Sinopsis
Babak 1
Drama Cempaka Berdarah mengisahkan Mak Jah dan Cempaka
sedang mengemas rumah. Mereka menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur.
Kemudiannya, mereka terdengar orang memanggil di luar rumah. Mereka mengintai melalui
lubang pintu dan mendapati seorang
lelaki Orang Putih muncul. Mak Jah menyuruh Cempaka masuk ke biliknya. Orang Putih itu
memperkenalkan dirinya sebagai Prof. Peter , pensyarah Antropologi dan
Sosiologi dan merupakan pensyarah Zaman di universiti. Dalam perbualan mereka,
Prof. Peter meminta Mak Jah menasihati
Zaman supaya belajar betul-betul sekiranya hendak berjaya. Prof. Peter bertanya
tentang Cempaka apabila melihat gambar Cempaka di dinding.
Babak 2
Semasa Zaman dan Cempaka mengambil buah bidara dan akar
kayu di sebuah belukar, zaman menyuruh Cempaka pulang untuk mengambil parang. Mereka
berbincang tentang bonsai dan ukiran akar kayu. Semasa Cempaka pulang mengambil
parang, Prof. Peter muncul ditemani oleh
Malik. Berlaku pertengkaran kecil antara mereka. Ketika Zaman mengambilkan Cempaka bunga kenanga, Prof. Peter dan Malik muncul
semula. Berlaku lagi pertengkaran antara Prof. Peter dan Zaman. Prof. Peter
mempersoalkan rambut Cempaka yang
berwarna perang. Zaman membuat kesimpulan, Maliklah yang menjadi orang
perantaraan Prof. Peter. Dia juga mendakwa Cempaka ialah adiknya yang
dicari-cari selama ini. Semasa perang Jepun, ibunya telah menyembunyikan adiknya
di tebing sungai Bukit Putih dan ditemui
oleh Mak Jah. Dia hendak mengambil Cempaka dan mahu adiknya itu hidup dalam
keluarganya. Sewaktu pertengkaran berlaku, Prof. Peter ternampak seekor ular lalu
melepaskan tembakan. Cempaka rebah berlumuran darah. Mak Jah meraung melihat
keadaan Cempaka. Zaman berasa marah dan berlaku pergelutan antara Zaman dan
Prof. Peter. Prof. Peter telah
melarikan diri ke dalam hutan. Zaman
mengejarnya dengan parang. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan dan semuanya tercengang. Mak
Jah bersyukur kerana Zaman selamat dan mengangkat
Cempaka yang tidak sedarkan diri itu.
Pemikiran
Keberanian mempertahankan
hak dan maruah keluarga daripada dirampas oleh orang luar. Zaman bertindak
dengan berani dan bersungguh-sungguh ketika bertengkar dengan Prof. Peter.
Persoalan
1.
Persoalan kasih
sayang sesama insan tidak mengenal agama dan keturunan.
2.
Persoalan
pendidikan penting untuk mengubah dan membela nasib diri dan keluarga.
3.
Persoalan mempertahankan
hak dengan cara yang betul.
4.
Persoalan
peperangan yang menyebabkan perpisahan antara ahli keluarga.
5.
Persoalan
tentang usaha mencari adik kandung yang
hilang semasa perang Jepun.
Plot
Plot drama ini terbahagi kepada dua babak cerita.
1. Permulaan
Plot
bermula di rumah Mak Jah yang sederhana di sebuah kampung. Mak Jah dan Cempaka
sedang mengemas rumah sementara menanti kepulangan Zaman yang belajar di sebuah universiti di
Kuala Lumpur.
2. Perkembangan
Plot
berkembang apabila kedatangan Prof. Peter ke rumah Mak Jah. Tujuannya adalah
untuk membuat penyiasatan kerana dia ialah Profesor Antropologi dan Sosiologi.
Prof. Peter juga memperkenalkan bahawa dia ialah pensyarah Zaman. Peristiwa
Prof. Peter melihat gambar Cempaka yang menarik perhatiannya. Plot terus
berkembang apabila Zaman dan
Cempaka masuk ke pinggir belukar di kampungnya untuk mengambil buah bidara,
akar kayu dan bunga kenanga.
3. Konflik
Pada
tahap perumitan, Zaman bertemu dengan Prof.Peter yang diiringi Malik dan
berlaku pertengkaran. Prof.Peter dan Malik beredar untuk menembak burung dan
kera di bukit. Sejurus selepas itu, mereka datang semula iaitu semasa Zaman
cuba mengambilkan Cempaka bunga kenanga. Berlaku lagi pertengkaran yang lebih
hebat apabila Prof. Peter mempersoalkan rambut Cempaka yang berwarna
perang.Prof. Peter mendakwa Cempaka ialah adiknya. Mak jah datang dan memarahi Prof. Peter.
4. Klimaks
Klimaks
cerita ialah peristiwa Prof. Peter yang hendak menembak ular di atas kepala Cempaka tetapi tertembak
Cempaka. Seterusnya, berlaku pergelutan antara Zaman dan Prof. Peter. Zaman
mencuba merampas senapang Prof. Peter.
5. Peleraian
Prof.
Peter melarikan diri ke dalam belukar. Zaman mengambil parangnya mahu mengejar
Prof. Peter. Tiba-tiba terdengar satu das tembakan letupan senapang yang
menyebabkan mereka tercengang. Akhirnya, Zaman berjalan ke arah ibunya semula
dan ibunya bersyukur kerana Zaman selamat. Zaman dan Mak Jah mengangkat Cempaka
yang tidak sedarkan diri.
Teknik Plot
1. Teknik pemerian
Pengarang memerihalkan watak Mak Jah dan Cempaka,
contohnya :
Mak
Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah. Mereka menunggu kepulangan Zaman yang
belajar di sebuah university di Kuala Lumpur.(ms 243)
2. Teknik imbas kembali
Pengarang telah menggunakan
teknik ini semasa dialog antara Prof. Peter dan Mak Jah tentang adiknya yang
telah disembunyikan semasa Perang Jepun.
Contohnya:
Aku
tahu, Mak Jah. Ibuku telah menyembunyikan adikku di tebing sungai Bukit
Putih sebelum orang Jepun menyerang
dan membunuh bapa dan ibuku.(ms257)
Watak dan Perwatakan
1.
Zaman
Watak
utama
- Anak
Mak Jah dan abang angkat kepada Cempaka.
- Dia
merupakan penuntut di university di Kuala Lumpur.
- Dia merupakan tukang urut, penggali kubur, tok mudim, dan boleh merawat beberapa jenis penyakit.
- Dia
seorang yang penyayang.
Zaman amat menyayangi
adiknya Cempaka dan ingin memenuhi hajat adiknya untuk mendapatkan bunga
kenanga akar dan buah bidara di pinggir belukar.
- Dia seorang yang berani.
Zaman berani bergaduh
dengan Prof. Peter kerana mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof.
Peter..
- Dia
seorang yang bijak
Zaman bijak menghidu niat
sebenar Prof. Peter yang mahu membuat kajian di kampungnya.
- Dia
seorang yang keras hati.
Zaman dikatakan keras hati
oleh Prof. Peter dan diakui oleh Mak Jah kerana suka menentang cakap orang
lain..
- Dia
seorang yang tekun belajar
Zaman tekun belajar kerana
berada pada tahun akhir dan akan menghadapi peperiksaan diuniversitinya.
2.
Mak Jah
- Ibu
Zaman dan ibu angkat kepada Cempaka
- Dia
seorang yang penyayang
Mak Jah amat
menyayangi Cempaka walaupun hanya anak
angkat.
- Dia seorang yang tegas.
Mak Jah tetap dengan
pendiriannya bahawa Cempaka itu anaknya walaupun diterangkan oleh Prof. Peter.
- Dia
seorang yang bertanggungjawab.
Mak Jah bertanggungjawab
memastikan keselamatan Cempaka dan menyuruh Cempaka masuk apabila Prof. Peter
datang ke rumahnya.
3.
Prof.Peter
- Seorang
lelaki Inggeris
- Pensyarah
sosiologi di sebuah universiti tempatan..
- Dia
seorang yang bijak
Dia menggunakan alasan
sedang membuat kajian sejarah dan melindungi tujuan sebenar mencari adiknya
yang hilang.
- Dia
seorang yang sombong
Prof Peter mengatakan
bangsa Melayu berfikiran sempit dan pengotor.
- Seorang
yang tegas
Prof. Peter tegas dengan
pendiriannya bahawa Cempaka itu adiknya.
- Seorang yang sanggup
berkorban.
Prof.Peter sanggup bekerja
di Malaysia semata-mata untuk mencari adiknya yang hilang semasa zaman Jepun.
Latar
Latar masa
- Pada sekitar tahun 60-an
- Pada waktu menjelang tengah hari
Mak Jah dan Cempaka sedang
mengemas rumah dan menunggu Zaman pulang dari Kuala Lumpur.
- Pada waktu petang
Ketika Zaman dan Cempaka
berada di pinggir hutan dan terserempak dengan Malik serta Prof.Peter.
Latar tempat
- Di
rumah Mak Jah
Prof.Peter datang ke rumah
Mak Jah untuk menyiasat tentang adiknya.
- Di
pinggir belukar dalam kampung
Zaman dan Prof. Peter
bertengkar tentang Cempaka.
Latar masyarakat
- Masyarakat
yang mempertahankan hak.
Mak Jah dan Zaman
mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter kerana Cempaka telah
dipelihara sejak kecil oleh Mak Jah.
- Masyarakat
yang penyayang
Mak Jah menyayangi
anak-anaknya.Prof Peter juga menyayangi adiknya .
- Masyarakat
yang tidak mementingkan pendidikan wanita
Mak Jah tidak menghantar
Cempaka bersekolah tinggi.
- Masyarakat
yang tidak menghormati budaya masyarakat tempatan.
Prof.Peter bersikap biadap
kerana merendahkan orang Melayu dan tidak berunding secara berhemah dengan Mak
Jah dan Zaman.
- Masyarakat
yang prihatin
Mak Jah telah mengambil
Cempaka sebagai anak angkat setelah ibu
Cempaka terpaksa meninggalkannya.
Gaya bahasa
- Sinkope
Tuan nak buat apa di
sini?
Mak Jah tak adakah
anak lelaki?
- Peribahasa
Keras hati, keras kepala
- Kata
ganda
betul-betul, lihat-lihat
- Sinkope
Yang itu tak
pulak disebut!.
Nilai
- Nilai
kasih sayang
Mak Jah amat menyayangi
Cempaka walaupun Cempaka hanya anak angkat.
- Nilai
keberanian
Zaman berani mempertahankan
Cempaka daripada diambil oleh Prof Peter.
- Nilai
hormat-menghormati
Mah Jah menghormati
tetamunya Prof. Peter dan melayannya dengan ramah.
- Nilai
bertanggungjawab
Zaman bertanggungjawab
memenuhi keinginan adiknya Cempaka untuk mengambil bunga kenanga akar.
- Nilai
kerajinan
Zaman rajin belajar
sehingga tahun ketika itu berada dalam
tahun akhir pengajian.
Pengajaran:
- Kita
hendaklah berusaha mempertahankan apa-apa yang menjadi hak kita dengan
cara yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
- Kita
hendaklah menghormati masyarakat tempatan jika kita berkunjung ke tempat
mereka supaya kita tidak mendapat kesusahan.
- Janganlah
kita menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah kerana
perbuatan itu membahayakan kita.
- Kita
hendaklah gigih berusaha untuk mengubah corak hidup supaya tidak terus
dibelenggu kemiskinan.
- Setiap
ahli keluarga hendaklah melindungi keluarganya yang lain kerana hal itu
merupakan tanggungjawab mereka.
- Kita
perlu berwaspada terhadap orang yang tidak kita kenali agar tidak
diperdayakan oleh mereka.
- Kita berfikir secara bijak untuk menyelesaikan sesuatu masalah agar hasrat yang diinginkan akan memperoleh kejayaan.
Dipetik daripada bahan PPK, Kementerian Pelajaran Malaysia
No comments:
Post a Comment