Maksud;
Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.
Jangan dinanti esok lusa.
|
Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.
|
Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.
|
Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.
|
Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.
|
Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.
|
Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadikan sempadan.
|
Menjadi kewajipan menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.
|
Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.
|
Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi senang.
|
Peningkatan bakat diberi sokongan,
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.
|
Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.
Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif |
|||
Tema :
Nilai-nilai murni dalam kehidupan
Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam
diri seseorang.
Persoalan .
1. Persoalan menghargai masa penting dalam kehidupan (
rangkap 1)
2.
Persoalan tekun
berusaha membawa kejayaan ( rangkap 2)
3.
Persoalan kepimpinan
melalui teladan (rangkap 7)
4.
Persoalan berfikiran
tenang dalam membuat keputusan (rangkap 10)
5. Persoalan berfikiran kreatif dan inovatif (rangkap 12)
Bentuk.
1. Mempunyai 12 rangkap.
2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris
Contohnya : Hendak pandai menghargai masa
Jangan dinanti esok lusa
3. Mengandungi 4
patah perkataan dalam satu baris
Contohnya Nikmat
mencipta budaya kreatif:
4. Suku kata antara 9 hingga 14 suku kata
Contohnya ;
Ja/ngan di/nan/ti e/sok lu/sa – 9 sukukata sebaris
Hi/dup da/lam ke/mu/lia/an
ke/se/der/ha/na/an – 14 sukukata sebaris
5. Rima akhir aa
Contohnya :
Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga
aktif
Keindahan Bahasa.
1. Terdapat unsur Simpulan bahasa –
baik hati (rangkap 6 baris 1)
2.
Unsur Bunyi
Asonansi – pengulangan vokal a
Kekuatan sifat baik hati
( rangkap 6 baris 1)
Nikmat
mencipta budaya kreatif (rangkap 12 baris 1)
- Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan n
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan
(rangkap 4 baris 2)
1.
Nilai kegigihan,
Contohnya kegigihan apabila bekerja.
2.
Nilai kebijaksanaan,
Contohnya kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab.
3.
Nilai kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan dalam
kehidupan.:
4.
Nilai kesabaran,
Contohnya kesabaran menghadapi cabaran.
Pengajaran.
1.
Kita hendaklah bertindak secara
bijaksana
2.
Kita hendaklah
menghargai masa
3.
Kita haruslah
menunjukkan teladan yang baik
4.
Kita janganlah
suka membazir.
5.
Kita hendaklah
tekun berusaha untuk mencapai kejayaan
Aktiviti Pengukuhan Kemahiran,
Latihan
1.
Nyatakan bentuk
gurindam di atas.
2.
Huraikan tema
gurindam tersebut.
Jawapan
1.
Bentuk gurindam
di atas ialah rima akhir setiap rangkap aa dan setiap rangkap mempunyai dua
baris.
No comments:
Post a Comment