Saturday, January 12, 2013

Aktiviti Hari Kebangsaan - Pendahuluan dan Penutup





Pendahuluan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Itulah laungan keramat yang diungkapkan oleh Almarhum Tunku Abd Rahman pada 31 Ogos 1957. Kini, laungan itu telah 56 tahun meninggalkan kita. Namun begitu, sambutan Hari Kebangsaan pasti diadakan pada setiap 31 Ogos sama ada diperingkat kebangsaan, negeri, daerah dan juga sekolah. Sambutan ini diadakan dengan tujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam jiwa masyarakat di negara ini. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilaksanakan untuk menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan dalam kalangan kalangan pelajar di sekolah.


Penutup :

Daripada huraian yang dipaparkan di atas, ternyatalah bahawa pelbagai aktiviti menarik boleh diadakan untuk mengisi program sambutan Hari Kebangsaan di peringkat sekolah. Kerjasama erat bagai aur dengan tebing antara semua warga sekolah membolehkan sambutan ini dijayakan dalam suasana yang meriah dan menyeronokkan. Adalah diharapkan, dengan adanya sambutan ini, dapat menyemai dan menyemarakkan perasaan cinta dan sayang akan negara. Secara tidak langsung, pihak sekolah dapat menyediakan pewaris bangsa atau modal insan yang berguna dan dapat berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

2 comments:

  1. terima kasih banyak2....

    ReplyDelete
  2. THANK U VERY MUCH SIR......... BECAUSE ME REALLY PROBLEM AT THE OPENING AND CONCLUSION.........

    ReplyDelete