TEMA
Novel Papa (akhirnya kau tewas jua!) bertemakan kemanusiaan iaitu ikatan kasih sayang antara ahli keluarga. Pengarang mengungkapkan ikatan kasih sayang antara anak dan ibu bapa serta kasih sayang antara suami isteri. Watak utama iaitu Intan Julia sebagai anak amat sayang kepada ibunya Intan Maliana serta bapanya Jeffri. Sikap ibu dan bapanya yang menyayang juga membuatkan Intan Julia merasakan mereka tidak dapat ditukar ganti. Oleh sebab itu dia menghalang bapanya berkahwin lagi semasa ibunya koma. Intan Julia tidak menyenangi hubungan bapanya dengan Aisyah. Malah Intan Julia pernah ditempelengi oleh bapanya kerana mengatakan bapanya curang kepada ibunya. Namun dia terpaksa juga membenarkan bapanya berkahwin dengan hati yang berat demi memikirkan kepadaan bapanya yang tidak menentu. Jauh di sudut hati dia masih tidak boleh menerima Aisyah sebagai pengganti ibunya.
Jeffri juga amat sayang kepada isterinya Maliana. Hubungan mereka intim setiap masa sehingga Intan Julia berasa cemburu dan meluat melihat gelagat mereka. Oleh karana sifat kasih sayang yang menebal dalam dirinya membuatkan dia tidak sanggup untuk berkahwin lagi apabila disarankan oleh Mak Cik Noraini. Walaupun isterinya koma, tetapi dia mengatakan isterinya masih hidup dan tidak sanggup menduakan isterinya. Dia menunggu isterinya sedang selama beberapa tahun sehinggalahdia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Aisyah. Jeffri amat marah kepada anaknya Intan Julia apabila Intan Julia menuduhnya curang kepada isterinya apabila dia berkeinginan untuk berkahwin lagi. Malah Intan Julia ditempelengnya sehingga menyebabkan Intan Julia berasa kecewa dan pulang ke asrama awal pagi keesokan harinya.
Walaupun begitu, Jeffri amat sayang kepada anaknya Intan Julia, tambahan lagi Intan Julian merupakan anak tunggalnya. Dia mengambil berat tentang makan dan minum serta pelajaran Intan Julia. Dia marah apabila Intan Julia tidak mahu makan. Jeffri sentiasa bertanya perkembangan pelajaran anaknya sejak dari sekolah menengah hinggalah semasa Intan Julia belajar di UIA. Jeffri kerap menghantar Intan Julia ke kampus. Semasa di sekolah menengah Jeffri sentiasa menghantar Intan Julia pergi dan balik dari sekolah setelah Intan Maliana sedang koma. Malah pada saat dia ingin ke majlis akad nikahnya, Jeffri sanggup membatalkan pernikahan itu jika Intan Julia tidak membenarkannya.
PERSOALAN
Antara persoalan yang diselitkan oleh penulis adalah persoalanpengorbanan seorang isteri terhadap suami yang amat disayangi. Pengorbanan ini dilakukan oleh Intan Maliana terhadap suaminya Jeffri walaupun perngorbanan itu amat membahayakan nyawanya sendiri. Intan Maliana sanggup hamil sekali lagi hanya untuk memenuhi permintaan Jeffri walaupun dia pernah koma ketika melahirkan anaknya yang pertama iaitu Intan Julia. Dia telah kehilangan banyak darah. Walaupun telah dinasihatkan oleh Mak Cik Noraini dan kawannya Suzie, namun Intan Maliana tetap tidak mahu menggugurkan kandungan itu demi sayangkan suaminya Jeffri. Dia mengikut nasihat suaminya agar berserah kepada takdir selain daripada berusaha dengan mengikut segaka nasihat doktor. Akhirnya perkara yang sama berlaku apabila dia melahirkan anak. Dia telah kehilangan banyak darah dan koma selama beberapa tahun dan akhirnya meniggal dunia.
Selain daripada itu, novel ini juga menggarapkan persoalankesetiaan seorang suami kepada isterinya yang telah banyak berkorban untuk dirinya. Demi kesetiaan terhadap isterinya, Jeffri sentiasa bersama dengan Intan Maliana dalam setiap keadaan sehingga menimbulkan rasa cemburu dan meluat pada diri anaknya Intan Julia. Intan Julia pernah mencabarnya supaya memikat Aisyah. Namun dia tidak mahu hubungannya dengan Intan Maliana terganggu dan menyebabkan Intan Maliana kecewa. Jeffri juga tidak menerima cadangan Mak Cik Noraini supaya dia berklahwin lagi mengenangkan isterinya Intan Maliana koma dan tidak tahu bila dia akan sedar. Malah Ferri telah menunggu Intan Maliana yang sedang koma selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Walaupun telah berkahwin, dia pernah beberitahu Aisyah bahawa dia akan mengutamakan Intan Maliana dan Intan Julia.
Persoalan lain yang tidak kurang penting dalam novel Papa (akhirnya kau tewas jua!) ialah persoalan tanggungjawab seorang bapa terhadap keluarga. Persoalan ini dapat diperhatikan melalui watak Jeffri. Sebagai seorang suami, dia bertanggungjawab terhadap isterinya dengan memberikan sepenuh kasih sayang menjadikan hubungan mereka bahagia. Dia telah memberikan sokongan morak kepada isterinya semasa isterinya mengandung dan saat melahirkan anak. Semasa kelahiran anak kedua yang telah meninggal dalam kendungan, dia menguruskan jenazah tersebut untuk dikebumikan. Dia sentiasa pergi ke hospital untuk melawat isterinya yang sedang koma. Malah dia telah membawa isterinya pulang ke rumah supaya dia dapat selalu menjaga dan memerhatikan isterinya. Selama isterinya koma, dia menjalankan tanggungjawab untuk menghantar dan mengambil anaknya Intan Julia dari sekolah selain daripada mengambil tahu perkembangan pelajaran Intan Julia sehinggalah Intan Juga belajar di UIA.
Pengarang juga mengungkapkan persoalan pembuangan bayiyang sedang menjadi isu hangat pada masa kini. En. Muaz al-Khalibi telah melakukan perbuatan sumbang dengan seorang wanita warga Indonesia di dalam biliknya sehingga wanita itu mengandung. Semasa wanita itu mengandung tiga bulan, Muaz al-Khalibi telah meninggal wanita itu seorang diri tanpa apa-apa ikatan. Perbuatan itu menyebabkan wanita itu kecewa. Setelah melahirkan anak, anak itu tidak mahu dijaga. Dia telah meletakkan anak itu di tepi longkang dengan niat untuk membiarkan anak itu mati. Nasib anak itu baik kerana dia dijumpai dan dijaga di rumah kebajikan sehinggalah Datuk Mustakim untuk dijadikan anak angkat. Menyedari nasib dirinya sedemikian, Rasylan tidak mahu menerima En. Muaz al-Khalibi sebagai bapanya walaupun menerima tawaran yang banyak dan ujian DNA telah mengesahkan dia adalah anak En. Muaz.
Watak Rasylan menggambarkan persoalan pandangan masyarakat terhadap anak luar nikah. Rasylan telah dipandang sebagai seorang yang hina dan tidak layak untuk berkawan dengan orang lain. Jeffri telah mengetahui latar belakang Rasylan menyebabkan dia menghalang hubungan Intan Julia dengan Rasylan. Dia menyuruh Intan Julia merenggangkan hubungan dengan Rasylan. Semasa Rasylan datang ke rumah Intan Julia, Jeffri telah memandang sinis terhadap Rasylan. Kata-kata Jeffri telah membuatkan Rasylan terasa hati. Jeffri mengungkitkan kisah lama Rasylan yang dijaga di rumah kebajikan masyarakat. Raslan mengatakan kepada Intan Julia kemudiannya bahawa Jeffri sombong. Apabila Intan Julia keluar dengan Rasylan, Jeffri marah kepada Intan Julia. Jeffri mengatakan bahawa Rasylan tidak tahu asal keturunan.
Pengarang juga mengungkapkan persoalan poligami dalam masyarakat Islam. Walaupun poligami dibenarkan dalam ajaran Islam, namun ia perlulah mengikut syarat tertentu. Jeffri pernah dicabar oleh anaknya Intan Julia agar memikat Aisyah dan menyatakan bahawa orang lelaki boleh berpoligami. Namun Jeffri menolak demi menjaga merukunan rumahtangganya bersama Intan Maliana. Jeffri tidak menerima poligami secara melulu. Malah sebelum mengambil keputusan untuk berlahwin lagi, dia telah mengkaji tentang poligami dengan membaca artikel tentang poligami. Intan Julia melihat bapanya membaca petikan berkenaan. Jeffri mengambil masa yang cukup lama sepanjang tempoh isterinya koma untuk mengambik keputusan berkahwin lagi. Keputusan itu dibuat atas alasan kepentingan kehidupannya, bukan atas asalan nafsu.
Hubungan antara watak Rasylan dengan Intan Julia pula menggambarkan persoalan hubungan dan pergaulan dalam golongan remaja terutamanya yang melibatkan hubungan berlainan jantina. Mereka telah menjaga hubungan sehingga dapat mengelakkan daripada berlakunya perbuatan yang menyumbang kea rah masalah sosial. Semasa berada di kampus, mereka berjumpa untuk berbincang tentang pelajaran dan meluahkan masalah masing-masing. Mereka berjumpa di tempat awam yang dapat mengelakkan daripada berlakunya fitnah selain daripada pergi ke kedai buku dan restoran untuk makan atau minum. Malah pada bahagian akhir cerita, Rasylan cuba mencium Intan Julia, namun mereka telah sedanr tentang larangan agama untuk merkea berbuat demikian. Mereka dapat menerima batasan tersebut.
No comments:
Post a Comment