Ayat suruhan ialah ayat yang diucapkan
dengan tujuan memberi perintah atau arahan.
Dalam ayat suruhan, subjek ialah kata
ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan selainnnya yang biasanya
digugurkan. Walau bagaimanapun, kerana tujuan penegasan, subjek juga boleh
diucapkan.
Berikut dipaparkan contoh-contoh ayat
suruhan.
Contoh 1:
a)
Keluar dari dewan ini !
b)
Pergi dari sini !
c)
Tengok barang-barang ini jangan sampai hilang.
d)
Awak mesti siapkan kerja sekolah itu sekarang.
e)
Tembak anjing gila itu.
f)
Pujuk budak itu sekarang.
g)
Awak tunggu sampai dia datang.
h)
Ambil balik duit ini.
i)
Makan nasi ini dahulu.
|
Ayat-ayat suruhan boleh menggunakan
partikel –lah untuk melembutkannya di samping menegaskan predikat. Seperti
dengan konstituen yang menerima –kah, konstituen yang menerima –lah pun
mengalami proses pendepanan. Contohnya:
Contoh 2:
a)
Keluarlah dari dewan ini !
b)
Pergilah dari sini !
c)
Tengoklah barang-barang ini jangan sampai hilang.
d)
Awak mestilah siapkan kerja sekolah itu sekarang.
e)
Tembaklah anjing gila itu.
f)
Pujuklah budak itu sekarang.
g)
Awak tunggulah sampai dia datang.
h)
Ambillah balik duit ini.
i)
Makanlah nasi ini dahulu.
|
Bagi kata kerja transitif yang menerima
awalan meN-, awalan itu digugurkan dalam ayat suruhan jenis ini.
Dalam konsruksi ayat suruhan dan ayat
perintah jenis lain yang mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima
awalan, awalan tersebut tidak boleh digugurkan seperti dalam contoh-contoh
berikut ;
Contoh 3 :
a)
Menangislah sepuas-puas hati.
b)
Berlarilah sedayamu
c)
Berdermalah kepada mereka yang memerlukannya.
d)
Mengucaplah banyak-banyak.
e)
Bersiaplah untuk bertolak sekarang.
f)
Memotonglah kalau anda rasa selamat.
g)
Berbaringlah jika kepenatan.
|
No comments:
Post a Comment