Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Friday, April 12, 2013
Meningkatkan Prestasi Sukan Sekolah
Pendahuluan.
Saban tahun pelbagai acara sukan dianjurkan oleh pelbagai pihak sama ada diperingkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. Penyertaan sekolah dalam acara sukan ini amat menggalakkan. Malangnya, terdapat segelintir sekolah yang menghantar pasukan mereka dalam acara sukan sekadar melepaskan batuk ditangga. Sikap 'asal menyertai' atau 'asal ada pasukan' dalam kalangan pengurus pasukan sekolah perlulah dikikis. Pembentukan pasukan sekolah yang mantap boleh dilakukan dengan usaha yang berterusan dan sistematik.
Langkah-langkah Meningkatkan Prestasi Sukan Sekolah.
Isi-Isi penting.
1. Mengadakan karnival sukan dan permainan bagi mengesan bakat-bakat pelajar yang terpendam - dapat mewujudkan pasukan yang mantap dan baik.
2. Mengadakan latihan yang sistematik dan terancang - pasukan dapat disediakan lebih awal dan latihan yang berterusan dapat dijalankan.
3. Mengadakan perlawanan persahabatan - untuk mengesan kelemahan dan memperbaiki kelemahan yang dikenalpasti.
4. Menonton tayangan video perlawanan permainanan yang baik - untuk melihat teknik permainan yang lebih baik dan dapat diapplikasi dalam pettandingan.
5. Menyediakan modul latihan yang lengkap - membolehkan semua pemain mempelajari kemahiran, ilmu dan undang-undang permainan yang mereka sertai.
6. Menyediakan jurulatih yang bertauliah - dapat memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang betul dan bermutu.
(Pelajar boleh menambah isi-isi lain yang difikirkan sesuai dan mantap) - setiap isi di atas perlu dibina beberapa ayat huraian, disertakan contoh dan ayat penegasan)
Penutup.
Daripada huraian yang dijelaskan di atas, terbuktilah bahawa prestasi sukan sekolah dapat ditingkatkan dengan mengambil tindakan jangka pendek dan jangka panjang. Kesungguhan yang mendalam dan komitmen yang jitu daripada pelbagai pihak seperti pentadbir, pengurus pasukan, jurulatih dan juga pemain sudah pasti akan memberi impak positif dan menghasilkan kejayaan. Pepatah ada menyatakan 'usaha biasa hasilnya biasa dan usaha yang luar biasa, pastilah hasilnya juga luar biasa". Apabila pihak yang terlibat dalam pembentukan pasukan sukan sekolah boleh seia sekata dan sederap melangkah, sudah pasti akan terserlah kejayaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aktiviti sukan penting utk kesihatan.. akal yang sihat berada bersama badan yang sihat,,,,nabi menyuruh kita belajar memanah dan berenang
ReplyDeletedan menunggang kuda
ReplyDelete