Saturday, May 15, 2010

GOTONG ROYONG PERDANA 2010

Gotong Royong Perdana Sempena Sambutan Hari Guru 2010 di adakan serentak di seluruh negara. Walau bagaimanapun, gotong royong ini bukanlah satu kewajiban untuk dilaksanakan.(KP(BPSH-SPKD) 6000/03(84). Insya Allah, kita laksanakan dengan baik dengan harapan dan niat yang baik. Aktiviti yang membawa kebaikkan dan memberi impak positif haruslah dipandang secara baik.

Dalam pelaksanaan gotong royong ini, perancangan yang teliti dan sistemtaik haruslah dilakukan supaya objektif program tercapai.Pelaksanaannya juga haruslah dikawal agar hasilnya dapat kita rasai dan nikmati selepas itu. Tidak ada maknanya gotong royong jika, selepas itu tiada perubahan dan kita kembali kepada suasana sebelum gotong royong. Sikap "asal buat" atau "hangat-hangat tahi ayam" perlulah dikikis daripada dalam jiwa kita.

Semoga niat ikhlas kita Allah limpahkan kurniaNYA, dan ada sesuatu yang kita perolehi sama ada di atas dunia yang fana atau kita perolehi di alam yang kekal abadi. Selamat Bergotong Royong buat semua warga SMK Sijangkang Jaya

No comments:

Post a Comment