Friday, April 26, 2013

Teks Pengacara Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik




Pengumuman :
1.     Program Hari Anugerah kecemerlangan akan berlangsung sehingga pukul 11.00 pagi
2.     Pelajar diminta memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang program berlangsung.
 Para pengawas dan semua guru diminta memberi kerjasama dengan mengawasi para pelajar.
3.     Pelajar diminta tidak membuat bising, berbual-bual dan menunjukkan reaksi tidak berminat ketika berada dalam majlis.
4.     Majlis akan melibatkan tetamu luar, jaga nama baik sekolah.
5.     Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan majlis. Pergerakan keluar daripada majlis mestilah dengan kebenaran guru.
6.     Pelajar diminta duduk dalam keadaan paling selesa, teratur dan tersusun.
7.     Pelajar tidak dibenarkan untuk bersorak ketika majlis berlangsung. Berikan tepukan kepada kawan yang Berjaya memperoleh kecemerlangan
8.     Tindakan tegas akan diambil ke atas pelajar yang menganggu perjalanan majlis atau melakukan perkara yang tidak dibenarkan.
9.  Pelajar diminta menyanyikan lagu negaraku dengan penuh semangat


Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tn Haji Zulkapli bin Mat Taib, YDP PIBG, diiringi oleh PK Pentadiran, Barisan Pentadbir dan tetamu-tetamu jemputan.

Semua hadirin diminta berdiri.

Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita mengumandang suara untuk menyanyikan lagu Negaraku bersama iringan muzik. Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia.

( lagu dimainkan PA System )

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu sigadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis merai..

Buku Pelawat  serahan hati
Tanda ingatan kekal abadi
Biar padu seteguh jati
Budaya kita junjungan budi
  
KATA ALU-ALUAN

   Yang Berusaha, 
   Pn Ramlah bt Hj Hashim,
   PK Pentadbiran yang memangku tugas
   Pengetua SMK Sijangkang Jaya

   Yang Berusaha
   Tuan Haji  Zulkefli bin Mat Taib,
   Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya

  Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan,
  En. Kowangid bt Taufik       - PK Hal Ehwal Murid.
  Pn. Zaleha bt Selamat         - PK Kokurikulum
  Pn Sharipah bt Shaari          - PK Pendidikan Khas     
 
  Yang Dikasihi, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-Guru Cemerlang,  Rakan-  
  rakan guru, Para Ibu Bapa , Para  Penerima Hadiah Kecemerlangan serta pelajar-
  pelajar yang dikasihi sekalian.


  Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, Salam Keilmuan dan salam 1 Malaysia.

          Warga cemerlang tersenyum manis
          Hadir bersama ibu bapa wibawa
          Sambutan anugerah penyeri majlis
          Sematkan gagah  di dalam jiwa

Selamat datang ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Sijangkang Jaya 2013. Marilah kita bersama-sama seiring dan sederap melangkah dalam menjayakan majlis sambutan hari Anugerah ini. Setiggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat kita berhimpun di sini dengan penuh kedamaian dan keamanan bagi memberi pengiktirafan kepadapelajar-pelajar, bekas-bekas pelajar dan individu-individu yang menunjukkan kecemerlangan di bidang pendidikan.Sesungguhnya kecemerlangan para pelajar hari ini membuktikan kejelikitan dan pengorbanan yang terjalin antara semua pihak serta kesungguhan dan iltizam tinggi seluruh warga pendidik dan pentadbiran SMK  Sijangkang Jaya untuk membangunkan kegemilangan pendidikan di sekolah ini.
2.  DOA

     Anugerah di kecap si anak watan
     Mengangkat senjata bidalan suara
     Menadah tangan memohon keberkatan
     Mendapat restu hidup sejahtera

Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz Zahari bin Mamat untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

                                                       DOA
Terima kasih kepada Ustaz Zahari bin Mamat atas bacaan doa sebentar tadi.

3. BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAAN.

Sebagai santapan jiwa dan makanan rohani kita, saya dengan penuh takzimnya menjemput saudara Muhammad Akmal bin Zulkifli (2 KRK)  untuk memperdengarkan alunan bacaan ayat-ayat suci al – quraan, ManakalaTafsir al quraan akan diperdengar oleh saudara Hatim al-Ashan binShamsul Kamar (2 Bestari)
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

                       BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas alunan bacaan ayat-ayat suci itu tadi

3. UCAPAN PENGETUA

     Pepatah-petitih Adat Melayu
     Warisan amalan sejak dahulu
     Pohon keizinan barang sewaktu
     Ucapan PK 1 amat dialu

Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Ramlah b Hj Hashim, PK Kanan Pentadbiran yang memangku tugas Pengetua SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

                                                          UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.




4. UCAPAN YDP PIBG
   
    Tuah tersenyum pada Si Teja,
    Duduk bersimpuh sambil bersila,
    Kain ditenun bersama reja,   
    YDP PIBG hormat dipersila,    

Seterusanya, majlis dengan segala hormatnya menjemput  Tuan Haji Zulkepli bin Mat Taib,
Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Penyampaian Anugerah Akademik sesi 2012. Dengan segala hormatnya dipersilakan

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

5. UCAPAN PERASMI
   
    Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
    Sungguh terkenal serata negeri,
    Tuan sudah diberi kuasa,
    Sudilah kira, pohon merasmi





Hadirin dan Hadirat yang dikasih. 

Proses diajar, belajar dan mengajar
Membentuk modal insan lebih gemilang
Menghasilkan modal insan elok akhlaknya
Melahirkan watan yang mantap jati diri
Melahirkan generasi kemenjadian dan harapan

Sebagai halwa telinga dan penawar resah dan gelisah, pihak majlis tampilkan satu persembahan yang akan disampaikan oleh ……………………………………………………….

Perssembahan  Sajak

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sajak sebentar tadi.


7.  PENYAMPAIAN HADIAH TEMPAT PERTAMA, KEDUA DAN KETIGA TING 1,2,4.

        Terbang tinggi si burung helang
        Berkicau kenari sambil berterbangan
        Insan cemerlang Negara terbilang
        Anugerah diberi tanda kecemerlangan.



Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam peperiksaan PAT bagi Tahun 2012.
Sehubungan itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan  Pn Suzana bt Mohamad  untuk menjemput dan  dan mengiringi Yang dihormati En Kowangid bin Taufek untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar terlibat.

(MUZIK GAMELAN BERMULA)

BACA SENARAI NAMA PENERIMA HADIAH MENGIKUT URUTAN

Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati En Kowangid bi Taufek  dan Puan Suzana Mohamad atas penyempurnaan majlis itu.. 

8. PENYAMPAIAN ANUGERAH MATA PELAJARAN TERBAIK  TING 1,2,DAN 4

Majlis diteruskan dengan penyampaian Angerah Pencapaian Mata Pelajaran Terbaik untuk pelajar-pelajar Ting 1 dan Ting 2 dan Ting 4. Untuk itu, majlis mempersilakan Pn Faridah bt Dasir bagi menjemput dan mengiringi Pn Ramlah bt Hj Hashim, Pengetua SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan anugerah kepada penerima. Dipersilakan.

(MUZIK GAMELAN BERMULA)

BACA SENARAI PENERIMA ANUGERAH PENCAPAIAN MATA PELAJARAN
TERBAIK TINGJATAN 1,2 DAN 4

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Ramlah bt Hj Hashim dan P Faridah bt Dasir

10.  PENYAMPAIAN ANUGERAH PMR

Majlis seterusnya ialah Penyampaian ANUGERAH pelajar-pelajar Cemerlang PMR 2010. Untuk  itu majlis mempersilakan En. Kowangid bn Taufek untuk mengiringi Tuan Haji Zulkapli bin Mat Taib,  ke pentas utama untuk menyampaikan anugerah. Dengan hormatnya dipersilakan.

(MUZIK GAMELAN BERMULA)


BACA SENARAI pelajar terbaik PMR
PELAJAR TERAKHIR ………………………………… ( muzik Gamelan berhenti)



11. PENYAMPAIAN ANUGERAH SPM ( Muzik Gamelan Bersedia)

MUZIK GAMELAN BERMULA

PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2008 DIMULAKAN DENGAN.

Baca Senarai Nama Pelajar Cemerlang SPM 2010

Penerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM ialah ;
Baca Senarai Pelajar Terbaik Mata Pelajaran PMR 2012 (Mengikut Subjek)

Seterusnya, Penerima Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM ialah
Baca Senarai Pelajar Terbaik Mata Pelajaran SPM 2010 (Mengikut Subjek)


MUZIK GAMELAN BERHENTI


Hadirin yang dirahmati pihak sekolah turut mengiktiraf guru-guru yang berdedikasi menzahirkan kecermerlangan para pelajar ini.

Seterusnya Anugerah 100% lulus matapelajaran dan peningkatan ketara pencapaian matapelajaran dalam Peperiksaan Awam 2010


MUZIK GAMELAN BERMULA

Dipersilakan penerima Anugerah Mata Pelajaran 100 % dalam peperiksaan SPM

Seterusnya Anugerah Peningkatan Lima Peratus Ke atas Matapelajaran Peperiksaan Awam 2010

Dipersilakan Ketua Panitia ……………………………….

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik ……………………………………………………………  dan ____________________________  atas kesudian menyampaikan Anugerah Kecemerlangan itu tadi.


Anak Ibarat kain putih
Diasuh diajar dididik dilatih

Kalau anak tidak dilatih
Jika besar ibu bapa letih

Hati orang tua perlu dijaga
Emak ayah berasa bangga

Jika anak berbudi bahasa
Itu tandanya membalas jasa

Hadirin yang dihormati,
Adat orang bertandang, kehadiran dialu-alukan, kepulangan diraikan…sebagai tanda kasih dan tanda  penghargaan , majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Pn Ramlah bt Hj Hashim, PK 1 SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan tanda hati kepada tetamu jemputan kita pada pagi ini. Dipersilakan Yang Berusaha Tn Hj Zulkapli bin Mat Taib untuk menerima tanda hati daripada pihak sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua dan Yang Berbahagia ______________________.
 

14. PENUTUP

Dengan penyampaian tanda hati itu tadi, majlis kita sudah tiba dipenghujungnya.
Kami bagi pihak AJK Pelaksana , mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah.Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa iltizam yang padu.

Bagi pihak sekolah , majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada
-          Tetamu jemputan dan semua hadirin yang turut sama meluangkan masa untuk hadir pada majlis ini . Terima kasih kalungan budi juga diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi memastikan majlis ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

          Akar keladi melilit selasih
          Selasih tumbuh di hujung taman
          Kalungan budi junjungan kasih
          Mesra kenangan sepanjang zaman

         Tenang-tenang air di kali
         Tempat mandian putra puteri
         Sempurna sudah majlis dirai
         Salah dan silap harap dimaafi


         Hinggap tempua di hujung dahan
         Kenari berbalah berebut taman
         Sajian tersedia jemputlah makan
         Awal bismillah menjamah hidangan

Sekian . Wabilahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.

Dijemput para tetamu untuk ke bilik gerakan untuk jamuan ringan.


1 comment:

  1. TERIMA KASIH KERANA SHARE BAHAN YANG BAIK. SAYA MOHON SHARE

    ReplyDelete