Sunday, July 17, 2011

Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud



Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa dan Maksud

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: Segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

Bagai Aur Dengan Tebing
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

Bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

Indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

Kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

Bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

Bbiar mati anak, jangan mati adat
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

Sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

Mencari Jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

Memerah Otak
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

Berbesar Hati
Maksud : Gembira.

Anak Buah
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

Tuan Rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara

Batu Penghalang
Maksud : Halangan

Darah daging
Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

Meninggi diri
Maksud : Sombong

Bermuka Dua
Maksud : Tidak jujur.

Baik Hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

Tulang Belakang
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

Terang Hati
Maksud : Lekas pandai.

Rendah Hati
Maksud : Tidak sombong

Murah Hati
Maksud : Pemurah.

Tangan Kosong
Maksud : Hampa.

Lintah Darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

Anak Dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

63 comments:

  1. harimau mati meninggalkn belang, manusia mati meninggalkn nama., difinisi tersurat die ape.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yang berjasa akan dikenang sampai bila bila. Jasa dan budi yang mulia akan menjadi bualan dan percakapan orang ramai walaupun dia telah meninggal dunia.

      Delete
    2. aslm, cikgu sye nk tnye ap maksud semua peribahasa ini~

      1.mata pencarian
      2.ringan tulang
      3.berpeluh tubuh
      4.masa itu emas
      5.ulat buku
      6.mengikut jejak
      7.muafakat membawa berkat
      8.bagaimana acuan begitulah buihnya
      9.seperti katak di bawah tempurung
      10.hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

      apa maksud semua peribahasa itu?

      Delete
    3. Macam homework sekolah je????

      Delete
    4. assalammualaikum,
      nak tanya maksud peribahasa ada masa,membuang masa,air bujang,asal jadi, kebersihan asas kesihatan dan seperti tongkang pecah
      boleh tolong saya
      please...������������������������������

      Delete
  2. maksud 'bagai melepaskan batuk di tangga' ape???

    ReplyDelete
    Replies
    1. melakukan kerja sia-sia

      Delete
    2. bukan batuk tapi batok..pencedok air dalam tempayan guna tempurung..

      Delete
  3. salam tuan,
    mohon izin utk copy peribahasa ini buat anak saya.
    tugasan BM thn 5.
    tq. usaha yg baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan..diizinkan demi untuk kejayaan anak bangsa

      Delete
  4. boleh tlong x ??
    saya skrg tgh wt keje sekolah so ??
    keje sekolah nya ialah
    rangkai kata simpulan bahasa so saya kena cari 39 ..
    jadi awak boleh tolong x??

    ReplyDelete
  5. angkat bakol sendiri???

    ReplyDelete
  6. tq, saya gunakan ini utk tugasan sekolah saya

    ReplyDelete
  7. Tqvm. Mohon izin 4 sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oke boleh...Sye harap membantu ye

      Delete
  8. apa ialah bagai menangguk di air keruh?

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Ini ialah kata perbandingan yang bermaksud sangat banyak

      Delete
  10. maksud benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau tu ap?

    ReplyDelete
  11. ape ke benda nye tuu. suma nye ayat yg tlah dipelajari. beri laa yg belum dikenali. anyway its good try and much better for others does not know that. chill! :)

    ReplyDelete
  12. ape maksud 'bumi mana yang ditimpa hujan'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah tu...bumi mana yang tidak ditimpa hujan...memberi maksud bahawa semua orang pernah melakukan kesilapan atau kesalahan

      Delete
  13. assalamualaikom..nk tanye ape malsud peribahasa seperti air dlm kolam..?

    ReplyDelete
  14. Saudari Nur aini - maaf lewat membalas pertanyaan - Maksud peribahasa seperti air di dalam kolam ialah orang yang tenang sikap dan tingkahlakunya.

    ReplyDelete
  15. Salam... sy nk tanya maksud :
    Dalam tangan
    Ada bakat
    Bahasa kesat
    Bekas tangan
    Ambil berat
    Sekian, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam Tangan = perkara yang sudah pasti diperoleh
      Ada bakat = kebolehan yang dimiliki oleh seseorang
      Bahasa kesat = pertuturan yang kasar / kata-kata yang kasar
      Bekas tangan = hasil usaha seseoran yang ditinggalkan.
      Ambil berat = beri perhatian yang serius

      Delete
    2. Saya nk Tanya maksud seperti tongkang pecah tu ap

      Delete
  16. Gajah didepan mata, tetapi mengapa semut jua yang dicari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesalahan yang kecil diperbesarkan tetapi kesalahan yang besar dibiarkan begitu sahaja

      Delete
  17. Salam...Cikgu mohon copy peribahasa ini untuk rujukan saya, tq

    ReplyDelete
  18. boleh tolong ke?? ape maksud peribahasa ni
    - Biar titik jangan tumpah
    - Batu loncatan
    - Muafakat dijulang ekonomi gemilang
    tolong bantu, ye.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar titik jangan tumpah =
      Lebih baik rosak sedikit daripada rosak semuanya/lebih banyak

      Batu Loncatan =
      Menjadikan seseorang sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik

      Muafakat dijulang ekonomi gemilang
      Bekerjasama untuk menjadikan kita lebih berjaya atau hidup mewah

      Delete
  19. As salam....
    Izinkan saya bertanya....
    Apakah makna peribahasa ini :
    . bagai cembul mendapat penutupnya.
    . bagai harimau beranak muda.
    .bahasa menunjukkan bangsa.

    ReplyDelete
  20. apa maksud ini
    1.darah setampuk pinang
    2.cepat kaki ringan tangan
    3.air yang dingin juga yang dapat memadamkan api



    ReplyDelete
  21. as salam .. .
    nak tanyer . .badan cergas otak cergas aper maksudnyer ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Badan cergas , otak cerdas - itu yang betul = bermaksud badan yang sihat akan melahirkan seseorang yang dapat berfikir dengan baik

      Delete
  22. Salam Cikgu, saya sedang mencari peribahasa yang mencerminkan kejelitaan & keangunan wanita dan keperkasaan lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf Cikgu, saya sedang mencari 2 peribahasa yang mencerminkan kejelitaan & keangunan wanita dan keperkasaan lelaki. terima kasih

      Delete
  23. Minta tolong Cikgu , apa maksud ? " susila timur yang dijunjung serta dikelek sekian lama " harap dapat bantu !!

    ReplyDelete
  24. assalammuualaikum cikgu, sy nk tnya skit neyhh, mnx sngt cikgu boley bntu sy..
    apew definisi mksud peribhasa ini :
    -brbuat baik brpada-pada, buat jhat jngn skali..
    -kais pagi mkn pagi, kais ptg mkn ptg..
    -trlangsung perahu boleh balik,trlangsung ckp x boleh balik..
    -mkn untuk hdup, bukan hidup untuk mkn..
    -mncegah lbih baik drpda mngubati..
    -muafakat mmbawa brkat..
    -otk yg crdas ada pda bdn yg sihat..
    -niat di hati hndak pluk gunung,apakah daya tngan x sampai

    ~maaf skiranya sy mnyusahkn cikgu, hrap sngat cikgu boleh beri mksud definasi pribhasa trsebut, sy amt prlukannya untuk memntapkn krangan :( . tq cikgu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud Peribahasa:
      1. Janganlah kita buat sesuatu perkara yang tidak baik walaupun sekali dan berpada pada lah bila kita baik.
      2. Kehidupan yang susah.
      3. Keburukan yang akan kita alami apabila bercakap tanpa berfikir
      4. Berfikirlah sbelum kita mengambil sesuatu makanan supaya tidak menimbulkan musibah dalam diri kita.
      5. Beringat ingat sebelum sesuatu menimpa diri kita.
      6. Kesepakatan dalam hidup bermasyarakat.
      7. Kecerdasan otak bergantung kepada tubuh badan yang sihat.
      8. Impian yang terlalu tinggi
      Harap maklunm

      Delete
  25. Assalamualaikum,izinkan saya bertanya apakah maksud peribahasa ini:-

    #berat tulang
    #harapkan pagar pagar makan pagi
    #mandi biarlah basah

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum cgu, apakah mksd rangai kata susila timur yang dijunjung serta dikelek sekian lama?

    ReplyDelete
  27. maksud rangkai kata itu ialah budaya atau cara hidup masyarakat timur yang kita amalkan dalam kehidupan kita sejak zaman berzaman

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum ... saya nak tanya maksud peribahasa melayu ni yer.. harap tolong luangkan masa untuk jwb soalan saya ni..
    1. bagai kertas dengan dakwat
    2. bagai tikus membaiki labu
    3. bagai isi dan kuku

    ReplyDelete
  29. Salam.... apa maksud peribahasa "tegap rumah kerana pasaknya(sasaknya), teguh negara kerana keutuhan bangsanya.

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum..bolehkah bantu saya?apakah maksud peribahasa berikut?
    -jinak-jinak merpati
    -pening-pening lalat
    -tidur-tidur ayam
    -diam-diam ubi berisi
    -merajuk pada yang kasih,manja pada yang sayang,minta pada yang ada
    harap boleh bantu saya..terima kasih

    ReplyDelete
  31. Assalam Cikgu..mohon bantuan utk ayt bndingan

    Lembut bagai sutera
    Bijak laksana pendeta
    Kecil macam kuman

    Apa mksudnya?

    ReplyDelete
  32. Ape maksud

    Air bujang
    Seperti tongkang pecah
    Kebersihan atas kebaikan
    Ringan tulang

    Tolong saya tengah belajat

    ReplyDelete
  33. assalamualikum cikgu saya nk tanya maksud peribahasa ini

    seperti tongkang pecah
    ada masa
    berat sama dipikul ringan sama dijinjing
    membuang masa

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum cg apa maksud peribahasa di atas seperti tongkang pecah
    ada masa
    berat sama dipikul ringan sama dijinjing
    membuang masa

    ReplyDelete
  35. Aslm cg nk tanya apa maksud
    1.seperti tongkang pecah
    2.ada masa
    3.membuang masa
    4.mengambil berat
    5.buah hati
    6.air bujang
    7.kerbersihan asas kesihatan
    8.Asal jadi

    ReplyDelete