Tuesday, January 29, 2013

Novel Konserto Terakhir ; Binaan Plot






BINAAN PLOT.


Secara umumnya plot novel Konserto Terakhir merupakan plot yang mudah kerana ia mengikut kronologi. Setiap peristiwa bergerk mengikut urutan masa dari bab ke bab. Perkembangan perintiwa itu memudahkan pembaca mengesan perkembangan plot bermula dari peringkat permulaan hinggalah peringkat peleraian.Peringkat permulaan plot novel ini bermula pada bab pertama. Pengarang memperkenalkan watak utama dalam novel iaitu Hilmi yang telah datang ke rumah Datuk Johari untuk menari kerja diKuala Lumpur. Datin Salmah dan Hayati tidak senang hati dengan kedatangan Hilmi ke rumah mereka. Namun Datuk Johari terpaksa menerimanya kerana Hilmi anak saudaranya. Datuk Johari sukar mendapatkan pekerjaan untuk Hilmi. Akhirnya Datuk Johari menjadikan Hilmi sebagai tukang kebun di rumah mereka.

Plot bergerak ke peringkat perumitan dan perkembangan apabila terdapat konflik antara Hilmi dengan Datin Salmah.  Hilmi telah menyentuh dan bermain piano itu menyebabkan piano itu rosak secara tidak sengaja. Hilmi dimarahi oleh Datin Salmah.  Kemudian, Hilmi telah belajar muzik daripada Encik Bakar.  Datin Salmah memarahi Hilmi kerana meninggalkan rumah dan dilarang makan. Hayati pula semakin rapat dengan Hilmi menyebabkan Datin Salmah menuduh Hilmi menggunakan ubat guna-guna. Datin Salmah mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya. Akhirnya, Hilmi meninggalkan rumah itu dan mendapat pekerjaan di sebuah kios menjual minyak.

Hilmi terus belajar muzik daripada encik Bakar sehingga menjadi pemuzik terkenal.  Hilmi telah berkahwin dengan Azizah. Rumah tangga mereka goyah kerana tidak sehaluan dan Hilmi tinggal bersendirian. Azizah pula balik ke rumah ibu bapanya bersama-sama anak sulung mereka. Hilmi semakin kecewa dan tertekan. Namun dia tetap mengarang lagu.

Peringkat kemuncak atau klimaks plot pada novel ini bermula apabila Hilmi telah diberi peluang un tuk memimpin pertunjukan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Hilmi terpaksa bekerja keras untuk menjayakan persembahan itu. Malangnya, Hilmi telah jatuh sakit dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Keadaan Hilmi kritikal. Hayati yang baru pulang dari London  untuk menyaksikan pertunjukan itu telah mengambil alih peranan Hilmi untuk memimpin Orkes Perdana. Setelah selesai persembahan,  Hayati, Datuk Johari, Datin Salmah dan  Ketua Pengarah RTM telah berkejar ke hospital untuk melihat Hilmi. Mereka bertemu dengan abang sepupu Datuk Johari, yang mendedahkan rahsia bahawa Hilmi ialah anak kandung Datuk Johari.

Peringkat penyelesaian atau anti klimaks novel ini agak pendek. Ia dapat dikesan apabila Datuk Johari tiba di rumah. Dia dan Datin Salmah berjanji untuk menebus kesilapannya melayan Hilmi dengan buruk. Namun Datuk Johari telah menerima panggilan telefon yang mengatakan bahawa Hilmi meninggal dunia. Setelah menerima berita itu, Datuk Johari terjatuh lalu  meninggal dunia.

3 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu, saya nak tanya binaan plot ada 4 bahagian atau 5 sebab mengikut pemahamam saya ada 4 sahaja srperti dlm blog cikgu, dan penurunan tiada, tetapi ada yg kata 5 jd saya mohon pendapat tuan

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pertanyaan ; Plot ada 4 bahagian sahaja iaitu Permulaan (Eksposisi), Perkembangan, Klimaks dan Peleraian.

    Bahagian Pengenalan ialah untuk memperkenalkan watak-watak, latar dan masalah atau konflik yang wujud.

    Dalam bahagian perkembangan terdapat konflik (pertentangan atau pertikaian antara watak dengan watak yang lain, antara watak dengan dirinya ataupun antara watak dengan persekitaran)

    Klimaks merupakan bahagian yang menunjukkan keadaan yang kritikal, cemas, ngeri, gembira atau mendebarkan akibat daripada pertentangang antara watak

    Peleraian atau pengakhiran ialah bahagian yang menunjukkan masalah telah menemukan penyelesaian.

    ReplyDelete
  3. Klimaks tu sama dengan konflik kah ??

    ReplyDelete