Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Wednesday, May 5, 2010
Buat Anak-Anak Didik Yang Dikasihi
Generasi Masa Kini:
Berburu di padang datar, dapat rusa belang di kaki, berguru kepalang ajar bagai bunga kembang tak jadi.Sedihnya rasanya bila kita muhasabah diri ketika suasana sunyi sepi...Apa nak jadi dengan generasi kita hari ini terutama generasi Melayu.Mungkin bukan semua tetapi sebahagian besar...sebagai pendidik. kita kena jujur dan telus...kerana kita berhadapan dengan mereka setiap hari...kita tahu cerita mereka. Generasi kta telah hanyut di lautan bergelora... dimana silapnya. Silap ibu mengandung? silap didikan guru ? Silap kealpaan masyarakat ? Silap dasar kerajaan ? Tepuk dada tanya hati ...di situ ada jawapan pasti.
Sememangnya generasi pelajar (usia 13 - 18 tahun)ini sedang mabuk kepayang. Nafsu sedang bergelojak, jiwa sedang meronta...keinginan ingin mencuba terlalu kuat dan ganas dalam diri mereka. Siapa yang dapat menghalangnya ? Antara kes yang membimbangkan kita ialah penglibatan mereka dalam masalah sosial seperti sex, merokok, pergaulan bebas, menonton video lucah dan ponteng sekolah.
Tidak keterlaluan jika kita klasifakasi masalah sosial dalam kalangan pelajar ini pada tahap kritikal dan parah. Takut dan gerun bila kita mendengar cerita mereka. Tanpa rasa segan dan silu, mereka menceritakan apa yang pernah mereka lakukan. Kita yang mendengar rasa seram sejuk tapi mereka yang bercerita boleh tersenyum...mungkin mereka berbangga dengan apa yang mereka lakukan.
Apa yang menyedihkan, apabila kita laporkan perkara ini kepada ibu bapa mereka...mereka terkejut dengan cerita itu. Mereka tidak percaya. Berasa ragu-ragu dan ada ketikanya menyalahkan pihak sekolah. Dimana tanggungjawab ibu bapa dalam mengawasi pergerakan anak-anak ? Mengapa mereka terlalu percaya pada anak-anak ? Iniklah persoalannya...Ibu bapa ditipu hidup-hidup oleh anak-anak mereka ? Hebat sungguh lakonan anak-anak hari ini. Di hadapan ibu bapa 'bagai malaikat' - 'pijak semut pun tak mati' tetapi di belakang ibu bapa. Hanya Allah yang tahu.
Setelah dikaji, diselidiki dan diteliti antara puncanya ialah :
a) Sikap ibu bapa yang gagal mengawasi pergerakkan anak-anak. Anak-anak diberi kebebasan yang melampau. Kurangnya penekanan agama dalam jiwa anak-anak sehingga mereka tidak takut pada dosa dan neraka. Kesibukkan ibu bapa mengejar kekayaan dan harta.
b) Kegagalan sebahagian guru untuk menyemai dan menerapkan nilai-nilai positif dalam jiwa anak-anak sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran berfokuskan akademik dan kejayaan dalam peperiksaan.
c) Sikap masyarakat yang 'lepas tangan' atau 'pandang sebelah mata' apabila melihat kemungkaran dan masalah sosial didepan mata. Tidak ada daya usaha untuk menegur atau menghalangnya.
d) Kegagalan agensi penguatkuasa kerajaan untuk memantau pengaruh yang merangsang jiwa anak-anak seperti filem, drama, majalah dan cakera padat. Bahan-bahan ini terlalu mudah diperolehi dan digunakan oleh pelajar-pelajar.
Sesungguhnya, tiada siapa yang boleh lepas tangan dalam hal ini..tetapi asas dan tunjang utamanya ialah ibu bapa perlu melunaskan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak dengan sempurna. Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' dan jangan sampai 'nasi sudah menjadi bubur'. Jika dalam diri anak sudah ada asas agama yang kukuh, Insya Allah, mereka dapat menepis dan menapis perkara-perkara negatif yang cuba menghalang perjalanan mereka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment