Saturday, May 8, 2010

Melengkapkan Rumusan (Latihan)

Lengkapkan petikan di bawah dengan perkataan-perkataan yang sesuai.

Golongan remaja merupakan ___________ negara yang amat berharga dan perlu diacukan sebaiknya. Golongan ini bakal menjadi pewaris __________________ negara bagi menentukan kesinambungan kepimpinan serta pembentukan masyarakat berdaya saing yang akan membawa Malaysia ke mercu _______________. Persoalannya, mampukah para remaja hari ini memikul tanggungjawab berat tersebut ? Lihat sahaja kadar jenayah yang melibatkan golongan remaja. Saban hari ada sahaja kes - kes _____________ yang terpampang di dada-dada akhbar yang dikaitakan dengan golongan ini. Kegiatan salah laku remaja bukan sahaja berlaku di luar waktu sekolah, bahkan telah ______________ ke dalam kawasan sekolah. Terdapat ____________ kalangan mereka yang tidak boleh dikawal oleh guru-guru dan ibu bapa mereka sehingga mengakibatkan berlakunya ____________ dalam pelajaran.

Terdapat banyak ___________ mengapa golongan remaja terlibat dengan gejala yang tidak _____________ini. Sebagaimana diketahui umum, pengaruh _________________ kini semakin sukar untuk dikawal. Memang tidak dinafikan, kemudahan seperti internet, televisyen, radio dan akhbar – akhbar tempatan mendatangkan kemudahan dan cetusan pengetahuan kepada rakyat. Kita boleh mendapat hiburan, maklumat dan mudah untuk __________________. Bagaimanapun, terdapat juga kesan ____________ daripada kemudahan ini jika tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Melalui internet, banyak maklumat palsu dan gambar – gambar porno yang dipaparkan. Menerusi televisyen dan panggung wayang pula, banyak adegan yang berbentuk keganasan ditonjolkan sehingga _____________________ para remaja. Selain itu, pengaruh perbandaran yang semakin cepat menular ke kawasan luar bandar turut mempercepat berlakunya kegiatan jenayah dalam kalangan remaja. Kemudahan perhubungan dan pengangkutan yang semakin baik memudahkan penularan budaya yang tidak sihat. Akibatnya golongan remaja di kawasan luar bandar akan mudah terjebak dengan kejutan budaya ini.

Sikap ibu bapa yang mementingkan ___________________ sehingga terlupa akan tanggungjawab mereka _______________ dan mengajar anak – anak mereka supaya menjadi insan yang berguna telah menyumbang kepada salah laku remaja. Ibu bapa tidak mempunyai masa yang cukup dan selalu balik lewat menyebabkan mereka gagal mendidik serta memberi kasih sayang dan _____________ kepada anak-anak mereka. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang memberi kebebasan kepada anak – anak. Kesempatan ini telah digunakan oleh anak – anak mereka melakukan aktiviti yang tidak _____________ seperti melepak di pusat beli – belah, pusat hiburan dan sebagainya. Remaja yang suka melakukan aktiviti ini akan cuba ____________________ rakan – rakan yang lain. Akibat pengaruh rakan sebaya, akan menjurus kepada pembentukan kumpulan gangster atau kumpulan samseng dalam kalangan remaja. Remaja tersebut akhirnya melakukan jenayah seperti __________ ugut dan penagihan dadah. Sikap sesetengah guru yang kurang memberi perhatian dalam menangani kes disiplin di sekolah turut ___________________ kepada berlakunya jenayah. Kurangnya tindakan ______________ , pelajar bebas dan sanggup melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati mereka.
Kesimpulannya, dalam menangani masalah jenayah mahupun gejala sosial, kita memerlukan perancangan yang teliti serta komitmen yang menyeluruh daripada semua pihak supaya masalah ini dapat ditangani secara sistematik dan berkesan.

No comments:

Post a Comment