Para hadirin yang dihormati – ada
beberapa pengumuman yang ingin saya sampaikan untuk perhatian dan tindakan
tuan/puan.
Untuk makluman hadirin, majlis
akan dimulakan sebentar lagi. Majlis amat mengalu-alukan kehadiran tuan puan
pada pagi ini dan kami memohon agar para hadirin dapat mengambil tempat duduk
masing-masing .
Bagi memastikan kelancaran majlis
pada pagi ini, kami mohon kerjasama tuan puan untuk memastikan telefon bimbit
disetkan dengan mod senyap.
Apabila diumumkan ketibaan
perasmi , tuan puan diminta untuk berdiri dan seterusnya kita akan sama-sama
menyanyikan lagu Negaraku beserta iringan muzik.
Sekian, harap maklum
|
Mengumumkan ketibaan Puan Hajah
Foziah binti Buang, Ketua Kektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri
Selangor diiringi oleh Tuan PPD, dan dif-dif jemputan. Semua hadirin
dipohon untuk berdiri dan bersedia menyanyikan lagu Negaraku
bersama-sama.
LAGU NEGARAKU DIMAINKAN
Para hadirin dipersilakan duduk
Bismillahirrahmanirrahim.......
Assalamulaikum
Warahmatullahiwabarokatuh,
Salam Sejahtera, dan Salam Keilmuan.
Melati kuntum tumbuh melata,
Denak merbah dipohon cemara
Salam diberi pembuka kata
Alunan puisi pembuka bicara
YG BERBAHAGIA,
PUAN HAJAH FOZIAH BINTI BUANG
KETUA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR
YANG BERUSAHA
PUAN HAJAH FOZIAH BINTI HAJI
MOHAMAD AZHARI
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUALA
LANGAT
YANG BERUSAHA
TUAN HAJI SAADON BIN MARBAN
PEGAWAI BAHASA,
PEJABAT PELAJARAN KUALA
LANGAT
YANG DIHORMATI ,
·
EN.
NOORDIN B. SAAD WAKIL MPSM,
·
TUAN
HAJI ABD. HAMID B. MD DAUD – WAKIL MGB SEK KEB,
·
EN.
TEH SIEW TECK – WAKIL SRJKC
·
EN.
KELUAN SINGH A/L BACHAN SINGH – WAKIL SRJKT
YANG DIHORMATI,
·
PEGAWAI
PERPUSTAKAAN DAERAH,
·
PEGAWAI
–PEGAWAI PEJABAT PELAJARAN DAERAH,
·
PENGETUA-PENGETUA
SEK MENENGAH,
·
PARA
GURU BESAR,
·
WAKIL-WAKIL
GURU ,
·
MURID-MURID
SETERUSNYA
·
HADIRIN
DAN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH.
ALHAMDULILLAH BERTEMANKAN SUASANA
PAGI YANG INDAH INI, DAPAT KITA BERSUA DAN DIPERTEMUKAN DALAM MAJLIS PELANCARAN TAHUN GERAKAN MEMBACA
DAERAH KUALA LANGAT 2013.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKELIAN,
MAKAN SIRIH PINANG SECEBIS,
ADAT MELAYU PUSAKA BANGSA
DOA DILAFAZ PEMBUKA MAJLIS,
MOHON BERKAT YANG MAHA ESA
MAJLIS DENGAN INI MEMPERSILAKAN
AL FADHIL USTAZ ISMAIL BIN HJ HASHIM
UNTUK
MEMIMPIN BACAAAN DOA.. HORMAT DPERSILAKAN.
|
AMIN. AMIN YA ROBBAL
A’LAMIN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA
USTAZ ISMAIL HJ HASHIM ATAS
PIMPINAAN BACAAN DOA SEBENTAR TADI.
SEMOGA PERTEMUAN KITA DALAM
MAJLIS ILMU INI AKAN BEROLEH KEBERKATAN DAN DILIMPAHKAN RAHMAT
OLEH ALLAH S.W.T.
HADIRIN DAN HADIRAT SEKELIAN,
MEKAR ANGSANA PANDANG TAK JEMU
BUNGANYA LURUH KE DALAM RAGA,
BUKU LAKSANA LAUTAN ILMU
DASARNYA PENUH MUTIARA BERHARGA
SESUNGGUHNYA AMALAN MEMBACA
HARUS MENJADI SATU BUDAYA YANG MAMPU MELONJAK DAN MENCORAK BUDAYA CINTAKAN
ILMU SETERUSNYA MEMPERKASAKAN MINDA PARA PELAJAR KITA.
HANYA DENGAN MEMBACALAH KITA
DAPAT MENEROKA PELBAGAI MAKLUMAT DAN BERDIRI GAGAH SEBARIS DENGAN BANGSA YANG
BERJAYA.
BAIKLAH TUAN PUAN YANG DIRAHMATI
SEKELIAN,
MAJLIS PAGI INI DIMLAKAN DENGAN MEMPERSILAKAN, TUAN HJ. SAADON B. MARBAN PEGAWAI BAHASA , PPD DAERAH K/LGT MERANGKAP PENYELARAS PROGRAM
GERAKAN MEMBACA UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN PEMBUKA TIRAI BICARA PADA PAGI INI.
MAJLIS
DENGAN PENUH SUKACITANYA MEMPERSILAKAN.
|
BEGITULAH TADI UCAPAN YANG PADAT
DAN DISATUKAN DENGAN MATLAMAT YANG
DIRENCANAKAN UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG BERKESEDARAN TENTANG PENTINGNYA
MEMBACA SEBAGAI KUNCI KEPADA KECEMERLANGAN AKADEMIK.
MAJLIS DITERUSKAN, DENGAN
MEMPERSILAKAN, PN. HJH. FOZIAH BINTI HJ. MOHAMAD AZAHARI,
PEGAWAI
PELAJARAN DAERAH KUALA LANGAT UNTUK MENYUSUN BAIT BICARA.. DENGAN SUKACITANYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.
|
DEMIKIAN TADI, UCAPAN BERMAKNA
PENUH PENGAJARAN YANG MENGINGATKAN KITA TENTANG PERLUNYA
MEMBUDAYAKAN AMALAN MEMBACA DARI PERINGKAT AWAL LAGI.
APA GUNA SI PARANG PANJANG,
KALAU TIDAK DENGAN TUJUAN,
APA GUNA BRUMUR PANJANG,
KALAU TIDAK DENGAN AMALAN,
SIDANG HADIRIN DAN HADIRAT YANG
DIMULIAKAN,
PAHLAWAN MELAYU GAGAH PERKASA
SUNGGUH TERKENAL SERATA NEGERI,
TUAN SUDAH DIBERI KUASA,
SUDILAH KIRA, POHON MERASMI.
MAJLIS
DENGAN PENUH TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN PUAN HAJAH FOZIAH BINTI BUANG , KETUA
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR UNTUK
MENYAMPAIKAN MADAH PESANAN DAN
SETERUSNYA MELANCARKAN PROGRAM TAHUN MEMBACA DAERAH KUALA LANGAT 2013.
HORMAT
DIPERSILAKAN.
|
BEGITULAH TADI UCAPAN PERASMIAN
DAN GIMIK PELANCARAN TAHUN MEMBACA DAERAH KUALA LANGAT YANG TELAH
DISEMPURNAKAN DENGAN BEGITU MENARIK SEKALI.
SEMOGA MAJLIS PELANCARAN
PADA PAGI INI BUKAN SEKADAR ILUSI MIMPI, TETAPI AKAN DAPAT MENERBITKAN
SEMANGAT DAN SOKONGAN PADU DARIPADA SEMUA UNTUK DIJAYAKAN DIPERINGKAT SEKLAH.
ILTIZAM KITA MENJAYAKAN PROGRAM MEMBACA, AKAN DAPAT MELONJAKKAN KECEMERLANGAN PELAJAR DAN
MEREALISASIKAN HASRAT YANG DIDOKONG BAGI MELAHIRKAN PELAJAR TERBILANG
BERMAKLUMAT, BERDAYA SAING DAN KENTAL JIWANYA.
TUAN PUAN HADIRIN YANG DIKASIHI,
TERBANG SEKAWAN SIBURUNG MERBAH,
BATANG SELASIH DI TANJUNG RAWA,
PADAMU TUAN KAMI PERSEMBAH,
MADAH PUISI SANTAPAN JIWA.
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN
RANGKAIAN PERSEMBAHAN DARIPADA MURID-MURID SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH.
PERSEMBAHAN PAGI INI KITA MULAKAN
DENGAN MEMPERSILAKAN WAKIL PELAJAR
DARI SK LABOHAN DAGANG UNTUK MENYAMPAIKAN CERITA YG BERTAJUK
"ILMU PENYULUH HIDUP MANUSIA"
|
BEGITU MENARIK SEKALI CERITA YANG
DISAMPAIKAN OLEH
ADIK SEBENTAR TADI. BANYAK PENGAJARAN YANG BOLEH DIPELAJARI DARI CERITA TERSEBUT. OLEH
ITU BACA DAN HAYATILAH APA YANG DIBACA.
HARUM SUNGGUH BUNGA KEMBOJA
BUNGA KARANGAN CANTIK
TERSEMAT
JANGANLAH MEMBACA KULIT SAHAJA
TELITILAH KANDUNGAN AMBIL MANFAAT
SETERUSNYA,
KITA AKAN DIPERDENGARKAN DENGAN SEBUAH PIDATO YANG AKAN DISAMPAIKAN
OLEH ANISA SYAZWINA BINTI MOHD HAFIZ DARI SK SERI LANGAT DENGAN
TAJUK PIDATONYA ‘KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU’. DIPERSILAKAN.
|
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA
ADIK ANISA SYAZWINA ATAS PIDATO YANG DISAMPAIKAN.
SEMOGA ISI KANDUNGAN PIDATO TADI
DAPAT MEMBERI MANFAAT DAN MENINGKATKAN KESEDARAN DALAM KALANGAN PELAJAR
TENTANG PENTINGNYA MEMBACA.
BAIKLAH, SIDANG HADIRIN DAN
HADIRAT,
JIKA TADI KITA TELAH MELIHAT
PERSEMBAHAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH , KINI ABANG DAN KAKAK SEKOLAH
MENENGAH PULA MENGAMBIL GILIRAN.
DIPERSILAKAN
WAKIL PELAJAR DARI SMK BANTING UNTUK MEMPERSEMBAHKAN BICARA BERIRAMA.
DIPERSILAKAN.
|
BEGITULAH BERBAKATNYA PARA
PELAJAR KITA SEBENARNYA.
NAMUN JANGAN DILUPAKAN DISEBALIK BAKAT-BAKAT YANG
HEBAT INI SEBENARNYA ADA LAH GURU-GURU YANG GIGIH MENGASAH, MENGGILAP,
MENYERLAHKAN BAKAT-BAKAT YANG TERSIMPAN INI. JADI TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA
SEMUA GURU YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS MEMBANTU PARA PELAJAR INI MEMANCARKAN
BAKAT YANG MEREKA ADA.
SEBAGAI PERSEMBAHAN TERAKHIR,
KITA TAMPILKAN WAKIL PELAJAR DARI SMK BANDAR BANTING SITI NUR
BAINUN BINTI SAARI UNTUK MEMPERDENGARKAN SEBUAH SYAIR
NASIHAT
DENGAN
SUKACIITANYA DIPERSILAKAN.
|
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA
PELAJAR ITU TADI ATAS DEKLAMASI BAIT SYAIR YANG AMAT MENYENTUH DASAR KALBU...
BAIKLAH SIDANG HADIRIN DAN
HADIRAT SEKELIAN,
UCAPAN PERASMIAN TELAH DIBERI,
PERSEMBAHAN MENARIK TELAH DISAJI,
MAJLIS AKAN DITERUSKAN LAGI,
PENYAMPAIAN WATIKAH AKAN DIBERI.
MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM
MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA PUAN HAJAH FOZIAH BINTI HJ. MOHAMAD AZAHARI UNTUK MENJEMPUT DAN
MENGIRINGI YANG BERBAHAGIA PUAN HAJAH FOZIAH BINTI BUANG BAGI MENYAMPAIKAN WATIKAH
PERLANTIKAN SEBAGAI PENYELARAS PROGRAM GERAKAN MEMBACA DAERAH KUALA LANGAT.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.
DIPERSILAKAN ;
·
WAKIL
DARI MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH EN NORDIN BIN SAAD
·
DIPERSILAKAN
WAKIL DARI MAJLIS GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN TUAN HJ ABDUL HAMID BIN MD.
DAUD.
·
DIPERSILAKAN
WAKIL DARI SRJKC EN TEH SIEW TECK DAN
·
WAKIL
DARI SRJKT EN KELUAN SINGH A/L BACHAN SINGH
SEBAGAI TANDA MATA KENANG-KENANGAN, MAJLIS
MEMPERSILAKAN, YANG BERUSAHA TUAN PPD KUALA LANGAT UNTUK MENYAMPAIKAN BUAH TANGAN KEPADA YANG BERBAHAGIA PUAN HAJAH FOZIAH BINTI BUANG.
DIPERSILAKAN.
|
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA
KASIH KEPADA PN HAJAH FUZIAH DAN HAJAH FOZIAH ATAS PENYEMPURNAAN PENYAMPAIAN WATIKAH
SEBENTAR TADI.
TUAN-TUAN, PUAN PUAN SIDANG
HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIRAHMATI,
MAJLIS KITA SUDAH HAMPIR KE
PENGHUJUINGNYA. ADALAH DIHARAP-HARAPKAN KERJASAMA YANG ERAT DAN
MUAFAKAT YANG DITUNJUKKAN PADA HARI INI AKAN DAPAT DITERUSKAN BUKAN
SAHAJA DALAM MENJAYAKAN PROGRAM GERAKAN MEMBACA INI, TETAPI DALAM
PROGRAM-PROGRAM YANG AKAN DAN BAKAL BERLANGSUNG SELEPAS INI
AGAR DAPAT MENOKOK BENANG YANG
KURANG,
AGAR DAPAT MENYAMBNG KAIN YANG PENDEK,
USANG2 MINTA DIPERBAHARUI
LAPUK2 MINTA DIKAJANGI
YANG SINGKAT TOLONG SAMBUNGKAN
YANG PANJANG TOLONG KERATKAN
YANG KOYAK MINTA TAMPALKAN
BEGITULAH DIUMPAMAKAN KITA
DALAM KERJA BERPASUKAN SALING MELENGKAPI APA YANG KURANG, SALING MEMBANTU APA
YANG MAMPU...
SIDANG HADIRIN SEKELIAN,
DARI KEDAH KE PEKAN SARI,
BELI SUASA DI KOTA TINGGI,
SELESAI SUDAH TUGASAN DIBERI,
DI LAIN MASA BERSUA LAGI.
SONGKET BIRU TAMPAK BERSERI,
TENUUNAN INDAH BUAT ARJUNA,
TERSILAP BICARA HARAP MAAFI,
BERTEMU LAGI DI LAIN ACARA.
DENGAN INI KAMI MOHONKAN RIBUAN
KEMAAFAN SEKIRANYA TERDAPAT CACAT DAN CELA SERTA SEBARANG KESILAPAN SEPANJANG
MAJLIS INI BERLANGSUNG.
SAYA BAGI PIHAK MAJLIS INGIN
MERAKAMAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA KETUA SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
JPNS, TUAN PPD, DIF DIF JEMPUTAN DAN TUAN-TUAN YANG SUDI MEMERIAHKAN MAJLIS
INI.
KAMI
AKHIRI MALIS DENGAN LAFAZ YANG
MULIA
WABILAHITAUFIK
WALHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABAROKATUH.
|
Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Saturday, April 13, 2013
Teks Pengacara Pelancaran Tahun Gerakan Membaca
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment