Saturday, January 26, 2013

Sinopsis Papa





(Diambil dari Blog KOMSAS SPM)

SINOPSIS

BAB 1          Intan Julia berada di dapur bersama Mak Cik Noraini. Dia memerhatikan ibunya Intan Maliana dan bapanya Jeffri berbual mesra di luar rumah sambil memetik sayur yang ditanam. Keintiman Intan Maliana dan Jeffti membuatkan Intan Julia berasa cemburu. Mak Cik Noraini menasihatkan Intan Julia kerana Intan Julia belum melalui keadaan demikian.


BAB 2          Beberapa minggu kemudian. Intan Julia pulang dari sekolah sendirian kerana ibunya Intan Maliana sakit. Di dapur Intan Julia makan bubur jagung. Mak Cik Noraini menceritakan kisah bagaimana bapa dan ibunya bertemu jodoh. Mereka mengajar di sekolah yang sama. Sebelum itu bapanya pernah kecewa sebanyak dua kali. Intan Julia teringat ibunya pernah dibawa hospital kerana mabuk darah setelah jarinya luka. Ibu dan bapanya pulang dan memberitahu ibunya mengandung.

BAB 3          Intan Julia mencuri dengar perbualan Mak Cik Noraini dengan ibunya di dapur. Mak Cik Noraini risau dengan ibunya yang mengandung. Ibunya pernah koma setelah melahirkannya semasa berumur 28 tahun. Dia kehilangan banyak darah. Intan Julia dilahirkan tidak cukup bulan dan tidak mahu menyusu susu tepung. Jeffri membawa Intan Julia bermain tennis. Di situ Intan Julia berkenalan dengan pelajar bapanya, Aisyah. Intan Julia tidak senang hati dengan hubungan mereka. Intan Julia mengajak bapanya pulang lebih awal.
                                
BAB 4          Ketika pulang dari sekolah tengahari, Intan Maliana menumpangkan kawannya Suzie kerana keretanya rosak. Intan Julia duduk di belakang. Suzie menasihatkan Intan Maliana agar mengugurkan kandungan atas sebab keselamatan Intan Maliana. Intan Maliana enggan kerana sayangkan Jeffri. Kandungan itu adalah atas permintaan Jeffri.          

BAB 5          Kandungan Intan Maliana semakin besar. Jeffri menasihatkan Intan Maliana agar mengikut nasihat doktor dan berserah segalanya kepada takdir. Mak Cik Noraini menceritakan pengalaman kelahiran Intan Julia. Intan Julia lahir tidak cukup bulan. Saiz badannya hanya sebesar anak kucing. Oleh kerana Intan Julia tidak mahu minum susu, doctor terpaksa memerah susu ibunya Intan Maliana untuk diberikan kepada Intan Julia.

BAB 6          Aisyah selalu mengajak Jeffri munim tetapi Jeffri menolak kerana tidak mahu kekecohan berlaku antara dia dan isterinya Intan Maliana. Intan Julia secara bergurau mencabar agar bapanya memikat Aisyah. Jeffri enggan kerana memang diatahu Intan Maliana tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.

BAB 7          Tahun baru bermula. Intan Julia telah berada di tingkatan lima. Jeffri telah membelikan beberapa kelengkapan bayi sebagai persediaan menyambut kelahiran walaupun ditegah oleh Mak Cik Noraini. Intan Maliana sakit hendak bersalin pada pukul empat pagi. Dia dibawa ke Hospital Universiti KebangsaanMalaysia.

BAB 8          Intan Maliana terpaksa melalui satu pembedahan. Dia melahirkan dia orang anak lelaki kembar siam yang telah meninggal dalam rahim.  Intan Maliana dimasukkan ke bilik ICU dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Jeffri membawa jenazah anaknya pulang dan menguruskan pengkebumiannya.         

BAB 9          Intan Julia dihantar oleh bapanya ke sekolah. Di sekolah dia telah berkenalan dengan Rusylan, seorang pelajar baru di sekolah itu. Rusylan agak cemburu dengan kemesraan Intan Julia dengan bapanya. Cikgu Suzie, kawan Intan Maliana memberitahu Intan Julia bahawa dia ingin melawat Intan Maliana di hospital. Dia mengambil keputusan untuk mengekori kereta Jeffri. Rasylan ingin bertemu dengan Intan Julia selepas waktu persekolahan tetapi ditolak oleh Intan Julia.       

BAB 10        Intan Julia pergi ke hospital bersama bapanya Jeffri. Kereta mereka diekori oleh kereta Suzie. Pada waktu petang, Intan Julia memerhatikan album lama. Dia menemui sepucuksurat yang ditulis oleh bapanya kepada ibunya Intan Maliana yang menyatakan perasaan sayang bapanya. Jeffri menegur sikap Intan Julia yang tidak mahu makan kerana rindu kepada ibunya. Semasa mereka makan, Aisyah menghubungi Jeffri untuk bertanya khabar tentang Intan Maliana dan Jeffri.

BAB 11        Mak Cik Noraini menasihati Jeffri agar berkahwin sekali lagi. Namun Jeffri enggan kerana sayangkan Intan Maliana. Intan Julia mula menduduki peperiksaan SPM. Intan Julia meminta keizinan daripada bapanya untuk bertemu dengan Rusylan. Namun bapanya tidak membenarkan. Sebaliknya bapanya mencabar agar Rusylan datang berjumpa dengannya di rumah.      

BAB 12        Aisyah menghubungi Intan Julia dan mengajaknya bermain tennis. Hari berikutnya, setelah pulang dari sekolah, Intan Julia mendapati ibunya telah dibawa pulang. Namun masih dalam keadaan koma. Aisyah datang untuk menjemput Intan Julia bermain tennis. Walaupun dia enggan tetapi bapanya Jeffri memaksanya pergi. Sebelum dihantar pulang, Intan Julia dibawa oleh Aisyah ke rumahnya. Intan Julia berkenalan dengan ibu bapa Aisyah yang merupakan seorang tokoh korporat yang terkenal. Aisyah menghantar Intan Julia pulang setelah hari menjelang malam.

BAB 13        Sudah lapan bulan Intan Muliana koma. Jeffri tetap berdoa agar Intan Muliana segera sedar. Rasylan datang ke rumah Intan Julia untuk berjumpa dengan Jeffri. Jeffri tidak menyenangi Rasylan kerana Rasylan berasal dari rumah anak yatim. Dia kemudiannya dijadikan anak angkat oleh Datuk Mistakim bin Bahadar. Jeffri juga marah kepada Datuk Mustakim kerana telah melanggar ibu dan bapanya semasa pulang dari surau. Kejadian itu menyebabkan bapanya meninggal dunia. Ibunya lumpuh dan meninggal dunia dua tahun kemudian.       

BAB 14        Intan Julia keluar bersama Rasylan. Setelah pulang ke rumah, bapanya Jeffri memberitahu bahawa dia tidak suka Intan Julia berkawan dengan Rasylan. Jeffri memberi alasan bahawa Rasylan merupakan seorang lelaki yang tidak diketahui asal keturunannya.  Intan Julia menyatakan dia akan merenggangkan hubungan dengan Rasylan walaupun tidak jujur.          

BAB 15        Keputusan peperiksaan telah diketahui. Intan Julia dan Rasylan mendapat keputusan yang cemerlang. Mereka bersetuju untuk minum di Starbucks Coffee. Intan Julia mendapati bapanya berada di situ bersama Aisyah. Di rumah kemudiannya dia disambut oleh bapanya dan Mak Cik Noraini. Intah Julia menyatakan bahawa dia ingin melanjutkan pelajaran di UIA.

BAB 16        Intan Julia telah diterima ke Matrikulasi UIA. Bapanya Jeffri telah menghantarnya ke situ. Setelah segala urusan selesai, Jeffri pulang. Intan Julia telah bertemu dengan Rasylan yang menguruskan segala pendaftaran seorang diri. Pada hujung minggu, Intan Julia ditemani oleh Rasylan ke kedai buku sebelum pulang ke rumah. Sekali lagi Intan Julia ternampak bapanya bersama Aisyah di Starbucks Coffee.

BAB 17        Petang Sabtu itu Intan Julia pulang ke rumah. Mak Cik Noraini menegur Jeffri dan Intan Julia kerana mereka duduk terlalu rapat antara satu sama lain. Selesai sembahyang pada malamnya, Intan Julia ke bilik ibunya. Dia mendapati bapanya membaca Yassin dan kemudian berdoa. Intan Julia tidak pulang pada hari minggu berikutnya. Bapanya Jeffri menghubunginya. Kemudian dia dihubungi pula oleh Rasylan untuk mengajak Intan Julia keluar. Rasylan menyatakan bahawa En. Muaz al-Khalabi mahu dia membuat ujian DNA. Sekali lagi Intan Julia terserempak dnegan bapanya bersama Aisyah di Restoran A&W.        

BAB 18        Hari minggu berikutnya Intan Julia pulang ke rumah. Intan Julia bertanyakan tentang Aisyah kepada bapanya Jeffri. Intan Julia memberitahu bahawa dia terserempak dengan bapanya beberapa kali yang lepas. Intan Julia meluahkan perasaan tidak suka dan menuduh bapanya curang terhadap ibunya Intan Muliana. Jeffri menampar Intan Julia menyebabkan Intan Julia kecewa. Besoknya pagi-pagi lagi Intan Julia telah pulang ke asrama.

BAB 19        Rasylan menasihati Intan Julia agar menerima hakikat bahawa bapanya akan berkahwin lagi untuk mendapatkan teman hidup. Rasylan menjelaskan bahawa hasil ujian DNA yang dijalankan menunjukkan bahawa dia merupakan anak kepada En. Muaz al-Khalibi        . Namun Rasylan tidak mahu menerimanya. Pada hujung minggu berikutnya Intan Julia tidak pulang. Jeffri datang menemui Intan Julia di kampus. Atas desakan Rasylan, Intan Julia pergi berjumpa dengan bapanya. Intan Julia masih marah kepada bapanya. Dia masih tidak membenarkan bapanya berkahwin lagi. Namun hati Intan Julia menjadi lembut apabila Jeffri meluahkan perasaannya.

BAB 20        Daripada cerita En. Muaz al-Khalibi, Rasylan mendapat tahu bahawa En.Muaz telah menjalin hubungan dengan pembantu warga Indonesia di biliknya. En. Muaz telah meninggalkan perempuan itu setelah hamil tiga bulan. Setelah lahir, anak itu ditinggalkan di tepi longkang. Jeffri menjemput Intan Julia untuk bertemu dengan bakal isterinya iaitu Aisyah. Jeffri meminta Intan Julia pulang pada hujung minggu untuk menemaninya ke majlis akad nikah. Pada hari minggu berikutnya Intan Julia pulang. Namun dia tidak mengikut bapanya ke majlis akad nikah dengan alasan mahu menjaga ibunya.

BAB 21        Intan Julia demam sehingga tidak sedarkan diri. Jeffri yang membawanya ke hospital. Semasa tidak sedarkan diri Intan Julia bermimpi didatangi oleh seorang pemuda yang serupa dengan bapanya. Pemuda itu menasihatkannya agar menerima  keinginan bapa Intan Julia untuk berkahwin. Doktor menasihatkan Intan Juliana agar tidak terlalu mengikut hati.   

BAB 22        Intan Julia pulang dari hospital setelah tiga berada dalam wad. Dia diambil oleh bapanya dan ibu tirinya Aisyah. Jauh di sudut hatinya dia masih tidak mempercayai Asiyah. Setelah peperiksaan semester kedua berakhir, Intan Julia pulang ke rumah. Dia terdengar perbualan bapanya dengan Aisyah. Bapanya marah dan melarang Aisyah memasuki bilik Intan Maliana. Jeffri takut berlaku perkara yangtidak diingini. Aisyah sedih dengan prasangka itu.


BAB 23        Rasylan cemburu kepada Intan Julia sedangkan dia sendiri melayan pelajar perempuan lain. Dalam perjalanan pulang ke rumah dengan bas Rasylan memberitahu Intan Julia bahawa dia tidak akan memberitahu bapa angkatnya tentang tawaran daripada En. Muaz kepadanya. Dia akan tetap bersama keluarga angkatnya.          

BAB 24        Sesampainya Intan Julia di rumah, bapanya dan Aisyah tidak ada kerana mereka pergi ke rumah emak Aisyah. Setelah mereka pulang, Aisyah menasihati Intan Julia tertang perhubungannya dengan Rasylan. Dia menasihati Intan Julia supaya lebih banyak kompromi dan tidak terlalu berkecil hati. Rasylan menghubungi Intan Julia. Intan juga bercakap juga dengan Rasylan walaupun hatinya masih berbelah bahagi kerana didesak dan dicabar oleh bapanya.
                     Intan Julia dan Jeffri masuk ke bilik Intan Maliana. Intan Maliana membuka mata. Aisyak masuk ke bilik dan diperkenalkan oleh Jeffri kepada Intan Maliana. Intan Maliana terkejut dan marah. Dia bersama Intan Julia menangis. Kemudian dia sakit dan meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment