Tuesday, January 29, 2013

Sinopsis Konserto Terakhir





SINOPSIS SETIAP BAB.

BAB 1– Keluarga             
Hilmi tiba di rumah Datuk Johari dan memperkenalkan dirinya sebagai anak Pak Karim dari Kedah. Hayati dan Datin Salmah tidak senang dengan kehadian dan tingkah laku Helmi. Mereka tidak mengetahui bahawa Datuk Johari masih mempunyai saudara di kampung. Hilmi ditempatkan di sebuah bilik berhampiran dengan bilik Pak Amat sementara menunggu kepulangan Datuk Johari. Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan sejak tujuh belas tahun lalu.
Hilmi menyatakan kepada Datuk Johari bahawa dia berhasrat untuk mencari pekerjaan. Kelulusannya yang hanya setakat darjah empat sekolah Melayu menyukarkan usaha Datuk Johari mencari pekerjaan untuknya. Akhirnya Hilmi diminta menjadi tukang kebun di rumah itu. Hilmi menerima tawaran tersebut. Dalam masa yang sama, dia rasa cemburu melihat kemesraan antara Hayati dengan Mohsin.

BAB 2– Kuli                       
Hilmi gembira dengan pekerjaannya sebagai tukang kebun. Die bekerja dengan takun sehingga pekarangan rumah itu berubah menjadi cantik. Dia mendapat pujian daripada Datuk Johari dan juga Dr. Nathan iaitu jiran Datuk Johari. Namun Datuk Johari tidak menganggap Hilmi sebagai tukang kebunnya. Hilmi amat tertarik dengan mainan piano Hayati. Rumah Datuk Johari juga sering didatangi oleh saudara mara Datin Salmah yang berpangkat.
Dalam pada itu, Datin Salmah termakan hasutan kakaknya Siti Hajar tentang Hilmi kerana dia takut orang akan mengetahui bahawa Hilmi itu anak saudara Datuk Johari. Datin Salmah menjadi tidak senang hati dan mencari jalan untuk mengusir Hilmi dari rumahnya.

BAB 3 – Piano     
Hayati semakin memahami Hilmi. Kadangkala Hayati ikut bersama-sama Helmi  mencari kumbang dan ulat yang memusnahkan tanaman. Setiap hari Sabtu dan Khamis, Hayati belajar bermain piano di rumahnya. Helmi amat tertarik dengan piano dan lagu yang dimainkan oleh Hayati. Pada kedua-dua hari tersebut keletihannya terasa hilang apabila dapat mendengar lagu-lagu dari piano tersebut. Hati Datin Salmah mulai berubah terhadap Hilmi. Dia tidak lagi memanggil Helmi sebagai tukang kebun. Datuk Johari dan Datin Salmah bangga kerana ramai orang memuji-muji tanaman bunga di rumahnya. Datin Salmah juga gembira dengan hasil tanaman seperti terung, kacang, timun, dan petola telah berbuah dengan lebat. Dia menghadiahkan hasil tanaman itu kepada teman-temannya apabila pergi ke morning coffee dan juga ketika ada antara kawannya yang datang berkunjung ke rumahnya. Datin Salmah gembira mendengar pujian daripada kawan-kawannya.      

BAB 4 – Hukuman         
Leha, penolong pembantu rumah telah pulang ke kampung. Hilmi telah ditugaskan oleh Datin Salmah untuk membersihkan ruang tamu. Suatu hari Hilmi keseorangan di rumah kerana Datin tidak ada di rumah. Hilmi telah mencuba memainkan piano tersebut sehingga tidak menyedari kepulangan Mak Minah. Perbuatan Hilmi itu ditegur oleh Mak Minah kerana takut dimarahi oleh Datin Salmah. Setelah Hayati pulang dan hendak menghiburkan pak cik dan mak ciknya, dia menyedari pianonya telah rosak. Datin Salmah mula mencari siapa yang mengganggu piano itu. Mak Minah terpaksa memberitahu bahawa Hilmi telah memainkan piano itu. Datin Salmah ingin mengambil kesempatan dari peristiwa itu untuk mengusir Hilmi. Atas kebijaksanaan Datuk Johari, Hilmi dimaafkan dan dipotong gajinya. Datin Salmah juga menyuruh Hilmi memujuk Hayati dan meminta maaf. Semasa Datuk Johari sekeluarga bercuti selama satu bulan, Mak Minah dan Pak Amat juga diberi cuti balik ke kampung. Hilmi diminta menjaga rumah tersebut. Hilmi amat kesunyian dan teringat pada lagu-lagu yang dimainkan oleh Hayati.

BAB 5– Penunggu                     
Sepeninggalan mereka, Hilmi mendapat simpati jiran Datuk Johari, iaitu Dr. Nathan. Mamat kawan baiknya iaitu drebar Dr. Nathan juga balik ke kampung. Semasa Hilmi masuk pula ke bilik tamu, dia rasa terlalu ingin bermain piano begitu kuat dan meronta-ronta di dalam dirinya tetapi dia tidak berani menyentuhnya. Mamat, drebar Dr. Nathan telah balik dari kampung dan telah memperkenalkan Hilmi dengan Encik Bakar, seorang ketua sebuah quartet. Encik Bakar menyuruh Hilmi bermain organ dan Hilmi telah mendapat pujian daripada Encik Bakar. Encik Bakar mengajar Hilmi muzik secara percuma. Hilmi telah belajar dengan tekun dan Encik Bakar juga telah mengajarnya tentang not-not muzik.

BAB 6Muzik                  
Hilmi berasa bertuah kerana dapat belajar muzik dengan Encik Bakar. Hilmi bermain piano setelah pulang dari bilik Mamat. Tanpa disedari Datuk Johari dan keluarganya telah sampai ke rumah dari luar negeri. Hayati terpesona melihat Hilmi bermain piano. Datin Salmah dan Datuk Johari terpegun. Helmi terperanjat kerana tidak menyedari kepulangan pak ciknya sekeluarga. Hayati memberikan hadiah berupa sebuah patung wanita kepada Helmi. Hubungan mesra Hilmi dan Hayati tidak disenangi oleh Datin Salmah. Datin Salmah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Hayati.

BAB 7 – Oleh-oleh          
Mohsin kesal kerana dia tidak dapat menjemput Hayati di lapangan terbang. Sebelum ke pejabatnya Mohsin singgah dahulu ke rumah Hayati. Hayati sedang asyik bercerita dengan Hilmi tentang perjalanan percutiannya.
Hayati bersikap dingin dan hanya bersalam dengan hujung jarinya sahaja apabila Mohsin menghulurkan tangannya. Mohsin juga terasa ada sesuatu yang aneh pada gerak-geri Hayati.  Datin Salmah semakin tidak senang dengan  perubahan perangai Hayati. Dia percaya Hayati ada sangkut paut dengan ubat guna-guna. Hayati marah apabila Datin Salmah inginkan penjelasan daripadanya. Datin Salmah memberi amaran dan Hayati tidak dibenarkan bercakap lagi dengan Hilmi.

BAB 8 - Sengketa
Di Encik Bakar, Helmi digoda oleh Azizah.  Namun Azizah kecewa apabila mengetahui yang Hilmi hanya tukang kebun dan anak saudara kepada Datuk Johari. Helmi pulang ke rumah. Setelah Encik Bakar pulang,  Azizah memberitahu bapanya tentang latar belakang Hilmi. Namun bagi Encik Bakar untuk menjadi ahli muzik bukan perlu persekolahan tinggi.

Setelah pulang ke rumah Helmi dimarahi Datin Salmah kerana meninggalkan rumah. Datin Salmah tidak membenarkan Mak Minah memanggilnya makan. Mak Minah membawa makanan kepada Helmi. Namun dia tidak mahu makan walaupun setelah dipujuk oleh Hayati. Hilmi kemudiannya keluar untuk berjumpa Mamat dan meminta pertolongannya mencari tempat untuknya berpindah dari rumah Datuk Johari.

BAB 9– Pertemuan                    
Datin Salmah merasa kehilangan Helmi apabila tanaman bunga tidak terurus. Hayati pula tidak mahu bercakap dengan ibunya. Hayati amat kecewa apabila helah ibunya yang sememangnya tidak suka Hilmi tinggal di situ. Datin Salmah bercadang untuk menyatukan Hayati dan Mohsin seberapa segera. Namun Hayati menolak.

Semasa pejalanan ke kampung dengan bas, Hilmi berpatah balik keKuala Lumpur. Dia bekerja di kios tempat jualan minyak. Mohsin telah menghasut tauke kedai minyak itu supaya membuang Hilmi tetapi tauke itu tidak mempedulikannya. Helmi sedih mendengar berita tentang Hayati daripada Pak Amat. Hilmi berjumpa semula dengan Encik Bakar.  Hilmi menceritakan kisahnya kepada Encik Bakar dan hasratnya ingin menyambung belajar muzik dengannya. Encik Bakar memberi dorongan kepada Helmi bahawa Helmi akan berjaya kerana mempunyai bakat. Hubungan Azizah dengan Hilmi juga semakin rapat. Selain itu Hilmi telah belajar bermain trompet, seksofon, klarinet, dan biola.

BAB 10- Bebas      
Datin Salmah semakin resah memikirkan keadaan Hayati. Hayati sudah bertunang. Ketika masuk ke bilik Hayati, dia terkejut kerana terjumpa buku agama dan lebih memeranjatkan lagi ialah sejadah dan telekung yang terlipat di sudut biliknya. Hayati itu sudah mula sembahyang. Dia mula menyiasat dengan siapakah Hayati berkawan. Datin Salmah mencadangkan supaya perkahwinan antara Hayati dan Mohsin disegerakan. Cadangan itu tidak dibantah oleh Hayati, malah Hayati kelihatan terlalu gembira.

Berita perkahwinan Hayati dan Mohsin tersiar dalam semua suratkhabar Melayu dan Inggeris. Hilmi terpegun ketika Azizah menunjukkan kepadanya berita perkahwinan itu. Hilmi berkurung dalam biliknya selama seminggu.  Hari kelapan Hilmi pergi ke rumah Encik Bakar untuk menunjukkan lagu yang dikarangkannya. Hilmi berasa gembira kerana dia telah dapat menunjukkan bakatnya.
BAB 11– Intermeso
Hilmi telah berhenti kerja dan menyertai quartet Encik yang terkenal di ibu kota. Hilmi memainkan lagu gubahannya “Sebuah Intermeso”. Seluruh hadirin terpesona dan terpegun. Temu ramah dengan Helmi oleh pemberita hiburan telah disiarkan di dalam akbar pada hari yang berikutnya. Datuk Johari terpegun. Daripada akhbar itu Hayati mendapat tahu Hilmi masih berada di Kuala Lumpur. Setiausaha Persatuan Pemain-pemain Muzik Nasional mendapati Encik Bakar telah melanggar peraturan perlembagaan persatuannya kerana semua pemain muzik hendaklah terdiri daripada anggota-anggota persatuan itu yang sah. Hilmi berasa kesal kerana menjadi sebab Encik Bakar berhadapan dengan tindakan persatuan. Akhirnya jawatankuasa memaafkan Encik Bakar kerana mengenangkan jasa-jasanya terhadap persatuan tersebut dan menerima keahlian Hilmi.

BAB12- Krisis      
Azizah membawa berita tentang Hayati mendapat biasiswa dari British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun.
Sekiranya Hilmi pergi ke lapangan terbang pada waktu itu bererti dia tidak dapat ikut bermain dalam orkestra Encik Bakar. Fikirannya terlalu runsing. Hilmi berjumpa Hayati dengan bantuan Mamat. Mohsin tentang pertemuan tersebut. Hayati menyatakan bahawa dia amat mencintai Hilmi tetapi dia tidak mahu membantah kata orang tuanya.  Encik Bakar pula gelisah menunggu Hilmi. Pada malam itu, permainan yang luar biasa telah diperlihatkan oleh Hilmi. Apabila lagu ciptaan Helmi telah banyak, lagu-lagu tersebut telah dirakamkan menjadi rekod.

Hilmi telah mendapat keizinan Encik Bakar untuk menubuhkan kugiran yang diberi nama “Kugiran Dahlia”. Ia dengan cepat mendapat popularitinya. Hilmi banyak menggubah lagu untuk dinyanyikan oleh Azizah. Perhubungan mereka semakin erat. Setelah setahun lebih bergaul rapat, dia dan Azizah diijabkabulkan. Tetapi kira-kira setahun setelah anak lelaki mereka yang pertama lahir, Azizah mulai berubah dan Hilmi juga ikut berubah. Rumah tangga mereka mula goyah. Hilmi banyak berfikir dan telah mendatangkan ilham untuknya menggubah lagu.

BAB 13– Perpecahan    
Keretakan rumahtangga Helmi semakin memuncak. Azizah cemburu kerana pada anggapannya beberapa buah lagu yang telah digubah khas oleh Hilmi adalah untuk Hayati. Namun dia juga tetap menggubah lagu termasuk lagu “Cinta dan Tangis”. Harapan untuk kembali dengan Azizah telah pudar. Walau bagaimanapun dia belum berniat untuk menceraikan Azizah. Orkes Hilmi telah mendapat undangan untuk bermain dalam pertunjukan Hari Keputeraan Sultan Kelantan di Kelantan. Hilmi mendapat sambutan yang luar biasa. Kira-kira jam empat pagi, Hilmi dikejutkan dengan panggilan telefon dari Rahmat tentang kematian Encik Bakar.

Tiga tahun berturut-turut Hilmi muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM. Hilmi telah diberi penghormatan untuk memimpin satu pertunjukan Orkes Perdana yang dianjurkan oleh RTM. Datin Salmah juga telah mendesak Datuk Johari mencari kad jemputan pertunjukan Orkes Perdana itu kerana seluruh geng ‘morning coffee’ telah bercadang untuk menontonnya.

BAB 14– Seniman          
Dewan Tunku Canselor telah penuh sesak. Keadaan menjadi tegang apabila Hilmi belum kelihatan. Hilmi sakit dan dimasukkan ke unit rawatan rapi ( ICU ). Hayati yang ingin menonton pertunjukan tersebut ingin membantu memimpin pertunjukan tersebut. Datuk Johari dan Datin Salmah menyesali perbuatan mereka terhadap Hilmi. Setelah pertunjukan selesai Hayati, Datuk Johari dan Datin Salmah bergegas ke hospital. Suasana menjadi bertambah pilu dengan kehadiran Azizah, ibunya serta Hakim, anak Hilmi.
Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi sebenarnya anak kandung Datuk Johari. Datuk Johari dan Datin Salmah amat menyesal dan akan menebus dosa mereka sekiranya Hilmi pulih. Sesampai sahaja di rumah, Datuk Johari telah menerima khabar tentang kematian Hilmi. Datuk Johari terkejut dan jatuh di atas lantai dan meninggal dunia.

Dicatat dan diubahsuai dari Blog Komsas SPM.

No comments:

Post a Comment