•Sikap suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih tidak boleh dibanggakan walaupun berbagai-bagai program dan kempen galakan membaca giat dijalankan.
•Purata rakyat Malaysia membaca dalam setahun hanya satu muka surat.
•Bahan bacaan bermutu masih kurang terdapat di negara kita terutama bahan dalam bahasa Melayu.
•Walaupun terdapat golongan yang membaca namun mereka hanya membaca bahan berbentuk hiburan dan bukan yang berbentuk akademik.
•Terdapat pelbagai sebab mengapa amalan membaca ini belum lagi menjadi suatu budaya dalam kalangan rakyat Malaysia. Antaranya ialah tradisi membaca ini memang tidak wujud sejak dahulu lagi di negara kita.
•Masyarakat sekarang lebih dipengaruhi oleh media lain yang lebih mudah untuk mendapatkan maklumat dan hiburan seperti radio, televisyen, dan internet.
•Faktor lain ialah sikap rakyat kita sendiri yang mengambil mudah terhadap amalan ini dan menganggapnya sebagai suatu beban.
•Selain itu, bahan bacaan yang sesuai dan berpatutan harganya sukar diperoleh terutama bahan dalam Bahasa Melayu.
•Kurangnya tempat yang menyediakan kemudahan dan bahan bacaan yang sesuai juga merupakan antara faktor yang menyebabkan kurangnya sikap suka membaca dan jika ada pun tempat seumpama itu keadaannya seperti “hidup segan mati tak mahu”.
•Rakyat kita juga kurang mendapat galakan untuk membaca terutama golongan kanak-kanak dan pelajar.
•Terdapat pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan penting dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat.
•Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebaikan dan faedah membaca.
•Pelbagai kempen, pameran, dan pesta buku diadakan sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.
•Di samping itu, cukai import bahan bacaan dari luar negara turut dikurangkan agar bahan itu dapat dijual dengan harga yang lebih mampu dibeli.
•Selain bahan dari luar negara, kerajaan juga memberikan insentif khas kepada penerbit tempatan untuk menggalakkan mereka lebih banyak menerbitkan buku.
•Kemudahan untuk aktiviti membaca seperti perpustakaan perlu disediakan bukan sahaja di kawasan bandar malah juga di luar bandar dan ini termasuklah perkhidmatan perpustakaan bergerak.
•Di peringkat sekolah, guru berperanan besar menarik minot pelajar membaca.
•Pusat sumber sekolah harus dilengkapkan dengan kemudahan yang selesa untuk aktiviti membaca di samping mempunyai bahan bacaan yang mencukupi dan sesuai untuk peringkat remaja.
•Sudut bacaan harus diwujudkan di sekitar sekolah, malah di dalam setiap bilik darjah juga perlu diadakan satu sudut untuk aktiviti membaca.
•Program-program yang berkaitan dengan membaca harus diperbanyak seperti kempen membaca dan pertandingan membaca.
•Namun langkah yang lebih penting dan berkesan bermula pada peringkat awal, iaitu semasa kanak-kanak lagi.
•Dalam hal ini, ibu bapa haruslah memberikan galakan dan contoh yang baik untuk diikuti oleh anak-anak.
•Mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai untuk aktiviti membaca seperti sudut bacaan, bahan bacaan yang sesuai, dan kemudahan yang selesa merupakan satu langkah bijak untuk menghasilkan generasi yang mengamalkan budaya membaca.
•Melalui aktiviti membaca, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan terutama yang berkaitan dengan isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita.
•Kita dapat memajukan diri dengan mendalami sesuatu bidang yang kita ceburi melalui pembacaan bahan yang berkaitan.
•Selain menambahkan pengetahuan, membaca juga dapat meningkatkan daya fikir kita agar dapat berfikir dengan lebih matang dan berkesan dalam membuat pertimbangan dan keputusan.
•Masa lapang yang diisi dengan aktiviti membaca lebih berfaedah daripada dihabiskan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
•Terdapat golongan yang membaca untuk menenangkan fikiran. Membaca juga merupakan satu cora kita berehat.
•Ada pendapat yang mengatakan bahawa orang yang banyak membaca akan cepat menunjukkan kematangan kerana mereka mampu berbincang tentang pelbagai perkara hasil daripada pengetahuan mereka yang luas
No comments:
Post a Comment