Thursday, July 8, 2010

Kokurikulum

•Aktiviti kokurikulum di sekolah boleh dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu persatuan akademik dan kelab, aktiviti sukan, dan unit badan beruniform.
•Pasukan beruniform yang wujud termasuklah Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bersatu Malaysia, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, St. John Ambulans, Pandu Puteri, Puteri Islam, dan lain-lain lagi.
•Kegiatan sukan meliputi semua jenis sukan seperti acara olahraga, acara padang, merentas desa, dan permainan-permainan seperti bola sepak, hoki, bola tampar, dan sebagainya.
•Persatuan akademik ialah persatuan yang melibatkan mata pelajaran seperti Persatuan Bahasa Malaysia, Persatuan Sejarah, Persatuan Kemahiran Hidup, dan sebagainya.
•Kelab pula kebanyakannya berasaskan hobi seperti kelab fotografi, kelab seni lukis, kelab pengguna, dan sebagainya.
•Kegiatan kokurikulum ini bertujuan membentuk dan mengembangkan kebolehan individu sebagai pemimpin dan sebagai individu yang lebih baik.




•Aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan murid-murid daripada menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak berfaedah.
•Selain itu, aktiviti kokurikulum ini merupakan suatu aktiviti yang sihat dan dapat membendung gejala negatif yang semakin menular terutama dalam kalangan remaja.
•Melalui penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum, semangat perpaduan, tolong-menolong, kerjasama, dan nilai-nilai yang baik dapat diwujudkan dalam diri individu dan kumpulan.
•Aktiviti ini dapat juga menambah pengetahuan di samping memberi para pelajar pengalaman yang menarik.



•Penglibatan pelajar masih jauh dari sasaran kerana masih ramai pelajar yang tidak menyertai aktiviti kokurikulum ini.
•Namun begitu, terdapat juga pelajar yang terlalu menumpukan perhatian kepada aktiviti kokurikulum hingga mengabaikan pelajaran.
•Pelajar-pelajar yang berjaya ialah mereka yang dapat membahagikan masa dengan baik antara aktiviti kokurikulum dengan pembelajaran

No comments:

Post a Comment