Thursday, March 24, 2011

Keputusan Peperiksaan SPM 2010 ; Teladan dan Sempadan




Tanggal 23 Mac 2010 - Debaran pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2010 terhenti dengan pengumuman keputusan tersebut secara rasmi. Tamat sudah spekulasi, tamat sudah cerita-cerita tidak nyata,tamat sudah angan-angan yang tidak bernilai... semua result sudah berada di genggaman masing-masing.

Bagaimana agaknya catatan yang tertera di dada kertas putih salju itu? Adakah kejayaan cemerlang? atau sekadar lulus beberapa subjek sahaja ? atau banyak yang gagal daripada yang lulus? hanya ada yang tahu dan sudah pasti berulang kali anda menatapnya bersama seisi keluarga.

Yang pasti ramai yang tertawa sendirian, dan tidak kurang yang ketawa bersama dengan sahabat handai. Yang pasti juga, ada yang menanggis kegembiraan dan sudah tentu ada yang menanggis kedukaan...adalah lebih aneh, pelik dan janggal jika ada yang tidak rasa apa-apa...Bagi yang tidak merasa apa-apa, mengapalah mereka tidak ada perasaan belas kasihan terhadap diri sendiri, terhadap guru, terhadap keluarga dan terhadap masa depan mereka.

Cuma cikgu ingin berkongsi suka duka anda dan juga suka duka sahabat-sahabat anda? SPM tetap datang dan pergi ... dan mungkin tidak keterlaluan jika cikgu katakan bahawa SPM ini adalah tiket/enjin/nyawa/....bagi kita mencorakkan kehidupan dan masa depan kita. Cikgu tidak bermaksud, jika tiada SPM, kita tidak boleh hidup. Cuma untuk mencapai kehidupan lebih sempurna, indah, nikmat dan bahagia...kita mestilah mempunyai SPM yang terbaik, baik dan agak baik.

Saban tahun berlaku..ada sebilangan pelajar yang telah menerima keputusan SPM akan mengeluh, menyesal dan tidak selesa, Mereka baru berasa sedar akan kepentingan SPM. Dan atas kesedaran itu, maka barulah ingin mencuba untuk kali kedua dengan mengambil kertas Julai atau mengulang SPM...Sepatutnya situasi ini menjadi iktibar dan teladan kepada pelajar-pelajar SPM 2011. Janganlah anda akan menyesal setelah kita selesai mejawab atau setelah kita mendapat keputusan...Penyesalan itu tidak membawa apa-apa makna kerana sudah terlewat.

Ayuhlah kita bangkit, bangun berdiri dan bergerak untuk membina keazaman diri untuk menghadapi peperiksaan SPM dan PMR 2011. Kita panjant gunung halangan yang menghalang kejayaan kita, kita hambat perjalanan jauh yang penuh onak dan duri dan kita redahi lautan masalah yang melanda...semuanya terletak ditangan kita untuk mencorakkan kehidupan kita..Tanamkan dan jati diri yang kuat serta azam untuk rajin belajar, rajin berusaha, rajin mengulangkaji, rajin membuat kerja sekolah dan rajin membaca buku. Jika ini mkuita lakukan, Insya Allah..kejayaan akan menjadi milik kita bersama...

Tahniah kepada pelajar yang berjaya dan jangan berputus asa kepada yang kurang berjaya...

Karangan Perbahasan ; Panduan Secara Umum




Karangan Jenis Perbahasan

Panduan Mengarang :

1.Karangan jenis ini ialah karangan yang ditulis untuk menyampaikan pendapat tentang sesuatu tajuk yang diberikan.

2.Perbahasan terbahagi kepada dua pihak yang mempunyai pendapat yang bertentangan iaitu :

·pihak pencadang
·pihak pembangkang

3.Kedua-dua pihak ini mempunyai pendapat-pendapat yang tersendiri yang hendak dihujahkan.

4.Setelah menulis pendahuluan kemukakan hujah-hujah anda

5.Pastikan kamu telah mengenal pasti terlebih dahulu hujah berkenaan yang pada mulanya dicatatkan secara ringkas.

-mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
-kata - kata aluan ( jika tidak ada , tolak 1 markah )

Contoh Karangan :

‘Menonton televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk’. Berikan pendapat kamu sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan pernyataan ini.

Pengenalan :
a)kata-kata aluan
b)tajuk yang hendak dibahaskan

Perenggan ke-2
a)tidak bersetuju dengan tajuk
b)alat media massa yang terkenal
c)menyiarkan banyak rancangan

Perenggan ke-3
a)rancangan berita dan peristiwa dunia banyak berfaedah
b)dapat mengetahui perkembangan dunia

Perenggan ke-4
a)banyak rancangan lain dapat menambahkan ilmu pengetahuan
b)mengetahui sesuatu perkara dengan lebih terperinci

Penutup
a)tegaskan pendapat anda tentang tajuk perbahasan
b)ucapan terima kasih


Contoh Karangan Lengkap : Karangan Perbahasan :

Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, Guru Besar, guru-guru, para hakim yang arif, barisan pihak pencadang dan rakan-rakan pelajar sekalian. Tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah Menonton televisyen lebih banyak mendatangkan kesan yang buruk’.

Saya bersama-sama rakan saya tidak bersetuju sama sekali dengan tajuk yang diberikan itu. Sebagaimana yang diketahui umum, televisyen adalah suatu alat media massa yang terkenal pada masa kini. Setiap hari, ia menyiarkan berbagai-bagai rancangan seperti filem rencana, berita, drama dan lain-lain lagi.

Rancang berita sama ada berita dalam negeri atau pun berita dunia dan juga laporan peristiwa memang berfaedah kepada penonton. Mereka dapat mengetahui perkembangan dunia dengan duduk di rumah sahaja.

Banyak rancangan televisyen lain yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan para penonton misalnya ‘Hari Ini Dalam Sejarah’, ‘Siaran Ke Sekolah-sekolah’ , ‘TV Pendidikan’ dan lain-lain lagi. Filem-filem dokumentari yang sering ditayangkan melalui televisyen dapat membantu pelajar mengetahui sesuatu perkara dengan lebih terperinci.

Berdasarkan contoh-contoh di atas, jelaslah bahawa menonton televisyen mendatangkan kesan yang baik dan bukan yang sebaliknya. Sebelum mengundur diri , sekali lagi saya tegaskan pendirian kami membangkang tajuk di atas. Sekian , terima kasih.

Tajuk : Anda adalah pencadang dalam pertandingan perbahasan peringkat daerah. Tajuk perbahasan ialah ‘Wanita Lebih Baik Bekerja Daripada Tinggal Di Rumah’.

Yang dihormati, tuan pengerusi majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana, barisan pembangkang yang dihormati, dan para hadirin sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sebagaimana yang diketahui, tajuk perbahasan kita pada hari ini ialah ‘ Wanita Lebih Baik Bekerja Daripada Tinggal Di Rumah’. Kami sebagi pencadang tetap menyokong tajuk ini.

Hadirin sekalian.

Pada masa kini, wanita dan lelaki ternyata berada pada tahap yang sama terutamanya daripada segi pendidikan. Wanita kini sudah mempunyai keupayaan untuk memegang sebarang jawatan yang dipertanggungjawabkan kerana mereka mempunyai kelayakan. Jadi, wanita tidak perlu duduk di ceruk dapur sahaja.

Saudara dan saudari.

Sekiranya wanita bekerja, mereka boleh membantu menambahkan pendapatan keluarga. Bagi golongan suami yang berpendapatan rendah sudah tentu menghadapi masalah untuk menyara keluarga, terutamanya mereka yang hidup di bandar. Oleh itu, jika isteri bekerja, bebanan itu menjadi ringan.

Selain itu, terdapat juga pekerjaan yang tidak sesuai dengan kaum lelaki seperti jururawat. Tugas ini mesti dijalankan oleh wanita kerana memerlukan sifat ketekunan, ketelitian, kegigihan, dan kesabaran.

Jadi, sebelum saya menamatkan hujah saya, ingin saya tegaskan bahawa wanita lebih baik bekerja daripada tinggal di rumah. Sekian terima kasih

Contoh Karangan Syarahan : Memupuk Minat Membaca Dalam Kalangan Masyarakat



Terima kasih, Tuan Pengerusi Majlis. Yang Arif lagi bijaksana, panel penilai dan rakan-rakan yang dihormati. Assalamualaikum dan selamat pagi.

Tajuk syarahan yang menjadi pilihan saya pada pagi ini ialah “Ke Arah Memupuk Minat Membaca dalam Kalangan Masyarakat”. Mengapakah saya memilih tajuk ini dan apakah yang ingin saya kupas daripada tajuk ini? Sebenarnya, beberapa hari yang lepas, saya baru selesai mengikuti jerayawara ke lima buah daerah di Johor untuk mengajar pelajar mengaplikaskan maklumat dalam karangan. Daerah terakhir yang saya kunjungi ialah daerah Pasir Gudang iaitu pada 3 Julai yang lalu. Di setiap daerah, saya akan bertanya kepada pelajar-pelajar, siapakah yang membaca surat khabar pada setiap hari? Tuan-tuan dan puan-puan tahu apakah jawapannya? Jawapannya amat mendukacitakan. Daripada lebih 100 orang peserta di setiap daerah, tidak sampai 10 orang yang membaca surat khabar pada setiap hari! Kalaupun ada yang membaca, mereka akan hanya membaca ruangan tertentu seperti ruangan sukan atau hiburan. Mereka juga tidak mengetahui nama-nama pemimpin negara apalagi isu semasa yang melanda negara. Inilah gambaran budaya membaca masyarakat kita yang sebenar. Oleh itu, tidak hairanlah jika, Perpustakaan Negara Malaysia mengumumkan bahawa purata membaca setiap rakyat Malaysia hanyalah dua buah buku setahun. Keadaan ini amat menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya! Oleh sebab remaja hari ini merupakan pemimpin masa depan, maka usaha-usaha untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu dilakukan oleh semua pihak. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, pada hari ini saya ingin mencadangkan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memupuk budaya membaca dalam masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Sebelum ini, banyak usaha dijalankan namun tahap pembacaan masyarakat masih rendah. Malahan, Kampung Buku di Langkawi yang diharapkan dapat menjadi daya tarikan untuk memupuk budaya membaca, dilaporkan terbiar dan tidak dimanfaatkan walaupun jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk membinanya. Oleh itu, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas, yang mahu menjadikan Malaysia sebagai “Negara Pembaca” perlulah disambut baik oleh semua pihak. “Negara Pembaca” yang dihasratkan ialah negara yang bukan sahaja memiliki rakyat yang suka membaca dan berasaskan ilmu pengetahuan, malahan diharapkan agar rakyat mempunyai kemampuan berterusan untuk belajar, membuat penyelidikan dan melakukan penemuan baru. Tuan-tuan dan puan-puan, dengan terealisasinya hasrat ini, maka terealisasilah juga “Dasar Buku Negara” yang berhasrat untuk menjadikan masyarakat Malaysia, bukan sahaja suka membaca malah berupaya untuk menghasilkan dan menerbitkan banyak buku yang sesuai dan berkualiti.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Selain dasar dan polisi kerajaan, prasarana yang sesuai dan mesra pengguna hendaklah dibangunkan. Kerajaan boleh membangunkan perpustakaan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai dan mudah dikunjungi. Selain itu, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak juga perlu diperbanyak supaya gerakan ini dapat sampai ke seluruh ceruk rantau. Selain kerajaan, pihak swasta dan orang persendirian juga boleh membangunkan perpustakaan. Di Amerika Syarikat, lending library atau circulating library ini dibangunkan dan dijadikan sumber perniagaan, iaitu dengan menjadikannya sebagai perpustakaan pinjaman berbayar. Usaha ini telah pelopori oleh William Rind sejak tahun 1762 dan telah mendatangkan impak yang amat besar terhadap pembudayaan membaca dalam kalangan rakyat Amerika selepas itu. Oleh itu, jelas bahawa pembinaan prasarana yang banyak dan meluas, membantu masyarakat kita membudayakan membaca.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pihak swasta juga perlu memainkan peranan untuk memupuk masyarakat membaca. Selain syarikat penerbitan menerbitkan banyak judul menarik dan mengusahakan penterjemahan buku-buku yang berkualiti dari negara, media massa turut memainkan peranan yang penting. United Kingdom, merupakan sebuah negara yang sememangnya berbudaya membaca dan keadaan itu bukanlah sesuatu yang terbina dalam sekelip mata. Pada tahun 2004, mereka telah mengadakan program BigRead yang merupakan satu program untuk mencari 100 buah buku paling popular di United Kingdom. Yang terpenting ialah program ini telah dilakukan secara bersepadu oleh pihak-pihak media, seperti TV, radio, Internet dan juga usaha sama dengan beberapa buah kedai buku. Caranya mudah sahaja. TV UK, misalnya BBC 1, telah menyiarkan program yang mengulas 100 buah buku yang tersenarai pada setiap minggu. Pada masa yang sama, orang ramai akan mengundi buku-buku kegemaran mereka menerusi Internet. Toko-toko buku pula akan menjual buku yang tersenarai itu dengan melabel dan meletakkannya pada rak-rak khas yang tercetak BigRead di muka depannya. Cara ini umpama carta muzik di kaca TV kita. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, jika kita boleh menciplak banyak program tv realiti berbentuk hiburan dari negara Barat, apalah salahnya jika kita menciplak idea yang sangat membina ini? Jika semua pihak swasta menggembleng tenaga, saya yakin dan percaya, di samping mendapat keuntungan, akan terlunaslah satu daripada tanggungjawab sosial mereka kepada negara iaitu memupuk budaya membaca. Inilah yang dikatakan situasi menang-menang, tuan-tuan dan puan-puan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’. Apakah maknanya kata-kata itu, tuan-tuan dan puan-puan? Maknanya, Erasmus melebihutamakan buku, sedangkan kepentingan makanan datang kemudian. Pada Erasmus dan juga sebilangan besar masyarakat negara maju yang lain, membaca itu amat penting buat santapan minda. Oleh itu, sebagai langkah yang ke-4, kita perlulah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli bahan bacaan. Masyarakat kita bukannya tidak mempunyai wang, mereka ada wang. Hampir setiap rumah, mempunyai radio dan televisyen, malah melanggan Astro. Bagi yang berkemampuan sedikit, mereka tidak lokek untuk berbelanja bagi memiliki produk penjagaan diri dan kesihatan, dan sebagainya. Cuma mereka tidak terbudaya untuk memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku. Oleh itu, suatu gerakan besar-besaran perlulah dilakukan supaya, masyarakat kita, terbudaya untuk merancang perbelanjaan dengan lebih bijak dengan memperuntukkan sejumlah wang untuk pembelian buku. Diharapkan dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan masyarakat yang walaupun tidak kaya tetapi berminda kelas pertama. Sebenarnya, inilah modalnya untuk kita menjadi negara yang maju dan kaya menjelang tahun 2020 ataupun 2058 sebagaimana yang disasarkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Akhirnya, ialah peranan ibu bapa. Bagaimana acuan begitulah kuihnya manakala melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Sebelum kanak-kanak boleh membaca, seharusnya mereka sudah dibiasakan dengan buku sama ada memegang, melihat atau menikmati buku secara bercerita. Berdasarkan kajian, 80 hingga 88% ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca. Ibu bapa bukan sahaja menjadi penggalak, malah perlu menjadi suri teladan. Mereka mestilah terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan tabiat membaca. Sebagai permulaan, anak-anak boleh dibacakan “bed time story” sebelum mereka tidur. Apabila usia bertambah, belikan buku-buku cerita yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik perhatian mereka. Menjelang usia remaja pula, ajaklah anak-anak berbincang tentang bahan bacaan yang dibaca oleh mereka atau yang dibaca oleh ibu bapa. Jika ini dilaksanakan, saya yakin dan percaya, anak-anak ini akan terus menghargai buku dan ilmu seterusnya merealisasikan gagasan pembelajaran sepanjang hayat. Keadaan ini sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat berminda kelas pertama yang mampu menggegarkan dunia dengan tahap keilmuan yang tinggi.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Tahukah anda berapa judul buku yang menyaksikan matahari setiap hari? Setiap 30 saat, setiap hari, sekitar 4000 buku baru diterbitkan di seluruh dunia. Ini bermakna, pada setiap tahun, sekitar 1.5 juta judul baru menemui pembaca. Sejak mesin Gutenberg dicipta pada 1450, sebanyak 50 juta judul buku telah diterbitkan di planet bumi. Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membaca semua buku itu, anda perlu hidup 250,000 tahun! Malah, kalau pun anda hanya membaca judulnya sahaja, anda memerlukan masa selama 15 tahun! Bermakna, setiap hari, begitu banyak ilmu yang ditemukan lantaran ilmu tersebut semakin berkembang dari hari ke hari. Oleh itu, jika tidak disemaikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, kita akan ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung. Bertepatan dengan bulan Julai iaitu Bulan Membaca Negara, marilah sama-sama kita menyemai budaya membaca supaya cabaran Wawasan 2020 yang ke-6 iaitu ”mewujudkan masyarakat yang maju dan progresif..” bukan fatamorgana semata-mata.

Sekian, terima kasih.


Sumber : http://www.zanariah.myportal.my/ - Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.

Sunday, March 20, 2011

Novel Papa...akhinya kau tewas jua!



Papa…(akhirnya kau tewas jua!)

Sinopsis:

Novel ini mengisahkan kehidupan sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada Intan Juliana (Julia), mama (Intan Maliana), papa (Jefri) dan Mak Cik Noraini. Pada awal cerita, hubungan mama dan papa digambarkan sangat erat dan mesra. Pada suatu hari, mama jatuh sakit. Papa memberitahu Julia bahawa mama telah mengandung. Julia sangat gembira namun Mak Cik Noraini berasa amat bimbang apabila mendengar berita itu. Hal ini disebabkan mama pernah mengalami komplikasi semasa melahirkan Julia dahulu. Ketika pulang dari sekolah, Julia terdengar perbualan antara mama dengan Mak Cik Noraini. Dalam perbualan itu, Mak Cik Noraini mengingatkan Mama tentang peristiwa semasa melahirkan Julia. Mama telah koma akibat kehilangan banyak darah manakala Julia menghidap penyakit demam kuning dan alah pada susu tepung. Mama menjelaskan bahawa dia sanggup berkorban kerana papa menginginkan anak lagi. Mama dan papa telah berbincang tentang perkara tersebut. Rakan sekerjanya, Cikgu Suzie turut melahirkan perasaan bimbangnya. Namun begitu, mama tetap berkeras untuk meneruskan kandungannya demi papa yang sangat dicintainya. Kandungan mama semakin membesar dan dijangka akan melahirkan anak kembar lelaki. Ketika di dapur, Julia bertanyakan Mak Cik Noraini keadaan mama semasa melahirkannya dahulu. Mak Cik Noraini menceritakan segala-galanya dan memberitahu bahawa badan Julia hanya sebesar anak kucing yang berumur sebulan.

Di kolej tempat papa mengajar, terdapat seorang pelajar yang amat meminati pengajarannya, iaitu Aisyah. Kadangkala papa menumpangkan Aisyah hingga ke rumahnya. Julia pernah menguji kesetiaan papa supaya menjadikan Aisyah sebagai isteri keduanya. Papa meyakinkan Julia bahawa dia tidak akan menduakan mama. Mama dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana sudah tiba masanya untuk mama untuk melahirkan anak. Doktor memberitahu papa bahawa bayi kembar lelaki yang dikandung mama ialah bayi kembar Siam. Walau bagaimanapun bayi kembar tersebut telah meninggal dunia sewaktu dalam kandungan lagi. Mama kehilangan banyak darah dan berada dalam keadaan koma. Kini, tugas menghantar dan mengambil Julia diambil alih oleh papa. Di sekolah, Julia telah berkenalan dengan pelajar baru di kelasnya, Rasylan. Mereka saling bertukar cerita. Mama masih lagi koma dan berada di hospital. Mak Cik Noraini meminta papa agar berkahwin lagi kerana dia tidak sampai hati melihat papa bersendirian dan tidak seceria dahulu. Papa mengatakan bahawa dia sanggup menunggu mama pulih dan perlu menjaga hati Julia. Julia telah meminta kebenaran papa untuk pergi ke rumah Rasylan. Papa menyuruh Julia memperkenalkan Rasylan kepadanya terlebih dahulu agar maruah Julia sebagai seorang perempuan terpelihara.

Apabila Julia pulang selepas kertas terakhir peperiksaan SPM, dia mendapati bahawa mama telah dibawa pulang oleh papa. Papa telah mendapat kebenaran oleh doktor dan mama ditempatkan di bilik yang dilengkapi dengan peralatan seperti di hospital. Hampir 8 bulan mama koma dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan sedar. Keputusan SPM Julia akan diumumkan tidak lama lagi. Papa masih lagi tidak putus asa dan sentiasa berdoa kepada Tuhan agar mama cepat sedar daripada komanya. Papa tetap menunjukkan kasih sayangnya kepada mama dan sentiasa berbual dengan mama yang sedang koma itu. Selepas beberapa minggu peperiksaan tamat, Rasylan menziarahi Julia dan papa. Rasylan dan papa berbual-bual dari tentang mama hingga latar belakang Rasylan. Rasylan kehairanan kerana papa seolah-olah sudah mengenali bapa angkatnya. Papa menjelaskan bahawa bapa angkat Rasylan, Datuk Mustakim telah melanggar ibu dan bapa papa. Dalam kemalangan tersebut, bapa papa telah meninggal dunia manakala ibu papa lumpuh. Hubungan Julia dan Rasylan bertambah intim dan mesra. Sifat-sifat Rasylan telah memikat hati Julia. Namun begitu, papa menunjukkan perasaan kurang senang hatinya Julia berkawan dengan Rasylan.

Julia dan Rasylan telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Julia ternampak papa dan Aisyah sedang makan di sebuah restoran seperti sepasang kekasih semasa dia dan Rasylan ingin meraikan kejayaan mereka di Starbucks Coffee. Julia dan Rasylan melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Keesokannya, Julia dan Rasylan keluar untuk membeli buku dan sekali lagi dia ternampak papa bersama-sama dengan Aisyah. Fikiran Julia runsing memikirkan hubungan papa dengan gadis tersebut. Pada suatu hari, Rasylan mengajak Julia makan di A&W. Dalam perjalanan, Rasylan memberitahu Julia bahawa Encik Muaz al-Khalibi, pensyarah daripada Jabatan Sains Politik telah memintanya menjalankan ujian DNA. Apabila sampai, Julia telah melihat papanya sedang berbual dengan Aisyah di suatu sudut restoran tersebut. Julia mengajak Rasylan meninggalkan restoran itu.

Pada minggu berikutnya, Julia pulang ke rumah. Dia terdengar perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa. Mak Cik Noraini bersetuju dengan hasrat papa untuk berkahwin semula kerana sudah bertemu dengan orang yang sesuai. Di ruang tamu, Julia melihat papa membaca artikel “Poligami’. Julia memberitahu papa bahawa dia telah terserempak dengan papa dan Aisyah beberapa kali. Julia mengaitkan artikel tersebut dengan niat papa yang ingin berkahwin lagi. Julia mengingatkan papa bahawa mama masih hidup lagi dan menganggap papa curang dan mengkhianati mama. Papa telah menampar pipi Julia kerana kelancangannya itu. Rasylan menasihati Julia agar menerima hasrat papa kerana papa manusia biasa yang memerlukan seseorang yang boleh berkongsi segala-galanya. Kemudian, Rayslan memberitahu Julia bahawa DNAnya sama dengan Encik Muaz. Rasylan tidak dapat menerima kenyataan ini kerana dia dipelihara di rumah Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak kecil.

Sudah dua minggu Julia tidak balik ke rumah selepas peristiwa dia ditampar itu. Papa telah datang ke kampus UIA untuk berjumpa dengannya. Papa meminta keizinan Julia untuk mencari pengganti mama dan menjelaskan bahawa dia memerlukan seseorang bagi mengejutkannya tidur untuk solat Subuh, berkongsi cerita dan mengingatkan tarikh perjumpaannya dengan doktor. Mama tidak dapat melakukan semua perkara itu lagi. Akhirnya, Julia akur dengan permintaan papa demi kebahagiaan papa.

Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya sebagai anak luar nikah bapanya, Encik Muaz dengan seorang warga Indonesia. Dia telah ditinggalkan oleh ibunya berhampiran dengan longkang besar. Ibunya berharap agar dia mati kerana kelahirannya tidak berayah dan ibunya tidak sanggup menanggung malu besar. Kini, ibunya telah pulang ke negara asalnya. Bagi Rasylan, Datuk Mustakimlah yang dianggap sebagai ayah bukannya Encik Muaz.

Papa telah memperkenalkan bakal isterinya kepada Julia. Pada hujung minggu itu, papa meminta Julia pulang untuk menghadiri majlis pernikahannya pada malam tersebut. Namun begitu, Julia enggan dan memberikan alasan untuk menjaga mama. Pada pagi berikutnya, Julia diserang demam panas. Ketika terlantar di hospital, Julia telah bermimpi berjumpa dengan seorang lelaki yang mirip papa cuma masih muda dan bernama Jeffri. Dalam mimpi tersebut, Jeffri memujuk dan menasihati Julia agar membenarkan papa berkahwin lagi. Papa sudah lama menanggung penderitaan sejak mama koma. Menurut Jeffri lagi, papa memerlukan seseorang yang dapat berkongsi kehidupannya dengannya. Walaupun mama masih hidup, namun mama tidak dapat berbuat sedemikan dan tidak tahu masanya mama akan pulih. Julia memberitahu Jeffri bahawa dia takut kehilangan kasih sayang papa. Pada penghujung mimpi tersebut, Julia merelakan perkahwinan papanya demi kebahagiaan mereka sekeluarga. Julia terlantar di hospital selama tiga hari. Apabila cuti semester berakhir, Julia meneruskan pengajiannya.

Selepas peperiksaan semester kedua, Julia pulang ke rumah. Julia terdengar papa menegur Mak Cik Aisyah yang telah masuk ke bilik mama seorang diri. Perbuatan Julia mendengar perbualan ibu bapanya secara curi-curi ditegur oleh Mak Cik Noraini. Julia memberitahu Mak Cik Noraini bahawa papa memarahi Mak Cik Aisyah yang mungkin akan meletakkan racun kepada mama. Mak Cik Noraini yang terdengar kata-kata Julia telah berkecil hati. Julia meminta maaf dan menyatakan kerelaannya menerima Mak Cik Aisyah dengan hati yang ikhlas. Hubungan antara Julia dengan Rasylan semakin intim dan perasaan cemburu mulai timbul dalam hati masing-masing. Rasylan menegaskan bahawa dia akan menolak tawaran Encik Muaz apabila ditanya oleh Julia tentang hal itu.

Julia sedang menghadapi masalah hubungan cintanya dengan Rasylan. Mak Cik Aisyah yang menyedari hal itu telah memberikan nasihat dan pandangannya untuk membantu Julia. Selepas solat, papa meluru masuk ke bilik mama. Papa menegur mama seperti biasa dengan harapan ada keajaiban akan berlaku. Tiba-tiba mama membuka mata, mengerakkan tangan dan jari-jarinya serta mulutnya terkumat-kamit seperti ingin menyatakan sesuatu. Papa amat gembira dengan perkembangan mama itu. Ketika papa sedang berbual dengan mama, Mak Cik Aisyah muncul. Mama memandang Mak Cik Aisyah dengan kehairanan. Papa memperkenalkan Mak Cik Aisyah dan menjelaskan sebab-sebab dia berkahwin lagi. Namun begitu, mama kelihatan tidak dapat menerima kenyataan itu. Mama tiba-tiba nazak dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sejak kelahiran Julia, papa tidak pernah menangis, namun kali ini papa akhirnya tewas jua.


TEMA NOVEL PAPA:

Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayang.Buktinya mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap papa yang inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal dihadapi sekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Papa juga membuktikan kasih sayang yang mendalam terhadap mama dengan cara menjaganya, berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu.Malah, Intan Julia turut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwini Aishah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang hasrat papa.

PERSOALAN NOVEL PAPA:


1. Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masing-masing buktinya Intan maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun

2. Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya ,Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan kembar Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.

3. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Buktinya, Jeffri tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak kembarnya turut meninggalkannya.

4. Keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan melalui watak cikgu Suzie yang cuba menasihati Intar Marliana agar tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi.

WATAK DAN PERWATAKAN
INTAN JULIA

Intan Julia atau lebih dikenali sebagai Julia ialah watak utama novel ini. Julia ialah seorang remaja yang menuntut ilmu di sekolah menengah dalam tingkatan lima. Bapanya bernama Jeffri manakala ibunya bernama Intan Maliana. Pada mulanya, keluarga Julia amat bahagia. Dia memperoleh kasih sayang yang mendalam daripada ibu dan bapanya. Kehidupannya bertukar suram selepas ibunya koma dan adik kembarnya meninggal dunia. Namun Julia tabah menghadapi dugaan tersebut.

PENYAYANG
Julia amat menyayangi ibu bapanya. Semasa ibunya jatuh koma, dia sentiasa mendoakan agar ibunya segera sembuh. Dia juga berusaha untuk menjaga ibunya setiap kali pulang daripada kampus pada hujung minggu. Julia turut menyayangi bapanya. Demi membahagiakan bapanya, Julia merestui bapanya untuk memperisterikan Aisyah.

KEGIGIHAN DAN KETEKUNAN
Julia gigih mengulang kaji pelajarannya. Berkat kegigihan dan ketekunannya, dia Berjaya lulus SPM dengan cemerlang. Akhirnya, dia ditawarkan peluang untuk menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.

KETABAHAN
Julia banyak menghadapi cabarn hidup. Antaranya ialah keadaan ibunya yang jatuh koma, kematian adik-beradik ekmbarnya, kenyataan bahawa bapanya ingin berkahwin lagi, pertengkaran antara dia dengan Rasylan, dan kematian ibunya. Namun Julia sentiasa tabah dan sabar mengharungi cabaran serta dugaan hidup.

BERTOLAK ANSUR
Walaupun pada awalnya Julia tetap dengan pendiriannya yang tidak mengizinkan papanya berkahwin lagi, namun, setelah dibawa berbincang, Julia membenarkan atas sebab-sebab kesihatan .


JEFFRI (PAPA)

Jeffri merupakan bapa kepada Julia. Sebagai ketua keluarga, jeffri memikul tanggungjawabnya dengan baik. Dia bekerja sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi di Kolej Iktisas. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi dan berlandaskan keikhlasan hati. Lantaran itu, dia amat sedih apabila mama jatuh koma. Kesunyian yang dialaminya membawa kepada pperkahwinan antara dia dengan Aisyah.

PENYAYANG
Papa amat menyayangi mama dan Julia. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi walau apa jua rintangan yang terpaksa diharunginya. Dia membawa mama pulang ke rumah agar dia sentiasa dapat berdampingan dengan mama yang koma. Dia juga amat sayang akan Julia. Dia tidak membenarkan Julia berkawan dengan Rasylan kerana latarbelakang keluarganya tidak baik.

BERPENDIRIAN TEGAS
Papa amat tegas dengan pendiriannya bahawa Rasylan bukan orang yang baik-baik. Walaupun Julia menyatakan rasylan baik-baik orangnya, papa tetap melarang Julia daripada terus berkawan dengan Rasylan. Papa juga tetap dengan pendiriannya untuk berkahwin lagi. Walaupun Julia tidak bersetuju dengan keputusannya, papa cuba memujuk dengan sedaya upaya supaya Julia menerima kehadiran Aisyah dalam hidupnya.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Papa turut sentiasa mengerjakan sembahyang tepat pada waktunya. Papa sentiasa reda dan berserah kepada takdir.

PRIHATIN
Papa prihatin terhadap kesihatan mama dan sentiasa menasihati mama agar menurut arah ndoktor. Dia jugan prihatin dengan perasaan Julia yang tidak mahu papanya berkahwin lagi lalu memujuknya.


INTAN MALIANA (MAMA)

Intan Maliana ialah isteri kepada Jeffri dan ibu kepada Julia. Dalam novel ini, watak ini lebih dikenali sebagai mama atau Kak Maliana. Mama amat menyayangi papa dan sanggup berkorban untuk kebahagiaan papa. Dia pernah menghadapi komplikasi ketika melahirkan Julia suatu ketika dahulu. Mama bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Seri Gading.

SANGGUP BERKORBAN
Walaupun menyedari hakikat bahawa dirinya akan menghadapi kesulitan semasa melahirkan anak, mama tetap dangan keputusannya untuk mengandung lagi. Mama sanggup berkorban untuk membahagiakan papa yang ingin menambah ahli keluarganya.

TEGAS PENDIRIAN
Mama tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan menggugurkan kandungannya. Walaupun banyak orang telah menasihatinya agar tidak meneruskan kandungan ini, dia tetap dengan keputusannya demi membahagiakan raja hatinya.

BERTANGGUNGJAWAB
Mama merupakan seorang guru yang bertanggungjawab. Dia begitu berusaha member tunjuk ajar kepada pelajarnya sehingga dia disukai oleh pelajarnya. Mama dikatakan sentiasa berdedikasi dalam menyalurkan ilmu pengetahuan kepada anak muridnya.

PENYAYANG
Kasih sayangnya yang mendalam terhadap papa terbukti apabila dia sanggup mengandung lagi demi memenuhi hasrat papa.

PLOT

PERMULAAN

Keadaan keluarga Julia, Papa (Jeffri) , dan Mama (Intan Maliana) digambarkan amat bahagiia. Kasih sayang antara papa dengan mama menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan hidup mereka. Sebagai anak, Julia berasa kagum terhadap kasih sayang antara papa dengan mama. Julia turut rasa bangga kerana mempunyai sebuah keluarga yang dibentuk atas dasar kasih sayang seorang suami yang tidak berbelah bahagi terhadap isterinya.

PERKEMBANGAN

Papa memaklumkan Julia bahawa mama telah mengandung sekali lagi. Julia akan mempunyai adik sebagai pelengkap keluarga mereka. Mak Cik Noraini bimbang Mama akan menghadapi kompilasi seperti dahulu. Mama jtuh koma manakala Julia menghidapi masalah alah susu tepung. Mak Cik Noraini terpaksa mengeluarkan susu mama dengan bantuan doktor. Namun, kejadian itu tidak menggentarkan mama. Baginya, dia hanya perlu tabah dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Dalam pada itu, dia sanggup menghadapi risiko demi membahagiakan papa.

Di sekolah pula, Julia sempat berkenalan dengan Rasylan, seorang pelajar baru di kelasnya. Ketampanan Rasylan Berjaya menarik perhatian Julia. Rasylan merupakan anak angkat kepada Datuk Mustakim. Pada masa yang sama, rakan sekerja mama, Cikgu Suzie, turut menyuarakan kebimbangannya terhadap keadaan mama yang mengandung lagi. Beliau menasihati mama agar pandai menjaga diri kerana beliau tidak ingin melaihat mama ditimpa sebarang kecelakaan.

Tidak lama kemudian, mama sakit memandangkan sudah tiba masanya untuk mama bersalin. Papa, Julia Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bersalin. Namun, mama menghadapi komplikasi sekali lagi kerana sukar untuk melahirkan anak kembar yang dikandungnya dan terpaksa dibedah. Tidak lama kemudian, doktor yang bertanggungjawab membedah mama memberitahu bahawaanak kembar yang dilahirkan mama merupakan kembar siam. Namun begitu, mereka telah meninggal dunia sewaktu kandungan lagi. Mama pula jatuh koma. Jenazah Ahmad dan Muhammad dibawa pulang untuk dikebumikan.

Julia dan Rasylan semakin intim dan kini sepasang kekasih. Namun, papa tidak merestui hubungan mereka kerana bagi papa, Raslan tidak mempunyai latar belakang keluarga yang baik. Bapa angkatnya, Datuk Mustakim, merupakan orang yang melanggar ibu bapa papa sehingga mereka meninggal dunia.Keengganan Datuk Mustakim untuk bersemuka dengan papa selepas kejadian tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam diri papa. Rasylan cuba mengaturkan pertemuan antara mereka namun ditolak papa. Papa melarang Julia untuk terus berkawan dengan Rasylan membuatkan Julia terpaksa merahsiakan hubungan mereka.

Tanpa kehadiran mama di sisi, papa berasa sangat sunyi. Kehidupannya menjadi kurang ceria. Pada saat itulah, papa menjalinkan hubungan intim dengan Aisyah, salah seorang pelajarnya. Julia pernah terserempak dengan mereka dalam suasana penuh mesra di Restoran Pizza Hutt, Starbucks Coffee, dan Restoran A&W ketika dia keluar bersama-sama Rasylan. Ketidakpuasan hati Julia memuncak apabila papa ingin berkahwin dengan Aisyah. Julia yang tidak merestui perkahwinan tersebut telah bertengkar dengan papa. Dalam pertengkaran itu, papa telah menampar muka Julia. Tamparan itu telah meregangkan hubungan Julia dengan papa. Dalam kemarahan, Julia membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah pada hujung minggu itu. Dia menetap di kampus selam abeberapa minggu. Panggilan papa juga tidak dijawab.

Melalui Rasylan, Julia dapat mengetahui bahawa bapa kandung Rasylan ialah Encik Muaz al-Khalibi, salah seorang pensyarah UIA. Rasylan ialah anak luar nikah Encik Muaz dan pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Selepas dilahirkan, Rasylan ditinggalkan oleh ibunya di tepi longkang. Nasib Rasylan baik kerana diselamatkan dan ditempatkan di rumah anak yatim sehinggalah Datuk Mustakim mengambilnya sebagai anak angkat. Encik Muaz ingin menjalin semula hubungan dengan Rasylan namun Rasylan enggan. Bagi Rasylan, sikap tidak bertanggungjawab Encik Muaz membuatkannya tidak layak untuk menjadi bapa Rasylan.

Tidak kira dalam apa jua keadaan, Julia tidak akan menafikan hubungan anak dengan bapa antara dia dengan papa. Akhirnya, papa Berjaya memujuk Julia untuk merestui perkahwinannya dengan Aisyah. Julia menerima Aisyah sebagai ibu tirinya demi membahagiakan papa yang kesunyian. Tidak lama kemudian, Aisyah mengandung. Berita tersebut cukup menggembirakan papa dan Julia.

KLIMAKS
Mama tiba-tiba sahaja sedar daripada koma. Selepas sedar, mama ingin memakan pizza. Papa pula sempat memperkenalkan Aisyah sebagai isteri keduanya.

PELERAIAN
Mama tidak dapat menerima bahawa dia telah dimadukan dengan Aisyah. Dalam tangisannya, dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

TEKNIK PLOT

• DIALOG
• Perbualan antara dua atau lebih watak dalam plot sesebuah novel. Teknik ini mampu menghidupkan cerita novel di samping menyalurkan mesej-mesej penting kepada para pembaca melalui dialog antara watak.

• CONTOH

• "Apa you buat dalam bilik tu tadi?" Diam. Tiada jawapan yang kudengar.

• "Aisyah, I'm talking to you, please answer me!" Ulang papa sekali lagi dan kali ini lebih keras daripada tadi. Aku dapat mengenali suara papa. Rasa-rasanya dia sedang marah.

• "Saja, I nak jenguk Kak Maliana, salah ke?"

• PEMERIAN
• Digunakan untuk memerihalkan suatu keadaan, suasana, ciri-ciri fizikal, dan perasaan seseorang. Teknik ini memberi gambaran yang jelas tentang sesuatu peristiwa mahupun keadaan yang timbul dalam plot novel.

• CONTOH

• Kemesraan dua insan itu nyata amat payah untuk dipisahkan. Mereka sering menemani satu sama lain untuk kerja-kerja sedemikian. Mereka lebih menampakkan kemesraannya ketika mama ditemani angin petang yang bertiup lembut.

• MONOLOG DALAMAN
• Percakapan batin sesuatu watak bukan bertujuan untuk berkomunikasi tetapi untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan atau fikiran ketika berhadapan dengan sesuatu situasi.

• CONTOH

• Papa ada di sini? Kali ini dengan siapa pula? Mungkinkah dengan wanita yang kulihat di Starbucks Coffee di Mid Valley dahulu? Oh, tidak. Hati kecilku menjerit kerana tidak mahu terserempak dengannya.

• IMBAS KEMBALI
• Imbas kembali sesuatu watak terhadap peristiwa suatu ketika dahulu. Teknik ini memberi maklumat tentang latar belakang watak serta sebab musabab berlakunya suatu konflik.

• CONTOH

• Soalan yang berbunyi begini pernah aku dengar terkeluar daripada mulut papa ketika dia melarang mama daripada berbelanja sewenang-wenangnya. "Betullah macam apa yang you kata, tapi duit tu bukannya daun kering yang bersepah di tepi jalan,"

• UNSUR KEJUTAN
• melahirkan perasaan kejutan dalam diri pembaca. unsur ini menjadikan plot cerita lebih menarik.

• CONTOH

• "Isteri encik telah selamat melahirkan sepasang anak kembar, tetapi kedua-duanya telah meninggal dunia sewaktu masih dalam kandungan lagi. "

LATAR

LATAR TEMPAT

Sekolah Menengah Seri Gading
• tempat Intan Maliana mengajar
• tempat Julia belajar

Restoran Starbucks, Mid Valley Megamall
• tempat Julia dan Rasylan sering bekunjung
• tempat Julia terserempak dengan papa dan Aisyah

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras
• tempat mama dibedah
• tempat kembar siam diumumkan meninggal dunia

Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Selangor
• tempat Julia dan Rasylan menyambung pelajaran selepas berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM

Kedai Kopi (Coffee House) di Hotel Paya Serai
• tempat Papa memujuk Julia agar merestui perkahwinannya dengan Aisyah.


LATAR MASA

ZAMAN MODEN
• zaman ini sudah wujud peralatan canggih seperti kelengkapan-kelengkapan di hospital dan sebagainya
• (sekitar 2000-an)

TEMPOH MASA
• bermula dari Julia berada dalam Tingkatan 4 sehingga dia menyambung pengajiannya di UIA(3 tahun)

14 TAHUN DAHULU
• sewaktu mama mengimbas kembali kisah silamnya sewaktu melahirkan Julia

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat Moden
• sudah wujud permainan moden seperti Tenis dan peralatan canggih di hospital

Masyarakat Pendidik
• Papa merupakan pensyarah bidang ekonomi
• Mama merupakan guru Matematik

Masyarakat anak angkat
• Rasylan diambil sebagai anak angkat oleh Datuk Mustakim

Masyarakat Berpoligami
• Papa berkahwin dengan Aisyah semasa mama koma


GAYA BAHASA

Penggunaan Bahasa Inggeris

"Have you think it over?" (m/s 38)

"Julia...I want you to remember only one thing, I LOVE YOU!" kata Papa dengan muka yang amat tenang dan penuh beremosi. (m/s 66)

Ungkapan Bahasa Cina

Macam kata orang Cina, car beh liau, iauitu dimakan tidak habis. (m/s 48)

Sinkof

"Kalau tak sekarang, bila lagi kak? Kerja saya ni bukannya tentu! Sekarang saya ada masa, buat apa nak tangguh-tangguhkan lagi!" (m/s 51)

Peribahasa

Walaupun pada mulanya mereka nampak garang, tetapi apabila digertak sedikit, akan senyaplah macam cicak berak kapur! (m/s 34)

NILAI DAN PENGAJARAN

Tabah

Kita perlulah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.
Julia dan papa tabah menghadapi realiti bahawa anak kembar yang dilahirkan mama meninggal dunia manakala mama jatuh koma.

Kasih Sayang
Kita perlulah menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.
Kasih sayang antara papa, mama dan Julia tidak berbelah bahagi. Mereka saling menyayangi dan mengambil berat.

Gigih
Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.
Julia begitu gigih belajar sehingga dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

Saling Membantu
Kita mestilah saling membantu antara satu sama lain.
Mama membantu Cikgu Suzie dengan menghantarnya ke bengkel kereta di Seksyen 14. Papa pula membantu Mak Cik Noraini yang kehilangan ahli keluarganya.

Berdikari
Kita harus belajar hidup berdikari untuk kebaikan sendiri.
Julia hidup berdikari semasa menuntut ilmu di UIA.

(Dipetik daripada Blog 5 Bahagian SMK Gedangsa)
Teknik Plot / Teknik Penceritaan Novel Papa...akhirnya kau tewas jua...


1. Pemerian
Contohnya: Petang itu cuaca sungguh nyaman. Angin bertiup beralun lembut dan amat menyegarkan. Dengan rambutku yang ikal dan panjang memcecah bahu dan diikat ekor kuda, dengan berseluar panjang dan berkemja T, aku yang tadinya berbaring sebentar di atas tilam empuk bilikku turun dari tingkat atas menuju ke ruang dapur di tingkat bawah.

2. Dialog
Contohnya, “Lia...,” sambil memegang tangan perempuan yang terbaring. ”Ini Aisyah, isteri abang, adik Lia juga!” Lalu dia mencapai tangan Mak Cik Aisyah dan menghulurkan kapadanya.

3. Imbas Kembali
Contohnya, Mak Cik Noraini akan kisah papa Julia bertugas sebagai guru.

4. Suspens
Contoh: Pembaca tertanya-tanya akan nasib yang akan menimpa Intan Maliana setelah doktor memaklumkan bahawa Intan Maliana perlu menjalani satu pembedahan kerana ada komplikasi terhadap kandungannya.

5. Monolog Dalaman
Contoh: Aku hanya memandang keluar tingkap kereta, ke jalan raya dan melihat kereta yang banyak lalu lalang. Aku meletakkan diriku di tempat mama sekarang, apa yang bakal dirasainya kalau dia tahu semua ini?

Tuesday, March 15, 2011

Seloka Si Luncai (Puisi Tradisional)



Antologi Dirgahayu Bahasaku
(Tingkatan 5)

Maksud
Sikap Si Luncai yang tidak bertanggungjawab menyebabkan kehilangan harta benda. Sebagai contoh ada rumah tetapi tidak dijaga dengan baik. Ada anak tetapi tidak diasuh, ada ternakan tidak dibela, tidak bercucuk tanam walaupun ada kebun. Kesimpulannya,Si Luncai kerugian kerana tidak memanfaatkan segala yang dimiliki.


Tema
Sikap negatif menyebabkan kerugian


Persoalan
1. Persoalan sikap tidak bertanggungjawab membawa kerugian
2. Persoalan tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh.
3. Persoalan tidak menggunakan kudrat yang ada.


Bentuk
1. Mempunyai satu rangkap sahaja.
2. Mempunyai 12 baris.
3. Jumlah perkataan antara dua hingga enam perkataan dalam satu baris.
Contoh : biarkan, biarkan...! (2 perkataan - baris 11)
Ada kuat tiada buat (4 perkataan – baris 10)
Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan (5 perkataan – baris 1)
4. Bilangan sukukata antara 6 - 11 sukukata.
5. Rima akhir ialah
6. Bentuk bebas

Gaya Bahasa
1. Anafora
Contoh:
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih

2. Repitisi
Contoh:
Biarkan...biarkan

3. Unsur bunyi
Contoh:

Asonansi – Ada mata tiada kuasa (baris 9) (pengulangan vokal ‘a’)

Aliterasi – Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya (baris 12) (pengulangan konsonan ‘n’)


Nilai
1. Nilai bertanggungjawab.
Contoh: bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
2. Nilai kebijaksanaan
Contoh: Kebijaksanaan dalam menjalankan apa jua kerja.


Pengajaran
1. Kita hendaklah menjaga harta benda dengan sebaik-baiknya.
2. Kita hendaklah bijak menggunakan akal.
3. Kita janganlah membiarkan perkara yang salah tanpa menegur kesalahan itu.

Gurindam Tonggak Dua Belas (Puisi Tradisional)



Antologi Digahayu Bahasaku
(Tingkatan 5)

Maksud Gurindam:

Rangkap 1
Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan masa.

Rangkap 2
Kejayaan akan dikecapi jika kita berusaha dengan tekun dan gigih.

Rangkap 3
Apabila kita seronok bekerja, hidup kita akan lebih gembira.

Rangkap 4
Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu dilakukan dengan bijaksana.

Rangkap 5
Peribadi unggul dan kejujuran hati.perlu diterapkan dalam kehidupan .

Rangkap 6
Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati jadikan amalan.

Rangkap 7
Pemimpin yang baik menjadi ikutan.

Rangkap 8
Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sempurna.

Rangkap 9
Pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja.

Rangkap 10
Kesabaran dan ketenangan fikiran perlu dalam menghadapi sebarang situasi.

Rangkap 11
Kebolehan diri yang ada perlu ditonjolkan sebagai motivasi.

Rangkap 12
Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif.


Tema
Nilai-nilai murni dalam kehidupan
Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri seseorang.


Persoalan
1. Persoalan menghargai masa penting dalam kehidupan ( rangkap 1)
2. Persoalan tekun berusaha membawa kejayaan ( rangkap 2)
3. Persoalan kepimpinan melalui teladan (rangkap 7)
4. Persoalan berfikiran tenang dalam membuat keputusan (rangkap 10)
5. Persoalan berfikiran kreatif dan inovatif (rangkap 12)


Bentuk
1. Mempunyai 12 rangkap.
2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris
Contohnya : Hendak pandai menghargai masa
Jangan dinanti esok lusa
3. Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris
Contohnya Nikmat mencipta budaya kreatif:
4. Suku kata antara 9 hingga 14 suku kata
Contohnya ; Ja/ngan di/nan/ti e/sok lu/sa – 9 sukukata sebaris
Hi/dup da/lam ke/mu/lia/an ke/se/der/ha/na/an – 14 sukukata sebaris
5. Rima akhir aa
Contohnya : Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif
Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif.


Gaya Bahasa
1. Simpulan bahasa – baik hati (rangkap 6 baris 1)

2. Unsur Bunyi
Asonansi – pengulangan vokal a
Kekuatan sifat baik hati ( rangkap 6 baris 1)
Nikmat mencipta budaya kreatif (rangkap 12 baris 1)

3. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan n
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan (rangkap 4 baris 2)


Nilai
1. Nilai kegigihan, Contohnya kegigihan apabila bekerja.
2. Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab.
3. Nilai kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan dalam kehidupan.:
4. Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran menghadapi cabaran.


Pengajaran
1. Kita hendaklah bertindak secara bijaksana
2. Kita hendaklah menghargai masa
3. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik
4. Kita janganlah suka membazir.
5. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan

Syair Pemberontakan Patani (Puisi Tradisional)



Antologi Dirgahayu Bahasaku
(Tingkatan 5)

Maksud Syair:

Rangkap 1:
Laksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani dengan segera untuk pergi mendapatkan panji-panji atau perintah daripada Raja Senggora tentang peraturan dan hukuman.

Rangkap 2:
Mereka yang dikenakan hukuman harus menerimanya. Mereka boleh memohon agar diberikan pengampunan daripada pegawai yang berkenaan.

Rangkap 3:
Setelah mendengar titah betara, laksamana tidak lagi risau kerana negeri yang ditinggalkannya akan tetap terpelihara daripada huru-hara.

Rangkap 4:
Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara laksamana, sudah lama gering dan laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda.

Rangkap 5:
Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap menjunjung perintah betara.

Rangkap 6:
Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan laksamana menyerahkan segala-galanya pada Allah.

Rangkap 7:
Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan negara walaupun laksamana terpaksa berkorban.

Rangkap 8:
Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering meskipun dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya.

Rangkap 9:
Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata.

Rangkap 10:
Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat panji-panji/perintah Raja Senggora.


Tema
Syair ini mengemukakan tema tentang tanggungjawab seorang laksamana melaksanakan perintah raja.


Persoalan
1. Persoalan kesetiaan terhadap pemimpin.
2. Persoalan mematuhi arahan pemerintah.
3. Persoalan kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap rakyat.
4. Persoalan keamanan negara tanggungjawab kita.


Bentuk
1. Rima akhir aaaa
2. Syair ini mengandungi sepuluh rangkap.
3. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
4. Jumlah perkataan antara tiga hingga lima patah kata setiap baris.
5. Jumlah suku kata antara sembilan hingga tiga belas suku kata setiap baris.


Gaya Bahasa
1. Diksi (Bahasa Melayu Klasik)
Contoh: masyghul, dura, pegari, peri dan sebagainya.

2. Asonansi
Contoh: Laksamana dititahkan betara (pengulangan vokal ’a’)

3. Aliterasi
Contoh: Barang yang hendak dihukumkan (pengulangan konsonan ’n’)

4. Kata ganda
Contoh: Huru-hara, terkata-kata, bersegera-segera.


Nilai
1. Nilai kesetiaan
Contoh: Setia kepada pemerintah dan negara
2. Nilai amanah
Contoh: Laksamana melaksanakan amanah betara.
3. Nilai cinta akan negara
Contoh: Laksamana sanggup tinggalkan bondanya yang sakit demi negara.


Pengajaran
1. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan.
2. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara.
3. Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri.
4. Kita hendaklah setia kepada raja dan negara.
5. Kita janganlah bersedih dengan keputusan yang diambil sekiranya mendatangkan kebaikan kepada orang lain.

Syair Makna Riak (Puisi Tradisional)



Antologi Dirgahayu Bahasaku
(Tingkatan 5)


Maksud Syair :

Rangkap 1:
Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Perbuatan ini dibenci oleh tuhan kerana mendatangkan syirik.

Rangkap 2:
Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri.

Rangkap 3:
Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal dunia. Perbuatannya nampak baik tetapi sebenarnya dia sekadar berpura-pura.

Rangkap 4:
Kadang-kadang riaknya dilakukan dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya. Dia sentiasa membaca al-quran dan memberi ceramah. Namun perkara yang betul dan salah semua dicampur aduk.

Rangkap 5:
Kadang-kadang dia bercakap seolah-olah idea/fikirannya logik. Seolah-olah telah membuat penyelidikan supaya dia disangka cerdik. Oleh itu, banyak orang ingin menjadikannya sebagai menantu.

Rangkap 6:
Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian. Mereka berserban dan sejadah sentiasa terletak di bahunya serta di tangannnya memegang tasbih.

Rangkap 7:
Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah. Gayanya keterlaluan seolah-olah dialah ketua.

Rangkap 8:
Riak boleh mendatangkan bala. Amalan kita akan ditolak dan Allah tidak suka dengan sifat riak.


Tema
Syair ini mengemukakan tema tentang sifat-sifat manusia yang riak.


Persoalan
1. Persoalan sifat riak merupakan sifat yang dibenci oleh tuhan.
2. Persoalan terdapat golongan manusia yang suka menunjuk-nunjuk tentang kelebihan diri.
3. Persoalan ilmu yang dimiliki digunakan untuk kepentingan diri
4. Persoalan kehidupan orang yang riak pasti tidak mendapat keberkatan – amalan tidak diterima oleh Allah.


Bentuk
1. Rima akhir aaaa.
2. Syair ini mengandungi lapan rangkap.
3. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
4. Jumlah perkataan antara empat hingga lima patah kata setiap baris.
5. Jumlah suku kata antara 7 hingga 14 suku kata setiap baris.


Gaya Bahasa
1. Diksi (Bahasa Arab)
Contoh : syirik, jazbah, Allah, zikir dan sebagainya.

2. Simile
Contoh: Terkadang jazbah seperti gila.

3. Asonansi
Contoh: supaya disangkanya ianya wali (pengulangan vokal ’a’)

4. Aliterasi –
Contoh: Tetapi hatinya ke dunia bertali (pengulangan konsonan ‘t)

5. Inversi
Contoh – akan dunia tidak peduli.


Nilai
1. Nilai kesyukuran
Contoh: bersyukur dengan ilmu yang dimiliki.
2. Nilai kesederhanaan
Contoh: bersederhana dalam segala perbuatan tanpa menunjuk-nunjuk.


Pengajaran
1. Kita janganlah bersifat riak.
2. Kita janganlah suka menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada pada diri kita.
3. Kita haruslah menggunakan ilmu yang dimiliki ke arah jalan benar.
4. Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas.
5. Kita janganlah melakukan perkara yang membawa kepada syirik.

Pantun Lapan Kerat ( Puisi Tradisional)



Antologi Dirgahayu Bahasaku
(Tingkatan 5)

Maksud Pantun:

Rangkap 1
Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.

Rangkap 2
Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di muka bumi Allah.

Rangkap 3
Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemari oleh budaya Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan.


Tema
Keagamaan


Persoalan
1. Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. (rangkap 1)
2. Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. (rangkap 2)
3. Persoalan pencemaran budaya dan bahasa . (rangkap 3)


Bentuk
1. Mempunyai 3 rangkap.
2. Mempunyai 8 baris dalam setiap rangkap.
3. Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : ikan teluk parang-parang ( 3 perkataan – rangkap 2)
Contoh : biarlah sabar dengan perlahan ( 4 perkataan – rangkap 1)
Contoh : Di tepi halaman menanam kubis ( 5 perkataan – rangkap 1)
4. Terdiri daripada 8 hingga 13 suku kata.
5. Rima akhir abcdabcd
6. Bentuk pantun terikat.


Gaya Bahasa
1. Unsur bunyi
Asonansi - kerana lalai rosak binasa (rangkap 3 baris 6)
Aliterasi – bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

2. Sinkof
Bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)

3. Kata ganda
Anak ketam disangka lelabi (rangkap 2 baris 2)
Dapat buruan dibelah-belah (rangkap 2 baris 4)
Bukan makhluk sebarang-barang (rangkap 2 baris 5)
Lengkang-lengkung apa dipaku (rangkap 3 baris 1)

4. Unsur alam
Tumbuhan – kubis, papaya
Haiwan – ikan , ketam, lelabi
Alam – hutan, langit, bumi


Nilai
1. Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis.
2. Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita dengan segala anugerah Allah kepada kita.
3. Nilai keimanan. Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan.


Pengajaran
1. Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan.
2. Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin.
3. Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu

Pantun Enam Kerat (Puisi Tradisional)



Antologi Dirgahayu Bahasaku
(Tingkatan 5)

Maksud Pantun :

Rangkap 1
Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam.

Rangkap 2
Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua sudah suratan takdir bukannya salah ibu yang melahirkan kita.

Rangkap 3
Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baru sehingga orang lama terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi.
Kekecewaan dalam hidup.


Persoalan
1. Persoalan menyembunyikan hati yang terluka (rangkap 1)
2. Persoalan menerima suratan takdir (rangkap 2)
3. Persoalan mengutamakan yang baru berbanding yang lama. (rangkap 3)


Bentuk
1. Mempunyai 3 rangkap
2. Mempunyai 6 baris bagi setiap rangkap
3. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris
Contoh : Putik kelapa menjadi muda ( 4 perkataan – rangkap 1)
Contoh : Sudah mendapat orang yang baru (5 perkataan – rangkap 3)
4. Terdiri daripada 8 hingga 12 suku kata.
5. Rima abcabc
6. Bentuk pantun terikat.


Gaya Bahasa
1. Unsur bunyi
Asonansi – hati luka pura tiada ( rangkap 1 baris 4) – pengulangan vokal ‘a’

Aliterasi – kail tersangkut di tepi batang ( rangkap 3 baris 3) – pengulangan konsonan ‘t’

2. Peribahasa
Ibarat kaca jatuh ke lantai ( rangkap 1 baris 6)
Ibarat melukut di tepi gantang (rangkap 3 baris 6)

3. Sinkope
Rasa pedih buat tak tahu (rangkap 1 baris 5)

4. Repitisi
Sudah takdir sudah suratan (rangkap 2 baris 5)

5. Unsur alam
Haiwan – ikan cencaru, ikan gelama
Tumbuhan – kelapa, kedondong, buluh,


Nilai
1. Nilai keredaaan.Contohnya reda dengan suratan takdir.
2. Nilai ketabahan. Contohnya sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri.


Pengajaran
1. Kita janganlah terlalu menunjukkan rasa kecewa.
2. Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir.
3. Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa kepada kita.

Cerpen PENANGGUNGAN - Tingkatan 5



Antologi Dirgahayu Bahasaku






Penanggungan
(Wijaya Mala)



Sinopsis

Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba menenangkan perasaan Masnah dengan mengandaikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah.

Tema

Tanggungjawab pada amanat kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kapten Mamat dan Masnah atas ketentuan Ilahi. .Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak.Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum.Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya..

Persoalan

1. Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.

2. Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum,, suami Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya..

3. Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami .

4. Persolan keredhaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati.

Plot

Secara keseluruhannya, plot drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan

Plot dimulakan dengan memperkenalkan Kapten Mamat yang sedang duduk berehat di rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang geladak lalu terhempas ke petak besi dan mati serta-merta.

(ii) Perkembangan

Kapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia terkenangkan anak-anak yang menjadi yatim dan isteri yang menjadi balu terutamanya isteri Baharum. Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika menjalankan tugas syarikat semasa menjadi Kapten kapal. Tiba-tiba dia dikunjungi Masnah dan anaknya. Masnah masih merengek-rengek bertanyakan hal ayahnya yang sudah meninggal dunia sambil dipujuk Masnah. Memandangkan anak Masnah yang menangis itu cukup menyentuh hati lelakinya.

(iii) Konflik

Pada peringkat ini konflik timbul akibat Kapten Mamat yang cuba menasihati dan memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan. Ketika dialog berlangsung, Masnah menegaskan bahawa dia tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal seperti bapa mereka.

(iv) Klimaks

Percakapan antara Kapten Mamat dan Masnah telah memberikan tekanan terhadap dirinya sehingga dia telah pitam tambahan pula dalam cuaca yang panas terik ketika itu. Keadaan agak cemas namun Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah berdasarkan pengalamannya ketika mengemudi kapal walaupun Masnah pulih buat sementara waktu.

(v) Peleraian

Peringkat peleraian berlaku selepas Masnah sedar dari pitam dan Kapten Mamat berjanji untuk membela nasibnya di samping menasihatinya agar membuat pemeriksaan doktor. Masnah pula menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung dan digambarkan dia mula menerima takdir Allah..

Teknik Plot / Teknik Penceritaan

1. Imbas kembali
Kapten Mamat mengingat kembali bagaimana kecelakaan berlaku dalam kapalnya. Baharum seorang kelasi – terjatuh atas tiang agung ke atas geladak. …

2. Suspens
“Perkhidmatannya tidak berpanjangan dan itu sebabnya dia dilupakan. Tetapi saya berasaskan sesuatu yang kejam berlaku terhadap suami saya dan kekejaman itu berpanjangan kepada anaknya.”.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Kapten Mamat
 Bekerja sebagai kapten kapal.
 Seorang pesara.
 Seorang prihatin terhadap masalah anak buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum..
 Berasa bertanggungjawab atas kematian Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tiadak akan disia-siakan.


Watak Sampingan

1. Masnah

 Janda Baharum.
 Mempunyai dua orang anak.
 Seorang yang setia dan penyayang terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.
 Hidup susah selepas kematian suami. Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan suami yang menjadi tempat bergantungnya selama ini.

2. Isteri Kapten Mamat

 Simpati kepada nasib orang lain. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa Masnah.
 Percaya kepada perubatan bomoh.Dia menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh Masnah.

3. Bahar

 Anak Baharum
 Masih kecil, tetapi sudah boleh bercakap

Latar

Latar Masa

1. Tengah hari yang panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat berterbangan dan dia membuka bajunya.

Latar Tempat

1. Rumah Kapten Mamat.Ketika itu membuka baju dan membiarkan tubuhnya dihembus angin.
2. Anjung rumah Kapten Mamat. Ketika Masnah memimpin tangan anaknya naik ke anjung.
3. Kapal . Tempat Baharum terjatuh kerana memanjat geladak ketika laut bergelora.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran. Hal ini ditonjolkan Kapten Mamat ketika berdepan dengan isteri dan anak-anak arwah Baharum.
2. Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.Setelah kematian Baharum, kesatuan kerjanya akan membayar pampasan.
3. Masyarakat yang simpati atas penderitaan orang lain.Kapten Mamat terharu dan prihatin terhadap penderitaan Masnah dan anak-anaknya yang telah hilang tempat bergantung...
4. Masyarakat yang menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah. Tetamu dihidangkan minuman seperti dilakukan isteri Kapten Mamat.

Gaya Bahasa

1. Kata ganda .
Contoh: :tulang-tulang.

2. Simpulan bahasa
Contoh : tulang belakang, mengikat perut.

3. Penggulangan kata
Contoh ; yang malang, yang melinang air mata, yang menanggung rindu.

4. Personifikasi
Contoh : badannya dihembus angin.

5. Simile
Contoh ; jantung saya terasa bagai ditikam-tikam

Nilai
1. Nilai simpati, Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya.
2. Nilai kasih sayang, Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian suaminya.

3. Nilai berani, Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.

Pengajaran

1. Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai, Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum.

2. Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri.Seorang isteri hendaklah mengasihi suaminya yang dikahwini sepenuh hati, Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya.

3. Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting, Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.

Cerpen HUTAN RIMBA



Antologi Dirgahayu Bahasaku

Cerpen Hutan Rimba
( Sasjira)



Sinopsis

Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing. Atas nasihat anak-anaknya Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya berjaya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya.

Tema

Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan. Kawasan bekas aktiviti pembalakan akhirnya telah menjadi kawasan perladangan. Estet-estet kelapa sawit luas saujana mata memandang..

Persoalan

1. Persoalan kemusnahan flora dan fauna alam. Aktiviti pembalakan yang dilakukan telah memusnahkan kehidupan flora dan fauna.

2. Persoalan kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Pak Tua menyesal kerana pekerjaannya sebagai pemandu jentolak dengan syarikat pembalakan menyebabkan khazanah hutan musnah,

3. Persoalan kepentingan pendidikan anak-anak. Empat orang anak Pak Tua telah berjaya dalam bidang pendidikan dan kerjaya masing-masing..

4. Persoalan kepentingan pembangunan dalam memajukan negara.Pembangunan dalam bidang pertanian dapat memberi sumber pendapatan kepada negara.

Plot

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan

Pada peringkat ini watak Pak Tua digambarkan sedang memandu jentolak Caterpillar yang mengeluaran asap hitam dan bunyi bising di dalam hutan dara. Jentolak tersebut menumbangkan pokok-pokok dan mengakibatkan binatang-binatang hilang habitat semulajadi. Kawasan hutan dara menjadi gondol dalam sekelip mata.

(ii) Perkembangan


Pada bahagian ini watak Pak Tua dipenuhi perasaan kesal sehingga menitiskan air mata ketika mengimbas kembali pekerjaannya selaku pemandu jentolak 30 tahun yang lalu telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Pak Tua berazam untuk mengembalikan kehijauan hutan dara dan flora serta faunanya. Mak Tua pula cuba memujuk Pak Tua dengan menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia lakukan dahulu telah membuahkan hasil kerana keempat-empat orang anaknya telah bekerjaya. Sepanjang membesarkan anak-anak juga dia tidak membuat sebarang pinjaman untuk anak-anaknya melanjutkan pelajaran di universiti. Pak Tua terkenangkan zaman mudanya sewaktu dia meninggalkan kampung halamannya untuk mencari pekerjaan. Semasa di kampungnya dia menggunakan bom buatan sendiri untuk menangkap ikan walaupun perbuatan tersebut memusnahkan terumbu karang. Mak Tua terus memujuk Pak Tua agar jangan terlalu menyesali kemusnahan hutan kerana mereka bertemu jodoh dan hidup bahagia sehingga kini kerana dia bekerja di dalam hutan itu.

(iii) Konflik

Peringkat ini bermula setelah Pak Tua mewarisi tanah pusaka ibu bapa mentuanya. Pada waktu ini Pak Tua masih lagi dengan rutinnya pada setiap malam Jumaat menghantar juadah ke masjid sambil terus melakukan solat fardhu dan membaca surah Yasin. Tanah pusaka itu dipenuhi buah-buahan tempatan dan buah-buah itu dipungut oleh Pak Tua untuk anak cucunya, namun begitu untuk mendapatkan buah-buahan hutan dia terpaksa meredah belantara. Digambarkan juga dusun Pak Tua didatangi
Plot
pelawat yang menaiki bas mini dan kereta kerana jalan yang sudah berturap. Konflik timbul apabila Ajam mempersoalkan tindakan bapanya yang menjadikan tanah dusun itu menjadi hutan simpan di samping ada tanah untuk tapak rumah dan dusun buah-buahan. Melati pula mempertahankan tindakan bapanya yang sebenarnya menolong negara melaksanakan pembangunan dan hal ini disokong oleh Budi.

(iv) Klimaks

Apabila Bakar mencari pekerja untuk menjaga dusun dan hutan daripada pencuri kayu balak yang semakin menjadi-jadi. Melati menyatakan rnacangan mereka adik beradik untuk menjadikan dusun dan hutan itu sebagai kawasan pelancongan.

(v) Peleraian

Pak Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingi cucu-cunya sambil bercerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai. Pada ketika itu juga dia sudah bergelar haji dan berasa lega dengan keputusannya melestarikan harta warisan alam.

Watak Utama

Pak Tua

 Pemandu jentolak jenama Caterpillar.
 Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Bertanggungjawab membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anaknya.
 Berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan tinggi. Anaknya yang sulung Ajam berjaya dalam bidang perniagaan pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang kedua, Bakar bekerja sebagaipengurus ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya yang ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah IPT dan anaknya yang bongsu seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
 Bangga dengan kejayaan anak-anak.Dia bangga kerana kesemua anaknya sudah Berjaya dalam bidang akademik dan mempunyai kerjaya yang baik.
Watak dan Perwatakan
 Bersyukur dengan pembangunan. Pembangunan yang telah dilakukan telah menyebabkan anak-anaknya dapat menikmati kehidupan yang sempurna.
 Kesal atas pencerobohan hutan.Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat dengan aktiviti pembalakan.

Watak Sampingan

1. Mak Tua

 Isteri Pak Tua.
 Tinggal di tepi sungai berdekatan hutan dara..
 Pandai memasak.Menyediakan makanan yang enak untuk keluarganya.
 Pandai mendidik anak-anak. Anak-anaknya saling menyayangi dan menghormati kedua orang tua mereka..

2. Ajam

 Anak sulung Pak Tua
 Seorang pengusaha pengangkutan bas antarkota..
 Pakar dalam dunia perniagaan.
 Gigih. Kegigihannya menyebabkan dia telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya..
 Berfikiran terbuka. Menerima cadangan adik-adiknya yang mahu membuka kawasan pelancongan

3. Bakar

 Anak kedua Pak Tua.
 Berkelulusan Sarjana Pertanian.
 Pengurus ladang estet kelapa sawit.

4. Melati

 Anak ketiga Pak Tua.
 Pensyarah IPT.

5. Budi

 Anak bongsu Pak Tua.
 Seorang guru ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Latar Masa


1. 30 tahun yang lalu sepanjang usia Pak Tua membesarkan anak-anak.
2. Malam Jumaat . Majlis bacaan Yasin diadakan.

Latar Tempat

1. Hutan tempat diteroka oleh Pak Tua
2. Sungai tempat Mak Tua mencari ikan
3. Sungai Kinabatangan, Sabah

Latar Masyarakat

1. Masyarakat penyayang keluarga masing-masing Contohnya Pak Tua menyayangi semua ahli keluarganya.
2. Masyarakat beriman.., Contohnya Pak Tua yang rajin bersolat di masjid.
3. Masyarakat inginkan pendidikan bagi mencorakkan kehidupan baru, Contohnya anak-anak Pak Tua yang semuanya berpendidikan tinggi..
4. Masyarakat yang inginkan pembangunan bagi memajukan kawasan penempatan, Contohnya Pak Tua yang tidak menghalang hasrat anak-anaknya yang ingin menjadikan kawasan dusun mereka sebagai kawasan pelancongan.

Teknik Penceritaan / Teknik Plot

1. Pemerian
Contoh :
Kera dan monyet melompat bergayutan lari meninggalkan habitatnya. Begitu juga dengan gajah, babi hutan, payau dan kijang, namun ada yang tak sempat menyelamatkan diri…

2. Dialog
Contoh:
“Bapa telah melestarikan harta warisan alam.” Bakar mencelah kagum.
“Hanya dengan cara inilah bapa dapat menebus kesalahan bapa kerana pernah terlibat dalam pemusnahan hutan suatu masa dahulu.”…

3. Imbas Kembali
Contoh:
Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu tiga puluh tahun yang lalu.Jari jemarinya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan begitu banyak memori…

4. Suspens
Contoh:
“Tapi kenapa semua kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran. Kehancuran hutan rimba.” Akhirnya kesesakan di dada Pak Tua ikut terluah bersama linangan air matanya. Dia menangis kini. Dia menangis setelah menyedari bahawa tanpa sedar, dia sekali lagi ikut terlibat dalam pemusnahan alam…

Gaya Bahasa

1. Kata ganda Contohnya pohon-pohon
2. Metafora Contohnya ;hutan dara, busana hijau
3. Hiperbola Contohnya…jentolak yang dipandu oleh Pak tua telah merobek dan mengoyak hasil busana hutan…
4. Personifikasi Contohnya ; bunyi mengaum keras mendengung, membingitkan suasana
5. Repetisi Contohnya : Dia menangis kini. Dia menangis setelah…
6. Paradoks Contohnya : …kesenangan ini harus terhasil dari sebuah kehancuran…

Nilai

1. Nilai tanggungjawab. Contohnya Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan keempat-empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dengan kerjaya masing-masing..

2. Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anak-anak Pak Tua yang saling menyayangi antara satu sama lain dan berbincang dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

3. Nilai kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya.

4. Nilai kerajinan. Contohnya Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan berhijrah meninggalkan kampung halamannya.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Pak Tua bertanggungjawab untuk membesarkan dan member pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya..

2. Kita hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik.Ini yang ditonjolkan oleh anak-anak Pak Tua yang sama-sama berbincang sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan dusun buah-buahan bapa mereka sebagai kawasan pelancongan.

3. Kita mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigih bekerja. Hal ini dapat dilihat menerusi watak Pak Tua yang begitu gigih bekerja untuk menyara anak-anak dan isterinya.

4. Kita hendaklah rajin berusaha untuk membaiki taraf hidup.Contohnya Pak Tua yang rajin bekerja sejak zaman mudanya lagi.

Cerpen PUNGUT @ ZAHARA @ YAP SIEW HONG - Tingkatan 5



Bersyukurlah atas nikmat sempurna yang Allah kurniakan kepada kita

Antologi Dirgahayu Bahasaku


Cerpen Pungut @ Zahara @ Yap Siew Hong
(Mohammed Latif Mohammed)

Sinopsis

Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil dari keluarga Bibik yang berketurunan Cina. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa tetapi sebaliknya pula berlaku malah Pungut jadi bisu dan pekak serta tidak boleh menguruskan dirinya sendiri. Hal ini disebabkan Pungut mengalami kecacatan kekal hingga dewasa dan Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum dia meninggal dunia.

Tema

Kesabaran seorang ibu angkat (Mak Timah) menjaga anak yang cacat anggota (Pungut)

Persoalan

1. Persoalan kepincangan masyarakat terhadap penerimaan anak yang cacat. Siew Lan tidak menyukai anaknya kerana anak tersebut cacat dan dikatakan membawa sial.

2. Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat. Mak Timah tetap menguruskan Pungut yang cacat walaupun ketika Mak Timah sedang sakit.

3. Persoalan keikhlasan dalam menerima amanah dan takdir Tuhan. Mak Timah hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat.

4. Persoalan kejujuran dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan. Mak Timah selalu berdoa kepada Tuhan agar mengambil nyawa Pungut dahulu sebelum mengambil nyawanya kerana dia tahu tidak ada sesiapapun akan memelihara Pungut.

Plot

Secara keseluruhannya, plot cerpen ini disusun secara kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan


Pembaca diperkenalkan dengan watak Pungut yang bertingkah laku seperti orang kurang upaya dan dijaga keperluannya oleh Mak Timah sepanjang masa.

(ii) Perkembangan


Mak Timah terkenangkan peristiwa 24 tahun lalu bagaimana dia mengenali Bibik dan mengambil anak Siew Lan yang baru dilahirkan sebagai anak angkat yang sah kerana tidak sampai hati apabila mengetahui bayi itu akan dibuang.

(iii) Konflik


Konflik timbul apabila anak Mak Timah mula bertengkar tentang Pungut dan mencadangkan agar Pungut dihantar ke rumah kebajikan.

(iv) Peleraian


Mak Timah terus menjaga Pungut dan berdoa agar Pungut mati terlebih dahulu sebelum dirinya.

Teknik Plot / Teknik Penceritaan


1. Pemerian
Dia tergigil-gigil. Mulutnya mengeluarkan bunyi macam suara nyamuk, berdenggung-denggung. Kepalanya di geleng-gelengkan ke kiri dan ke kanan dengan pantas. Kemudian dia meluru masuk bilik…

2. Monolog
“Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia, “fikir Mak Timah.

3. Dialog
“Mengapa Bik?” Mak Timah bertanya.
“Siew Lan.” Jawabnya lambat.

4. Imbas kembali
..Mak Timah terbayangkan kisah yang berlaku dua puluh empat tahun lalu…

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

1. Mak Timah

 Perempuan tua
 Selalu sakit-sakit
 Ibu angkat Pungut
 Ikhlas menjaga Pungut. Mak Timah sanggup menjaga Pungut selagi dia masih hidup.
 Tabah dan sabar menghadapi dugaan. Mak Timah tetap menjaga makan minium dan kencing berak Pungut walaupun dia tidak bermaya kerana sakit.

Watak Sampingan

2. Pungut / Zahara bt Muhamad @ Yap Siew Hong
 Berusia 24 tahun.
 Cacat fizikal dan mental (terpaksa semua dibantu) dijangkakan tidak hidup lama oleh doktor.
 Anak angkat Mak Timah.
 Bertubuh sangat kecil (pekak dan bisu).

3. Bibik
 Nenek Pungut.
 Berbangsa Cina peranakan.
 Percaya kepada ramalan loktang. Bibik tidak suka akan Pungut kerana dia percaya kata-kata loktang bahawa Pungut membawa sial.

Latar

Latar Masa

1. Tahun 1957 ketika Pungut dilahirkan
2. 24 tahun selepas Pungut dewasa

Latar Tempat

1. Rumah sewaan Bibik tempat tinggal Mak Timah
2. Rumah lelaki anak bongsu Mak Timah.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat majmuk (bangsa Cina dan Melayu) . terdapat keluarga Siew Lan an keluarga Mak Timah.
2. Masyarakat yang percaya kepada bomoh (ramalan Loktang). Bibik amat percaya dengan ramalan Loktang tentang Siew Lan.
3. Masyarakat yang simpati terhadap golongan kurang upaya. Mak Timah kasihan dengan nasib Siew Lan yang akan di buang lalu sanggup memeliharanya

Gaya Bahasa

1. Kata ganda
Contoh: digeleng-gelengkan

2. Bahasa pasar
Contoh: sueh, loktang

3. Sinkope
Contoh: nak, kau

4. Personifikasi
Contoh : kelakuannya tak ubah macam wayang patung

Nilai

1. Nilai kasih sayang, contohnya seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya Pungut.
2. Nilai keikhlasan, contohnya Mak Timah menguruskan dan menjaga Pungut dengan ikhlas.
3. Nilai simpati terhadap golongan yang kurang upaya, contohnya Mak Timah simpati dengan nasib Pungut.
4. Nilai setiakawan, contohnya semangat setiakawan di antara iaitu Mak Timah bertegur sapa dengan Bibik.
5. Nilai hormat-menghormati iaitu anak-anak Mak Timah menghormati pendirian emak mereka.

Pengajaran

1 Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja, contohnya Mak Timah yang menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga sudah berusia 24 tahun.
2. Kita mestilah ikhlas memberikan pertolongan, contohnya Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga mencapai umur dewasa.
3. Kita haruslah bersimpati terhadap golongan kurang upaya, contohnya Mak Timah yang bersimpati dengan nasib Pungut.
4. Kita hendaklah mengamalkan setiakawan, contohnya Mak Timah yang bertegur sapa dengan Bibik.
5. Kita wajarlah menghormati keputusan ibu bapa, contohnya anak-anak Mak Timah yang menghormati keputusannya menjadikan Pungut anak angkat.

CERPEN IDOLA - Cerpen Tingkatan 5



Antologi Dirgahaya Bahasaku

Cerpen Idola
( Zaen Kasturi)


Sinopsis
Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang mengisahkan realiti kehidupannya sebenar dan menasihatinya agar sedar dengan realiti hidup. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.

Tema
Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar.

Persoalan
1. Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil .
2. Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa berangan-angan menjadi hero.
3. Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya.
4. Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri Si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenarnya.

Plot
Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:

(i) Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri setelah panggung kosong dan akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu sahaja oleh orang sebelum panggung dibuka, datang berbondong-bondong dari segenap penjuru kota sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan jam dua belas tengah malam.

(ii) Perkembangan
Pada bahagian ini, watak penjaga panggung memerhatikan setiap gerak-geri hero sepanjang pementasan dan berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja selepas pementasan tamat dia terkenangkan isteri dan sepuluh orang anak-anaknya yang tinggal di rumah kecil kawasan setinggan. Dia juga memikirkan nasib diri yang masih belum berubah sehinggakan isterinya mula mempersoalkan pekerjaannya kini yang belum mampu membawa sebarang perubahan walaupaun anak lelakinya sudah menjelang remaja.

(iii) Konflik
Pada peringkat ini, watak penjaga panggung datang ke panggung pada suatu petang walaupun tidak bertugas waktu itu kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang menjadi idolanya selama ini. Penjaga panggung berjabat salam dan berdialog serta memuji lakonan hero. Hero telah menyambut pujian dengan menyatakan lakonannya bukan gambaran sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung kembali menjalankan tugasnya dan menerima kenyataan hidup walaupun mengetahui penjaga panggung amat teringin menjadi seperti hero.

(iv) Klimaks
Pada tahap ini watak penjaga panggung yang bertugas pada waktu malam selepas pementasan tamat seperti tidak ada kemahuan menyusun kerusi-kerusi seperti biasa kerana dia teringatkan kata-kata hero pada waktu siang semasa mereka bercakap yang sekaligus membuatkan dia berfikir tentang kekuatan dirinya sendiri.

(v) Peleraian
Penjaga panggung telah bertindak melemparkan kerusi-kerusi panggung ke dinding sebagai tanda melepaskan amarah dan rasa bersalah yang terpendam dalam dirinya.

Teknik Plot

1. Pemerian
Jam di belakang pentas berdentang dua belas kali. Si penjaga panggung membelingas matanya ke sekeliling panggung, menatap dinding. Lamanya ditenungnya dinding kaku bercat kelabu itu…

2. Monolog
“aku…aku berupaya menjadi hero kepada diriku sendiri,” bisik si penjaga panggung kepada dirinya sendiri, antara dengan tidak.

3. Dialog
“Err… tidak,”
“Bercakap benarlah saudara.”
Err… ya…ya…”

4 Suspens
Dengan bantuan tangan sasanya, si penjaga panggung mencapai kerusi di sisinya. Dengan sekuat tenaga, kerusi itu dijulangnya, kemudian dilemparkannya ke dinding. Satu demi satu di dalam panggung itu dilemparkannya ke dinding.

Watak Utama

Si Penjaga Panggung
 Bekerja sebagai penjaga panggung.
 Mempunyai seorang isteri dan sepuluh orang anak.
 Keliru dengan pendirian diri terhadap idola. Si Panjaga Panggung selalu mengagumi kehebatan hero tanpa mengetahui bahawa Si Hero bukan hanya mahu memegang watak hero.

Watak Sampingan

1. Si Hero
 Suka menyindir. Si Hero menyuruh Si Penjaga Panggung berhenti memuji dirinya dan meminta memuji diri sendiri.
 Seorang pelakon yang memegang watak utama (hero)
 Berterus terang tentang realiti kehidupan yang dilaluinya. Si Hero menyatakan bahawa kehidupan di sini hanya sementara. Dia meminta Si Penjaga Panggung melupakan kehidupan di dalam panggung.

2. Isteri Penjaga Panggung
 Berfikiran terbuka dan ingin mengubah nasib. Isteri penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya tentang pekerjaan suaminya.
 Mempunyai 10 orang anak.

Latar Masa
1. Waktu malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja.
2. Waktu pementasan sandiwara, contohnya pementasan dilakukan sebelum hari menjelang tengah malam.

Latar Tempat
1. Panggung sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga panggung.
2. Rumah penjaga panggung di lorong sempit dan longkang yang tersumbat oleh sampah.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang terlibat dengan pementasan, contohnya hero yang menjadi pelakon pentas.
2. Masyarakat yang tinggal di perkampungan setinggan, contohnya keluarga penjaga panggung.
3. Masyarakat yang sukakan hiburan, contohnya penonton yang membanjiri panggung semasa pementasan.
4. Masyarakat yang suka berkhayal, contohnya penjaga panggung yang berkhayal ingin menjadi seperti hero.

Gaya Bahasa

1. Kata ganda
Contoh: putera-puteri

2. Metafora
Contoh: kawah lupa diri

3. Simpulan Bahasa
Contoh: merendah diri

4. Hiperbola
Contoh: suaranya bak halilintar

5. Personifikasi
Contoh: kerusi-kerusi tetap kaku

6. Falsafah
Contoh: seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak

Nilai

1. Nilai kejujuran, contohnya hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilalui adalah berbeza dengan lakonannya.

2. Nilai kesabaran, contohnya isteri penjaga panggung yang sabar menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil.

3. Nilai ketabahan, contohnya isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin san tinggal di kawasan setinggan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah jujur dalam pekerjaan, contohnya hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia lakonan.

2. Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumahtangga. Isteri Si penjaga panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagong-agongkan hero.

3. Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak. Isteri Si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah.


Contoh tugasan


Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan dengan menggunakan ayat sendiri.


"Misalkan saja saudara minat memancing atau menangkap ikan. Apakah kerana minat itu saudara harus menjadi nelayan? Bukankah saudara tetap sebagai penjaga panggung? Begitulah juga saya yang minat menjadi hero. Apakah kerana minat itu saya mesti menjadi hero? Tentu tidak, bukan? Saya akan tetap bernama pelakon."
"Kenyataan saudara itu memeningkan saya."
"Tidak, saudara. Sebenarnya terlalu mudah untuk saudara memahami kata-kata saya itu."
"Bagaimana?"
"Saudara berhentilah memuji saya. Sau ... saudara pujilah diri saudara sendiri," sambut si hero sambil menancapkan sorot matanya kemas-kemas ke wajah si penjaga panggung.
Si penjaga panggung melongo, terkelip-kelip matanya menatap renungan si hero yang tidak terdaya ditafsirkannya itu.
"Saudara, kita selalu lupa pada kenyataan yang membeliti hidup kita sebenarnya. Kita lebih terkesima akan sesuatu yang pada lahirnya tampak cemerlang dan cerlang sinarnya, walhal di sebaliknya tidak lebih daripada seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak, saudara."
Si penjaga panggung terus melongo.
"Saudara, bukankah hidup ini bagai sandiwara?"
Si penjaga panggung mengangguk-angguk lesu.


(Dipetik daripada "Idola" dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010: Kuala Lumpur, muka surat 151)


i. Apakah maksud terkesima? (1 markah)


ii. Mengapakah si hero menyuruh penjaga panggung berhenti memuji dirinya? (3 markah)


iii. Jelaskan punca masyarakat terlalu mengagumi golongan pelakon dan penyanyi mengikut pandangan anda (4 markah)


iv. Huraikan satu pengajaran daripada petikan di atas dan satu pengajaran daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan di atas. (4 markah)