PENGAJARAN
Terdapat banyak pengajaran yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan seharian pembaca. Antara pengajaran yang awal yang dapat dikesan dalam novel ialah seseorang bapa dan suami hendaklah menunaikan tanggungjawab dengan baik terhadap keluarga. Contohnya Jeffri telah memberikan sokongan moral kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Dia menjaga kesihatan isterinya denganbaik semasa mengandung. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Julia belajar di UIA.
Seseorang anak memahami perasaan ibu bapa. Dalam hal ini, Intan Julia tidak membenarkan bapanya berkahwin lain tanpa memahami perasaan bapanya yang sunyhi dan memerlukan seseorang sebagai teman hidup. Walaupun telah dinasihati oleh Rasylan agar membenarkan bapanya berkahwin, Intan Julia tetap dengan pendiriannya. Malah dia telah menuduh bapanya curang terhadap ibunya sehingga menimbulkan kemarahan bapanya Jeffri. Intan Julia ditempeleng oleh bapanya pada malam itu. Setelah bapanya menjelaskan keadaan sebenar barulah Intan Julia memberikan keizinan kepada bapanya untuk berkahwin dengan hati yang berbelah bahagi.
Seseorang pelajar juga haruslah belajar dengan rajin dan tekununtuk menjamin kejayaaan pada masa hadapan. Contohnya Intan Julia dan Rasylan tekun dan rajin belajar sehingga menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dengan keputusan itu mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Malah semasa belajar di UIA, Intan Julia dan Rasylan belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah dengan tekun dan mencari bahan-bahan rujukan yang mencukupi.
Kita hendaklah tabah dan sabar dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Contoh yang jelas ialah kesabaran Jeffri menanti isterinya Intan Maliana sedar daripada koma. Sekal dari Intan Julia berada di tingkatan lima hingga Intan Julia melanjutkan pelajaran ke kampus induk UIA Jeffri tetap sabar menanti sambil berdoa. Dia juga dengan sabar memberikan semangat kepada Intan Maliana dengan menceritakan pengalaman dan harapannya kepada Intan Maliana walaupun Intan Maliana sedang koma. Dia dapat bersabar dengan hidupnya tanpa teman telah menolak cadangan Mak Cik Noraini agar berkahwin lagi.
Sebagai makhluk Allah, kita hendaklah berserah kepada takdir dan ketentuan-Nya kepada kita. Jeffri dan Intan Maliana berserah kepada takdir dengan apa yang bakal berlaku semasa Intan Maliana melahirkan anak kelak. Nasihat itu diberikan oleh Jeffri apabila Intan Maliana meluahkan rasa risaunya kepada Jeffri. Selain daripada itu, Jeffri telah menasihatkan agar Intan Maliana menjaga kesihatan denganbaik dengan mengikut segala nasihat daripada doktor. Jeffri juga menerima takdir bahawa anak lelakinya kembarsiam dan telah meninggal dalam kandungan. Dia tidak menangis dengan apa yang berlaku.
Kita janganlah melanggar hokum agama dan melakukan dosa.Pengajaran ini dapat diperhatikan melalui tindakan En. Muaz al-Khalibi yang melakukan hubungan luar nikah dengan seorang wanita warga Indonesis. Hasil daripada hubungan itu, wanita warga Indonesia telah melahirkan seorang anak dan teah ditinggalkan di tepi longkang dengan niat supaya anak itu mati. Perbuatan itu telah membuatkan Rasylan terhina kerana dialah anak itu. Intan Julia juga menolak apabila Rasylan ingin mengucup bibirnya. Dia sedar bahawa perbuatan itu menyalahi hokum agama.
Kita juga janganlah memandang hina kepada anak luar nikahkerana mereka tidak berdosa. Sebaliknya kewujudan mereka adalah hasil daripada dosa orang lain. Jeffri digambarkan memandang hina anak luar nikah. Dia telah mengetahui latar belakang Rasylan yang telah dijaga di rumah kemajikan masyarakat. Jeffri berpendapat bahawa anaknya Intan Julia tidak layak untuk berkawan dengan Rasylan memandangkan Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Semasa Rasylan datang ke rumahnya, Jeffri telah bertanya Rasylan dengan nada sinis. Kata-kata Jeffri telah membuatkan Rasylan rasa terhina.
****** 7
NILAI
Terdapat banyak nilai yang dapat dipetik oleh pembaca dalam novel ini. Antaranya ialah nilai kasih sayang iaitu kasih sayang antara ibu bapa dan anak Intan Julia sebagai anak amat sayang kepada ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Hubungan mereka intim setiap masa sehingga Intan Julia berasa cemburu dan meluat melihat gelagat mereka. Jeffri juga amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan Julian merupakan anak tunggalnya. Dia mengambil berat tentang makan dan minum serta pelajaran Intan Julia. Malah pada saat dia ingin ke majlis akad nikahnya, Jeffri sanggup membatalkan pernikahan itu jika Intan Julia tidak membenarkannya.
Watak Intan Julia dan Rasylan menggambarkan nilai ketekunan dan kerajinan dalam menuntut ilmu sehingga menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Semasa belajar di Sekolah Seri Gading, Intan Julia rajin mengulangkaji sehingga dia menjadi contoh kejayaan kepada pelajar lain termasuklah Rasylan. Rasylan pernah memujinya dengan mengatakan Intan Julia seorang yang pintar dalam pelajaran. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan. Dia kemudiannya berjaya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi UIA. Malah semasa belajar di UIA, Intan Julia belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Dia juga berbincang tentang pelajaran bersama Rasylan. Mereka telah berjaya dalam setiap peperiksaan semester yang dilaluinya.
Pengarang novel ini juga menggambarkan nilai berfikiran positifmelalui watak Intan Julia. Bapanya melarang dia berhubung dengan Rasylan dengan alasan bahawa Rasylan tidak diketahui asal keturunannya. Namun Intan Julia tetap dengan pendapatnya bahawa apa yang terjadi kepada Rasylan adalah bukan kehendak Rasylan sendiri. Intan Julia tidak peduli walaupun dimarahi oleh bapanya apabila masih keluar dengan Rasylan. Intan Julia juga berfikiran positif terhadap En. Muaz al-Khalibi. Dia menasihati Rasylan agar memberikan peluang kepada En. Muaz al-Khalibi untuk menebus kesalahannya yang lalu.
Selain daripada itu, pengarang juga menggambarkan nilaitanggungjawab melalui watak Jeffri. Dia telah memberikan sokongan semangat kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Dia sentiasa memastikan kesihatan Intan Maliana berada dalam keadaan baik semasa mengandung. Semasa isterinya koma, dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah.
Selain daripada nilai di atas, watak Jeffri menggambarkan nilaikesetiaan kepada isterinya. Jeffri sentiasa bersama dengan Intan Maliana dalam setiap keadaan. Intan Julia pernah mencabarnya supaya memikat Aisyah. Namun dia tidak mahu hubungannya dengan Intan Maliana terganggu dan menyebabkan Intan Maliana kecewa. Jeffri juga tidak menerima cadangan Mak Cik Noraini supaya dia berklahwin lagi. Malah Ferri telah menunggu Intan Maliana yang sedang koma selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
Nilai lain yang terdapat dalam novel ini ialah nilai berdikari. Nilai ini digambarkan melalui watak Rasylan. Dia sedar dengan keadaan dirinya yang hanya sebagai seorang anak angkat kepada Datuk Muhaimin. Semasa di Sekolah Seri Gading, Rasylan. Dia meluahkan rasa cemburu terhadap Intan Julia yang dihantar oleh bapa ke sekolah sedangkan dia terpaksa berulang alik sendirian. Semasa mendaftar di pusat Matrikulasi UIA juga Rasylan telah melakukan sagala urusan pendaftaran dirinya seorang diri. Bapa angkatnya tidak dapat datang untuk menemani kerana menguruskan hal anaknya yang lain.
Watak Rasylan juga menggambarkan nilai ketegasan dalam mempertahankan pendirian. Dalam hubungannya dengan En. Muaz al-Khalibi, Rasylan mengikut permintaan En. Muaz supaya melakukan ujian DNA. Namun walaupun keputusannya menyatakan dia sememangnya anak En. Muaz,dia tidak mahu menerima En. Muaz sebagai ayahnya. Walaupun Intan Julia telah menasihatinya agar memberikan peluang kepada En. Muaz untuk menebus kesalahannya yang lalu, Rasylan tetap dengan keputusannya. Malah Rasylan tidak berganjak dengan keputusannya walaupun dia diberi tawaran yang banyak oleh En. Muaz.
pengajaran tu kena tulis panjang2 ke? time exam ~
ReplyDelete