang diberi oleh ibunya.
27. menyerap - Tumbuh-tumbuhan hijau akan menyerap gas Karbon Dioksida.
......mencerap - Pengetua sedang mencerap pelajar di kelas 5 Sains 2.
28. mengabaikan - Kita tidak boleh mengabaikan pelajaran kita.
......mengaibkan - Perbuatan buruknya itu telah mengaibkan keluarganya sendiri.
29. tapak - Tapak bangunan lama itu akan dimajukan sebagai pusat pelancongan.
......tepak - Encik Gundu memberi tiga biji tepak berisi sireh kepada tetamunya.
30. menyuraikan - Encik Chew telah menyuraikan pelajar yang berkumpul di kantin.
......menyuarakan - Dia menyuarakan kekesalannya kerana tidak dapat hadir semalam.
31. bertitah - Sultan Maarof sedang bertitah di atas singgahsana.
......bertatah - Rantai leher yang dipakainya bertatah berlian dan permata.
32. gumpal - Kami menemui tiga gumpal wang kertas lama di dalam gua itu.
......gempal - Badannya kelihatan agak gempal dan kulitnya keputih-putihan.
33. mencolek - Adik mencolek sedikit kek itu dengan jarinya.
......menculik - Penjahat itu menculik anak Encik Tong untuk mendapatkan tebusan.
34. memerah - Hamreesh sedang memerah susu kambing di belakang rumahnya.
......memeras - "Jangan cuba untuk memeras pelajar yang lemah", kata Encik Chew.
35. melencong - Pagi itu dia tidak ke sekolah tetapi melencong ke tempat lain.
......melancong - Pada cuti penggal pertama dia melancong ke Bangkok.
36. bertelur - Penyu itu sedang bertelur di tepi pantai.
......bertelor - Pemuda itu bertutur dengan bertelor Kelantan.
37. berkenan - Ibu amat berkenan dengan baju yang bercorak batik itu.
......berkenaan - Ceramah itu adalah berkenaan dengan penyalahgunaan dadah.
38. menempa - Ahli sukan itu telah menempa nama dalam bidang karate.
......menempah - Puan Chong menempah makanan daripada pekerja di kantin itu.
39. menyurut - Air banjir di kampung itu semakin menyurut sejak semalam.
......menyorot - Pada waktu lapang, dia suka menyorot sajak-sajak di buku lama itu.
40. melagakan - Dialah yang telah melagakan Ah Chong dengan Ayapan sehingga bergaduh.
......melegakan - Air kelapa itu dapat melegakan tekak yang kering.
41. melayukan - Cuaca panas itu melayukan sayur-sayuran yang ditanamnya.
......melayurkan - Ibu melayurkan ulam-ulaman itu ke dalam air yang sedang mendidih.
42. mengibas - Chong Jun Nam mengibas habuk di badannya dengan menggunakan tuala.
......mengimbas - Hilmi mengimbas kembali kenangan manisnya ketika bersama Hayati.
43. pedalaman - Kawasan pedalaman di Sabah akan dilengkapi dengan jalan raya.
......pendalaman - Kerja pendalaman sungai itu menelan belanja yang amat tinggi.
44. merimaskan - Cuaca yang panas ini amat merimaskan para pelajar.
......meramaskan - beliau meramaskan limau itu kedalam air lalu digunakan sebagai air mandian.
45. benteng - Pasukan Chalsi membina benteng untuk menyekat kemaraan penyerang pasukan Mancister.
......beting - Beting di tepi pantai itu terhakis apabila dilanda ombak besar.
46. menuntun - Ibu menuntun tangan adik ketika melintas jalan.
......menonton - Setiap malam, dia akan menonton rancangan berita di televisyen.
47. pujuk - Budak yang sedang menangis itu telah kami pujuk.
......pojok - Di pojok bilik itu terdapat sebuah kerusi dan sebuah meja lama.
48. beradat - Hidup kita mestilah beradat agar dihormati oleh orang lain.
......beradab - Hong Wei seorang pelajar yang tidak beradab dan sombong.
49. hempas - Gelas itu saya hempas ke lantai sehingga pecah.
......hampas - Semua hampas kelapa itu boleh dijadikan makanan ternakan.
50. lengan - Lengan Foo Siow Wooi luka kerana terkena kaca.
......lengang - Pada Hari raya, jalan raya di bandar raya itu amat lengang.
51. tabik - Tentera itu memberi tabik ketika diperiksa oleh ketuanya.
......tabib - Dia bertemu tabib untuk mengubati penyakitnya.
52. resmi - Sudah menjadi resmi manusia, suka berbelanja apabila banyak duit.
......rasmi - Majlis hari ini ialah majlis yang rasmi dan kita mesti berpakaian kemas.
53. padan - Baju yang dipakainya itu amat padan dengan bentuk tubuhnya.
......pandan - Mereka menggunakan pandan supaya makanan itu bertambah harum.

Friday, April 26, 2013
Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik
|
Pengumuman
:
1.
Program Hari Anugerah kecemerlangan akan
berlangsung sehingga pukul 11.00 pagi
2.
Pelajar diminta memberi kerjasama
sepenuhnya sepanjang program berlangsung.
Para pengawas dan semua guru diminta memberi
kerjasama dengan mengawasi para pelajar.
3.
Pelajar diminta tidak membuat bising,
berbual-bual dan menunjukkan reaksi tidak berminat ketika berada dalam majlis.
4.
Majlis akan melibatkan tetamu luar,
jaga nama baik sekolah.
5.
Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan
majlis. Pergerakan keluar daripada majlis mestilah dengan kebenaran guru.
6.
Pelajar diminta duduk dalam keadaan
paling selesa, teratur dan tersusun.
7.
Pelajar tidak dibenarkan untuk
bersorak ketika majlis berlangsung. Berikan tepukan kepada kawan yang Berjaya
memperoleh kecemerlangan
8.
Tindakan tegas akan diambil ke atas
pelajar yang menganggu perjalanan majlis atau melakukan perkara yang tidak
dibenarkan.
9. Pelajar
diminta menyanyikan lagu negaraku dengan penuh semangat
Mengumumkan ketibaan Yang
Berusaha Tn Haji Zulkapli bin Mat Taib, YDP PIBG, diiringi oleh PK
Pentadiran, Barisan Pentadbir dan tetamu-tetamu jemputan.
Semua hadirin diminta
berdiri.
Memulakan atur langkah
majlis, marilah sama-sama kita mengumandang suara untuk menyanyikan lagu
Negaraku bersama iringan muzik. Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia.
( lagu dimainkan PA System )
Majlis merakamkan ucapan
terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu sigadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis
merai..
Buku Pelawat serahan hati
Tanda ingatan kekal abadi
Biar padu seteguh jati
Budaya kita junjungan budi
KATA ALU-ALUAN
Yang
Berusaha,
Pn Ramlah bt Hj Hashim,
PK
Pentadbiran yang memangku tugas
Pengetua SMK Sijangkang Jaya
Yang Berusaha
Tuan Haji
Zulkefli bin Mat Taib,
Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya
Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong
Kanan,
En. Kowangid bt Taufik - PK Hal Ehwal Murid.
Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum
Pn Sharipah bt Shaari - PK Pendidikan Khas
Yang Dikasihi, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
Guru-Guru Cemerlang, Rakan-
rakan guru,
Para Ibu Bapa , Para Penerima Hadiah Kecemerlangan serta
pelajar-
pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt , salam sejahtera,
Salam Keilmuan dan salam 1 Malaysia.
Warga cemerlang tersenyum manis
Hadir bersama ibu bapa wibawa
Sambutan anugerah penyeri majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa
Selamat datang ke Majlis Anugerah
Kecemerlangan Akademik SMK Sijangkang Jaya 2013. Marilah kita bersama-sama seiring
dan sederap melangkah dalam menjayakan majlis sambutan hari Anugerah ini.
Setiggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurnia dan izinNya dapat kita berhimpun di sini dengan penuh kedamaian dan
keamanan bagi memberi pengiktirafan kepadapelajar-pelajar, bekas-bekas pelajar
dan individu-individu yang menunjukkan kecemerlangan di bidang
pendidikan.Sesungguhnya kecemerlangan para pelajar hari ini membuktikan
kejelikitan dan pengorbanan yang terjalin antara semua pihak serta kesungguhan
dan iltizam tinggi seluruh warga pendidik dan pentadbiran SMK Sijangkang
Jaya untuk membangunkan kegemilangan pendidikan di sekolah ini.
|
|
2. DOA
Anugerah di kecap si anak watan
Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera
Untuk memberkati majlis, dengan
sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz Zahari bin Mamat untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan
DOA
Terima kasih kepada Ustaz
Zahari bin Mamat atas bacaan doa sebentar tadi.
|
|
3. BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAAN.
Sebagai santapan jiwa dan
makanan rohani kita, saya dengan penuh takzimnya menjemput saudara Muhammad
Akmal bin Zulkifli (2 KRK) untuk
memperdengarkan alunan bacaan ayat-ayat suci al – quraan, ManakalaTafsir al
quraan akan diperdengar oleh saudara Hatim al-Ashan binShamsul Kamar (2
Bestari)
Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
BACAAN AYAT-AYAT SUCI
AL-QURAAN
Majlis merakamkan ucapan terima
kasih atas alunan bacaan ayat-ayat suci itu tadi
|
|
3. UCAPAN PENGETUA
Pepatah-petitih Adat Melayu
Warisan amalan sejak dahulu
Pohon keizinan barang sewaktu
Ucapan PK 1 amat dialu
Sebagai pembuka acara,
majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Ramlah b Hj
Hashim, PK Kanan Pentadbiran yang memangku tugas Pengetua SMK Sijangkang Jaya
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan
terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
|
|
4. UCAPAN YDP PIBG
Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila,
Kain ditenun bersama reja,
YDP PIBG hormat dipersila,
Seterusanya, majlis dengan
segala hormatnya menjemput Tuan Haji
Zulkepli bin Mat Taib,
Yang Dipertua PIBG SMK
Sijangkang Jaya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Penyampaian
Anugerah Akademik sesi 2012. Dengan segala hormatnya dipersilakan
UCAPAN
Majlis merakamkan ucapan
terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
|
|
5. UCAPAN PERASMI
Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Sungguh terkenal serata negeri,
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi
|
|
Hadirin dan Hadirat yang
dikasih.
Proses diajar, belajar dan
mengajar
Membentuk modal insan lebih
gemilang
Menghasilkan modal insan
elok akhlaknya
Melahirkan watan yang
mantap jati diri
Melahirkan generasi
kemenjadian dan harapan
Sebagai halwa telinga dan
penawar resah dan gelisah, pihak majlis tampilkan satu persembahan yang akan
disampaikan oleh ……………………………………………………….
Perssembahan Sajak
Majlis merakamkan ucapan
terima kasih atas persembahan sajak sebentar tadi.
|
|
7.
PENYAMPAIAN HADIAH TEMPAT PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA TING 1,2,4.
Terbang tinggi si burung helang
Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang Negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.
Majlis Anugerah
Kecemerlangan Pelajar dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar yang
mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam peperiksaan PAT bagi Tahun
2012.
Sehubungan itu, majlis dengan
hormatnya mempersilakan Pn Suzana bt Mohamad untuk menjemput dan dan mengiringi Yang dihormati En Kowangid
bin Taufek untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar
terlibat.
(MUZIK GAMELAN BERMULA)
BACA SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH
MENGIKUT URUTAN
Terima kasih diucapkan
kepada Yang dihormati En Kowangid bi
Taufek dan Puan Suzana Mohamad
atas penyempurnaan majlis itu..
|
|
8. PENYAMPAIAN ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK TING 1,2,DAN 4
Majlis diteruskan dengan penyampaian
Angerah Pencapaian Mata Pelajaran Terbaik untuk pelajar-pelajar Ting 1 dan
Ting 2 dan Ting 4. Untuk itu, majlis mempersilakan Pn Faridah bt Dasir bagi
menjemput dan mengiringi Pn
Ramlah bt Hj Hashim, Pengetua SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan anugerah
kepada penerima. Dipersilakan.
(MUZIK GAMELAN BERMULA)
BACA SENARAI PENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN
MATA PELAJARAN
TERBAIK TINGJATAN 1,2 DAN 4
Majlis mengucapkan terima
kasih kepada Pn Ramlah bt Hj Hashim dan
P Faridah bt Dasir
|
|
10.
PENYAMPAIAN ANUGERAH PMR
Majlis seterusnya ialah
Penyampaian ANUGERAH pelajar-pelajar Cemerlang PMR 2010. Untuk itu majlis mempersilakan En. Kowangid bn Taufek untuk
mengiringi Tuan Haji Zulkapli bin Mat
Taib, ke pentas utama untuk
menyampaikan anugerah. Dengan hormatnya dipersilakan.
(MUZIK GAMELAN BERMULA)
BACA SENARAI pelajar terbaik PMR
PELAJAR TERAKHIR ………………………………… ( muzik
Gamelan berhenti)
|
|
11. PENYAMPAIAN ANUGERAH SPM ( Muzik Gamelan
Bersedia)
MUZIK GAMELAN BERMULA
PENERIMA ANUGERAH
KECEMERLANGAN SPM 2008 DIMULAKAN DENGAN.
Baca Senarai Nama Pelajar
Cemerlang SPM 2010
Penerima Anugerah Mata
Pelajaran Terbaik SPM ialah ;
Baca Senarai Pelajar
Terbaik Mata Pelajaran PMR 2012 (Mengikut Subjek)
Seterusnya, Penerima
Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM ialah
Baca Senarai Pelajar
Terbaik Mata Pelajaran SPM 2010 (Mengikut Subjek)
MUZIK GAMELAN BERHENTI
Hadirin yang dirahmati
pihak sekolah turut mengiktiraf guru-guru yang berdedikasi menzahirkan
kecermerlangan para pelajar ini.
Seterusnya Anugerah 100%
lulus matapelajaran dan peningkatan ketara pencapaian matapelajaran dalam
Peperiksaan Awam 2010
MUZIK GAMELAN BERMULA
Dipersilakan penerima Anugerah Mata Pelajaran 100 %
dalam peperiksaan SPM
Seterusnya Anugerah
Peningkatan Lima Peratus Ke atas Matapelajaran Peperiksaan Awam 2010
Dipersilakan Ketua Panitia ……………………………….
Majlis mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Encik …………………………………………………………… dan ____________________________
atas kesudian menyampaikan
Anugerah Kecemerlangan itu tadi.
|
|
Anak Ibarat kain putih
Diasuh diajar dididik
dilatih
Kalau anak tidak dilatih
Jika besar ibu bapa letih
Hati orang tua perlu dijaga
Emak ayah berasa bangga
Jika anak berbudi bahasa
Itu tandanya membalas jasa
|
|
Hadirin yang dihormati,
Adat orang bertandang,
kehadiran dialu-alukan, kepulangan diraikan…sebagai tanda kasih dan tanda penghargaan , majlis dengan ini
mempersilakan Yang Berusaha Pn Ramlah bt Hj Hashim, PK 1 SMK Sijangkang Jaya
untuk menyampaikan tanda hati kepada tetamu jemputan kita pada pagi ini.
Dipersilakan Yang Berusaha Tn Hj Zulkapli bin Mat Taib untuk menerima tanda
hati daripada pihak sekolah.
Terima kasih diucapkan
kepada Puan Pengetua dan Yang Berbahagia ______________________.
|
|
14. PENUTUP
Dengan penyampaian tanda
hati itu tadi, majlis kita sudah tiba dipenghujungnya.
Kami bagi pihak AJK
Pelaksana , mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima
anugerah.Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa iltizam yang padu.
Bagi pihak sekolah , majlis
juga merakamkan ucapan terima kasih kepada
-
Tetamu
jemputan dan semua hadirin yang turut sama meluangkan masa untuk hadir pada
majlis ini . Terima kasih kalungan budi juga diberikan kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan majlis
ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
Tenang-tenang air di kali
Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi
Hinggap tempua di hujung dahan
Kenari berbalah berebut taman
Sajian tersedia jemputlah makan
Awal bismillah menjamah hidangan
Sekian . Wabilahitaufiq
walhidayah wassalamualaikum wbt.
|
|
Dijemput para tetamu untuk
ke bilik gerakan untuk jamuan ringan.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)