Saturday, March 9, 2013

Ayat Penyata




JENIS-JENIS AYAT.

1.0 AYAT PENYATA.

2.0 TAKRIF / DEFINISI.
Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat pernyataan atau memberitahu tentang sesuatu perkara. Ayat ini ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan.

3.0 KESALAHAN LAZIM.
(i)    Pekedai itu anak siapa.
(ii)  Tolong letak buku ini di atas meja saya
(iii) Jangan bermain di tepi longkang itu.
(iv) Siapa  nama bapa kamu.
(v)   Ah, sakitnya dadaku.

4.0 RUMUS.
Ayat penyata mempunyai tujuan untuk menyatakan atau memberi keterangan sesuatu perkara, cerita, benda atau kejadian.

Contoh Ayat
Keterangan
Kakak sedang menyiram pokok bunga
Memaklumkan perbuatan kakak yang menyiram pokok bunga
Lembu itu akan dijual
Memberitahu berkaitan lembu yang akan dijual
Musa menjadi pegawai polis
Memaklumkan bahawa Musa merupakan seorang pegawai polis
Pramugari itu berasal dari negeri Kelantan
Memberitahu bahawa pramugari itu berasal dari Kelantan
Pohon rendang itu tumbang dibadai rebut
Memaklumkan pohon rendang yang tumbang kerana dilanda ribut
Mat rempit itu ditangkap dalam operasi membenteras lumba haram
Menyatakan mat rempit yang diberkas dalam operasi lumba haram
Budak-budak itu bermain di tepi longkang
Menceritakan budak-budak yang sedang bermain berhampiran longkang



5.0 LATIHAN PENGUKUHAN.
5.1  Mengenal pasti kesalahan.
(             (i) “Pergi dari sini”, arah guru kepada sekumpulan pelajar.
  (ayat perintah suruhan)
              (ii) Sila makan kuih itu
             (ayat perintah silaan)
(           (iii)  Ibu menyiram pokok bunga di halaman rumah ?
             (ayat tanya yang dihasilkan dengan meninggikan suara)
(           (iv)  Apakah permainan yang digemari oleh anak-anak?
             (ayat tanya)
      (v)    Harap jangan merokok.
             (ayat perintah permintaan)
            (vi)  Jangan usia dia
             (ayat perintah larangan)
            (vii) Jinaknya burung merpati itu!
             (ayat seruan tanpa kata seru)
            (viii) Awak telah berjaya!
              (ayat seruan tanpa kata seru)
            (ix)   Cis, berani awak menghina keluarga saya.
              (ayat seruan dengan kata seru)
      (x)    Amboi, cantiknya baju yang diperagakan oleh pragawati itu!
              (ayat seruan dengan kata seru)

5.2  Membetulkan kesalahan dalam ayat. Ubah suai ayat di bawah supaya menjadi ayat 
        penyata yang sama maksudnya.
  
       (i)   “Pergi dari sini”, arah guru kepada sekumpulan pelajar.
  - Guru mengarahkan sekumpulan pelajar beredar dari kawasan itu

(ii) Sila makan kuih itu
                 Kami dijemput untuk menikmati kuih yang dihidangkan.

       (iii)      Ibu menyiram pokok bunga di halaman rumah ?
               - Ibu sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.

(            (iv)   Apakah permainan yang digemari oleh anak-anak?
              - Anak patung merupakan sejenis permainan yang digemari oleh kanak-kanak.

(             (v)   Harap jangan merokok.
              - Ini adalah kawasan larangan merokok

              (vi)    Jangan usik dia
              - Budak itu tidak boleh diusik oleh sesiapa.

             (vi)   Jinaknya burung merpati itu!
             - Burung merpati itu sangat jinak.

     (vii)       Awak telah berjaya!
            - Dia telah Berjaya dalam temu duga untuk kenaikan pangkat.

           (viii)   Cis, berani awak menghina keluarga saya.
            - Pemuda itu memarahi pihak yang telah menghina keluarganya.

           (ix)   Amboi, cantiknya baju yang diperagakan oleh pragawati itu!
             - Baju yang diperagakan oleh pragawati itu sangat cantik.

5.2. Menentukan ayat yang betul atau salah..
BIL
AYAT
Betul / Salah
(i)
Kanak-kanak itu dibawa oleh ibunya ke hospital

(ii)
Orang itu mewasiatkan harta pusakanya kepada anak yang bongsu

(iii)
Kamu berasal dari mana?

(iv)
Ibu sedang menjahit bahu

(v)
Kami menonton televisyen sehingga larut malam

(vi)
Pada pendapat saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan?

(vii)
Sila masuk ke dewan ini

(viii)
Usah dikenangkan lagi perkara ini

(ix)
Beberapa kawasan pedalaman di Kelantan dinaiki air

(x)
Tolong hantarkan jawapan sebelum hari Ahad



Ayat Seruan


JENIS-JENIS AYAT.

1.0  AYAT SERUAN.

2.0 TAKRIF / DEFINISI.
Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Ayat seruan di akhiri dengan tanda seruan.

3.0  KESALAHAN LAZIM.
(i)    Amboi, bisanya gigitan lipan ini!
(ii)   Ewah!  bergayanya awak hari ini.
(iii)  Siapa nama kamu!
(iv) Wah, sakitnya tanganku ini!
(v)  Cis! Manisnya buah jambu ini.

4.0  RUMUS.       
Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata seruan yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, syabas, nah dan sebagainya.

Kata Seru
Penggunaan
Ayat Contoh
Aduh
Untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
(a)  Aduh, sakitnya gigiku!
(b)  Aduh, cantiknya rumahmu!
Aduhai
Untuk menyatakan perasaan sedih
(a)  Aduhai, malangnya nasib diriku!
Ah
Untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu
(a)  Ah, saya tak mahu ikut kamu!
Amboi / wah
Untuk menyatakan perasaan hairan
(a)  Amboi, mahal betul jam ini!
(b)  Wah, berani betul budak ini!
Cis
Untuk menyatakan perasaan marah dan benci
(a)  Cis, berani dia melawan kataku!
(b)  Cis, kurang ajar betul budak ni!
Eh
Untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut
(a)  Eh, bila kamu sampai!
(b)  Eh, duit tu ada di sini tadi!
Nah
Menyatakan perasaan marah
(a)  Nah, terimalah habuanmu!
Wahai
Untuk menyatakan perasaan sayang dan merayu
(a)  Wahai adikku sayang!
(b)  Wahai putera dan puteriku!
Hai
Untuk menegur seseorang atau menarik perhatian
(a)  Hai, diamlah sikit!
(b)  Hai, sudah lama kita tidak bertemu
Bedebah
Menyatakan perasaan marah
(a)  Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku!
Alahai
Perasaan menghina atau memperkecilkan seseorang
(a)  Alahai, itupun awak tak boleh buat!
Alamak
Menyatakan perasaan terkejut
(a)  Alamak, banyaknya kerja belum dapat disiapkan!




4.0  LATIHAN PENGUKUHAN.
5.1  Mengenal pasti kesalahan.
(i)            Cis, tingginya bangunan Menara Kuala Lumpur ini!
(Penggunaan kata seru yang tidak sesuai)
(ii)           Amboi, kamu dilarang melalui kawasan ini!
(Penggunaan kata seru yang tidak sesuai)
(iii)          Syabas!, awak berjaya dalam temu duga.
(Penggunaan tanda seru sepatutnya di hujung ayat)
(iv)         Nah, saya tidak benarkan kamu datang ke rumah saya!
(Penggunaan kata seru yang tidak tepat)
(v)          Aduh!  ke mana kamu hendak pergi.
(Penggunaan kata seru yang tidak tepat)

5.2. Membetulkan kesalahan dalam ayat.
(i)            Cis, tingginya bangunan Menara Kuala Lumpur ini!
(i)    Amboi, tingginya menara Kuala Lumpur ini!
(ii)           Amboi, kamu dilarang melalui kawasan ini!
(i)    Eh, kamu dilarang melalalui kawasan ini.
(iii)          Syabas!, awak berjaya dalam temu duga.
(i)    Syabas, awak berjaya dalam temu duga!
(iv)         Cis, saya tidak benarkan kamu datang ke rumah saya!
(i)    Ah, saya tidak benarkan kamu datang ke rumah saya!
(v)          Aduh!  ke mana kamu hendak pergi.
(i)    Eh, ke mana kamu hendak pergi!

5.3. Menentukan ayat yang betul dan salah.

BIL
AYAT
Betul / Salah
(i)
Amboi, garangnya!


(ii)
Nah, ambillah wang ini!.


(iii)
Rumahku terbakar!


(iv)
Eh! Nasri rupanya yang datang.


(v)
Aduhai, malangnya nasib diriku ini!


(vi)
Cis!  penderhaka rupanya lelaki itu.


(vii)
Aduhai, malangnya nasib diriku ini!


(viii)
 Ya Allah, mengapa perkara itu boleh berlaku!