Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Wednesday, May 5, 2010
Membina Budaya Kerja Cemerlang
MEWUJUDKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
Sesebuah organisasi sama ada besar atau kecil saiznya, perlu dibangunkan
mengikut kemampuan sendiri. Tugas membangun amat memerlukan kepada
wujud budaya kerja cemerlang, kerana itulah tranformasi budaya kerja
cemerlang sangat diberi perhatian oleh organisasi. Bagaimana budaya kerja
cemerlang ini dapat diukur? Ianya boleh dilakukan dengan membuat
penilaian prestasi. Prestasi sesuatu kumpulan amat bergantung kepada
prestasi dan sumbangan individu. Prestasi individu pula memberi gambaran
sikap, amalan dan faktor lain yang mempengaruhi motivasi mereka untuk
berkhidmat lebih cemerlang.
Dalam organisasi terdapat berbagai masalah dan berhadapan dengan
pelbagai sifat pekerja yang kurang membina. Beberapa jenis masalah yang
telah dikenalpasti adalah seperti berikut:
1. Kurang mengambil berat dalam tugas mereka
2. Kurang memberi tumpuan kepada misi jabatan
3. Kurang bersemangat dalam menjalankan tugas
4. Tidak bersifat membantu rakan
5. Cepat buntu dalam menyelesaikan masalah
6. Bersifat negatif dan kurang yakin
7. Tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan
8. Kurang mahir dalam memajukan diri
9. Tidak menggunakan daya pemikiran
10. Tidak memenafaatkan kemudahan yang diberikan akibat salah faham
Peranan staf
Sebagai salah seorang anggota organisasi perlu memandang lebih jauh, ke
arah kecemerlangan diri demi kebaikan dan mencapai matlamat kerjaya
diri. Staf perlu berperanan seperti berikut:
1. Sentiasa memikirkan mencari jalan mengatasi halangan
2. Setiap individu perlu menyemai rasa kasih sayang terhadap organisasi
3. Menanamkan rasa kasih saya terhadap rakan sekerja dan sentiasa
bekerjasama
4. Memahami dengan lebih jelas konsep diri sebagai ahli kumpulan
5. Membina sikap positif terhadap kerja dan menganggap kerja sebagai
ibadah
6. Mematuhi peraturan, undang-undang dan arahan
7. Perlu meningkatkan prestasi diri dan membina pasukan kerja agar
produktiviti dapat ditingkatkan lagi
Peranan organisasi
Melalui penilaian prestasi, organisasi boleh membuat perancangan,
pengagihan tenaga sumber manusia, kualiti kerja, untuk melatih staf,
mendedahkan halangan dan membincang masalah yang wujud dan timbul
yang boleh menghalang pencapaian yang terbaik. Mencari cara atau kaedah
penyelenggaraan tugas yang cekap dan berkesan bagi mendorong staf dalam
usaha mencapai matlamat kerjayanya. Peranan tersebut dikendalikan oleh
Unit Latihan dan Sekretariat Warga Sejahtera USM. Kursus seperti berikut
mungkin boleh membantu:
1. Mengenal diri
2. Pengurusan meningkat prestasi diri
3. Teknik dan latihan membina pasukan (teambuilding)
4. Teknik komunikasi berkesan dalam kerja berpasukan
5. Menganjurkan ciri-ciri keusahawanan dalam diri
Penutup
Marilah kita renung bersama peluang telah disediakan, tetapi adakah kita
sudah bersedia dan sanggup menyahut cabaran tersebut. Perubahan budaya
sudah pasti akan menyentuh komponen seperti kepercayaan sistem nilai,
sikap dan amalan pentadbiran dan pengurusan yang telah menjadi kebiasan
dan kelaziman budaya kerja cemerlang boleh menguntungkan banyak pihak
disamping meningkatkan prestasi organisasi dan staf menerima
limpahannya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment