Monday, February 14, 2011

Latihan Peribahasa




Latihan Peribahasa Hari Ini (14 FEBRUARI 2011 - Isnin)
Tingkatan 5 Sains 1 dan 5 PD 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudia isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai

a) Haziq tidak pernah membuang masa, setiap waktu terluang dia akan mengulang kaji pelajaran kerana ingin berjaya dengan cemerlang dalam SPM ibarat __________________

b) Kita perlu berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Tanpa usaha gigih, kita tidak akan berjaya mencapai cita-cita kerana ____________________

c) Orang berada tidak suka berkawan dengan orang miskin kerana masyarakat hari ini bersikap materialistik. Mereka bergaul dengan golongan yang setaraf seperti ________

Berikan maksud peribahasa di bawah :

a) Menanam tebu ditepi bibir.

___________________________________________________________________

b) Biar putih tulang, jangan putih mata.

____________________________________________________________________

c) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

____________________________________________________________________

d) Sediakan payung sebelum hujan.

____________________________________________________________________

e) Ukur baju di badan sendiri

____________________________________________________________________

f) Membuka pekung di dada.

____________________________________________________________________

Cadangan Jawapan :

Latihan 1:
a) genggam bara api biar sampai jadi arang.
b) yang bulat tak kan datang bergolek, yang pipih tak kan datang melayang.
c) pipit sama pipit, enggang sama enggang, mana boleh terbang sama.

Latihan 2:
a) seseorang yang berbicara dengan manis tetapi untuk berpura-pura sahaja.
b) sanggup mati daripada kecewa tidak mencapai apa-apa.
c) seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya
d) membuat persediaan sebelum sesuatu perkara yang tidak disngka menimpa.
e) berbelanja mengikut kemampuan diri
f) menceritakan keburukan/keaiban keluarga kepada orang lain.



Simpulan Bahasa.

Abang angkat
Lelaki yang lebih tua daripada seseorang yang tidak mempunyai pertalian keluarga tetapi dijadikan seperti abang sendiri

Abang ipar
Abang kepada isteri atau suami seseorang

Abang kandung
Abang seibu dan sebapa

Abu jahal
Orang yang suka menghalangi usaha yang baik

Abu nawas
Orang yang bijak melepaskan diri

Ada angin
Mempunyai perasaan yang tertentu mengikut keadaan

Ada hajat
Mempunyai keinginan atau maksud

Ada hati
Mempunyai keinginan terhadap sesuatu atau seseorang

Ada jalan
Cara untuk melakukan sesuatu

Air muka
Wajah atau rupa seseorang

Akal kancil
Orang yang cerdik dan pandai menipu

Alas cakap
Kata pendahuluan sebelum perundingan atau perbincangan dijalankan

Alas perut
Makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar

Ambil angin
Bersiar-siar

Ambil hati
Melakukan sesuatu untuk menggembirakan hati orang lain

Anak bapa
Anak lelaki kesayangan sesebuah keluarga

Anak buah
Orang yang di bawah jagaan seorang ketua

Anak buangan
Orang yang tersingkir daripada sesebuah keluarga

Anak dayung
Orang yang mendayung perahu

Anak emas
Orang atau anak kesayangan

Angin-angin
Khabar yang belum pasti

Angin berkisar
Berpaling tadah

Angin gila
Kelakuan yang tidak tentu arah

Angin lalu
Khabar yang tidak tentu benar atau salahnya

Angkat alis
Menunjukkan isyarat / tanda hairan

Angkat bahu
Menyatakan tidak tahu

Angkat diri
Sombong

Angkat suara
Meninggikan suara

Asam garam
Pengalaman hidup

Atas angin
Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah

Atas pagar
Tidak menyebelahi mana-mana pihak

Ayam tambatan
Orang harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan

Ajak-ajak ayam
Tidak sungguh-sungguh mempelawa

Bahasa ibunda
Bahasa sendiri

Bahasa dalam
Bahasa yang digunakan oleh raja-raja

Bangkai bernyawa
Orang yang tidak membawa untung

Banyak akal
Banyak helah

Banyak lemak
Kelakuan yang mengada-ngada

Banyak mulut
Suka bercakap banyak

Batu api
Orang yang menghasut dua pihak yang lain sehingga bergaduh

Batu loncatan
Sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan

Bau-bau bacang
Tali persaudaraan yang jauh

Bawa berunding
Diajak bermuafakat

Bawa bermenung
Memikirkan masak-masak

Bawa bersemuka
Bawa bertemu muka; berunding

Bawa hati
Perasaan kecewa

Bawa kaki
Berjalan tanpa tujuan

Bawa ke tengah
Bawa ke muka pengadilan

Aspek: Peribahasa Dikirim oleh monasrim pada 02:28



Peribahasa - Bidalan

Ada gula ada semut
Maksud : Orang akan bertumpu di tempat yang senang mencari rezeki

Ada sampan hendak berenang
Maksud : Sengaja bersusah payah sedangkan kemudahan ada

Air dicencang tidak akan putus
Maksud : Perbalahan antara adik-beradik tidak akan sampai bercerai-berai

Anak harimau diajar makan daging
Maksud : Orang yang sedia zalim digalakkan pula melakukan kejahatan

Anjing menyalak bukit tidak akan runtuh
Maksud : Orang yang baik walaupun dicela tidak akan mendatangkan kesan terhadapnya

Anjing ditepuk menjungkit ekor
Maksud : Orang yang miskin atau hina apabila dihormati akan menjadi sombong

Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Maksud : Orang yang bodoh sekalipun jika diajar akan pandai juga

Berkerat rotan berpatah arang
Maksud : Perselisihan yang tidak akan dapat berbaik-baik sernula

Biar titik jangan tumpah
Maksud : Menanggung kerugian kecil adalah lebih baik daripada menanggung kerugian yang besar/ bankrap

Bunga disunting perdu dibuang
Maksud : Orang yang hanya menyayangi isterinya tetapi memusuhi mentuanya

Campak baju nampak kurap
Maksud : Mendedahkan keburukan diri sendiri

Dalam dua, tengah tiga
Maksud : Tidak jujur

Dalam kilat ada kilau
Maksud : Terdapat makna yang tersembunyi dalam sesuatu percakapan

Dalam rumah buat rumah
Maksud : Mencari keuntungan atas modal orang lain

Darah baru setampuk pinang
Maksud : Masih terlalu muda (belum berpengalaman)

Enggang lalu ranting patah
Maksud : Seseorang yang mendapat kecelakaan kerana kebetulan lalu atau berada di tempat kejadian

Gagak bersuara murai
Maksud : Seseorang yang bersuara merdu dan berbudi bahasa walaupun tidak cantik

Gayung bersambut, kata berjawab
Maksud : Menjawab pertanyaan dengan cepat

Geruh tidak mencium bau
Maksud : Kemalangan yang tidak diketahui terlebih dahulu

Hangat-hangat tahi ayam
Maksud : Membuat kerja bersungguh-sungguh pada peringkat awal sahaja kemudian beransur-ansur malas

Hari tak selamanya panas
Maksud : Untung atau rugi itu saling berkait atau kebahagiaan itu tidak selalunya berpanjangan

Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor
Maksud : Berani bercakap besar di belakang sahaja sedangkan takut jika berhadapan

Karam berdua, basah seorang
Maksud : Dua orang yang melakukan kesalahan tetapi seorang sahaja yang dihukum

Lempar batu sembunyi tangan
Maksud : Berpura-pura tidak tahu selepas melakukan sesuatu kesalahan

Marahkan pijat, kelambu dibakar
Maksud : Disebabkan marah kerana perkara kecil, seseorang itu melibatkan perkara yang besar dan merugikan diri sendiri

Naga ditelan ular lidi
Maksud : Anak orang bangsawan berkahwin dengan anak orang biasa

Orang karam di laut, kita karam di darat
Maksud : Mendapat kesusahan tidak pada tempatnya

Orang mandi berselam, kita mandi bertimba
Maksud : Orang lain mendapat untung yang berlipat kali ganda sedangkan kita hanya untung sedikit

Ringan tulang, berat perut
Maksud : Orang yang rajin bekerja akan beroleh banyak rezeki

Rumah sudah pahat berbunyi
Maksud : Mengemukakan pendapat sesudah sesuatu perkara itu diputuskan

Tiada rotan, akar pun berguna
Maksud : Kalau tiada yang lebih baik, pengganti yang sedia ada/ kurang baik pun boleh digunakan

Aspek: Peribahasa Dikirim oleh monasrim pada 10:03



20.5.07
Peribahasa dalam Buku Teks Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima

1 Bagai aur dengan tebing

2 Bak cendawan tumbuh selepas hujan

3 Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

4 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

5 Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

6 Biar mati anak, jangan mati adat

7 Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

8 Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat

9 Darah daging

10 Di mana ada kemahuan di situ ada jalan

11 Di mana bumi dipijak, di situIah langit dijunjung

12 Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

13 Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

14 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, seribu kall Iebih balk di tanah air sendiri

15 Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua

16 Jauh perjalanan luas pengalaman

17 Jika hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya

18 Kacang lupakan kulit

19 Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakah dapat sagunya

20 Lintah darat

21 Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak

22 Memerah otak

23 Mencari jalan

24 Peluang keemasan

25 Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

26 Rajin dan usaha tangga kejayaan

27 Sediakan payung sebelum hujan

28 Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

29 Seperti lembu dicucuk hidung

30 Tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas

31 Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

32 Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang balk itu budi, yang indah itu bahasa



Semoga kejayaan menjadi milik anda.

No comments:

Post a Comment