Salam Sejahtera dan Salam Keilmuan ;
Pelajar-pelajar yang mengikuti program saya, bahan yang saya gunakan untuk ceramah tersebut boleh dapatkan di lama berikut
www.slideshare.net/ckgdin
jika ingin mendapatkan soalan-soalan percubaan SPM bagi seluruh negara, sila dapatkan daripada blog cikgu Tan CL
http://cikgutancl.blogspot.my/
klik pada image seperti di bawah dalam blog tersebut
SAHARUDDIN ABDULLAH
Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Monday, September 5, 2016
Friday, February 26, 2016
Rumusan - Gejala Rasuah dalam Kalangan Masyarakat
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian
buat satu rumusan tentang punca-punca
berlakunya rasuah dan kesan-kesannya. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Rasuah bukanlah satu fenomena baru yang wujud
dalam masyarakat moden. Kewujudannya telah dikesan sejak ribuan tahun yang lalu
dan masalah ini berlaku dalam semua masyarakat sejak manusia mengenal erti
peradaban. Rasuah boleh diertikan sebagai penyuapan, pemerasan atau
penyelewengan dalam apa-apa juga bentuk kuasa sama ada melibatkan kewangan atau
perkhidmatan dan sebagainya untuk sesuatu kepentingan. Banyak orang lupa bahawa
sebab dan asal-usul amalan rasuah atau korupsi itu berbagai-bagai, bukan satu
dan bukan dua. Kewujudannya dapat dilihat dalam pelbagai bentuk, saiz, tempat,
dan situasi. Oleh sebab itu, penyelesaiannya pun tidaklah begitu mudah.
Salah satu punca yang menyebabkan kegiatan
rasuah terus berleluasa adalah kerana sikap segelintir masyarakat yang ingin
mengejar kemewahan hidup. Ditambah lagi dengan didikan dan penghayatan terhadap
nilai-nilai dan peraturan agama yang senipis
kulit bawang, akhirnya seseorang itu mudah tertewas dengan tuntutan hawa
nafsu. Apabila diri telah dikawal oleh nafsu, akhirnya jadilah dia seorang yang
lemah, mudah dikaburi wang ringgit, tamak, iri hati, dengki, tidak suka melihat
kesenangan orang lain dan tidak berasa puas dengan apa-apa yang dimiliki.
Rasuah juga sering dikaitkan dengan mereka yang menghadapi masalah kewangan.
Hakikatnya itu bukanlah satu alasan yang bijak kerana didapati pada masa ini
perbuatan rasuah juga dilakukan oleh golongan yang berpendapatan sederhana dan
tinggi. Sebenarnya perbuatan rasuah tidak akan terjadi jika seseorang itu
berpegang teguh kepada ajaran agama, dan bertakwa.
Selain
itu, rasuah berlaku disebabkan oleh kegagalan pegawai penyelia memantau
pekerja-pekerja di bawah tanggungjawabnya. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa
pengawasan yang bijak oleh pegawai atasan juga membuka banyak ruang berlakunya
perbuatan rasuah. Hal ini akan memudahkan individu tertentu mengambil peluang
untuk melakukan penyelewangan, penyalahgunaan kuasa, dan rasuah. Oleh hal yang
demikian, kesedaran yang jitu dan unggul para pegawai atasan dalam sebuah organisarsi perlu ada dalam diri
masing-masing agar terhindar daripada perbuatan rasuah. Dalam pada itu,
ketegasan dalam penguatkuasaan undang-undang bagi membendung rasuah merupakan
suatu yang dialu-alukan. Bagi menyelesaikan masalah ini komitmen dan sokongan
daripada semua pihak khususnya anggota masyarakat sangat diperlukan. Di samping
itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah seperti kata orang Perak “biar pape
asal bergaye” menjadi amalan yang menyebabkan berlakunya rasuah.
Rasuah juga disebabkan kelemahan
kepemimpinan dalam sesuatu institusi yang berkaitan. Selain itu, rasuah berlaku
disebabkan oleh pemahaman bahawa perbuatan itu bukan satu kesalahan tetapi
lebih merupakan ganjaran atas bantuan atau perkhidmatan yang diberikan. Keadaan
ini berlaku kerana keuntungan yang diperoleh daripada kegiatan rasuah itu
adalah jauh lebih besar berbanding risiko yang bakal dihadapi. Oleh sebab itu,
amalan rasuah di negara-negara dunia ketiga didapati lebih serius berbanding
negara-negara maju.
Secara tuntasnya, rasuah merupakan gejala yang
boleh merebak dan berjangkit sehingga menjadi rangkaian kejahatan yang besar.
Apabila keadaan ini berlaku, usaha untuk membanteras rasuah akan menjadi lebih
sukar. Memang tidak dinafikan rasuah tidak akan berlaku tanpa adanya dua pihak
iaitu pemberi dan penerima.
(Dipetik dan diubahsuai daripada
“Memerangi rasuah hingga ke akar umbi”
oleh Hj
Samad bin Buang, Dewan Siswa, Jun 2011.)
Rumusan - Buli Dalam Kalangan Pelajar
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian
buat satu rumusan tentang kesan-kesan buli dan usaha-usaha
mengatasi masalah buli di sekolah. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Perbuatan buli diertikan sebagai mengkasari
orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Fenomena
buli dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu buli secara langsung dan buli
secara tidak langsung. Buli secara langsung termasuklah aksi mengugut,
menyepak, menumbuk, menendang dan sebagainya. Buli secara tidak langsung pula
adalah seperti mengejek, menggunakan kata-kata kesat atau lucah dengan tujuan
mengacau, mengutuk atau memerli secara berlebih-lebihan dan gosip-gosip liar. Lebih 80 peratus
pelajar mengakui pernah terlibat dalam kes buli secara tidak langsung. Murid
lelaki lebih banyak terbabit dalam kes buli berbanding murid perempuan.
Murid-murid tingkatan empat didapati paling sedikit terbabit dalam kes buli
berbanding murid-murid menengah rendah yang lain.
Mangsa
buli akan mengalami kesan negatif dalam tempoh jangka panjang, malah boleh
menyebabkan kejadian bunuh diri. Di luar negara seorang murid membunuh diri
kerana diejek gemuk dan berambut kerinting, malah ada yang membunuh rakannya
kerana tidak tahan dibuli. Mangsa buli juga akan menjadi seorang dewasa yang
terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungan mereka dengan ahli keluarga dan
orang lain. Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada
mangsanya, tetapi rakan sekelasnya yang menyaksikan perbuatan itu juga
berperasaan sedemikian walaupun mereka tidak dibuli. Presiden Persatuan
Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling,
Falkulti Pendidikan, Universiti Malaya, Profesor Dr. Suradi Salim berpendapat
bahawa mangsa buli akan merobah personaliti mereka menjadi seorang yang
penakut. Mangsa juga takut ke sekolah.
Sebetulnya,
perasaan ‘takut’ yang luar biasa ini amat memeritkan. Jika dibiarkan, peribadi
individu terbabit akan menjadi lemah dan kurang berkeyakinan. Akibat ketakutan
yang melampau inilah menyebabkan mereka tidak akan mengadu kepada guru atau ibu
bapa manakala pembuli pula berasa seronok kerana dapat membuli mangsanya.
Masalah ini hanya dapat dikesan apabila menjadi serius sehingga berlaku
kecederaan fizikal. Sedangkan selama ini emosi mangsa telah lama ‘cedera’
akibat perbuatan pembuli atau mereka yang tidak begitu mengendahkan aduan
mereka. Masalah ini perlu diatasi segera
supaya murid dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran. Oleh itu,
semua pihak perlu bekerjasama bagi menangani masalah yang semakin meruncing dan
berbahaya ini.
(Diubahsuai daripada “Menangani masalah buli
di sekolah”
Dewan Siswa, Ogos 2005.)
Novel Tirani (Sinopsis Bahagaian 2)
BAB 6 – METAMORFOSIS
Ketika di bilik persediaan pembedahan, Waheeda mengimbau kembali
prosedur pembedahan yang diterangkan kepadanya beberapa hari yang lalu.
Dia kemudian dipanggil untuk diberi sedatif. Dr. Shirrim yang peramah
menerangkan prosedur pembedahan kelopak
mata yang bakal dilakukannya sebelum suntikan pelali diberikan kepada
Waheeda.
Ketika
Waheeda menunggu dalam kesejukan, dia didatangi oleh Dr. Rushdi, pakar hidung
yang akan melakukan pembedahan rinoskopi ke atas Waheeda. Pujian yang
diberikan Dr. Rushdi membuatkan hati Waheeda gembira. Dia teringat akan
penerangan Dr. Alma Chen tentang rinoskopi itu.
Semasa disorong ke bilik bedah, Waheeda mengambil peluang memanjatkan
doanya agar memudahkannya menjalani hari bersejarah itu. Dia kemudian terlena
apabila diberikan suntikan ubat bius oleh Dr. Shirrim.
Seperti biasa, Bazilah yang sibuk dengan rutin hariannya menyebabkan
Waheeda kebosanan di rumah kerana ibunya telah pun pulang ke Sarawak. Namun,
hatinya berbunga apabila terbaca sebuah
risalah tentang pakej perlancongan khas yang ditawarkan SMC kepada penerima
rawatan di situ. Dia tekad untuk memberitahu rakannya tentang perancangannya
pada hujung minggu itu.
BAB 7 - KE
PULAU SENTOSA
Waheeda dan Bazilah serta Dr Zahari telah mengikuti
rombongan khas bagi tetamu rawatan kosmetik ke Pulau Sentosa. Mereka menginap di
Hotel Flamingo sepanjang lawatan tersebut.
Di Hotel Flamingo, Waheeda mendapat banyak idea yang
bagus untuk dibawa balik ke Chalet Tajau Emas terutamanya suasana yang memupuk
budaya membaca.
Tiga sekawan turut tersempak dengan Dr Avveroes di
Hotel Flamingo. Mereka telah bersembang tentang banyak topik termasuk bunga,
planet dan asal nama Dr Avveroes.
Semasa
mereka makan malam, Waheeda telah menyatakan sebabnya dia menjalani pembedahan
di Singapura. Dia tidak mahu masyarakat tempatan mengetahui halnya malahan tidak
ingin mencemarkan kesucian agamanya.
Waheeda amat bersyukur kerana dapat bertemu dengan
orang dari latar belakang berbeza dan mempelajari cara pengurusan pusat peranginan
sepanjang penginapannya di Hotel Flamingo.
BAB 8 -
HADIAH ALAM
Kecantikan
tidak semestinya dinilai dari segi luaran. Jika seseorang wanita mengubah
luarannya demi menarik perhatian lelaki, usaha ini sia-sia. Kecantikan luaran
tidak dapat dikekalkan sebaliknya akan hilang mengikut peningkatan umur namun
kecantikan dalaman akan kekal selama-lamanya. Kecantika luaran tidak semestinya
akan mendapat perhatian tetapi kecantikan dalaman dapat menarik hati dalam
jangka masa panjang. Kriteria seseorang
akan bertambah indah dengan kecantikan luaran. Kata-kata Dr. Rushdi telah
memberikan penjelasan yang lain tentang erti kecantikan.
Selepas
itu, mereka menjamu selera di restoran Flamingo. Dr. Rushdi menceritakan
sejarah bangsanya kepada Waheedah. Bazilah turut menyertai mereka. Waheedah
mengatakan bahawa jika rakyat Malaysia sepakat hati, pasti gemilang pada masa
depan. Fatimah kemudiannya menelefon Waheedah dan menceritakan pengalamannya di Bung Bratak
bersama rombongan MATTA.
Dalam
e-melnya, Fatimah memberitahu Waheedah bahawa pengerusi MATTA menasihati ahli
persatuannya untuk mengembangkan sektor pelancongan kedamaian negara Malaysia menjadi tarikan pelancong dan
para ahli haruslah mengambil peluang keemasan ini. Di samping itu, projek
pembinaan Datuk Yasser sedang rancak membangun. Waheedah ingin bersaing dengan
Datuk Yasser dan jika boleh ingin bekerjasama dengannya.
Pada
petang itu, Waheedah didatangkan dengan berita bahawa temu duga untuk bertugas
sebagai Pegawai Perhubungan di Hotel Flamingo telah berjaya. Selepas berbual
pendek dengan Bazilah, Bazilah berasa gembira bagi Waheedah yang mendapat
jawatan di Famingo Resort itu. Walaupun Waheedah berasa gembira dan bersyukur,
namun dia tetap berasa berat hati untuk meninggalkan Tajau Emas dan berada di
tempat kerjanya buat masa panjang.
BAB 9 – WAJAH PERSONA
Spekulasi
tentang kedatangan Pegawai Perhubungan Awam yang cantik menurut Maître d’hotel,
Kong dua hari lepas tersebar pantas. Orang pertama yang menyapa dan menemani
jelitawan tersebut ke pejabat Ketua Pegawai Eksekutif ialah Penyelia Restoran.
Lais
yang berada di belakang kaunter Bellboy menghulurkan senyuman sambil
mengucapkan selamat datang. Wajah persona menurut Lais, sempat melemparkan
senyuman ke arah kaunter penyambut tetamu lalu hilang daripada pandangannya.
Anati
yang berada di kaunter penyambut tetamu menggeleng-gelengkan kepala melihat
telatah Bellboy yang nakal tersebut. Anita mengingatkan Lais bahawa dia sudah
beristeri dan mempunyai seorang anak. Lais hanya mencebik apabila melihat Kong.
Lais
terus menyoal tentang jelitawan yang hadir tadi. Tersengguk-sengguk Lais
kembali ke mandalanya di belakang kaunter pintu masuk utama sambil mengurut
dada. Semua ketawa melihat gelagat nakal Lais.
Waheeda
bersyukur mendapat tawaran bekerja di Flamingo de La Rossa sebagai Pegawai
Perhubungan Awam. Satu kelebihan yang dapat diraih apabila bekerja di situ
ialah pengalaman dalam suasana perniagaan yang bersaing serta menangani ragam
pelanggan yang pelbagai.
Waheeda
positif dalam tindak- tanduknya. Sikapnya yang ramah, sentiasa tersenyum, dan
suka berbual dengan sesiapa sahaja membuatkannya cepat mesra dan dikenali rakan
setugas serta kakitangan lain walaupun baru bekerja seminggu.
Lais
yang tidak lekang dengan sengihnya memuji gaya keterampilan Waheeda yang
dilihatnya begitu professional berbanding dengan Pegawai Perhubungan Awam lama
yang sudah berusia dan kurang afsun. Dari kaunternya, Anita mencebik sikap gila
bayang Lais.
Malam
itu, Kong menemani Waheeda makan di Restoren de La Rossa. Rakan-rakan Kong ramah
menyapa Waheeda apabila mengetahui Waheeda merupakan staf baharu di sana.
Melangkah semula ke sana mengigatkan Waheeda kenangan bersama Dr. Rushdi, Dr.
Zahari dan Bazilah.
Waheeda
tersentak setelah Kong mengacung tangan ke arah sebuah bekas panas yang
mengandungi longgokan pinggan di dalam bekas khas mengikut cara hidangan ala
buffet malam itu. Menu utama malam itu ialah makanan laut.
Lais
yang hampir tamat syif bertugas sempat memberikan salam dan ucapan selamat
malam sebaik-baik sahaja Waheeda melangkah keluar dan duduk di lobi. Keadaan di
lobi tidak begitu sibuk lantas memberikan peluang kepad pekerjanya untuk saling
berinteraksi dan bergurau.
Lais
memuji penampilan Waheeda yang agak ranggi dengan pakaian biasa. Kemudian, dia
bertanya pendapat Waheeda tentang Flamingo. Waheeda mengatakan bahawa Flamingo cukup sempurna daripada pandangan
matanya.
Sambil
Waheeda duduk, dia menghayati suasana malam yang agak sunyi. Bau haruman
pelbagai bunga daripada bahan pewangi mengelus lembut hidungnya. Kong meminta
diri melihat Waheeda duduk terelit-relit di kerusi.
Waheeda
masih duduk termangu-mangu bersendirian, sesekali dia bertukar senyuman dengan
kakitangan syif malam di bahagian kaunter.
Waheeda
tiba-tiba terperasan seorang lelaki tanpam duduk nerteleku di meja sambil
memegang moktel meloka ke arahnya.
Waheeda terus menghampiri Alex yang mengambil alih syif malam untuk
bertanya tentang jejaka tersebut.
Alex
mengatakan bahawa jejaka yang bernama Zahid itu baru sampai sekejap tadi dan
merupakan lelaki Melayu terakhir yang mendaftar. Akid tersenyum sambil melihat
Waheeda kembali ke bilik.
Waheeda
tersenyum sinis merungkaikan maksud di sebalik nama Zahid tersebut. Waheeda
berusaha menyahpadamkan tindakan bodoh yang tidak beretika dalam profesionnya.
Waheeda
mengatakan bahawa jika dia terpaksa berpindah, dia akan membawa hidung dan
matanya serta senyuman Bazilah sekadar gurauan. Namun kini semuanya telah
menjadi seperti apa yang dikatakan olehnya. Waheeda betul-betul telah membawa
senyuman rakannya bersama.
Kebelakangan
ini Waheeda merasakan bahawa Bazilah berubah. Celoteh dan gurauannya tidak
semesra dan setulus dahulu. Masing-masing membuat hal sendiri di dalam rumah
tersebut
Masih
terngiang-ngiang soalan tentang calon suami yang ditanya oleh Bazilah. Waheeda
mengatakan bahawa dia ingin yang berprestij seperti Datuk Yasser, bijak dan
kacak seperti Dr. Zahari dan Dr. Rushdi
dan lawak seperti ayahnya. Bazilah turut
menjawab jawapan yang sama apabila soalan diajuk kepadanya.
Sejak
berdua, penghuni bilik nombor 601 sering bersipongan dengan lantunan bunyi
kekelan. Apabila teringat akan akta gangguan ketenteraman awam barulah mereka
berusaha untuk menekup tangan ke mulut.
Sejak
akhir-akhir ini Dr. Zahari juga sering bertandang ke flat mereka. Waheedalah
yang kerap dan terpaksa melayan Dr. Zahari demi menjaga hati kawan. Bazilah
memerlukan konsentrasi menelaah dan sering memerap di dalam bilik untuk
menyiapkan kajian dan bahan tesis.
Kemesraan
Dr. Zahari kadang-kadang membuatkan Waheeda serba salah. Wjah waheeda yang sedap
mata memandang membuatkan Dr. Zahari seakan-akan lupa tentang kewujudan
tunangnya walau hanya di bilik sebelah.
Dalam
diam, Bazilah diulit cemburu apabila mendengar kekelan Waheeda di ruang tamu.
Dalam hari-hari yang berlalu, Waheeda rasa suasana tidak semesra selalu dan
terdetik riak cemburu terjebak dalam rasa.
Waheeda
mengatakan bahawa betullah kecantikan itu tirani. Waheeda meraup perasaan serba
salah dan muak serta kesal akan sikap lelaki, apatah lagi yang bermata
keranjang.
Waheeda
membina alasan untuk berpindah ke Flamingo. Dia mengatakan bahawa jarak dari
Yishun ke Flamingo terlalu jauh. Waheeda yakin dengan keputusan yang diambil.
Keseronokan
pada minggu pertama denga orientasi kerja dan spekulasi serta puji-pujian pada
diri sedikit sebanyak menyahsendukan riak sedih di wajah Waheeda. Waheeda
menerima tugas pertama yang agak mencabar iaitu menyiapkan brosur galakan
baharu dalam seminggu.
Dalam
merangka program yang bakal di jalankan di Flamingo, Halloway tiba-tiba
memanggilnya. Waheeda mengekori langkah pantas mat salih yang sedikit gelap
dari Afrika Selatan itu menuju ke kafe.
Dia
disapa oleh wajah yang dicam olehnya yang duduk tercokoh di meja berhampiran
pada malam sebelumnya. Waheeda tersenyum lalu menarik kerusi di meja di
sebelahnya dan turut berpaling semula ke arah jejaka itu sebagai tanda hormat.
Waheeda
mengerutkan dahi dan merasa bahang suam mendesah hatinya yang mula berdebar
apabila jejaka tersebut membalas senyumannya. Waheeda mengalihkan pandangan
khuatir gelabahnya dengan merah naik ke muka dijejaki jejaka tersebut.
Halloway
menerangkan tugas yang perlu dilakukan oleh Waheeda dan mengatakan bahawa
Waheeda akan mewakili Flamingo dalam pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa
yang akan diadakan bulan depan di The Four Seasons Hotel. Waheeda menerima
pencalonan itu dalam terpaksa.
Zahid
tersenyum dan berpaling ke arah Waheeda yang masih terpinga-pinga. Zahid
memperkenalkan diri setelah bingkas bangun dan mendekati Waheeda. Zahid
mengatakan bahawa dia baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat apabila melihat
gelagat Waheeda yang asyik memandangnya
Waheeda
juga mendapati bahawa Zahid merupakan orang Sarawak. Zahid mengatakan bahawa
dia bercadang untuk mebawa keluarnya untuk turut bercuti di sana. Sebelum
Waheeda meninggalkan kafe dia sempat mengiklankan Flamingo.
BAB 10 – SENYUM SEPULUH ELA
Datuk Yaseer membaca akhbar dengan lantang membuatkan Zahid
terkejut.Zahid geli hati dengan perangai ayahnya itu.
Kemudian, mereka berbincang tentang masalah cetak rompak yang berlaku di
Malaysia. Zahid ditanya oleh ayahnya alasan dia balik awal dari Amerika
Syarikat dan alasan yang diberikan ialah masalah diskriminasi kaum yang
berlaku.
Datuk
Yaseer mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama Zahid di Singapura.Zahid
menyatakan hasratnya untuk memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya dan mereka
berbicara tentang pelbagai perkara.
Waheeda pergi makan tengah hari ditemani oleh Halloway.Selesai makan,
Zahid ternampak Waheeda berjalan dengan Halloway dan berasa sedikit cemburu.
Zahid pergi ke arah Waheeda dan membawa Waheeda berjumpa dengan ayahnya
Datuk Yaseer dan Waheeda berbincang tentang resort mereka di Sarawak.
Kemudian, Datuk Yaseer memberi cadangan untuk mereka makan malam bersama.
Waheeda, Kong dan Anati berbincang tentang pakaian yang akan dipakai
Waheeda dalam pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa. Setelah selesai
berbincang, Waheeda pergi ke biliknya untuk berehat
13 Februari 2016 12:42 AM
PUTRAJAYA 12 Feb. – Kementerian Pendidikan memutuskan bahawa novel Pantai Kasih akan terus digunakan dalam pembelajaran Komponen Sastera (Komsas) tingkatan empat.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar), Datuk Seri Khairil Awang berkata, ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan pada 28 Januari lalu setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak menerusi beberapa siri perbincangan bersama panel penilai termasuk para pensyarah, penggiat bahasa dan kesusasteraan.
“Perbincangan itu merumuskan bahawa novel itu mempunyai elemen kebolehan ajaran daripada aspek keindahan bahasa, kosa kata dan tata bahasa.
“Novel ini dapat merangsang pelajar untuk berfikir secara matang dan rasional dalam membuat justifikasi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sebelum ini, novel Pantai Kasih yang dijadikan Komsas tingkatan empat bagi zon tiga iaitu di Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelantan menimbulkan kontroversi sehingga mencetuskan kemarahan ibu bapa dan orang ramai kerana didakwa berunsur lucah dan menonjolkan hubungan negatif.
Menurut Khairil, gaya penulisan digunakan dalam novel itu mempunyai elemen pendidikan seks seperti mata pelajaran lain iaitu Sains, Biologi, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral, namun diungkapkan dalam bentuk kesusasteraan.
“Misalnya ayat terlucut sel daripada genetik istimewa milik Dr. Sadiz merujuk kepada air mani atau sperma dengan istilah sains tidak dinyatakan secara tersurat sebaliknya dinyatakan dalam gaya penulisan kiasan atau tersirat.
“Penggunaan bahasa novel itu bertujuan untuk menggalakkan murid menggunakan pelbagai strategi pembelajaran seperti penyelesaian masalah dan inkuiri dengan bimbingan guru yang memainkan peranan penting dalam soal ini,” katanya.
|
Novel Tirani (Sinopsis)
Novel
Tingkatan 5
NOVEL TIRANI
oleh
Beb Sabariah
BAB 1 – MELONTAR
PUING DUKA
Waheeda ingin melakukan pembedahan plastik untuk mencantikkan
wajahnya. Namun, ibunya sering menasihatinya supaya memelihara kecantikan asli
ciptaan Tuhan.
Walau
bagaimanapun, bagi Waheeda, usaha untuk melakukan pembedahan plastik bukanlah
mengubah ciptaan Tuhan tetapi bertujuan untuk membaiki, memulih serta menjaga
kekemasan diri.
Dia teringat akan zaman persekolahannya. Dia sering diejek dengan
panggilan 'hidung pesek'. Kulit mukanya juga sering menggerutu penuh dengan
jerawat. Keluarganya pula mendirikan pusat pelancongan di Tajau Emas.
BAB 2 - DAYANG
MUDA
Bab 2 novel ini mengisahkan Waheeda, pengurus Chalet Tajau Emas rancak
berbual dengan sepupunya, Fatimah, graduan akauntan yang cemerlang.Waheeda
terus mencapai telefon apabila deringan kedengaran. Waheeda berubah menjadi
serius apabila melibatkan kompromi perniagaan. Dia berasa bahawa kehadiran
rombongan istimewa dari Eropah merupakan peluang keemasan baginya untuk
memajukan chaletnya. Waheeda kagum akan ayahnya, Fadhli yang merupakan pemandu
pelancong, seorang yang peramah dan pandai menghiburkan hati pelawatnya. Fadhli
juga sering berkongsi cerita mengenai sejarah Sarawak kepada pelancong.
Waheeda
dan Fatimah berbincang tentang persiapan yang perlu dilakukan bagi menyambut
rombongan pelawat istimewa itu. Pada hari rombongan itu datang, sedang pekerja
chalet melayan tetamu, Kamri beteriak kepada orang ramai dan mengatakan bahawa
monyet telah masuk ke dalam chalet. Waheeda yang berada di pejabat telah
diserang oleh monyet di bahagian hidung dan pipi. Dia dikejarkan ke hospital.
Setelah dirawat, Waheeda risau akan wajahnya yang akan berparut. Doktor Zakaria
memperkenalkan Waheeda kepada seorang doktor untuk melakukan pembedahan di muka
kerana Waheeda berminat untuk melakukannya.Ibu bapanya berasa bersyukur kerana
anak mereka baik-baik sahaja.
BAB 3 – KATARSIS
Melalui bantuan Ghazi, Waheeda meninggalkan
kampungnya untuk menjalani pembedahan plastik kerana ingin menjadi cantik.
Ibunya, Raidah menemani Waheeda sebelum
perpisahan. Mereka mendengar radio sambil berbual-bual.
Apabila mereka mendapat berita tentang
jambatan Tun Abdul Rahman Yakub telah runtuh, Raidah pun mengimbas kembali
zaman remajanya kerana zaman itulah jambatan tersebut dibina. Raidah mula
bercerita tentang sejarah jambatan itu.
Waheeda pula mengenangkan pembaharuan diri
selepas pembedahan plastik. Walaupun mempunyai risiko semasa menjalaninya,
Waheeda tidak akan menyesal.
Selepas menghabiskan masa yang panjang dalam
perjalanan, mereka tiba di lapangan terbang. Waheeda menitiskan air matanya semasa
menaik kapal terbang kerana tidak sanggup untuk berpisah dengan keluarganya,
kawannya dan juga tanah airnya.
Sebelum Waheeda tiba di Singapura, dia mengingati rakan lamanya, Bazilah yang bertinggal di Johor. Waheeda tidak mahu menyusahkan
kawannya untuk meruangkan masa bagi menjembut kedatangannya di lapangan kerana
masa sampainya ialah masa bekerja Bazilah. Oleh itu,
dia merahsiakan waktu penerbangannya.
BAB 4 – SEMARAK API SEMARAK HARI
Waheeda sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi,
Singapura. Selepas menjamu selera, dia menaiki sebuah teksi dan menuju ke
destinasi Bazilah, rakan kolejnya.
Selepas
sampai di rumah Bazilah, Bazilah menerangkan perihal tuan rumah tersebut dan
bilik yang akan disewa oleh Waheeda sehingga pembedahannya berakhir. Mereka
juga berbincang tentang perjumpaan Waheeda dengan Dr. Zahari keesokan harinya.
Pada
keesokan harinya, kedua-dua rakan baik tersebut pergi ke salah satu pusat
perniagaan di Jalan Orchard dengan menaiki MRT.Mereka berjumpa dengan Dr.
Zahari di sebuah kedai buku. Dr. Zahari menerangkan
pembedahan plastik hidung yang hendak dilakukan kepada Waheeda.
Keesokan harinya, Waheeda dan Bazilah pergi ke Silicon Medical Centre
untuk berjumpa dengan Dr. Alma Chen. Beliau juga memberikan penerangan mengenai
prosedur pembedahan yang hendak dilakukan oleh Waheeda.
BAB 5 – DOA SELAMAT
Waheeda resah memikirkan pembedahan yang bakal dijalaninya. Pembedahan
selama 10 jam itu membuatkan dia memikirkan pelbagai perkara yang bakal
dihadapinya. Namun, dia sedar bahawa sesuatu yang terjadi pasti ada
hikmahnya. Dia bertawakal kepada Allah dalam hal ini. Hatinya menjadi semakin
kuat untuk meneruskan pembedahan ini apabila dia melihat wajah-wajah wanita
yang berjaya membuat rekonstruksi yang dipamerkan dalam album yang telah
dilihatnya ketika di SMC beberapa hari lalu.
Siang
berganti malam. Waheeda menceritakan rawatan integrasi yang bakal dilaluinya
kepada abangnya melalui emel. Apabila Waheeda menghantar mesej bahawa
pembedahannya mengambil masa sehari suntuk, ibunya, Raidah mula cemas. Raidah
ingin ke Singapura menemani anaknya sepanjang pembedahan dijalankan. Dia
mengarahkan Kamri supaya membeli daun nipah muda untuk dibuat ketupat lepas.
Keesokan
paginya, Waheeda menceritakan ketupat lepas kepada Bazilah seperti yang
dijanjikan. Selepas itu, Waheeda mengemas rumah yang disewanya kerana Bazilah
terpaksa menghadiri kuliah lebih awal pada pagi itu. Bibir merungut seolah-olah
sudah menjadi suri rumah. Tiba-tiba ibunya, Raidah menelefon. Dia bergegas ingin
bersiap ke Lapangan Terbang Changi. Tanpa diduga, ibunya muncul di depan pintu rumah.
Mereka saling berpelukan dengan begitu erat sekali.
Hari berganti hari. Bazilah menemani Waheeda dan ibunya ke SMC. Mereka
terus menuju ke tingkat dua untuk berjumpa dengan Dr. Alma Chen dan
perbincangan bernada serius saling berganti. Mala, juru rawat di situ diarahkan
oleh Dr. Alma Chen untuk menemani mereka ke bilik bedah. Dalam perasaan yang
begitu takut, Waheeda menggenggam erat tangan ibunya. Setibanya di hadapan dewan
kuarantin, Waheeda terus memeluk ibunya erat-erat. Kemudian, dia memeluk
Bazilah. Dia masuk ke bilik persediaan pembedahan dengan harapan dia akan
selamat selepas pembedahan dan impiannya menjadi kenyataan.
Wednesday, February 24, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)