Assalamulaikum w.b.t...Salam Sejahtera...Salam Satu Malaysia.
Hari terus berlalu pergi, masa terus bergerak pantas. Sedar tidak sedar Julai telah muncul dan Jun kita tinggalkan. Masa yang berlalu tidak akan datang kembali. Begitu juga dengan semester persekolahan ; penggal satu dah berkahir, kini kita berada dalam semester kedua.
Ini bererti SPM dan PMR akan menjelma dalam beberapa bulan lagi. Marilah kita timbulkan persoalan dalam diri kita. Berapa banyak persiapan dan bekalan yang telah kita sediakan untuk menghadapi saat itu? Berapa banyak ilmu yang telah bertakhta di minda kita? Ilmu apa yang melekat di fikiran kita? Mampukah kita menjawab soalan yang dikemukakan nanti? Berjayakah kita?
Tiada siapa yang boleh menjawab semua persoalan itu kecuali diri kita? Kita yang tahu ; pada tahap mana kemahiran kita ? Berapa luas lautan ilmu yang kita miliki? dan setinggi mana kepandaian kita?. Kita kena akur, kalau kita berada di tahap amat lemah, lemah atau memuaskan, sudah pasti ada kerisauan di hati kita. Ada sesuatu yang tidak kena dalam persiapan kita. Kita sudah terlambat untuk cemerlang tetapi berusahalah untuk capai sesuatu yang boleh menggembirakan diri kita.
Jika kita telah berada di tahap baik, kepujian dan cemerlang ; tidak mustahil untuk kita gapai gemilang dan terbilang dengan syarat kita terus berusaha memperbaiki beberapa kelemahan yang masih ada. Ingatlah, jika ada usaha kita pasti dapat yang lebih baik, tetapi jika kita leka, sesuatu yang tidak baik mungkin berlaku pada kita.
Apapun tahap pencapaian kita. Hanya ada satu cara untuk kita mengubah pencapaian diri kita iaitu teruskan berusaha, membaca buku dan membuat latihan dengan sistematik. Setiap usaha kita yang gigih akan menjanjikan pencapaian yang baik begitulah jika sebaliknya. Tiada jalan pintas untuk berjaya kecuali dengan membuat latihan. Jika menghadapi masalah ketika membuat latihan ; berjumpalah dengan guru kita untuk mendapatkan pandangan dan kritikan. Kritikan bukan kerana untuk membunuh semangat diri tetapi sebagai pemangkin utama untuk kejayaan.
Janganlah hanya disebabkan sedikit pengabaian kita, masa depan kita akan menjadi gelap. Allah tidak pernah menjadikan kita "gagal dalam hidup" tetapi diri kitalah yang sengaja tidak mahu berjaya. Marilah kita tinggalkan perkara-perkara tidak berfaedah dalam tempoh masa beberapa bulan ini. Gagal kita dalam SPM, bermakna gagal kita dalam hidup; Gelap masa depan kita; Tertangguh cita-cita dan impian kita. Sanggupkah kita mengorbankan masa muda kita daripada menjejak kaki ke menara gading hanya disebabkan kesilapan yang sedikit. Kita masih belum terlalu lambat, masih ada peluang. Bangunlah daripada mimpi indah, usah kita bertangguh atau leka lagi. Mulai saat ini, mulakan usaha kita. Kita banyak buta latihan, kita banyak baca buku ilmiah dan akademik, kita banyak tanya dengan guru-guru dan kita 'tangguhkan' semuaa kerja yang tidak berfaedah seperti lepak, keluar malam, menonton televisyen, merayau di pusat-pusat membeli belah dan sebaginya. Insya Allah, jika kita lakukan perkara=perkara berfaedah, Allah pasti memberkati usaha kita.
Ingatlah, impian kita terlalu besar dan tinggi. Kita hanya boleh capai impian itu hanya dengan adanya ilmu. Ingatlah pesan cikgu "knowledge is power" dan "knowledge is money". Semua yang kita inginkan akan kita perolehi apabila kita mempunyai ilmu. Ilmu menentukan masa depan kita. Ilmu meletakkan diri kita sama ada di atas atau di bawah.
Cikgu percaya, kita semua mempunyai kemampuan dan kekuata kendiri. Berjuanglah untuk kebahagiaan diri, ibu bapa, guru-guru dan sekolah. Semua orang akan berbangga dengan kejayaan kita nanti dan kebahagiaan pasti akan menjadi milik kita.
No comments:
Post a Comment