Kehidupan Hari Esok, Bermula Dari Sini. Berhenti Sejenak, Sebelum Terus Melangkah Untuk Memastikan Perjalanan Seterusnya Tiada Halangan. Semalam Yang Berlalu, Menjanjikan Seribu Kilauan Bintang Untuk Hari Yang Mendatang
Monday, February 7, 2011
Akan Ku Julang Bahasaku
Bahasaku...
Hari ini
Tangisan merintih dijiwa
Tatkala diperlihatkan
Ia ternoda
Ia tidak terbela dan terjaga
Ia tidak dipedulikan
terbiar, tercela dan dicerca
Tertanya dihati ini
Dimana pemikir bahasa?
Dimana anak bangsa berjiwa?
Dimana pemerintah pembela?
Dimana mahaguru penjaga kata?
Dimana ahli politik Melayu kita?
Sedihnya kita
Kecewa dan derita jua
kerana
Bahasa dicampur aduk dalam bicara
Bahasa dieja mengikut nafsu jiwa
Bahasa sudah tidak bermakna
Bahasa menjadi rojak
Bahasa dikesampingkan
Bahasa tidak menjadi agenda utama
Bahasa dianggap tiada nilai tara
Bahasa diperlekehkan oleh mereka
Kerana apa? Kerana siapa?
Siapa harus dipersalahkan?
Tepuk dada, tanya diri...
mungkin KERANA KITA
Tidak perlu merintih
atau hanya
Kita akan tersedar....apabila;
Apabila bahasa kita dikafan dan dikuburkan
Apabila bahasa kita di anak tirikan
Apabila bahasa kita dipermainkan
Apabila bahasa kita tidak diendah
Apabila bahasa kita dipersoalkan
Ayuhlah bangsaku, ayuhlah anakku
Kita nobatkan bahasa tercinta
Kita agungkan bahasa kita
Kita julangkan martabat bahasa
Kerana bahasa kita
Bahasa Jiwa Bangsa
mampu, boleh, dan tegap berdiri
Mampu bangun
Sama seperti bahasa dunia
Jangan biarkan
Kita menjadi anai-anai
Menjadi punca
Menjadi penyebab
Bahasa Melayu lenyap
Di bumi tercinta
Nukilan hati:
SAHARUDDIN ABDULLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment