•Disiplin pelajar pada masa sekarang jauh lebih membimbangkan daripada dahulu. Contohnya, pada tahun 2003 sahaja terdapat 4998 kes yang direkodkan di mahkamah juvana dan pada tahun 2004 pula bertambah menjadi 6056 kes.
•Secara keseluruhannya, dapat dilihat disiplin pelajar kita semakin hari semakin membimbangkan.
•Pelajar-pelajar di kawasan bandar dan sekitarnya menunjukkan peningkatan kadar jenayah yang lebih ketara berbanding dengan pelajar di kawasan luar bandar.
•Perlanggaran disiplin ini telah sampai ke tahap yang serius seperti merompak, memukul pelajar atau guru, peras ugut, merogol, dan sebagainya.
•Perkara ini memerlukan perhatian yang lebih serius daripada ibu bapa, guru, masyarakat, dan pemimpin negara kerana mereka inilah generasi yang menentukan masa depan negara.
•Perlakuan-perlakuan buruk ini tidak terbatas kepada pelajar lelaki sahaja malah juga melibatkan pelajar perempuan.
•Rasa hormat mereka terhadap guru sudah berkurangan, malah rasa kasih sayang kepada ibu bapa juga hampir hilang.
•Terdapat pelbagai sebab yang menimbulkan masalah disiplin ini dan banyak pihak yang menuding jari menyalahkan sesama sendiri.
•Namun, perkara yang penting, iaitu menyelesaikan masalah yang timbul dahulu sebelum kita menyalahkan pihak lain.
•Satu daripada punca kemerosotan disiplin ini adalah kurangnya pengawasan dan perhatian daripada ibu bapa yang saban hari terlalu sibuk mencari rezeki untuk keluarga dan tiada masa untuk bersama anak-anak.
•Masalah disiplin berpunca juga daripada tekanan yang dihadapi oleh pelajar daripada keluarga dan sekolah yang mengharapkan sesuatu yang mustahil bagi pelajar mencapainya.
•Kurangnya didikan agama menyebabkan remaja mudah dipengaruhi oleh budaya-budaya luar yang terpesong daripada ajaran agama.
•Pengaruh media massa amat besar terhadap pemikiran remaja yang tentunya mengingini sesuatu yang mengikut peredaran zaman.
•Pengaruh rakan sebaya juga merupakan faktor utama remaja menjadi liar hingga melupakan tanggungjawab mereka kepada ibu bapa dan diri sendiri.
•Pihak yang tidak bertanggungjawab ban yak menyediakan tempat hiburan seperti kelab malam, pusat snuker, kedai permainan video yang tidak berlesen, dan sebagainya sebagai tempat remaja melepak dan berkumpul membuang masa.
•Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini fokus utamanya ialah diri murid itu sendiri.
•Dalam hal ini kesedaran dalam diri murid tentang tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, keluarga, dan negara perlu diwujudkan.
•Murid-murid memerlukan kasih sayang dan perhatian yang mencukupi kerana dalam proses memasuki alam remaja dan dewasa mereka amat memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada keluarga.
•Ibu bapa perlu menitikberatkan pendidikan agama kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana jika murid mempunyai pegangan dan asas agama yang kukuh, mereka tidak akan mudah terpesong dan terpengaruh dengan sebarang unsur negatif.
•Sebahagian besar masa murid dihabiskan di sekolah dan ini bermakna bahawa peranan sekolah hal amat besar dalam mendidik murid ini dengan nilai-nilai yang baik dan melakukan aktiviti yang berfaedah.
•Satu daripada caranya ialah melalui pengajaran mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pengetahuan Moral agar nilai-nilai murni dapat diserapkan dalam diri murid.
•Media massa perlu juga memainkan peranan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan tidak hanya mementingkan keuntungan semata-mata. .
•Selain tumpuan kepada diri remaja itu sendiri, pihak berkuasa seperti polis harus melipatgandakan usaha untuk menangani masalah melalui penguatkuasaan undang-undang terhadap mereka yang bersalah.
•Kini pihak kerajaan telah melaksanakan sistem khidmat negara dan melalui sistem ini, remaja lepasan sekolah diharapkan dapat menjadi warganegara yang berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, dan negara.
No comments:
Post a Comment